Thursday, 11 December 2014

The Vagabond - Part 1 -







Di pertengahan musim luruh, kota metropolitan Melbin dihiasi dedaunan perang mewarnai seluruh kota raya itu.. pada musim ini, di kota Melbin kebiasaanya keadaan lebih berangin berbanding musim-musim yang lainnya.. di lantai kota telah pun dipenuhi dedaunan yang layu.. keadaan berangin adakalanya menerbangkan daun-daun itu bersama suhu dingin angin yang menyejukkan.. hari semakin senja, aku berjalan berseorangan memerhatikan kota metropolitan itu yang masih lagi asing pada diriku.. baru dua minggu aku menetap di kota ini.. untuk hari-hari seterusnya, hidup aku akan mencipta lakaran kehidupan di bandar besar ini yang aku mula dekati.. selama 23 tahun umurku, dari kecil aku lahir dan membesar di luar Negara.. kini, keluarga aku telah berpindah ke kota Melbin, tempat kelahiran ayah aku setelah lama menetap di luar Negara.. ayah aku seorang pensyarah ekonomi yang sudah sekian lama menabur bakti berkongsi ilmu di sebuah universiti di kota Rokyo tempat aku membesar.. dan kini dia mahu kembali ke tanah air tercinta menabur bakti pada Negara kelahirannya.. maka kerana itu aku di sini, bersama ahli keluarga aku menjalani kehidupan baru di kota Melbin..

Aku memandang pada bangunan pencakar langit kota Melbin yang ternyata lebih padat dan tinggi jika dibandingkan dengan kota Rokyo, kota kelahiranku.. suasana di kota Melbin ternyata lebih sibuk dengan kehadiran orang ramai serta keadaan trafik yang lebih sesak dengan kenderaan.. cuba mengingati semula kenangan lama, seingat aku, ada tiga kali aku pernah datang ke kota ini ketika kami sekeluarga menetap di Rokyo.. itu pun ketika aku masih lagi berumur belasan tahun, muda remaja.. biarpun ayah aku berasal dari Melbin, namun memang begitu jarang sekali dia kembali ke tanah kelahirannya.. tapi aku tahu dalam hati ayah rindu akan kota ini.. dia sering berkongsi cerita tentang kisah-kisah hidupnya ketika membesar di kota Melbin.. dan sering kali juga dia berkata bahawa suatu hari nanti, kami sekeluarga akan berpindah ke kota ini, namun hanya menunggu waktu untuk dilaksanakan.. kata-kata ayah itu telah terlaksana, kini aku berada di kota ini yang begitu asing bagi diriku.. kota kelahiran ayah..

Berjalan berseorangan, aku melangkah tanpa arah tujuan yang tetap bekeliaran di pelusuk kota.. aku cuba membiasakan diri dengan keadaan kota ini.. di tangan kanan, aku memegang peta kota Melbin yang aku dapat secara percuma di Central Station.. dengan berpandukan peta ini, seumpama seorang pelancong aku berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.. menerokai satu tempat yang baru memang sudah menjadi satu kegemaran.. aku lebih suka berseorangan dan berjalan kaki ketika menerokai tempat yang asing bagi diriku.. di leher aku tergantung sebuah kamera rangefinder, Leica M9 yang aku gunakan untuk mengambil gambar apa-apa sahaja yang menarik perhatian aku.. kamera ini adalah antara harta paling berharga yang aku sayangi.. ianya adalah tinggalan daripada arwah datuk kesayangan aku yang hobinya suka mengambil gambar.. kegemarannya itu, diwarisi oleh aku.. dan kini, setelah dia meninggal dunia, kamera miliknya itu menjadi milik aku..

Angin dingin musim luruh mula bertiup.. pada saat itu, daun-daun pokok yang memayungi aku turut berguguran.. tubuhku mula mengigil sedikit membuatkan aku berpeluk tubuh.. lantas, aku mempercepatkan langkahku untuk pergi ke sebuah stesen monorail berdekatan untuk berlindung daripada tiupan angin yang dingin.. sampai sahaja di sana, aku mula berdiri di belakang dinding yang menjadi sebagai perisai menghadang angin.. pada masa yang sama, telefon bimbit dalam poket seluar aku mula bergetar.. ada satu panggilan diterima.. aku lihat, ianya daripada emak aku..

-          ‘Hello.. Haris kat mana?’ pertanyaan daripada emak aku..

-          ‘Haris masih lagi kat bandar.. jalan-jalan jap..’ balas aku

-          ‘seorang je? Hakim mana? Tak temankan?’

-          ‘ha ah.. seorang je.. abang Hakim ada kat rumah rasanya..’

-          ‘kenapa keluar seorang diri je ni? Bahaya! Haris bukannya biasa sangat dengan Melbin ni lagi..’

-          ‘sebab tak biasa tu lah nak kena biasakan.. Haris nak kenal tempat-tempat kat sini..’

-          ‘tapi, jalan seorang diri tu bahaya! kena ada yang temankan!’

-          ‘mak.. Haris dah besar lah mak.. pandai lah Haris nak jaga diri.. lagi pun Haris bukannya ada kenal sesiapa sangat kat sini.. kawan pun macam tak ada lagi.. tiada yang nak temankan..’

-          ‘sebab tu mak kata jangan jalan seorang diri.. kalau berlaku apa-apa nanti, susah.. Haris bukannya kenal sangat dengan tempat ni.. bila nak balik? Jangan balik lewat-lewat!
-          dah nak balik dah.. sekejap lagi balik lah..

setelah berbual dengan emak, aku membuat keputusan untuk meneruskan ‘penerokaan’ aku sebelum balik ke rumah sebelum pukul 11 malam.. niat aku untuk pergi ke satu kawasan yang digelar sebagai Haig Street.. berdasarkan peta yang aku miliki, tempat tersebut terkenal dengan pasar malam yang meriah di waktu malam.. mengunakan monorail, aku menunju ke stesen monorail berdekatan dengan Haig Street.. setibanya di sana, aku berjalan kaki lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke tempat yang dituju.. memang benar apa yang dikatakan pada peta panduan yang aku miliki.. keadaan di tempat itu memang cukup meriah sekali dengan kehadiran orang yang begitu ramai..

berjalan, aku meneroka tempat baru aku kenali itu sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang penuh dengan peniaga gerai yang menjual pelbagai jenis jualan.. keadaan yang begitu sesak adakalanya memaksa aku untuk bersempit-sempit dengan tubuh manusia untuk mara maju ke hadapan.. ada sesuatu yang menarik perhatian aku.. di satu sudut, langkah aku mula terhenti tatkala aku melihat sekumpulan manusia seakan satu band muzik bebas dikelilingi oleh orang ramai yang memerhatikan mereka.. penghibur jalanan, itu lah yang boleh aku jelaskan.. terdiam, aku hanya memerhatikan mereka.. ada tiga orang kesemuanya.. seorang lelaki yang aku duga berusia dalam umur 25 tahun sedang menyanyi dengan suara merdu yang mengasyikkan.. dua orang lain pula sedang bermain gitar melengkapi alunan suara penyanyi jalanan itu.. mereka mendendangkan lagu-lagu popular yang membuatkan aku terpesona..

seketika, aku teringat akan kenangan aku ketika berada di Rokyo.. dulu aku pernah melakukan perkara yang sama, penghibur jalanan bersama-sama teman rapatku mendendangkan lagu kepada orang ramai secara terbuka.. aku sebagai pemain gitar mengiringi teman rapatku, Ikhwan yang bersuara medu sebagai penyanyi utama.. sesekali aku turut menemani sebagai penyayi latar.. teman-teman aku yang lain mengiringi Ikhwan dengan bermaian gitar serta keyboard.. ianya adalah aktiviti masa lapang yang biasa kami lakukan pada setiap hujung semester selepas tamat minggu peperiksaan ketika menuntut di universiti..

kekal memerhatikan, mata ku tertumpu pada pemuzik jalanan itu yang ternyata amat berbakat sekali.. telinga aku tekun menikmati alunan suara penyanyi lelaki itu yang ternyata memiliki vocal yang cukup bagus.. setiap rentak lagu.. setiap alunan muzik dari gitar yang dimain, semuanya aku nikmati dari hati.. terdiam, aku terus teruja memerhatikan gelagat penghibur jalanan itu..

selesai.. mereka akhirnya berhenti.. orang ramai yang terhibur dengan persembahan mereka mula menghulurkan wang lalu meletakkannya wang itu pada beg gitar yang  ada di atas jalan.. aku juga melakukan perkara yang sama, memberikan sedikit duit seikhlasnya sebagai tanda penghargaan kepada pemuzik jalanan itu.. aku, ternyata mula merindui akan kehidupanku di kota Rokyo yang telah aku tinggalkan.. mula aku ingati akan teman-temanku yang kini entah bila aku akan temui lagi.. pemuzik jalanan itu mula mendendangkan lagu yang baru, namun aku mula beredar dari tempat itu.. aku perhatikan di kawasan itu memang menjadi tempat popular bagi penghibur jalanan membuat persembahan.. selain daripada band muzik itu, ada penghibur jalanan lain seperti seorang budak perempuan kecil yang comel bermain viola yang cukup berbakat sekali sambil ditemani oleh ibunya di sisi.. pada sudut yang lain pula ada pelukis jalanan yang bersedia untuk melakar lukisan potret kepada yang meminta.. satu pemandangan yang aku sukai.. ternyata kota ini memiliki banyak seniman jalanan yang berbakat..

pukul 8.30 malam, aku baru sahaja selesai makan malam di sebuah gerai tepi jalan.. berseorangan, aku berjalan kaki dengan niat untuk pergi ke Central Station untuk pulang ke rumah.. berdasarkan peta yang aku miliki, jarak untuk pergi ke Central Station tidak lah begitu jauh lagi dari tempat aku berada sekarang.. aku hanya perlu melalui beberapa jalan sebelum aku tiba ke sana.. dalam masa itu, ingin aku nikmati permandangan keadaan di sekeliling yang masih lagi asing buat diriku..

dari satu jalan ke jalan yang lain, aku kini tiba di satu kawasan yang agak sunyi berbanding tempat yang lain.. tidak banyak kedai yang buka di kawasan itu biarpun dalam masa sekarang tidak lah terlalu lewat untuk kedai tutup daripada berniaga.. aku perhatikan di kawasan ini banyak kedai bengkel kenderaan yang telah pun tutup dari beroperasi.. hanya kelihatan beberapa orang yang lalu lalang di sekitar ku..

angin dingin musim luruh bertiup lagi.. aku mula mengigil sekejukkan.. sambil memeluk tubuh, aku mula mempercepatkan langkah aku kerana tidak selesa dengan tiupan angin sejuk, mencari tempat untuk berlindung.. angin bertiup lagi dengan tiupan agak kencang yang seolah-olah aku berada di tepi pantai.. dedaunan pokok mula berguguran.. dedaunan yang telah jatuh di jalan mula berterbangan berselerak dibawa tiupan angin.. aku mula berlari mencari perlindungan.. kini aku berdiri sudut yang terlindung daripada tiupan angin sejuk.. masih memeluk tubuh, aku hanya berdiri berdiam diri menunggu keadaan berangin itu akan berhenti..

sambil aku berdiri, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang bergesel pada bahagian kaki aku.. terkejut dengan sentuhan secara tiba-tiba itu, aku memandang ke bawah untuk memeriksa.. kelihatan seekor kucing yang menyandarkan tubuhnya pada kaki aku.. teruja melihat kehadiran kucing itu, aku mula mencakung lalu mengosok kepala kucing jinak yang bergesel tubuh pada kaki aku..

“hai..” kata aku sepatah..

Aku mula mengarukan jari pada bawah dagu kucing itu.. memerhatikan, kucing itu bewarna putih serta ada warna kelabu pada bahagian atas kepalanya.. keadaannya agak comot dan tidak terurus.. aku duga, ia pasti kucing jalanan yang tidak bertuan..

Kucing itu mula menyandarkan tubuhnya pada kaki aku..

“sejuk?” tanya aku..

Aku faham akan tingkah laku kucing itu.. ia pasti merasa kesejukan lalu menyandarkan tubuhnya padaku untuk mendapatkan sedikit haba.. aku angkat kucing itu, kemudian aku peluk ia pada tubuhku untuk memberikan sedikit kepanasan.. kucing itu ternyata menyukainya..

“pada musim macam ni memang sejuk lah kan.. belum musim sejuk lagi, pasti lagi dingin..” kataku pada kucing itu biarpun ia pasti tidak mengerti apa yang aku katakan..

Kucing itu tidak berbunyi.. ia seakan mula leka dalam pelukkanku.. tersenyum, aku hanya memandang kucing itu.. aku usap beberapa kali.. entah kenapa aku mula teringat akan kucing belaan aku dulu yang telah mati.. aku beri nama kucing aku itu si Puteh.. pada asalnya Puteh adalah kucing yang tidak aku tahu dari mana datangnya sedang berlindung di depan rumah aku di saat musim sejuk di Rokyo.. pada saat itu lah aku menemukannya.. kasihan melihat keadaan kucing ‘asing’ itu, lalu aku bawa ia masuk ke dalam rumah.. dari saat itu lah aku membela Puteh.. kucing comot pada asalnya mula bertukar menjadi kucing yang cukup sihat dan cantik yang cukup lincah.. Puteh sudah menjadi sebahagian daripada keluarga aku.. kedua ibu dan ayah aku pun suka akan kucing.. tapi malangnya, hayat kucing tidak panjang seperti manusia.. Puteh akhirnya pergi buat selama-lamanya pada tahun lepas kerana sakit tua..

Memerhati, mata aku hanya memandang kucing dalam pelukan aku itu yang seakan hampir terlena.. aku usap lembut tubuh kucing itu dan ia ternyata amat menyukainya..

“kau nak balik dengan aku tak?” bisik aku pada kucing itu.. “kau takde tuan kan? Nak aku bela kau?”

Entah kenapa tiba-tiba timbul niat aku untuk membela kucing yang baru aku temui itu..

“musim sejuk bakal tiba.. kalau dah musim sejuk nanti, mesti kau akan kesejukkan kat luar..” kata aku lagi..

Tersenyum, aku memandang kucing itu.. aku sudah memutuskan bahawa aku ingin membawanya pulang.. aku ingin membelanya.. kucing jalanan yang aku temukan, sama seperti Puteh dulu.. kasihan melihatnya yang kesejukkan, sama seperti ketika aku menjumpai Puteh dulu.. aku peluk kucing itu dengan kasih sayang, memberikan haba untuk memanaskannya.. nanti, aku akan bawa ia pulang ke rumah dijadikan binatang perliharaan aku yang baru..

Tiba-tiba, seakan mendengar sesuatu, kucing itu yang tadinya seakan terlena mula menoleh ke arah satu sudut.. dengan pantas, kucing itu terus melompat dari dakapan berlari meninggalkan aku..

Tergamam seketika, lantas aku mula bangun..

“nak lari ke mana tu?” lalu aku mula melangkah cuba untuk mengejar kucing tersebut..

Aku lihat ia berlari ke arah satu lorong, aku ikuti mengekorinya masuk ke lorong itu.. kucing itu berlari dengan pantas memaksa aku turut berlari sama.. aku kehairanan dengan kucing itu yang tiba-tiba lari dari aku.. ke mana ia mahu pergi? Apa yang telah menarik perhatiannya?

Mengekori dan terus mengekori.. dari satu lorong, ke satu lorong yang lain.. tanpa aku sedari, kini aku mula jauh dari tempat aku menjumpai kucing itu.. keadaan menjadi lebih gelap tanpa ada nya lampu-lampu jalan yang menerangi.. namun entah kenapa, aku gagah kan diri juga terus mengejar kucing tersebut..

Mengejar dan terus mengejar, sehingga lah kucing itu tiba-tiba  berhenti membuatkan aku dapat mengejarnya.. lalu dengan pantas aku mengambilnya.. aku peluk.. aku usap bulunya..

“dapat pun.. nak lari ke mana?” tanya aku walaupun aku tidak akan dapat jawapannya..

Aku mula memandang keadaan sekeliling yang agak gelap.. baru aku tersedar yang aku mengekori kucing itu sehingga jauh ke tempat ini.. sunyi.. keadaannya sekeliling di lorong itu agak kotor dengan sampah yang berteraburan..

“jom ikut aku balik.. aku nak bela kau..” kata aku sambil mataku meliar-liar memerhatikan keadaan sekeliling yang tidak terurus itu..

Hatiku mula tidak berasa selesa berada di tempat itu.. mahu aku meninggalkan tempat itu secepatnya.. memusingkan badan, namun tiba-tiba kedengaran satu jeritan suara yang memecahkan kesunyian dari belakang aku..

“nak bawa ke mana kucing itu!!” kata suara itu, kasar..

Terkejut, aku menoleh mencari arah datangnya suara.. kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang berpenampilan selekeh dan tidak terurus di depan mata aku.. telan liur, aku memandang lelaki itu..

“itu kucing aku!! Kau nak bawa ia ke mana?!” katanya lagi dengan nada yang kasar..

Terasa kecut perut bila ditengking kasar.. hatiku mula berdebar-debar..

“maaf..” kata aku perlahan.. “saya cuma pegang sahaja.. tak bawa ke mana-mana pun..” jawab aku perlahan-lahan dengan nada sedikit ketakutan..

Lalu aku mula melepaskan kucing itu dari pelukan, lantas entah kenapa aku mula berlari meninggalkan tempat itu secepatnya..

“hei!!” tengking lelaki itu lagi..

Aku terus berlari laju meninggalkan lelaki tersebut.. entah kenapa aku mula takut kepadanya.. aku tetap juga berlari dan terus berlari pantas.. dari satu lorong ke lorong lain.. mula meninggalkan tempat itu.. namun aku perasan yang diri aku turut dikejar oleh lelaki tersebut..

“hei!!” jerit lelaki tersebut yang jelas kedengaran..

Aku telan liur.. semakin hati aku berdebar-debar bila dia mengejar aku.. takut lelaki tersebut akan mengapa-apa kan aku.. dengan penampilannya sebegitu, berada di tempat yang gelap dan kotor membuatkan aku berfikir yang dia mungkin sahaja bukan orang-orang yang baik.. hati semakin cuak.. aku mempercepatkan lagi larian aku.. dalam kegelapan, berlari menuju mengikut kata hati aku.. sekali sekala aku cuba untuk memandang ke belakang sekiranya lelaki tersebut dapat menghampiri aku..

Namun, ketika aku menoleh ke belakang, di satu persimpangan tiba-tiba tubuh aku mula berlanggar dengan seseorang.. aku hampir rebah ekoran pelanggaran itu namun sempat aku mengimbangkan badan daripada terjatuh.. kamera Leica  M9 yang bergantung pada leher aku juga hampir melayang, namun mujur tali kamera memautnya kukuh pada leher aku.. kamera tersebut mula terhempas pada dada aku membuatkan aku mula menjerit kesakitan.. terus aku mula menjadi cuak sekiranya berlaku kerosakkan pada kamera Leica M9 kesayangan aku itu.. gelisah, aku terus memeriksa kamera itu..

“arghhh!!” kedengaran suara jeritan..

Tersedar akan jeritan itu, aku menolehkan wajah mencari arah suara itu.. dapat aku perhatikan seorang lelaki yang mula terduduk di satu sudut.. hati aku mula menjadi cuak melihat keadaan lelaki tersebut.. dengan serta-merta aku berlari mendekati lelaki tersebut yang telah aku langgar, khuatir jika dia mengalami kecederaan yang teruk..

“awak tak apa-apa?” tanya aku dengan hati yang gelisah.. aku memeriksa keadaan lelaki tersebut..

“beri aku duit!” tiba-tiba lelaki tersebut mula bersuara kasar..

Aku tergamam.. namun aku cuba memimpin dia untuk bangun..

“awak tak apa-apa? Maaf sebab saya terlanggar awak..” kata aku mula berasa serba salah..
“beri aku duit!” kata lelaki itu lagi..

“awak cedera ke? Biar saya bawa awak ke klinik.. jangan risau, saya akan bayarkan untuk awak nanti..” kata aku..

Namun lelaki tersebut mula bertindak kasar.. dia terus menolak aku sehingga membuatkan aku tersungkur.. kamera yang tersangkut pada leher aku mula terputus talinya membuatkannya ia terpelanting..

“aku nak duit!” kata lelaki tersebut mula berjalan mendekati aku..

Dalam gelap aku cuba memerhatikan wajah lelaki tersebut.. wajahnya kelihatan pucat dan cangkung.. penampilan yang tidak terurus dan tubuh yang berbau busuk.. badannya kurus, kelihatan dirinya tidak sihat.. ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya..

“aku nak duit..” katanya lagi..

Aku telan liur.. mula aku fahami bahawa lelaki tersebut bukan manusia normal yang biasa.. aku duga bahawa dia mungkin seorang penagih dadah.. dari segi penampilan tubuh dan wajahnya cukup aku kenali.. ini bukan kali pertama aku bertemu dengan penagih dadah.. sebelum ini, di Rokyo aku pernah melihat golongan penagih yang ada di kaki lima.. entah kenapa, hati aku mula berdegup kencang..

Lelaki tersebut terus mendekati aku… dengan pantas aku cuba mengambil dompet aku lalu mengeluarkan beberapa wang kertas..

“ini dia.. ambil lah..” kata aku, berharap lelaki tersebut mengambil duit tersebut lalu meninggalkan aku..

Dengan kasar lelaki itu mengambil wang dari tangan aku.. namun, ternyata ia tidak dapat memuaskan hatinya..

“aku nak lagi!” katanya kasar..

Mengeluarkan beberapa wang kertas lagi dari dalam dompet, aku menghulurkan padanya..

“nah.. ini sahaja yang aku ada..” kata aku dalam ketakutan..

Dia mengambilnya dengan serta-merta.. aku telan liur.. aku cuba bangun.. mata aku mula menjeling keadaan sekeliling cuba mencari peluang untuk melarikan diri sementara lelaki tersebut leka melihat wang yang aku berikan.. namun, mata aku terpandang pada kamera kesayangan aku itu yang telah tercampak pada satu sudut.. mula gelisah, aku segera mengambilnya.. hati aku cemas sekiranya telah berlaku kerosakkan pada kamera warisan datuk aku itu.. memeriksa, ternyata telah ada kesan calar pada badan kamera..

“aku nak itu!” tiba-tiba lelaki tersebut bersuara lagi..

Tergamam.. aku menoleh memandangnya.. jarinya sedang menunjuk pada kamera yang sedang aku pegang..

“beri aku yang itu!” tengking lelaki tersebut..

“tak boleh! Aku tak boleh serah kan yang ini..” balas aku..

“aku nak yang itu! Berikan kepada aku!” lelaki itu mula mendesak..

Lalu, dia terus menerkam aku cuba untuk merampas kamera yang aku genggam kuat pada tangan aku.. pergelutan mula berlaku.. dia masih berkeras mahu merampas kemera tersebut, namun aku cuba melawan agar kamera tersebut tidak diambil.. dalam pergelutan, secara tidak sengaja aku menolak lelaki tersebut sehingga membuatkannya jatuh tersungkur..

Melihat dirinya yang telah rebah, aku dengan pantas mengambil peluang ini cuba untuk melarikan diri.. namun, sedang aku menoleh ke arah bertentangan cuba untuk berlari pergi, secara tiba-tiba baju di bahagian belakang aku ditarik kasar.. ternyata lelaki tersebut sempat mengejar aku.. badan aku terundur ke belakang bila ditariknya.. mula berpaling tubuh mengarah pada lelaki tersebut, tiba-tiba ada satu tusukan tajam mula menikam pada bahagian perut aku.. mata aku terbeliak.. aku mula menjerit kesakitan akibat tikam pada bahagian perut.. memandang pada perut aku, tertikam sebilah pisau yang membuatkan darah mula mengalir dengan banyak pada perut aku..

“arghhhh!!” aku meraung kesakitan..

Lelaki penagih itu mula mengambil kamera yang telah terjatuh.. aku pula meronta kesakitan yang tidak terkata mula rebah di atas jalan..

“sakit!!!” raung aku lagi..

Lelaki penagih itu langsung tidak memperdulikan aku.. dia cukup puas akhirnya dapat merampas kamera milik aku itu.. di fikirannya mahu menjual saja kamera tersebut nanti.. aku pula mula menjadi lemah hanya mampu melihat lelaki tersebut yang tersenyum-senyum seorang diri.. penglihatan aku mula menjadi kabur..

“woi!!” tiba-tiba kedengaran satu suara jeritan..

Aku hanya mampu terbaring, namun aku jelas dapat mendengar suara jeritan itu.. lelaki penagih itu mula melarikan diri.. akan tetapi, dapat aku lihat akan satu susuk tubuh mula mengejar penagih itu.. di satu sudut, dapat aku perhatikan satu pergelutan mula berlaku setelah penagih itu dapat dikejar pantas oleh seorang lelaki lain..

Pandangan mata aku mula semakin kabur.. mata aku memandang pada pergelutan itu.. telinga aku mendengar bunyi yang ada.. semakin kabur.. tubuh semakin lemah.. darah semakin banyak mengalir dari tubuh.. untuk beberapa detik, akhirnya mata aku terpejam jua…


+         +          +


Terbangun.. mata aku memandang pada siling putih di atas aku.. cahaya lampu yang ada pada siling membuatkan mata aku terasa silau sedikit membuatkan aku mula memejamkan mata.. terasa sedikit pada bahagian mata.. masih tidak terbiasa dengan sinaran lampu, namun untuk kali kedua, aku membuka mata aku sekali lagi.. kali ini tidak aku tumpu kan pandangan aku terus pada lampu yang bercahaya.. aku mula memandang keadaan di sekiling aku.. di sebelah kanan aku kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang sedang terlena duduk di sebuah kerusi.. cukup aku kenali dirinya.. dia adalah emak aku.. mula memandang ke bahagian kiri pula adanya tingkap yang tertutup rapat.. di hadapan aku ada kaca televisyen yang sedang terpasang.. sambil terbaring di atas katil, aku mula memerhatikan tubuh aku yang kini sedang memakai pakaian yang berwarna putih.. aku mula sedar yang aku sedang berada di dalam sebuah hospital.. fikiran aku mula menjadi runsing memikirkan bagaimana aku boleh berada di sini..

Mula membangunkan tubuh sedikit daripada terus berbaring, namun tiba-tiba mula terasa sakit di bahagian perut.. aku mengerang seketika.. cuba untuk menahan kesakitan.. aku membaringkan tubuhku semula di atas katil membatalkan hasrat untuk bangun.. rasa sakit di bahagian perut itu masih terasa.. tangan aku cuba meramas bahagian itu.. baru aku sedar yang tubuhku telah dibaluti kain membaluti luka pada perutku.. terbaring, aku hanya mendiamkan diri cuba untuk mengingati semula tentang apa yang telah berlaku.. bagaimana perut aku boleh mendapat luka.. bagaimana aku boleh terlantar di hospital ini.. minda aku cuba mengimbas semula..

Mula terbayang akan satu pergelutan dua orang manusia.. bayangan itu kabur.. aku tidak dapat memikirkan dengan jelas tentang bagaimana pergelutan itu berlaku.. aku mula menggelengkan kepala.. cuba untuk mengingati lagi apa yang telah terjadi.. namun permikiran aku masih tetap kabur..

“Haris?” kedengaran satu suara..

Aku menoleh.. emak aku rupa-rupanya telah tersedar dari tidurnya..

Dengan serta-merta emak memeluk aku.. dikucupnya pipi aku berulang kali..

“kau sedar juga akhirnya..” kata emak..

Aku hanya terdiam.. cuba untuk tersenyum memandang dirinya..


+         +         +


Seminggu berlalu.. aku masih lagi berada di dalam wad hospital.. keadaan diriku mula beransur pulih namun masih boleh terasa sakit pada bahagian perut aku.. dalam tempoh aku mula beransur sembuh, emak aku mula memarahi aku kerana tidak mengikut nasihatnya agar jangan suka berjalan berseorangan.. dia menasihatkan aku agar jangan pergi ke tempat-tempat yang tidak ramai orang.. kawasan seperti itu boleh berlaku apa-apa sahaja.. lalu dia mengingatkan aku lagi tentang apa yang pernah berlaku semasa kami tinggal di Rokyo.. sebenarnya, ini bukan kali pertama aku bertembung dengan penagih dadah yang mengugut untuk meminta wang, tapi semasa di Rokyo juga pernah berlaku perkara yang hampir sama.. pada waktu itu, aku berusia 19 tahun.. dikejar oleh seorang penagih ketika aku melalui satu lorong sunyi, namun mujur aku sempat melarikan diri.. emak aku berkata yang aku patut ambil iktibar akan apa yang telah terjadi sebelum ini.. tersenyum, aku hanya menggangukkan kepala tanda aku akan dengar kata-katanya itu..

Setelah beberapa hari cuba mengingati semula tentang apa yang telah berlaku, akhirnya aku mula dapat membayangkan semula kejadian yang telah terjadi.. di saat aku berlari sehingga berlanggar dengan seseorang, lalu orang itu mengugut aku untuk diberikan wang.. cubaan aku untuk melarikan diri, kemudian aku ditarik mendapat tikaman di bahagian perut.. semuanya mula dapat aku ingati semula.. malah, aku juga mengingati apa yang terjadi selepas itu.. ketika aku mengerang kesakitan di atas jalan, masih aku ingat akan datang seorang pemuda.. pegelutan mula berlaku di antara pemuda itu dengan penagih yang menikam aku.. bayangan itu kabur, namun aku percaya mata aku menyaksikan apa yang telah berlaku sebelum aku mula pengsan tidak menyedarkan diri.. ada sesuatu perkara mengenai pemuda itu membuatkan aku seakan pernah jumpa dengan dia.. pakaian yang dipakainya.. rupa parasnya.. dan suara.. ianya seakan pernah aku kenali untuk beberapa detik sebelum pergelutan itu berlaku.. aku rasa yang aku mengenalinya untuk beberapa detik sebelum itu.. dia lah pemuda yang menengking aku ketika aku mahu membawa balik seekor kucing jalanan yang aku jumpa.. tidak salah lagi, dia lah orangnya..

Terdiam, aku hanya membisu sambil terbaring di atas katil..

Pada saat ini, aku sedang berseorang di dalam wad.. ada perkara lain yang membuatkan aku berfikir.. entah kenapa aku mula terfikirkan akan pemuda itu.. aku percaya bahawa dia lah menyelamatkan aku.. dalam masa yang sama aku mula berasa bersalah.. sebenarnya aku melarikan diri darinya kerana aku takut bahawa dia bukan lah orang yang baik.. penampilannya yang tidak terurus ketika pertama kali mata melihat, membuatkan aku jadi cemas.. kenangan lama ketika dikejar penagih sewaktu di Rokyo dulu membuatkan aku agak trauma dengan orang.. aku lari kerana aku takut jika orang yang tidak baik.. namun dia pemuda yang menyelamatkan nyawa aku.. hati aku percaya, dia lah orangnya.. mata aku.. ingatan aku.. telinga aku.. semuanya begitu tajam untuk mengingati pemuda itu..

Sedang aku mengelamun berfikir, datang masuk seorang jururawat wanita mahu memeriksa keadaan diri aku.. membiarkan dia memeriksa tubuhku, aku jawab segal pertanyaan yang dilontarkan oleh jururawat itu.. kemudian dia merekodkan satu catatan di dalam satu kertas.. setelah dia melakukan kesemuanya, jururawat itu meminta izin untuk pergi.. namun sebaik sahaja dia menolehkan tubuhnya bertentangan dari aku, dengan serta merta aku menahannya untuk berhenti seketika..

Aku bertanya, “saya nak tahu bagaimana saya boleh berada di hospital ini? Kalau cik tahu sesuatu tentang perkara ni..”

Jururawat itu mula membalas.. “encik dibawa ke bilik kecemasan.. ada panggilan kecemasan diterima.. lalu encik dikejarkan ke sini dengan menaiki ambulans..”

“tapi, bagaimana panggilan kecemasan boleh dibuat? Siapa yang buat panggilan itu?” tanya aku..

“hurmm… kalau yang itu saya kurang pasti.. siapa yang buat panggilan saya kurang pasti.. maaf.. tapi saya boleh tanyakan pada unit kecemasan.. rasanya mereka mesti tahu sesuatu tentang perkara ini..” balas jururawat itu lagi..

“owh.. okay.. saya cuma terfikirkan tentang seseorang.. saya terbayangkan seorang lelaki.. saya rasa dia lah yang selamatkan saya.. dan dia juga mungkin yang membuat panggilan kecemasan itu.. saya tertanya-tanya kalau saya boleh tahu apa-apa mengenai lelaki tersebut..” tanya aku lagi..

“lelaki? Oh ya! Baru saya teringat sesuatu.. sewaktu encik dikejarkan ke hospital, memang ada seorang lelaki yang datang sama.. tapi setelah encik dibawa ke dalam bilik kecemasan saya dah tak terserempak lagi dengan lelaki itu.. tapi saya boleh tanyakan sebarang info pada pihak hospital jika mereka boleh tahu akan maklumat mengenai lelaki tersebut..”

“terima kasih.. saya berharap sangat untuk berjumpa dengan lelaki tersebut..” kata aku..


+        +         +


Musim sejuk mula bermula.. aku telah cukup sembuh untuk dibenarkan pulang ke rumah.. namun di badan aku masih lagi berbalut kain yang melilit luka pada perut aku.. tapi secara keseluruhannya, aku sudah sembuh sedikit biarpun boleh terasa sakit sedikit jika aku berlaku pergerakkan yang banyak di perut aku.. emak aku meminta aku untuk terus berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya, ditambah lagi pada musim sejuk begini.. tapi aku berkeras mahu untuk bersiar-siar di luar.. alasan aku kata aku sudah cukup dengan kebosanan hanya terlantar berbaring di atas katil sahaja.. aku mahu menghirup udara segar di luar.. sebagai anak bongsu yang degil, nasihatnya tidak aku patuhi.. aku masih juga mahu keluar bersendirian biarpun emak meminta agar aku ditemani oleh abang aku, Hakim..

Pada saat ini, aku sedang berada di tengah-tengah kota Melbin bersendirian.. cuaca sejuk pada musim sejuk membuatkan orang ramai kurang kelihatan berada di luar biar pun pada waktu siang pada saat ini.. rata-rata orang mahu memanaskan badan mereka dengan berada di dalam bangunan.. musim sejuk di kota Melbin tidak bersalji, namun masih cukup sejuk untuk sesetengah orang yang tidak tahan sejuk.. salji hanya turun dipergunungan.. suasana agak muram sedikit dengan langit yang sentiasa mendung.. hari yang tidak begitu ceria.. biar pun jam tengah menunjukkan pukul 12 tengah hari, tapi suasana agak mendung..

Berseorangan, aku pergi ke satu jalan ke satu jalan yang lain.. cuba aku ingati tentang satu kawasan yang aku pernah kunjungi dahulu.. ada memori yang aku mahu ingati semula.. hati aku kuat berkata untuk pergi ke tempat itu kembali biar pun satu tragedi telah berlaku padaku di kawasan itu.. kini, aku tiba di satu lorong yang sunyi.. di kawasan ini lah semuanya berlaku.. terdiam, aku hanya memandang keadaan di sekeliling.. suasana siang membuatkan kawasan itu nampak berbeza jika dibanding dengan waktu malam.. pada waktu siang, ianya hanya seakan satu lorong biasa yang kosong.. namun pada waktu malam, keadaannya mungkin membuatkan sesetengah berasa tidak selesa untuk berada di situ..

Aku meneruskan langkah aku menuju ke lorong yang lain.. cuba aku ingati semula kawasan di mana aku berjumpa dengan pemuda yang menyelamatkan aku itu.. fikiran aku runsing sedikit untuk mencari kawasan itu kerana seingat aku, pada malam tersebut aku lari sekuat-kuat hati meninggalkan dirinya sebelum aku bertembung dengan seorang penagih dadah.. maka, aku tidak dapat ingati dengan baik setiap jalan yang aku lalui..

Entah kenapa selepas apa yang telah berlaku, dalam minda aku mula terbayang-bayangkan akan pemuda itu.. dalam memori, aku hanya dapat berjumpa dengan dirinya hanya untuk beberapa detik, namun ingatan aku kuat untuk mengingati dirinya.. wajahnya.. tubuh.. suara.. entah kenapa minda aku tidak dapat melupakannya.. usaha aku untuk mendapat tahu tentang lelaki itu ketika di hospital ternyata sia-sia bila pihak hospital mengatakan mereka tidak dapat sebarang info mengenai lelaki itu.. siapa namanya.. di mana dia berada.. tiada siapa yang tahu.. namun yang pasti memang ada seorang lelaki yang membuat panggilan kecemasan menggunakan telefon bimbit aku dan lelaki itu turut mengiringi aku sewaktu aku dihantar ke hospital.. namun, setelah aku dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan, tiada siapa yang tahu ke mana lelaki itu mula pergi.. dia hilang begitu sahaja..

Mengeluh.. aku kecewa kerana gagal mendapatkan sebarang info mengenai pemuda itu.. aku datang ke kawasan ini semula dengan harapan jika aku boleh bertemu dengan dirinya lagi.. aku tidak tahu ke mana aku boleh mencari dirinya.. hanya di tempat ini lah detik pertemuan itu bermula.. dan kerana itu aku berharap agar aku menemuinya dirinya lagi.. walaupun ianya agak mustahil.. dia boleh sahaja pergi ke mana-mana di tempat lain.. tapi aku terus berharap agar dapat bertemu dengannya lagi..

Entah mengapa hati aku kuat untuk bertentang mata dengan pemuda itu.. minda aku asyik terbayangkan dirinya.. tapi otak aku hilang akal untuk mencari di mana dia berada.. mungkin sahaja itu adalah detik terakhir aku bertemu dengan nya.. kota ini terlalu besar.. dia boleh sahaja pergi ke mana-mana, pergi dan datang meninggalkan kota ini..

Akhirnya, bila menjelang senja, aku mula beredar dari tempat itu.. musim sejuk yang siangnya begitu singkat membuatkan hari menjadi gelap dengan lebih pantas.. jam masih sahaja menunjukkan waktu 3 petang, namun suasana langit sudah mula keperangan.. aku bergerak semula pergi ke pusat kota mahu menghabiskan sisa hari bersiar-siar di sana..

Setibanya di pusat kota, aku mula berjalan tanpa arah tujuan yang tetap.. mata aku hanya memerhatikan keadaan sekeliling.. minda aku cuba mengingati segala apa yang aku perhatikan.. bangunan yang ada.. nama jalan.. arca yang ada di jalanan.. semuanya membuatkan aku mula mengingati semula dengan tempat-tempat yang aku pernah lintasi.. aku adalah seorang ‘visual thinker’ yang muda ingat dengan melihat sesuatu.. biar pun aku baru sahaja menetap di kota Melbin ini, aku sudah mula dapat menghafal selok belok kawasan di sekitar itu melalui pemerhatian.. aku mudah ingat sesuatu jalan dengan melihat sesuatu imej.. bangunan yang aku lihat, papan tanda yang ada dijalanan, membuatkan aku mudah ingat bagaimana untuk pergi ke satu kawasan itu..

Hari semakin malam.. kini aku berada di Haig Street.. keadaan di tempat ini tidak lagi semeriah seperti sebelumnya.. sangat kurang peniaga yang beniaga di pasar di kawasan itu.. ianya cukup difahami.. keadaan dingin musim sejuk membuatkan sesetengah orang tidak berasa selesa untuk terus berada di luar secara terbuka.. namun, biarpun begitu, aku masih lagi menyukai kawasan ini.. biarpun tidak semeriah seperti sebelumnya, tapi keadaan kawasan itu yang dipenuhi oleh lampu-lampu neon masih mampu menceriakan sesuasana.. seakan sedang berpesta, keadaan ditempat itu diterangi oleh lampu neon yang pelbagai.. keadaan yang kurang sesak dengan orang ramai membuatkan aku berasa lebih selesa untuk terus berada di tempat itu.. Haig Street sudah menjadi antara tempat kegemaran aku di kota Melbin.. ianya bagi aku adalah kawasan yang penuh dengan kesenian.. di kawasan ini terletaknya juga National Art Gallery dan juga National Theater of Melbin.. ianya adalah kawasan untuk para seniman.. di dinding bangunan juga dihiasi oleh gravity yang pelbagai warna..

Sedang aku duduk memerhatikan keadaan di sekeliling, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian aku.. ada seekor kucing di satu sudut.. lantas aku terus bangun mula menuju ke arah kucing itu.. aku mendekati kucing tersebut dan memanggilnya.. ternyata kucing tersebut seekor kucing yang jinak dan mesra mula mendekati aku yang memanggilnya.. ia kucing tersebut mengeselkan tubuhnya di kaki aku.. ianya adalah seekor kucing yang agak comot.. entah kenapa aku mula terkejut bila melihat kucing tersebut.. dahi aku berkerut, lalu aku mula mengcangkung untuk mengosok kucing tersebut.. aku mula memerhatikan tubuh kucing itu.. ia adalah seekor kucing yang berwarna putih da nada warna kelabu di bahagian kepalanya.. entah kenapa ia membuatkan aku teringat akan sesuatu.. seakan kucing itu pernah aku temui..

“apasal aku macam familiar dengan kau?” bisik aku pada kucing tersebut..

Kucing itu hanya terus mengeselkan tubuhnya pada kaki aku.. lalu aku angkat ia.. aku gosok.. aku peluk.. kucing itu mula mengiaw..

“bunyi kau pun macam aku pernah dengar.. aku ada telinga yang tajam.. aku suka muzik.. aku boleh ingat bunyi dengan baik..” bisik aku lagi walaupun kucing itu tidak akan pernah mengerti..

Aku gosok dan terus membelai kucing tersebut.. memori aku mula mengimbas semula.. cuba untuk memastikan sesuatu..

“bukan, kau kucing yang aku jumpa tempoh malam itu ke?” aku ingat, memang tak salah lagi kucing itu lah yang aku jumpa.. warna bulu.. bunyi dan tubuhnya.. aku cukup kenali..

“memang betul lah kau kucing tu.. tapi macam mana kau boleh berada jauh sampai ke sini?” tanya aku pada kucing itu.. “melainkan ada yang bawa kau ke sini…”

Secara tiba-tiba hati aku mula berdebar-debar…

“mungkin kah??!”

Aku terus bangun.. mata aku mula memandang sekeliling kiri dan kanan.. aku mula mencari sesuatu.. jantung aku mula berdegup dengan lebih kencang.. namun tiada sesiapa yang menarik perhatian aku ada di sekeliling aku.. lalu aku memandang semula ke arah kucing itu lagi..

“tuan kau mana?” tanya aku biar pun kucing itu tidak akan pernah menjawab..

Kucing itu berterusan mengeselkan tubuhnya pada kaki aku meminta untuk dibelai.. entah kenapa hati aku mula berbunga-bunga..

“tuan kau mana? Tunjukkan aku! Bawa aku jumpa tuan kau!” aku mula teruja..

Seakan mengerti, lalu kucing tersebut mula berlari ke arah satu tempat.. jantung aku berdegup dengan lebih kencang lagi.. aku mula mengekori kucing tersebut.. berlari dan terus mengikuti.. jatung terus berdegup degup dengan lebih pantas..

Mengekori, dan terus mengekori.. sehingga pada satu saat, langkah aku mula terhenti..

Mula kedengaran satu bunyi petikan gitar.. satu muzik mula dimainkan..

Aku kaku dan terus kaku..

Seorang pemuzik jalanan di hadapan aku sedang mula bermain dengan gitar.. dari satu alunan muzik ke satu rentak yang lain.. kemudian, pemain gitar itu mula bernyanyi..


Tak pernah aku.. terfikirkannya..
Kerana kamu.. dalam hidupku..


Satu nyayian dari pemuda itu.. suara serak basah..

Aku terdiam.. hanya menikmati nyanyian darinya itu.. memejamkan mata.. bibirku mula tersenyum..

Memandang pemuzik jalanan itu, aku hanya memandang dirinya dari jauh.. dirinya cukup aku kenali.. tidak salah lagi.. dia lah orangnya.. orang yang aku cari-cari, kini ada di hadapan mata..








bersambung...





# sorry sebab lambat update.. sepatutnya dah update minggu lepas.. tapi aku pergi Brunei then Miri pula waktu itu.. takde kesempatan sangat untuk tulis dan update.. apa-apa pun ini adalah cerpen kedua aku selepas The Secret Admirer.. aku jangka hanya akan ada tiga parts cerita sahaja untuk cerpen ini.. 

Monday, 1 December 2014

Cerpen PLU Baru - The Vagabond







Kisah perkenalan antara Haris dengan seorang lelaki 'homeless' yang dipanggilnya sebagai 'Tanpa Nama'.. pertemuan yang tidak dirancang di mana si 'Tanpa Nama' menjadi pewira yang menyelamatkan Haris.. dari saat itu mula wujud keinginan Haris untuk mendekati orang yang telah menyelamatkan nyawanya itu.. namun, si 'Tanpa Nama' bukan lah seorang yang senang untuk didekati.. ditambah lagi si 'Tanpa Nama' seorang yang begitu berahsia.. usaha Haris untuk mendekati si 'Tanpa Nama' atas alasan untuk berkawan dengannya, namun dalam diam Haris tidak menyedari bahawa hatinya telah pun terpaut pada 'penyelamat' nya itu.. 





akan datang....



a short story, The Vagabond...












# selepas cerpen The Secret Admirer, tiba-tiba aku teringin nak buat satu lagi cerpen yang baru.. mungkin ada yang tak puas hati kenapa aku tiba-tiba nak tulis cerpen yang baru, kenapa tak sambung citer Unspeakable Love saje.. jawapan aku, tak tahu.. tiba-tiba terfikir nak tulis cerpen.. hahahaha... cerpen ni sebenarnya aku dapat ilham ketika aku dalam perjalanan balik ke Malaysia dari Melbourne then singgah KL.. apa yang aku perhatikan semasa tempoh balik itu membuatkan aku dapat ilham terbaru untuk tulis satu cerita.. so, sama ada orang nak terima or tak terima cerita ini, apa-apa pun nantikan kemunculan terbaru cerpen PLU daripada aku.. harap, cerpen ni mendapat respons yang positif seperti cerpen The Secret Admirer.. memang ramai yang suka dengan cerpen The Secret Admirer tu.. so, kali ini aku sajikan cerpen terbaru yang berjudul 'The Vagabond'..