Thursday, 29 January 2015

Gay Game - Coming Out on Top







pada awal bulan Jan, ada seorang reader ni yang share aku dengan satu game 'gay'.. dan dia cakap yang itu adalah 'game gay' pertama yang dia main, so dia tanya sama ada aku pernah main game tu or tak.. so, jawab aku tak pernah main lagi.. actually game tu macam still agak baru lagi, so macam tak hairan lah kalau aku still tak tahu lagi.. hehehe.. sebab honestly, aku macam pernah je main game genre macam ni sebelum ni.. so, aku macam dah exposed and tahu banyak macam game juga and tahu di mana nak cari game macam tu (jangan tanya aku kat mana nak cari)

diringkaskan, game yang dikongsikan oleh reader ni namanya adalah 'Coming Out on Top'.. tak sure lah sama ada korang pernah main or tak.. but aku baru je main game ni.. basically game ni macam sama je dengan 'game gay' yang aku pernah main sebelum ni.. but game yang aku main tu dalam Japanese.. so, aku memang tak faham lah apa yang sedang diceritakan sebenarnya.. just main click je..

bagi yang tidak tahu lagi game ni macam mana, aku akan ringkaskan macam mana game ni sebenarnya.. dalam game Coming Out on Top ni, watak utama adalah Mark (watak yang dimainkan oleh pemain).. dalam awal cerita, Mark ni macam nak admit secara terbuka mengenai dirinya adalah gay pada kawan serumahnya iaitu Penny dan Ian.. so, dari situ bermula lah kisah kehidupan Mark setelah dia confess yang diri dia gay.. kisah kehidupan Mark selepas itu akan ditentukan oleh pemain (anda).. apa yang Mark akan pilih, adalah semuanya ditentukan oleh anda..

misalnya,

dalam awal cerita, selepas Mark confess yang dia gay pada housematesnya, si Penny ni mula nak ajak Mark untuk pergi ke satu Gay Club.. so, dalam hal ini, semuanya terpulang pada anda sama ada nak terima ajakkan Penny untuk pergi ke Gay Club tersebut.. pilihan yang anda buat akan membawa kesan pada jalan cerita.. perkembangan dan pengakhiran kisah kehidupan Mark semua bergantung pada 'jawapan' yang anda pilih.. jadi bagaimana anda nak 'guide' kehidupan Mark, semuanya terpulang kepada anda..

dalam cerita ini, ada lima watak lelaki yang berlainan yang anda akan jumpa or takkan jumpa (bergantung pada pilihan 'jawapan' anda). watak-watak lelaki tersebut adalah,





Mark (watak utama)



Ian
1. Ian : Teman serumah Mark yang mempunyai tabiat suka bermain dengan sex toys (hahaha).. dia antara orang pertama yang tahu Mark tu gay but jenis yang terbuka..



Brad
2. Brad : seorang atlit yang mempunyai masalah akademik..



Alex
3. Alex : pensyarah di universiti Mark..



Phil
4. Phil : sepupu Penny yang mahu dikenalkan kepada Mark.. Phil adalah seorang askar



Jed
5. Jed : jiran Mark dan juga seorang penyanyi band rock






bergantung pada pilihan jawapan anda, pada ending cerita Mark akan akhirnya bercinta dengan salah seorang daripada lima watak tersebut.. but itu tidak semestinya satu kemestian.. boleh sahaja ending cerita Mark takkan berakhir dengan sesiapa sahaja.. maksudnya just stay single je lah.. semuanya bergantung pada jawapan yang anda pilih..

permainan ni just berdasarkan pilihan yang kita buat yang akhirnya akan membawa jalan cerita yang berlainan.. so jangan takut untuk katakan 'tidak' kalau ada watak tu macam ajak pergi satu tempat, minta pertolongan.. sebab 'Ya' or 'Tidak' jawapan kita tu macam ada kesudahannya yang tersendiri.. jadi, dalam game ni akan ada pelbagai ending.. bahkan.. kadang-kadang kita memang perlu untuk mengatakan 'Tidak' jika nak dapatkan 'ending' yang menarik.. so, tanya hati, apa hati anda nak pilih..


ada option untuk tambah 'bulu' jika anda suka.. kalau tak suka pun boleh buang 'bulu' ini


game ini agak menarik dan sekiranya anda main game ini, nescaya anda akan meluangkan masa berjam-jam bermain game ini... ada pelbagai unsur 'humor' mat salleh yang agak melucukan.. and sudah semestinya ada banyak unsur 'explicit' dalam yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah orang yang berhati suci but amat digemari oleh golongan lain yang suka dengan unsur explicit ini.. tapi game ini sebenarnya lebih menekankan pada jalan cerita.. so, mostly korang akan banyak 'membaca' jika anda main game ini dan ianya juga sangat menghiburkan sebenarnya..




yang mana satu pilihan anda?
















AMARAN!! 

18SX

Game ini mengandungi unsur 'explicit' yang mampu menimbulkan tompok-tompok hitam di hati anda..








Thursday, 8 January 2015

Abang Bad






hari ni aku ada bermesej dengan seorang kawan aku ni.. ada lah perkara penting yang kita borak kan.. dalam tengah kita orang bermesej tu kan.. suddenly kawan aku ni sebut sesuatu.. dia cakap macam ni..



"Rumah abang Bad ko tu...."





terus aku tergamam..

apa??

abang Bad aku?

kenapa ko cakap 'abang Bad ko', macam abang Bad tu 'abang' aku punya pula..

faham tak maksud aku?

misalnya ada orang ni nama Saiful.. and ko panggil dia abang Saiful.. but in reality korang macam takde apa-apa relation pun.. biasa lah just panggil dia abang.. then orang cakap kat ko,

"abang Saiful ko tu kan..."

aku pun macam... what???? what???

okay... terlebih dahulu.. siapa dia abang Bad? apa hubungan dia dengan aku..

begini.. aku akan bercerita.. actually abang Bad ni pernah aku ceritakan dalam blog.. dalam blog ni aku panggil dia Abang Long Muscle.. penjelasan.. panggilan Abang Long Muscle tu actually bukan dari aku pun, dari orang lain.. so, bagi yang mengikuti kisah tentang aku dengan Abang Bad / Abang Long Muscle ni tahu lah serba sedikit tentang hubungan dan kisah kita orang macam mana..

okay.. aku akan just panggil sebagai abang Bad je lah..

actually benda ni macam ada kisah yang berlaku... but aku faham juga lah kenapa kawan aku tu boleh pula kata kan dengan ayat 'Abang Bad ko tu..'.. sebab actually lah kan.. kat Aussie, macam aku seorang je yang panggil dia tu dengan gelaran abang.. orang-orang lain tak panggil pun.. macam mana aku boleh panggil dia sebagai abang Bad sebab waktu tu aku masih lagi paling junior, then abang Bad ni beza umur dengan aku adalah 8 tahun.. so, aku pun atas dasar nak 'sopan', panggil dia abang je lah.. walaupun seperti yang aku dah cakap banyak kali, yang aku macam tak selesa nak ber'abang-abang ni.. so, aku panggil dia sebagai abang Bad..

TAPI..

orang lain tak panggil pun dia 'abang'.. walaupun orang perempuan takde pun nak panggil dia 'abang' walaupun yang muda.. terus panggil nama je.. panggil Bad.. then aku seorang je lah yang 'special' sikit sebab panggil dia abang.. sampai ada yang tanya aku,

"kenapa panggil dia abang?"

then aku balas..

"bukan dia jauh tua dari aku ke?"

"kat Malaysia, boleh lah nak ber'abang-abang.. kat sini (Aussie) tak payah lah panggil dia abang.."

(sebab kita orang macam anggap semua orang kawan masing-masing je.. walaupun beza umur)

tapi aku dah terbiasa panggil dia abang.. so macam aku seorang je panggil dia abang kat Aussie.. then disebabkan aku ni ber'abang-abang pula dengan dia, orang-orang lain pun macam ada juga lah yang memerli sebab aku seorang je yang nak panggil Bad tu abang.. so, aku tak hairan lah kawan aku ni tiba-tiba je perli aku dengan ayat..



"Rumah abang Bad ko tu...."



benda ni macam very paradoks.. aku punya lah kata kat dalam blog ni keras-keras kata tak suka nak ber'abang-abang dengan orang.. sebab tu kononnya nak avoid ada hubungan perasaan dengan yang lebih berusia taraf abang sebab tak nak guna ayat 'abang-abang' ni semua.. tapi, kat aussie, bila semua orang tak panggil seorang ni abang, but aku seorang pula satu-satunya yang ber'abang-abang dengan dia..

menyentuh tentang orang yang aku panggil ABANG Bad ni.. aku macam ada 'suka + benci' dengan dia.. aku mungkin sangat ego nak mengakui 'suka' tu... entah.. aku rasa dia jenis yang sangat poyo, yang suka nak sakat dan perli aku.. kutuk... marah.. buat aku rasa tak senang.. but disebabkan ada perkara yang terjadi, tiba-tiba hati aku macam mula terbuka untuk berasa 'hormat' dengan insan yang paling aku kurang senang kat Aussie, iaitu abang Bad.. but kena faham juga, 'suka' kat sini bukan bermaksud suka macam jatuh hati / cinta ke apa.. just suka tu macam aku mula open diri aku dan tak makan hati dah dengan apa yang dia buat kat aku.. mula rasa hormat.. walaupun dia still nak memerli aku..

so, disebabkan SUKA + BENCI (ada benci sekali..)

so, aku pun macam..

"dalam banyak-banyak abang.. kenapa dia pula yang ko gelar 'abang aku'? tak mengaku aku orang poyo tu 'abang' aku.. orang lain mungkin boleh lah kot.."
















Monday, 5 January 2015

Check Lists dengan yang Teristimewa






lama tak update blog.. bukan tak nak update tapi disebabkan ada 'hal kehidupan di dunia' + internet kat kampung aku slow giler nak mampus macam jadi kekangan..

kali ni aku nak tulis post yang jiwang-jiwang sikit.. saje nak bagi update blog.. ianya adalah 'check lists' yang aku teringin nak buat dengan orang yang istimewa di hati aku.. sebelum tu aku nak cakap lah yang aku ni pada masa sekarang selalu menegaskan yang aku ni bukan lah orang yang romantik.. tak pandai nak fikir hal-hal yang romantik pun.. so, benda ni mungkin agak membosankan pada sesetengah orang..but kiranya ini adalah antara 'check lists' yang aku nak buat dengan orang yang
istimewa dalam hidup aku..





1. duduk berdua-duan kat air pancut dekat KLCC tu di waktu malam sambil dikelilingi oleh orang ramai yang pelbagai ragam yang ada di situ.. untuk sesuatu sebab, kolam air pancut tu dah macam jadi antara my favorite places.. dan aku tak sure kenapa benda ni adalah 'sweet' bila duduk berdua-duaan, then berborak sambil melihat air pancut yang berwarna-warni diiringi oleh irama lagu.. waktu my 'first date' dulu, aku ajak seorang ni untuk duduk kat tepi kolam air pancut tu.. entah kenapa macam aku seorang je yang terasa ianya adalah perkara yang sweet bila duduk kat kolam air pancut tu, but si dia pula macam tak rasa apa yang aku rasa.. then waktu perjumpaan dengan blog readers tempoh hari aku pun ajak orang tu duduk kat tepi kolam air pancut tu pada waktu malam.. but dia pun macam tak understand apa yang 'special' or 'sweet' sangat bila buat macam tu... entah.. aku pun tak tahu.. setiap orang orang ada persepsi masing-masing.. but antara impian aku adalah membawa si dia yang teristimewa duduk melepak di waktu malam dekat tepi kolam air pancut KLCC..



2. antara impian aku juga untuk meluangkan masa dengan si dia melawati art gallery.. kat KL mungkin aku akan bawa si dia ke Balai Seni Visual Negara untuk melihat pameran lukisan terkini di sana.. tapi, aku pun suka dengan koleksi lukisan yang dijual di sebuah kedai lukisan kat Pavilion.. memang koleksi karya kat kedai di Pavillion tu superb giler.. waktu aku singgah KL Nov lepas, aku luangkan masa agak lama hanya melihat karya yang superb yang dipamerkan kat kedai tu.. waktu kat Aussie, pun aku ada melawati beberapa art gallery di sana.. mungkin bagi orang perkara ni membosankan.. mungkin pada saat itu aku dan si dia tidak akan bercakap banyak tapi hanya akan terus memandang pada setiap karya, mengagumi apa yang dilihat.. lalu, bila aku sudah menemukan insan terpilih itu, akan aku tanya kan,

"do you like arts? jom ikut aku ke satu tempat..."



3. aku ada gambaran di minda mahu menghabiskan masa dengan seseorang berbaring di atas rumput pada waktu malam sambil menyaksikan kilauan bintang di langit.. zaman aku di sekolah dulu, di asrama aku kerap juga berbaring di kawasan foyer asrama untuk memandang langit.. lalu aku teringin nak buat perkara yang sama dengan seseorang yang istimewa.. berborak banyak perkara.. satu deeper conversation.. mungkin juga bergurau senda.. lalu berbaring di atas rumput memandang bintang di langit.. no kissing.. no hug.. tak payah nak berpeluk-pelukan sangat.. sebab benda macam tu memang bukan dalam bayangan minda aku.. but kalau nak manja-manja macam cubit pipi or hidung mungkin boleh lah.. seperti seorang sahabat rapat, takde lah buat benda yang keterlaluan pun.. kita just nampak macam 'dua orang kawan lelaki' yang tak lah macam pasangan kekasih pun.. but dalam hati, kita tahu yang masing-masing sudah terpaut..



4. aku teringin nak naik motor dengan insan tersebut sambil berbasah dalam hujan.. aku tak tahu kenapa bila naik motor dengan orang yang aku suka + dihujani hujan, kebasahan adalah sesuatu yang sweet.. imaginasi aku ni seolah-olah apa yang aku tulis dalam Unspeakable Love babak Fahri dan Shahir kebasahan dalam hujan ketika dalam perjalanan menaiki motor.. lalu berkejar mencari tempat berlindung.. bila berteduh, masing-masing pandang antara satu sama lain, sambil berpeluk tubuh kesejukan, lalu tersenyum.. ketawa.. basah kuyup.. namun ada 'kehangatan' yang tercipta..



5. aku terfikir nak masak bersama.. aku takde lah pandai masak sangat pun, and aku harap dia pun sama gak.. so, ianya agak special bila kami berdua try nak buat makanan yang sedap dengan kemahiran yang tak hebat ni.. mungkin hasil masakan tu tak menjadi sangat, but kami still nak makan juga.. 



6. aku tak pandai melukis lukisan realistik seperti potret orang.. tapi aku teringin jika aku ada kemahiran tersebut pada satu masa nanti, aku nak melukis si dia.. sambil dia duduk di satu kerusi lalu aku pula tekun melukis dirinya pada satu kertas.. sebenarnya aku pernah juga buat perkara ni pada 'crush' aku.. feeling bila kita try nak lukis orang yang kita ni adalah satu feeling yang berlainan dan sukar untuk digambarkan.. bila nak melukis tu, dalam hati akan berkata, 'lukis lah dengan kasih sayang'... walaupun lukisan kita tak lah cantik mana pun.. tapi ada benda yang special kat situ.. kalau tak melukis, aku mungkin nak ambil gambar dia dengan DSLR aku untuk buat photoshoot.. aku selalu fikir 'wajah' manusia adalah bahagian yang paling istimewa.. aku memang suka nak ambil gambar wajah orang dan suka dengan setiap riak wajah yang dipamerkan oleh manusia..



7. aku teringin nak bermain sukan dengan dia.. seperti bermain badminton berdua-duaan misalnya.. satu aktiviti yang kami boleh lakukan berdua-duaan.. then, kalau aku tak ajar satu permainan itu, dia tolong ajarkan.. entah kenapa aku macam suka dengan feeling bila aku 'diajar' seseorang.. waktu aku bermalam kat UIA dulu, my friend ajak aku main ping pong.. then aku cakap yang aku tak pandai main benda tu.. so, dia ajar aku.. entah kenapa aku suka dengan feeling bila aku 'diajar' oleh seseorang.. lalu terfikir pula kalau-kalau orang yang ajar aku main tu adalah orang yang aku suka, mesti ia adalah sesuatu yang istimewa.. then, aku mungkin nak ajar si dia berenang (kalau dia tak pandai).. ajar, bagaimana nak apungkan diri.. ajar untuk bina keyakinan diri yang tubuh manusia tu lagi 'ringan' dari air sebenarnya.. perasaan bila diri 'mengajar-diajar' ini adalah antara sesuatu yang sweet bagi aku..





so, ni lah perkara-perkara yang 'sweet' bagi aku yang tak romantik ni.. for me, 'sweet-romantik' ni bukan lah dengan bahasa manja, bahasa manis, peluk, cium, romen-romen.. tapi 'sweet-romantik' pada mata aku adalah lebih kepada bagaimana kita luangkan masa kita dengan seseorang itu..