aku tak berapa nak ingat bila pertama kali aku first time main Grindr.. tapi sebelum adanya Grindr, ada satu media sosial lain iaitu Planet Romeo yang fames di kalangan PLU Malaysia.. tapi sejak penggunaan telefon pintar Android ataupun iPhone semakin popular, Planet Romeo ni semakin hilang pengaruhnya bila semakin ramai orang mula beralih kepada Grindr.. Then sejak saat tu, Grindr ni aku rasa adalah media sosial yang paling femes sekarang.. aku pun ada juga nak try follow trend tersebut dengan mula buat profile kat Grindr, tapi kesudahannya, aku tak berapa nak suka sangat dengan Grindr disebabkan beberapa perkara.. kalau sesiapa yang pernah main Grindr mesti akan faham yang Grindr ni hanya akan pamerkan profile-profile yang berdekatan dengan kedudukkan kita pada masa tu.. bagi aku ianya adalah satu perkara yang limited.. sebab aku teringin nak tengok profile-profile yang berada jauh dari tempat aku berada, dan Grindr memiliki limitasi tersebut.. tambahan pula, waktu aku first time buat profile Grindr, waktu tu aku kat Aussie lagi.. jadi, maksudnya, kalau aku buka Grindr, profile-profile yang aku hanya boleh tengok adalah profile mat salleh yang ada berdekatan dengan tempat aku tinggal.. and aku pula takde lah macam tertarik sangat dengan mat salleh, jadi aku rasa ianya macam membosankan.. sebab aku hanya boleh tengok profile mat salleh je.. aku ni taste kat Melayu.. so, aku teringin nak skodeng profile orang melayu punya.. lepas tu aku tak aktif Grindr sebab bagi aku ia membosankan.. kalau online pun hanya boleh tengok profile mat salleh..
namun satu hari, aku dapat satu trick yang membolehkan aku seperti 'appear online' kat tempat lain.. dalam setiap telefon pintar, ada GPS kat phone yang secara automatik akan memberi tahu lokasi kita kat mana.. kalau kita kat Aussie, so GPS dalam phone tu akan kata kita kat Aussie.. tapi, ada satu trick yang mana kalau kita boleh 'ubah lokasi GPS' ni sesuka hati kita, maka kita boleh macam 'appear online' kat tempat lain walaupun sebenarnya kita kat tempat lain.. aku beri contoh, misalnya aku kat Aussie, namun disebabkan aku telah 'memalsukan lokasi GPS' phone aku dengan buat setting GPS berada di Shah Alam di Malaysia, maka phone kita tu akan 'online ditempat yang kita dah set' tu.. faham tak? ianya akan memberi kesan kepada aplikasi seperti Grindr.. so, bila aku telah memalsukan lokasi aku kat Shah Alam, kat Grindr aku akan online kat Shah Alam dan boleh tengok orang-orang berada di Shah Alam, walaupun sebenarnya aku berada jauh nun di Aussie.. so, disebabkan aku telah tahu trick ni, aku mula syok nak main Grindr sebab aku dah boleh nak tengok and skodeng orang-orang yang ada kat Malaysia..
di Malaysia, antara lokasi yang menjadi kegemaran aku untuk nak skodeng-skodeng kat Grindr adalah
Shah Alam
Bangi
Kajang
Cheras
Gombak
Johor Bahru
Seremban
Pasir Mas
Alor Setar
Kuching
KL
banyak lagi sebenarnya.. tapi tempat yang jadi kegemaran adalah Shah Alam, Johor Bahru dengan Bangi sebab tempat-tempat ni macam mudah nak jumpa profile orang Melayu and ada juga yang rupa manis dipandang.. kalau yang tak faham lagi, sebenarnya apa yang aku maksudkan adalah walaupun aku berada ditempat lain (misalnya kat Aussie) tapi kat Grindr aku boleh online kat tempat-tempat tersebut.. aku boleh tengok profile orang yang berada kat Shah Alam, Bangi, Kajang semua tu bila aku guna trick memalsukan lokasi GPS di tempat berkenaan.. dan orang kat sana pun boleh tengok profile aku..
selain itu, aku pun suka macam set lokasi aku kat universiti di Malaysia misalnya;
UIA, UM, UiTM Shah Alam, USM, UNIMAS, UKM, UPM dan UTM.
selalu juga lah aku skodeng sapa student-student PLU kat sana.. dan hal tak sangka adalah aku ada terserempak dengan beberapa orang yang aku kenal.. hahaha.. sama ada orang tu adalah orang yang aku kenal in real life, ataupun di kalangan blog readers aku sendiri... trust me, aku banyak terserempak dengan my blog readers.. and aku pun ada lah inbox, tegur-tegur mereka.. cuma mereka tak kenal kat aku je lah..
berkenaan dengan kenalan in real life, tak sangka boleh jumpa bekas satu kelas waktu sekolah menengah dulu.. dia lepas SPM, dapat biasiswa then sambung belajar ke US.. time tu dia baru habis belajar.. aku pun terkejut lah, sebab tak sangka.. tapi bila difikirkan semula, dia pun sebenarnya ada potensi jadi seorang PLU pun sebenarnya.. ada juga jumpa kenalan lain yang satu daerah, tapi study kat KL.. dengan dia ni aku memang rapat sangat dulu time sekolah.. and aku memang dari dulu tahu yang dia ni PLU.. but tak sangka lah yang dia pun main Grindr juga.. actually, banyak lagi kenalan in real life yang aku jumpa..
tentang blog readers pun sama.. yang ada add aku kat FB, then aku jumpa mereka kat Grindr.. bah kan di kalangan bloggers sekali pun aku terserempak profile mereka ketika aku tengah usha-usha Grindr satu Malaysia..
cuma satu benda yang aku nak cakap, kadang-kadang bila kita nak tulis profile tu, description profile seeloknya buat lah dengan ayat yang sopan.. korang mungkin fikir macam suka hati aku lah aku nak tulis aku macam mana, tapi kena ingat kadang-kadang ada orang yang kita kenal di luar sana boleh jumpa profile kita di Grindr..
bayangkan lah kalau ko tulis dalam profile macam;
"I'm horny bottom, looking for top to fuck my hungry hole'
"top, batang keras, panjang, tahan lama.."
"looking for fun only.. into CF.."
"horny today.. let's have fun!!"
"nak jilat lubang bottom.."
"siapa nak batang dia dikemut?"
and macam-macam lah description yang orang letak kat profile.. bila korang tulis macam tu, mungkin outsiders yang tak kenal ko macam takde rasa apa-apa sangat bila baca profile macam tu.. but what if kalau ada yang orang actually ko kenal, then jumpa profile ko macam tu.. ko rasa mereka akan react macam mana??
kalau aku, "wow.. bukan main lagi dia ni ye.."
ianya macam soal jati diri kita lah.. macam mana kita nak bawa diri kita pada umum.. ye lah.. kita kenal orang tu kat luar macam mana, tapi bila di Grindr bukan main lagi description dalam profile tu tulis lebih-lebih.. kita sebagai kenalan pun akan rasa sesuatu je..
but, actually kenapa aku ada kat Grindr??
1. satu sebabnya sebab aku suka skodeng profile orang.. banyak juga yang hot-hot dalam Grindr.. personally, aku rasa profile Grindr area di Shah Alam and Bangi-Kajang tu banyak yang hensem-hensem (sebab area kat sana banyak Melayu).. yang kat JB pun banyak juga yang manis dipandang.. (cuma kat JB byk sangat moneyboy & tukang urut)..
rasa nak kenal je dengan mereka tapi;
aku tak hot.. nanti tak dilayan
aku bukan berada di lokasi tu, so, kalau ajak jumpa pun bukannya boleh pun
takut kena reject, sedu rasa hati nanti.. (fear of rejection)
2. keduanya, sesaje nak test market.. nak tengok aku ni market boleh pasar ke tak.. laku ke tak.. kadang-kadang aku ada je letak profile pic aku.. nak test market kononnya.. tapi, bila aku letak my face pic, bukannya ada yang nak tegur pun.. huhuhu.. sunyi je chat box.. maksudnya diri ni tak laku di pasaran.. hahaha.. terus rasa rendah diri je.. kadang-kadang tu aku lagi suka letak profile aku blank je takde gambar.. bila jadi faceless ni ada pula orang nak inbox.. lagi banyak orang tegur aku bila profile faceless banding ada profile picture.. tapi, tengah chat tu, bila orang tu request picture, aku pun trade, terus orang tu diam, tak chat lagi dah.. hahaha.. yang ni terus remuk hati.. terus berkumandang lagi 'Hancur', oleh Estranged dan Fazura
hancur... hancur... hancur aku...
HAHHH.. satu lagi.. kepada individu yang guna picture aku kat Grindr, jangan ingat aku tak tahu.. aku ni kan suka skodeng-skodeng, tup tup jumpa gambar aku pula digunakan kat dalam Grindr... tempatnya adalah kat Shah Alam.. tengah skodeng orang kat Shah Alam terjumpa pula orang guna picture aku.. nasib baik gambar tu gambar blur, tak nampak muka sangat.. aku perhatikann je profile tu selama ni.. bila terlintas niat nak tegur dia, tup tup dia dah deactivated account dah..
kesesimpulannya, Grindr ni bagi aku macam salah satu medium mudah kalau kita nak terus jumpa dengan golongan spesis kita.. sebab in real life kita macam tak boleh nak agak sangat, siapa orang macam kita.. so, ramai orang yang guna Grindr, sebab ia senang untuk komunikasi sesama PLU..
kepada yang tak pernah try main Grindr, aku tak syor kan korang try apps ni sebab banyak buruk dari yang baik kita boleh dapat bila guna Grindr.. sebab kalau first time guna apps macam ni, korang akan dapat culture shocked juga.. pelbagai ragam.. pelbagai kerenah.. tak nak ada orang yang tak boleh handle, akan hanyut ke arah yang tak elok..