Monday, 29 August 2011

the Hope





jika aku diberi satu peluang untuk mengubah satu perkara mengenai diriku, sejujurnya aku harap aku akan dilahirkan normal dari segi nalurinya sama seperti orang yang straight lain.. benda ini adalah sesuatu yang sering aku fikirkan. tiada sesiapa mahu dilahirkan untuk menjadi abnormal. mungkin dari segi luaran, tiada apa yang membezakan antara aku dengan mereka yang lain namun dalaman diriku ada sesuatu yang menjadikan aku dengan yang lain agak terasing. orang kata, "jangan cuba mengubah takdir Tuhan." namun jika aku dilahirkan sebegini, dengan naluri untuk menyukai seseorang yang haram untukku, aku harap aku dapat melawan takdir. aku mahu menjadi seorang yang straight.

jika aku memang dilahirkan dengan perasaan abnormal ini, aku harap aku menjadi seorang yang biseksual. aku menyukai seorang yang lelaki yang sama dengan diriku namun pada masa yang sama, tidaklah begitu susah untuk aku menyukai seorang perempuan. bagi aku, separuh naluri ini adalah normal. malah, aku tidak akan dilanda banyak masalah untuk melindungi segala rahsia hati. menyukai seorang perempuan tanpa ada masalah. tidak seperti seorang yang completely abnormal dalam naluri mereka. begitu sukar untuk melahirkan keikhlasan, tiada kerelaan hati untuk mencintai kerana memang hati tidak mampu mengatakan "aku suka kau..."


Preamble -the major & minor-

tidak tahu mengapa hatiku tergerak untuk menulis mengenai perkara ini.. satu perkara yang aku tidak dapat bicarakan secara terbuka.. biar hati sentiasa berkata, "dengarkanlah!! aku ingin kamu memahaminya!" hati menjerit mendesak agar ada penerimaan dari golongan majoriti.. dan hati ini akan berkata lagi, "dengarkanlah!! aku juga seperti kamu.. kewujudanku, bukanlah sesuatu yang sia-sia."

begitu naif.. ada kalanya diri perlu memahami yang paradoks ini tidak mungkin terjadi.. pengharapan yang sia-sia.. tiada sesiapa yang mahu kisah bisikan hati ini.. tiada yang mahu memahaminya.. biarkan aku bersendirian, bersama pegangan aku.. dan tidak pula aku terfikir untuk menyalahkan mereka.. tiada sesiapa yang sempurna..

ini adalah kisah aku.. aku adalah golongan minoriti.. suara hati sang minoriti begitu sukar didengari.. sudah menjadi hukum manusia, yang majoriti akan sentiasa menentukan apa yang betul dan apa yang salah.. mereka yang akan memerintah.. dari segi agama aku, aku adalah dari golongan majoriti.. begitu juga dengan faktor kaum aku.. aku lah majoriti yang sudah semestinya mendapat lebih banyak manfaat.. negara ini akan sentiasa diperintah oleh orang seagamaku, kaum yang sama dengan diriku.. yang minoriti, kamu hanya perlu bersuara, namun hakikatnya sang majoriti yang akan memutuskan semuanya.. itu dinamakan demokrasi.. dengan kata lain, selagi sesuatu pendapat itu mendapat persetujuan paling banyak, ia akan menang.. yang kurang mendapat sambutan, akan kalah.. namun, tidak semestinya yang tewas itu tidak bagus.. hal ini samalah juga dengan yang berlaku dalam politik.. minda mewakili pendapat kita, namun tidak semua minda itu mampu memahami akan sesuatu sistuasi.. pendek kata, yang memiliki banyak manfaat kepada diri kita, akan dipilih.. ia akan diputuskan untuk menjadi sebegitu.. ini lah lumrah..

aku adalah golongan majoriti dalam banyak aspek.. namun aku adalah golongan minoriti jika diukur dari sudut seksualitiku.. aku rasa anda faham apa yang aku maksudkan di sini.. aku adalah seorang lelaki.. ada sesuatu yang aku tidak faham akan diriku sendiri.. mungkin apabila aku memahaminya, aku akan cuba untuk menafikannya.. ia adalah lumrah apabila sesuatu yang taboo dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan diri kita.. aku menyukai kaum sejenis aku...


kenapa? orang selalu berkata sebegini, "aku tak fahamlah dengan orang macam ni, dah Tuhan jadikan kau lelaki, kenapa nak suka lelaki juga? bukanya ada manfaat pun.. tak boleh nak ada zuriat."

jika orang bertanyakan aku akan soalan sedemikian, sejujurnya aku tidak mampu untuk menjawabnya. aku tahu, hubungan seperti ini tidak akan berkekal lama.. tidak mungkin sampai ke jinjang pelamin (walaupun aku tak pernah terfikir macam tu), tapi ada sesuatu orang kebanyakan susah untuk memahaminya. ia bukanlah mengenai perasaan yang dibuat-buat.. adakah aku sengaja untuk menyukai? kalau sesuatu perasaan suka yang disengajakan adalah salah, jadi adakah aku bersalah di saat aku cuba untuk menyukai kaum yang berlainan jantina denganku? dengan kata lain, aku sengaja cuba menyukai golongan hawa. so, adakah aku bersalah? (sengaja menyukai namun hakikatnya tidak mampu)

pada saat ini hati ingin berbicara, "bayangkanlah kalau dunia ni jadi terbalik.. ia adalah salah untuk seorang lelaki untuk menyukai seorang perempuan. kamu (golongan yang straight) perlu menyukai kaum sama jantina dengan diri kamu. adakah kamu mampu?" jawapan ini mestilah sukar untuk dijawab. dan kamu mungkin akan berkata, "bagaimana mungkin aku mesti menjadi seorang homoseksual?" aku ulangi lagi, bayangkan dunia ini sudah terbalik, yang normal itu adalah homoseksual dan begitulah dengan yang sebaliknya. inilah yang aku alami. ia adalah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi golongan majoriti. perasaan ini bukanlah sesuatu yang disengajakan. aku juga tidak ingin memahami perasaan dan kenapa aku bertindak sedemikian? bila aku cuba untuk memahami, aku sebenarnya tidak ada apa-apa sebab. ia adalah sesuatu yang natural. mungkin telah ada dalam diriku lagi bermula saat aku dilahirkan.. dan aku tidak akan cuba untuk memahaminya.

ini adalah berkenaan golongan majoriti dengan minoriti. dari sudut demokrasi, begitu senang untuk sang majoriti untuk memang.. tapi, tak semestinya yang tewas itu salah. sama seperti politik. demokrasi adalah berkenaan tentang minda masyarakat. minda seseorang tidak mungkin akan memahami semua yang berlaku di sekitarnya. kebisaanya, orang hanya akan menyokong sesuatu yang ada manfaat kepada dirinya.

aku adalah minoriti.. adalah perlu yang minoriti untuk memahami apa yang dimahukan oleh golongan majoriti, namun adakah satu keperluan untuk sang majoriti untuk memahami golongan minoriti? tambahan pula, mereka adalah pemenang.. dan jika ini berlaku, suara hati mereka yang minoriti akan sentiasa tidak diendahkan..

aku cuma mahu mereka memahami.. aku tahu, aku bersalah namun adalah perlu untuk memahami diriku sebelum mereka cuba menghukum diriku...