dah hampir dua minggu aku jadi perantau di negara kangaroo ini... untuk tempoh itu, aku masih tidak dapat nak menyesuaikan diri dengan cuaca 'empat musim' dalam satu hari di sini.. sejuk yang melampau di waktu pagi.. lebih-lebih lagi selepas mandi.. dan apabila berjalan kaki ke universiti, tiupan angin yang kuat lagi menyejukkan membuatkan aku sentiasa berpeluk tubuh di sepanjang perjalanan.. rasa sejuk yang tak begitu menyenangkan... dan bila tiba waktu tengah hari, panas terik membuatkan diri terasa terbakar.. suhu panas yang memedihkan.. namun begitu sukar untuk tubuh berpeluh.. biarpun berapa lama berjemur.. panas dan kering.. dan apabila tiba waktu petang, tiupan angin kencang mula kembali... tiupan yang sangat kuat lagi sejuk.. namun untuk kali ini, suhu sejuk di waktu petang adalah menyenangkan... bila malam menjelma, suhu mula jatuh dan selimut menjadi teman sejati... inilah keadaan cuaca musim panas di Launceston.. kadang-kadang terlalu panas, kadang-kadang dingin sampai ke tulang..
pada minggu pertama aku menjejakkan kaki di Launceston, aku menumpang tinggal di sebuah rumah senior.. dia berusia lapan tahun lagi tua daripada aku.. student master tahun terakhir... tentu sekali dia orang Malaysia... hensem? tentu sekali!! dia adalah jenis lelaki yang aku suka... kami berkenalan di FB sebelum aku terbang ke Australia.. to be honest, kadang-kadang aku selalu gak melihat koleksi gambar dia di FB.. hensem pula mamat ni.. aku semakin tak sabar untuk sampai ke Launceston kerana akan disambut oleh abang hensem dan juga dapat bermalam di rumah dia.. :D
dia orang yang sangat baik... walaupun usia kami jauh berbeza tapi dia melayan aku sama seperti orang seusianya.. to be honest, aku menjadi kekok bila bersama dengan dia.. dari segi bahasa dan budaya aku dipengaruhi oleh bahasa dan budaya orang Brunei... oleh kerana itu, walaupun aku orang Sarawak, tapi aku tidak pandai bertutur dalam bahasa melayu Sarawak... apa yang membuatkan aku kekok bila bersama abang hensem ini adalah cara aku membahasakan diri aku, sama ada nak guna 'aku' ataupun 'saya'... bagi orang semenanjung, ia adalah mudah, gunakan 'saya' bila bercakap dengan orang yang lebih berusia.. dan bagi orang melayu sarawak, perkataan 'kamek' nampak lagi sopan berbanding 'aku'.. tapi bagi orang melayu brunei seperti aku, perkataan 'aku' tidak dianggap sebagai sesuatu yang tidak sopan.. bila bercakap dengan ibu bapa, kami mengunakan 'aku'... dengan datuk, nenenk, pakcik, makcik semua guna 'aku'.. bila berurusan dengan pejabat kerajaan, kami menggunakan 'aku'... dan bila bercakap dengan cikgu di sekolah, ada orang turut membahasakan diri sebagai 'aku'... bagi orang semenanjung bila mendengar situasi ini, mungkin dianggap sebagai tidak sopan tapi bagi orang melayu brunei seperti aku, bila mengunakan perkataan 'saya', orang akan menganggap kita sebagai orang yang skema.. "skemanya ko kan bersaya-saya..."
corak permikiran orang adalah berbeza-beza mengikut tempat, budaya dan bahasa...
in short, kadang-kadang aku menggunakan 'saya' bila bercakap dengan abang hensem, tapi kebiasaanya aku membahasakan diri sebagai 'aku'... :D
dari segi fizikal, aku rasa abang hensem ni lah yang paling hensem sekali berbanding dengan senior-senior melayu lain yang ada di Launceston... dia mata aku, dia paling hensem lah... tapi aku bukanlah jenis yang nak menggatal.. aku just anggap dia sebagai seorang abang, tempat aku meminta pertolongan dan tunjuk ajar.. tapi tak ada dinafikan bila aku melihat dia tersenyum dan dengan gaya bahasa dia membuatkan aku berkata di dalam hati, 'comel pula abang ni.." hehe.. btw, dia dah ada tunang di Malaysia...
ada empat orang junior yang tinggal di rumah abang hensem ni.. termasuk aku lah... bila berada di Launceston, kadang-kadang mereka berbual mengenai perempuan di Launceston.. "kenapa awek-awek kat sini cantik-cantik ye?" "perempuan kat Launceston memang cantik-cantik pun.. kat tempat lain biasa-biasa je.." balas abang hensem...
tapi bagi aku seorang PLU yang hanya suka pada lelaki berasa agak kekok bila duduk bersama mendengar perbualan mereka... aku hanya mendiamkan diri.. hanya tersenyum-senyum...
orang yang paling kerap bercakap tentang awek di Launceston adalah abang long muscle.. haha... kenapa nama abang long muscle?? sebab dia paling berusia, badan tegap.. nama tu bukan aku yang beri tapi orang lain.. dia ni jenis lelaki yang jantan habis... macho... pernah gak aku terfikir, kalau dengan dia ni nak beromen memang best giler-giler!! kah kah kah.. tapi bukan aku membayangkan aku beromen dengan dia tapi kalau sesiapa yang nak beromen dengan abang long muscle ni lah... dia pun junior macam aku gak sebab first time pergi Launceston... orangnya sempoi... ada awek kat Malaysia... kacukan Jerman lagi tu...
dan pernah sekali ketika kami berlima, abang hensem memandu kereta dan empat lainya adalah junior, abang long muscle ternampak awek Launceston berjalan di tepi jalan raya dan dia menjerit, "nice ass!!" haha..
kadang-kadang aku tak faham gak mengenai lelaki normal.. apa yang ada di fikiran mereka ketika melihat wanita cantik... sebab aku hanya melihat perempuan sebagai sesuatu yang neutral tanpa konek terangkat.. apa tah lagi bila bersama dengan lelaki yang dah matang seperti abang hensem dan abang long muscle yang sepatutnya dah kahwin, tapi nak study dulu sebelum kahwin... dan aku yang masih muda, muka masih lagi baby face, innocent pula tu (konon lah) hanya mampu memerhatikan dan memperlajari tindak tanduk orang di sekeliling...
to be honest, ini lah kali pertama aku bergaul dengan orang lebih berusia dengan aku.. orang pangkat abang... jarak usia lapan tahun.. sebelum ini aku memang kurang suka bergaul dengan orang yang lebih berusia.. aku lebih senang dengan junior-junior... jadi aku berasa agak kekok bila bergaul dengan mereka.. tapi, ini adalah pengalaman baru, and i start to learn to enjoy the learning...