Khairul seorang lelaki yang agak popular.. bukan kerana paras rupanya yang hensem, namun hatinya yang cukup baik dan lembut membuatkan semua orang menyenanginya.. dia begitu mesra dengan semua orang.. junior, senior malah warga pendidik cukup senang dengan dia.. lelaki yang cukup sopan.. banyak juga perempuan yang menyimpan perasaan suka kepadanya secara diam-diam..
"You berbeza dengan budak lelaki yang lain.. to be honest, I rasa you ni gentleman sangat-sangat.. mesti bertuah jika ada perempuan jadi gf you.." akui Aisyah..
Khairul hanya tersenyum malu.. tunduk tanpa ada bicara..
seperti seorang kaunselor, Khairul sering sahaja menjadi tempat teman-temannya meluahkan masalah.. Khairul akan buat sedaya upaya yang dia mampu untuk membantu teman-temanya itu.. nasihat yang dia berikan begitu berguna.. dan kerana itu, teman-teman semua semakin sayang dengan Khairul.. dia adalah teman sejati.. dia hadir di saat susah dan senang.. dia akan melakukan apa sahaja asalkan teman-temannya gembira.. biarpun begitu banyak pujian orang berikan kepada Khairul, namun Khairul tidak berasa angkuh.. dia kata hadirnya dia di dunia ini adalah untuk membawa kebahagian kepada orang lain.. jika orang lain bahagia, dia turut bahagia..
seakan sempurna.. bagus paras rupanya, akhlaknya juga disenangi ramai..
namun.. hakikatnya tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.. Khairul adalah seorang PLU.. hatinya hanya tertarik kepada manusia sejenisnya.. dia cuba untuk menafikan perasaan ini.. namun semakin dia menafikan, semakin terseksa jiwanya... dalam diam, dia menyimpan perasaan suka kepada kawan baiknya sendiri, Amir.. hatinya mengatakan rindu kepada Amir, namun Khairul cuba memberontak untuk menafikannya.. hatinya mengatakan sayang kepada Amir, namun Khairul menafikan, ia cuma sekadar bisikan syaitan...
Khairul cuba pendam perasaan ini.. dia merasakan dirinya sesat.. baginya, dirinya adalah hina jika dia menyimpam perasaan suka kepada Amir.. dia rasa bersalah.. dia merasakan dirinya berdosa...
Khairul cuba untuk menjauhi Amir.. dia tidak mahu perasaan ini akan menghantuinya.. Amir cuba dia lupakan.. namun, semakin Khairul cuba menjauhi Amir, teman baiknya itu mula berasa curiga.. Amir tertanya-tanya, "Kenapa Khairul seakan menjauhkan diri daripada aku?"
Amir inginkan kepastian.. dia inginkan penjelasan teman baiknya, Khairul kenapa dia menjauhkan diri daripadanya? namun, Khairul hanya tersenyum tanpa ada bicara..
Amir semakin memdesak.. baginya, Khairul tak macam dulu lagi.. dingin terhadap dirinya namun tidak kepada orang lain.. Khairul masih lagi jadi teman sejati kepada semua orang, namun tidak kepada Amir. hatinya tertanya-tanya, adakah dia pernah berbuat salah kepada Khairul? dia tetap juga inginkan penjelasan.. dia tahu, jika dia ada berbuat salah sekali pun, Khairul tetap akan memaafkan silapnya.. itu lah Khairul yang dia kenali.. itu lah Khairul yang semua temannya ketahui...
"Aku nak kita putus kawan.." akhirnya Khairul bersuara..
Amir terkejut.. dia inginkan kepastian.. baginya jawapan itu sungguh di luar jangkaan..
"Kau main-main ke?? sejak bila pula kau dah pandai tak nak kawan sesiapa? aku nak kau beri penjelasan yang betul-betul solid apasal kau dah tak nak kawan dengan aku?"
Khairul hanya diam...
"Jangan macam ni lah, kawan.. aku kenal kau dah lama.. kau dah berubah sekarang ni.. tak macam dulu.. aku minta lah sangat-sangat tolong jelaskan kepada aku kenapa kau macam cuba jauhkan diri daripada aku? please lah.. kau lah teman terbaik yang aku pernah ada..." Amir masih inginkan penjelasan..
Khairul tak tahu kenapa, namun hatinya mula menangis.. dia cuba untuk menaham perasaanya itu.. dia tidak mahu memandang Amir, namun digagahkan juga hatinya untuk berdepan dengan Amir.
"You'll hate me..." jawab Khairul ringkas..
"Ok.. fine!! kau memang betul-betul dah berubah.. aku dah tak kenal dengan kau sekarang ni.. kau bukan Khairul yang aku kenal dulu lagi.. Khairul yang sentiasa ada di sisi teman-temanya.. tapi sekarang kau dah buat exception yang aku bukan lagi kawan kau.. kenapa kau boleh terus jadi baik kepada semua orang tetapi tidak kepada aku?? aku rindu Khairul yang dulu tapi sekarang..." Amir mula mengalirkan air mata.. "ah! sudah lah! kau memang betul-betul dah berubah!"
Amir lantas meninggalkan Khairul bersendirian.. hatinya begitu marah.. ketidak jujuran Khairul membuatkanya berasa marah.. hatinya terkilan kerana dia tahu Khairul sebenarnya masih lagi mahu berkawan dengannya.. tapi kenapa dia buat dirinya sebegitu? Amir mahukan penjelasan..
* * *
Assalammualaikum...
Amir, aku tidak tahu macam mana keadaan kau di UK sekarang ni.. aku harap pelajaran kau di sana berjalan dengan lancar.. maafkan aku kerana sikap dingin aku dulu membuatkan kau terluka.. sejujurnya aku tidak berniat untuk membuatkan kau marah dan tertanya-tanya atas segala yang pernah aku lakukan dulu.. aku insan yang hina.. aku tak layak untuk menjadi kawan baik kau.. aku berbeza dengan orang yang lain.. dan akhirnya kau mengerti juga kenapa aku jadi dingin terhadap kau.. kalau kau nak tahu, selepas kita putus kawan, aku berasa sunyi sangat-sangat.. aku menderita... perasaan ini semakin aku cuba nafikan, semakin kuat ia menghiris perasaan aku.. ia tersangat pedih bila aku cuba menipu yang aku membenci kau..
aku begitu sayangkan kau, Amir.. betul-betul sayang.. tapi aku tahu perasaan ini salah.. dan kerana itu aku menjauhkan diri.. ia adalah jalan terbaik bagi aku untuk melupakan kau.. kerana setiap hari jika kita bersama hati ini semakin berbunga bahagia.. serius, aku sangat bahagia namun aku juga rasa bersalah.. aku berasa hina kerana jatuh suka kepada kau, Amir.. kau adalah kawan baik aku dunia dan akhirat.. namun bagi aku, perasaan suka aku kepada kau adalah satu pengkhianatan dalam hubungan kita..
Amir, sejak hari tu kau mula menjauhkan diri daripada aku.. sungguh, aku berasa sedih, namun itu lah apa yang aku inginkan.. tapi keadaan ini membuatkan aku betul-betul terseksa.. aku ingin mememui kau.. aku ingin kita bersama sama seperti dulu.. hakikatnya, ini lah yang terjadi.. kita betul-betul sudah putus persahabatan.. kau tidak memperdulikan aku lagi.. untuk tempoh satu tahun itu, begitu sukar untuk aku menemui kau.. khabar berita langsung aku tidak tahu mengenai kau lagi.. aku cuba untuk tidak ambil tahu tentang diri kau dan aku ingat aku sudah berjaya..
Amir, ingat tak lagi pada hari tu aku mengatakan "You'll hate me" jika aku memberikan penjelasan? Ya.. akhirnya kau dah tahu kenapa aku kata kau akan membenci aku.. khabar berita mengatakan yang kau akan pindah belajar ke UK membuatkan aku betul-betul terkejut.. aku hanya dapat tahu di saat-saat akhir ketika kau ingin berlangkah pergi dari tanah air.. maafkan aku atas kelakuan yang memalukan aku telah lakukan.. aku berlari menemui kau lantas memelukmu dengan penuh erat.. di depan mata teman-teman kita yang lain aku mengatakan, "aku sayangkan kau, Amir... maafkan aku.." semua orang terkejut termasuklah kau.. sungguh aku tidak tahu macam mana aku boleh melakukan sedemikian.. namun, aku betul-betul sayangkan kau dan tak ingin kau meninggalkan aku.. dan ia adalah benar.. You will hate me..
lantas kau tolak aku dengan kekerasan.. kau katakan kepada aku "manusia dilaknat Allah!!" di depan mata semua teman-teman kita.. semua orang mendengarnya dengan jelas.. aku hanya menangis.. sungguh, aku begitu lemah.. kata-kata mu itu betul-betul membuatkan hati ku terluka.. aku berasa malu terhadap diriku.. malu kerana memeluk dirimu.. sungguh, aku tidak bermaksud untuk memalukan diri kau... aku hanya ingin kau tahu yang aku betul-betul sayangkan kau... maafkan aku, Amir kerana menyayangimu... maafkan aku...
Amir... kini semuanya sudah menjadi kenangan.. kau adalah kawan baik aku dunia akhirat.. dan tetap akan jadi kawan aku selamanya.. maafkan aku kerana telah menjadi sejarah hitam dalam diri mu.. aku tahu yang aku bersalah kerana memalukan kau di depan mata-mata teman kita.. kalau kau nak tahu kini aku sudah tidak ada sesiapa.. semua orang membenci aku.. peristiwa hitam itu membuatkan semua orang kenal akan siapa aku yang sebenarnya.. semua orang membenci aku.. biarpun selama ini aku cuba menjadi teman sejati kepada semua orang, namun status "manusia dilaknat Allah" telah merubah segalanya...
hati ini terasa pedih..
aku tidak menyalahkan kau.. memang layak aku kau benci.. hakikatnya begitulah yang sepatutnya terjadi.. salah aku semuanya... tapi kau buat aku bahagia.. sehingga kini kau sentiasa membuatkan aku bahagia, Amir.. aku tidak menyesal mengenali mu...
Regards,
From Your Best Friend :D
Khairul