|
Gambar sekadar hiasan |
Tuesday, 3/3 Summer
Semester baru bagi tahun kedua pengajian aku akan bermula
tak lama lagi, tapi aku masih lagi tak dapat tempat tinggal.. sungguh malang
bagi aku sebab tak terpilih untuk tinggal di kolej kediaman di universiti.. aku
dah memohon dah lama tapi ditolak.. jadi, nak tak nak untuk tahun kedua ini,
aku memang kena menyewa di luar lah.. leceh pula.. nak mencari tempat nak
menyewa tu yang leceh.. dan sekarang ni pun aku masih tak dapat tempat untuk
disewa.. aku nak yang murah dan dekat dengan uni.. ada juga lah beberapa buah
rumah aku telah tengok tapi entah kenapa aku macam kurang berkenan pula kalau
difikirkan tentang soal harga sewa dan juga jarak perjalanan ke uni.. jadi aku
masih lagi mencari tempat tinggal untuk disewa.. nak cari tempat betul-betul
biar hati puas.. sebab tinggal nanti untuk tempoh yang lama, jadi biar lah
tempat memang selesa untuk aku..
Beberapa hari ni aku tinggal kat bilik kawan aku, Fahri di
kolej kediaman.. dia beruntung sebab masih dapat tinggal
kat kolej.. dia benarkan aku
untuk bermalam kat bilik dia seketika sebab teman sebilik dia, Shahir masih tak
datang lagi.. jadi dalam masa tu aku pun kena lah cari tempat tinggal untuk
disewa..
Bersendirian, aku melihat pada papan notis yang ada di salah
sebuah bangunan di universiti aku.. seperti biasa, aku mencari kot-kot ada
pelajar yang tinggal luar universiti yang mencari teman serumah yang baru..
mata aku meliar-liar memandang pada papan notis itu.. sebelum ni aku dah tengok
kat papan notis tu, tapi mana lah tahu hari ni ada notis cari teman serumah
yang baru.. tengah aku memandang pada papan notis itu, aku terpandang pada satu
notis yang sebelum ini aku tak pernah lihat lagi.. aku duga ia baru sahaja
ditampalkan.. notis mencari teman serumah.. aku tengok info harga sewa menarik
tumpuan aku.. tidak lah terlalu mahal.. lantas aku cepat-cepat mendial nombor
telefon yang tertera dengan harapan aku mungkin masih boleh menyewa di rumah
itu.. harga sewa macam tu, tentu sahaja ramai yang nak.. jadi aku harus
dapatkannya secepat yang mungkin..
Beberapa minit kemudian, panggilan telefon aku masih juga
tidak dijawab.. aku cuba mendial sekali lagi.. tunggu dan menunggu.. beberapa
minit selepas itu akhirnya panggilan diangkat..
“Assalamualaikum..” kata aku..
“Waalaikumsalam.. maaf sebab lambat angkat panggilan..”
“eh.. tak mengapa..” aku terdiam seketika.. aku seakan macam
pernah dengar suara orang itu.. “erm… saya ada terbaca kat papan notis pasal
nak cari teman serumah yang baru.. jadi saya call ni sebab nak tanya pasal tu
lah..” kata aku lagi..
“owh.. pasal rumah.. ada satu bilik yang masih kosong
lagi..”
“masih available tak?” tanya aku..
“ya.. jadi berkenan ke nak sewa bilik tu?”
“saya mesti tengok rumah tu macam mana sebelum beri kata
putus..”
“itu sudah semestinya.. jadi, bila nak datang untuk
lihat-lihat keadaan rumah?”
“awak bila free?” tanya aku
“ermm.. selepas jam 2 petang.. rasanya kalau nak datang
selepas masa itu tidak jadi masalah..”
“pukul 2.30 nanti saya datang, okay?”
“okay.. tahu alamat kan?”
“ha ah.. kat notis tu ada sertakan sekali..”
“okay.. nama siapa?”
“Hairil..”
“okay, Hairil jumpa jam 2.30 nanti..”
Panggilan berakhir.. aku terdiam seketika.. dalam fikiran
aku mula terfikirkan sesuatu.. entah kenapa aku macam kenal suara orang itu
sebelum ini.. tapi bila aku tengok pada notis tersebut, No. Tel = Rahman Razak,
rasanya aku tak pernah kenal sesiapa yang bernama Rahman Razak suara macam tu..
tapi.. entah kenapa suara dia tu buat aku seakan cukup kenali.. hati aku mula
berdebar-debar.. mula muncul bayangan seseorang di dalam minda aku..
Suara itu..
Bisik hati aku..
Terdiam.. di fikiran mula mengenal pasti jika aku memang
pernah kenali suara itu sebelum ini ataupun tidak.. aku mula rasa gemuruh..
Takkan lah kot dia orangnya?
Bisik hati aku lagi..
+ + +
Jam hampir 2.30 petang,
Aku mula sampai di kawasan rumah tersebut.. ianya adalah
sebuah rumah flat berkos rendah.. jaraknya tidak lah begitu jauh dari
universiti.. aku datang bersendirian dengan menaiki basikal aku.. basikal ini
juga lah yang biasa aku pakai jika nak pergi ke kelas.. jadi, kalau ikut jarak
perjalanan untuk sampai ke rumah ini tidak lah terlalu jauh.. rasanya aku masih
boleh ulang alik dari kelas berbasikal kalau aku betul menyewa kat rumah ni..
Okay, soal jarak perjalanan tu dah tak jadi masalah..
sekarang hanya perlu tengok keadaan dalam rumah pula.. kalau dilihat dari
keadaan luar, kawasan flat ni takde lah teruk sangat.. lalu aku pun mula
berjalan naik menuju ke arah bilik rumah sewa tersebut.. Nombor 2.10.. itu lah
rumah yang aku cari.. berdiri di luar rumah, aku memastikan berulang kali jika
aku memang sudah berada di tempat yang betul.. entah kenapa dalam hati aku mula
timbul rasa gemuruh semula.. aku tidak pasti kenapa aku seakan mula berasa
teragak-agak dan seakan mula berpeluh.. malas nak berfikir panjang, lalu aku
mula mengetuk pintu rumah..
Ketuk sekali.. tidak berjawab..
Aku ketuk lagi..
“Assalamuaikum..” kata aku..
“Walaikumsalam…” kedengaran suara dari dalam..
Lalu pintu rumah dibuka.. kelihatan seorang lelaki yang
lebih berusia dari aku di depan pintu.. terus aku tergamam.. wajah aku mula
berubah merah.. aku cuba mengalihkan muka menahan rasa segan..
“jadi kau Hairil kan?” tanya lelaki yang bernama Rahman
Razak itu..
“ye.. betul..” aku cuba berlagak biasa..
“sila lah masuk.. tengok keadaan rumah sama ada kau berkenan
ke tak menyewa kat sini..”
Aku mula melangkah masuk.. berlagak biasa tapi hati
tersipu-sipu malu..
So, nama dia Rahman
Razak lah rupanya..
Hati aku berbisik..
“ni lah ruang tamu.. takde lah besar mana..” kata Rahman
menunjukkan keadaan dalam rumah itu kepada aku..
“okay lah ni..” kata aku.. hati masih lagi menahan rasa
segan..
Puas melihat keadaan di ruang tamu dan kawasan dapur, Rahman
mula menujukkan aku bilik yang masih lagi kosong dalam rumah itu..
“dalam rumah ni ada tiga buah bilik.. kalau kau jadi nak
menyewa, kau lah orang yang ketiga penghuni rumah ni.. sebelah ni bilik aku..”
Rahman mula menunjukkan biliknya.. aku jelling, kelihatan keadaan dalam bilik
agak kemas dan tersusun.. “ni master bedroom.. tapi dah ada yang pakai lah..
orangnya takde kat rumah sekarang.. ada kat luar..” jelas Rahman lagi..
Aku hanya mendiamkan diri..
“ni lah bilik yang masih kosong tu.. so, kau rasa macam
mana? Berkenan?” soal Rahman..
Aku mula memandang keadaan di dalam bilik.. saiz bilik tidak
lah kecil sangat.. saiz yang masih lagi buat aku rasa selesa.. not bad.. bisik
hati aku..
“harga sewa seperti yang tertera kat notis tu kan?” tanya
aku..
“ha ah.. kalau kau kata setuju, kau akan dapat bilik ni
lah.. sebab ada orang lain juga selain kau yang berkenan nak sewa kat bilik
ni.. tapi sebab kau yang datang dulu, kalau kau setuju kau akan dapat lah.. so,
macam mana?”
“erm.. aku setuju.. rasanya rumah ni okay je.. jarak nak gi
uni pun tak lah jauh sangat.. okay, aku setuju nak sewa bilik ni.. kelas pun
dah nak mula.. kena ada tempat tinggal terus..” balas aku..
“kau student apa?” tanya Rahman..
“architecture.. second year degree..” balas aku..
“owh.. budak archi.. aku pun archi gak.. second year
master.. elok betul lah tu.. semua orang dalam rumah ni belajar archi..
hehehe.. kalau kau ada benda nak minta ajar, aku boleh tunjuk.. Bad pun boleh
tolong ajar kan.. dia tu terer gak tu..”
“ermm.. siapa Bad?” tanya aku..
“owh.. orang yang satu lagi yang tinggal kat bilik master
bedroom tu..”
Wednesday, 3/3 Summer
Dalam hati seakan sukar untuk percaya dengan ‘kebetulan’
yang telah berlaku.. Senior yang selama ni aku selalu skodeng, siapa sangka
kali ni aku berpeluang untuk tinggal sebumbung dengan dia.. satu kebetulan yang
semestinya mengujakan! Ianya sudah semestinya telah membuatkan hati aku berasa
teruja..
jadi nama dia Rahman rupanya.. Puas juga aku cuba nak tahu
nama dia siapa.. aku memang dah lama tahu yang dia adalah pelajar jurusan
senibina dan mengambil Master untuk tahun kedua.. tinggal dalam satu falkuti
yang sama membuatkan kadang-kadang aku ada terserempak dengan dirinya beberapa
kali.. nak kata selalu sangat terjumpa tak juga lah.. tapi kalau kebetulan
terserempak mata ini akan sering kali juga menjeling ke arahnya.. sekadar
jelling dan pandang.. tak lebih daripada itu.. sekadar meminati dari jauh tanpa
mengharapkan apa-apa..
tapi…
aku tak sangka pula boleh jadi macam ni, dapat peluang
tinggal sebumbung pula… siapa yang tak berasa teruja? Memang tak sangka betul..
asalnya aku rasa mengeluh sebab tak dapat tinggal di kolej kediaman pelajar di
universiti.. sebab aku pun lagi suka kalau terus dapat tinggal kat sana..
banyak kawan.. dekat kalau nak pergi kelas.. tapi.. mungkin ada hikmah
disebalik apa yang dah berlaku.. macam… dapat tinggal sebumbung senior bernama
Rahman tu.. hehehe
Saturday, 3/3 Summer
“ada lagi tak barang yang tertinggal dalam kereta?” tanya
Rahman bila aku masuk ke dalam rumah sambil mengangkut beberapa barang milik
kepunyaan aku..
“semua dah diangkut.. rasanya dah tak ada yang tertinggal’..
balas aku..
“barang kau aku dah letak kat dalam bilik kau..” kata Rahman
lagi yang sebelum ni turut tolong aku membawa barang untuk pindah ke dalam
rumah ini..
Aku mula masuk ke dalam bilik lalu melihat barang aku yang
telah diangkut oleh Rahman.. kemudian, aku alihkan pandangan aku melihat kepada
Rahman yang sedang berdiri berdekatan dengan aku..
“Terima kasih sebab tolong..” kata aku..
“tak ada hal pun.. dah nak jadi bakal housemate pun kan..”
Aku tersenyum..
Hari ni hari pertama aku akan memulakan hidup di dalam rumah
ni.. pagi tadi, Rahman datang jemput aku di kolej kediaman di universiti tempat
aku menumpang seketika.. selama ni aku simpan barang-barang aku di dalam bilik
kawan aku, Fahri.. dia benarkan aku menumpang seketika sementara teman sebilik
dia, Shahir masih belum datang.. dalam pukul 9 pagi tadi Rahman datang untuk
jemput aku.. tengah menunggu kedatangan dia, hati aku terasa berdebar-debar
sikit.. sebabnya, ini kali pertama aku akan menginap di luar tempat belajar..
selama ini aku memang tinggal di kolej kediaman yang disediakan.. waktu sekolah
dulu pun memang aku tinggal di asrama.. jadi aku terasa agak janggal sikit
sebab akan mengalami pengalaman hidup yang baru.. tinggal di rumah sewa dengan
tempat kediaman pelajar memang dua perkara berbeza.. suasana lain.. tapi ini
adalah realiti kehidupan.. sebab bila aku kerja nanti, kalau aku bekerja di
tempat jauh dari keluarga, kebiasaanya orang akan tinggal menyewa rumah dengan
orang lain lah.. jadi, sekarang ini aku akan bakal merasai ‘pengalaman’ itu..
Di dalam bilik, aku mula mengemas barang-barang peribadi
aku.. kelengkapan aku boleh kata agak sempurna.. ianya bukan lah satu bilik
yang betul-betul kosong.. sudah ada kelengkapan seperti katil, meja belajar dan
almari yang cukup besar untuk diri aku.. rasanya itu sudah mencukupi.. Cuma aku
mungkin memerlukan satu meja belajar yang lebih luas.. sebagai pelajar jurusan
senibina, kerja-kerja melukis tu memang menjadi satu perkara biasa.. sebab tu
aku memerlukan meja yang lebih besar berbanding dengan meja yang sedia ada..
satu meja rasa kurang mencukupi.. tapi tak mengapa lah.. buat masa ini masih
tidak menjadi masalah kot..
Selesai mengemas, aku keluar dari bilik menuju ke ruang
tamu.. kelihatan Rahman sedang duduk sambil memejamkan mata.. menyedari
kedatangan aku, dia mula menoleh memandang aku.. berdiri diam, aku juga
memandang pada wajah Rahman..
“rumah ni takde lah besar sangat pun.. harap-harap kau
selesa lah tinggal kat sini..” kata Rahman..
“rasanye rumah ni dah okay.. dah cukup selesa.” balas aku..
Aku mula berjalan menghampiri tingkap rumah.. cuba untuk
menyelesakan diri dengan keadaan rumah.. dalam masa yang sama sebenarnya aku
masih juga berasa agak janggal dan malu-malu dengan teman serumah aku yang baru
itu, Rahman.. ye lah.. baru nak kenal, (walaupun sebelum ni memang dah kenal
pun).. jadi memang akan terasa janggal sikit berdepanan dengan orang yang bakal
aku hadapi setiap hari.. memandang permandangan di luar tinggap, dapat aku
perhatikan bangunan universiti kelihatan yang terletak tidak begitu jauh dari
rumah ini..
“abang student Master kan.. saya nak tanya, umur abang
berapa ye?” tanya aku yang mula memanggil Rahman dengan gelaran abang.. tiba-tiba
aku terfikir nak tanya tentang soal umur.. masa ni lah nak kenal-kenal..
sebelum ni tak ada peluang untuk berkenalan.. hanya mampu memandang dirinya
dari jauh..
“26 tahun..” balas Rahman..
“owh.. okay.. saya baru 22 tahun.. hurmm… jadi lepas abang
habis Degree, Part 1 Archi, abang kerja dulu lah sebelum Master?” tanya aku
lagi..
“ha ah.. kerja dulu.. kalau boleh nak je sambung terus Part
2 Archi.. tapi tu lah.. masalah duit.. jadi, kerja dulu nak kumpul duit, baru
boleh sambung Master..” balas Rahman..
“kalau saya pun fikir macam tu juga.. nak kerja dulu.. ambil
pengalaman.. hurm.. oh ya.. saya nak tanya something.. rumah ni ada tiga orang
kan, campur saya sekali.. tapi.. penghuni yang seorang lagi kat mana ye? Saya
tak pernah jumpa lagi..” tanya aku mula teringat akan teman serumah aku yang
satu lagi..
sejak aku mula pertama kali datang rumah ni sampai sekarang
memang aku tak pernah bersemuka dengan dia lagi.. tiba-tiba aku ingin tahu
pasal orang tu.. nak juga kenal dengan dia, teman serumah aku..
“owh.. Bad ke? Dia ada je.. tapi dia tengah kerja
sekarang..” balas Rahman..
“kerja apa?” tanya aku..
“kerja sambilan sebenarnya.. penghantar pizza.. petang nanti
dia balik lah..”
“owh.. ya ke.. rajin pula buat kerja sambilan.. saya
teringin juga nak buat kerja sambilan.. tapi kalau waktu study terasa macam
susah sikit.. kerja sambil belajar.. macam susah nak fokus.. sebab saya tak
pandai nak urus masa…” kata aku..
“sebenarnya lagi elok tak buat kerja sambilan waktu
belajar.. kalau waktu cuti, mungkin elok lah kalau nak buat.. tumpukan pada
study je.. terpulang pada masing-masing.. Cuma, kadang-kadang ada orang
perlukan duit extra sikit.. macam Bad tu.. tak lama lagi dah nak kahwin lah
tu.. hehehe.. abang pun ada buat kerja sambilan juga..” kata Rahman yang mula
membahasakan dirinya sebagai ‘abang’…
“kumpul duit untuk kahwin juga ke?” tanya aku cuba menduga..
“ermmm.. tak semestinya.. tak rugi pun kalau ada duit
lebih.. tapi kalau ada duit lebih tu, boleh lah tambah-tambah sikit kalau nak
kahwin nanti..” balas Rahman.. muka dia mula berubah merah sedikit..
Aku terdiam.. hati aku seakan boleh menduga bila melihat
riaksi wajah Rahman..
Owh.. dah berpunya ke?
Tak tahu pula aku.. ye lah.. selama ni aku bukannya kenal sangat pasal dia
pun.. aku ni sekadar macam ‘fan’ dia je kot yang hanya memerhatikan dari jauh..
persoalan tentang kalau dia dah berpunya ke belum tu memang aku tak tahu..
tapi.. kalau dah berpunya…. Hurmmm…
“okay lah.. saya nak masuk bilik dulu ye.. nak sambung
mengemas barang.. ada benda yang tak siap lagi..” kata aku meminta diri..
+ + +
Aku baru je selesai kesemua kerja mengemas bilik… cadar
tilam dan bantal dah pasang.. pakaian semua sudah disimpan kemas dalam almari..
badan terasa letih.. asalnya sekadar mahu berbaring seketika di atas katil
untuk merehatkan badan.. tapi tak sangka pula boleh sampai terlena.. terbangun
sahaja daripada tidur, aku terus memandang ke arah luar tingkap.. hari telah
pun senja.. terus aku memandang pada skrin telefon bimbit aku untuk melihat
jam.. pukul 6.10 petang..
Tersedar yang aku masih belum lagi menunaikan solat waktu
Asar, aku bingkas bangun dari katil lalu menuju ke bilik mandi untuk mengambil
wuduk.. sempat aku menjeling memerhatikan jika ada kelibat Rahman, namun tiada..
Nampak gayanya, aku seorang je lah kot dalam rumah ni.. selesai mengambil
wuduk, aku terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat..
Habis sahaja solat lalu aku duduk di meja belajar aku mula
menghidupkan komputer riba milik aku.. namun tengah-tengah aku duduk menghadap
skrin laptop, tiba-tiba kedengaran satu suara dari belakang aku..
“hei kau!”
Terkejut, aku mula menoleh ke arah belakang..
Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki di muka pintu bilik
aku.. orangnya nampak berusia dari aku.. berjambang serta rambut yang sedikit
serabai.. dia sedang berdiri sambil memeluk tubuh.. tertera satu ayat ‘Pizzacom’
pada bajunya.. pandangan matanya yang tajam merenung aku, membuatkan aku berasa
cuak sedikit..
“hei.. jadi kau lah ahli rumah baru ni…” lelaki itu bersuara
lagi.. nada suara yang sangat maskulin.. “kau siapa? Nama kau apa?” tanya
lelaki itu..
“saya Hairil..” balas aku.. tak tahu kenapa.. aku seakan
berasa sedikit gementar sedikit bila melihat kehadiran lelaki itu.. entah.. Nampak
macam garang..
“owh.. Aku Badri.. mari sini.. salam dulu..” katanya mula
mengarah aku..
Terasa takut-takut sikit, namun aku bangun juga.. salam
dihulurkan.. dia tersenyum kecil merenung aku lalu mula menyambut salaman
tanganku.. dapat aku rasai sentuhan kulit tangannya yang kasar.. aku kenali
rasa sentuhan ini.. tangan yang biasa bagi orang kuat bekerja.. genggaman
tangannya erat dan padat, kukuh menyambut salaman tanganku.. lalu.. entah
kenapa aku mula timbul rasa malu sedikit..
Merenung wajah aku, lalu dia berkata, “muda lagi.. umur kau
berapa?” tanya lelaki yang bernama Badri itu..
“masuk tahun ni 22 tahun lah..” jawab aku..
“aku 27.. tua lagi dari kau.. jadi kena hormati orang yang
lebih tua macam aku ni.. faham?” pintanya..
Aku hanya mendiamkan diri.. tapi dalam hati mula berbisik..
Amboi.. kekwat lah dia
ni! aku tahu lah dia lagi tua.. tak payah ingatkan pun aku dah tahu untuk jaga
perangai..
“ermmm… baru balik kerja ke?” tanya aku sambil memandang
pada baju Badri yang tertulis ayat ‘Pizzacom’.. teringat kata Rahman.. teman
serumah yang lain, Badri buat kerja sambilan jadi penghantar pizza..
“ha ah.. baru je balik kerja..” Badri tenung aku lagi.. “kau
dah solat Asar ke belum? Ke jenis yang tak solat?” tanya dia mencurigai..
“dah solat dah.. baru je sebenarnya..” balas aku..
“elok lah tu.. kalau dah Islam tu kena lah melakukan solat..
aku tak suka kalau ahli rumah ni ada yang tak solat..”
“saya solat je.. full.. lima waktu!” kata aku
bersungguh-sungguh.. terasa geram sikit bila terasa diri dicurigai..
Muka aku ni muka orang tak solat ke? Bisik hati aku..
“okay.. bagus! Okay.. aku masuk bilik dulu..” namun baru
sahaja beberapa langkah, Badri mula berpusing balik, “oh ya! Baru nak pesan..
maghrib nanti solat berjemaah.. peraturan dalam rumah ni, selagi kau tak
berseorangan di dalam rumah, kalau nak solat dan ada orang, solat kena
berjemaah.. faham??” Badri mula memberi pesanan..
“faham..” balas aku ringkas..
“kalau dah faham, bagus.. okay.. aku masuk bilik dulu..”
Badri mula melangkah masuk ke dalam biliknya.. melihat
dirinya dari belakang dalam hati aku mula berbisik..
Kenapa aku rasa dia ni
jenis yang suka mengarah orang lain??
Hurmm…
Aku mula merungut…
+ + +
Solat maghrib..
Seperti apa yang dipinta oleh Badri, aku menunaikan solat
bersama dirinya dengan Rahman.. solat diimamkan oleh Rahman.. pertama kali aku
berimamkan Rahman, lelaki yang menarik perhatian aku sebelum ini.. tak sangka
pula Rahman ni mempunyai suara yang merdu.. terbuai seketika mendengar bacaan
surah yang dibacakan oleh Rahman..
Waktu aku masih tinggal di kolej kediaman pelajar dulu,
kebiasaanya aku akan solat bersendirian di dalam bilik sendiri.. kebanyakkan
pelajar pun macam tu juga.. lebih suka solat bersendirian dalam bilik sendiri
walaupun surau ada disediakan berhampiran dengan blok kolej.. tapi sekarang,
aku seakan mula nak adaptasi cara kehidupan yang baru.. pada hari ini aku
rasakan begitu.. biasanya jarang aku nak solat berjemaah.. walaupun hanya tiga
orang sahaja.. sejujurnya aku terasa janggal sedikit.. sebab cara kehidupan
yang baru.. kalau itu sudah ‘peraturan’ yang ditetapkan dalam rumah ini, aku
ikutkan sahaja..
Selesai sahaja solat, kami bertiga mula berkumpul di dapur
untuk makan malam.. hari ni Badri ada bawakan pizza untuk dikongsikan bersama..
pizza dari kedai tempat Badri bekerja, Pizzacom.. ini pertama kali aku
merasakan pizza dari kedai itu.. boleh tahan juga sedapnya.. tengah menjamu
selera aku lebih banyak berdiam diri dan mendengar sahaja apa yang Badri dan
Rahman borakkan.. mungkin masih malu sikit dengan mereka.. ye lah.. aku ni kan
orang baru.. jadi memang akan terasa kekok sikit..
“Hairil asal mana.. lupa nak tanya pula..” tiba-tiba Rahman
mula bertanyakan soalan..
“asal dari Legana..” jelasku..
“Legana? Abang pernah datang ke sana naik roda ferris..
best! Rasa nak pergi lagi..” kata Rahman sambil menaikkan ibu jarinya..
“cantik kan.. lagi-lagi kalau malam.. saya walaupun dah
tinggal lama kat sana tapi still tak rasa bosan untuk tengok atau pun menaiki
roda ferris tu..” jelas ku mengenai roda ferris besar yang sudah sinonim dan
menjadi mercu tanda untuk bandar Legana..
“Seronok.. dah pergi dua kali sebenarnya.. tapi still nak
rasa naik roda ferris tu lagi..” kata Rahman..
“kalau abang nak datang lagi, saya boleh jadi tourist guide
bawa jalan-jalan.. ermm.. oh ya.. abang Man pula asal dari mana?” tanya aku
yang mula memanggil Rahman sebagai ‘abang Man’..
“asal dari San Kilda.. tapi tak tinggal kat bandar.. orang kampung
je sebenarnya..” jelas Rahman..
“owh.. okay.. abang Bad pula?” tanya aku pada Badri yang
mula aku panggil sebagai ‘abang Bad’..
“Newnham..” jelas Badri sepatah..
“dekat je lah.. boleh balik selalu…” kata aku..
“oh ya.. lupa nak cakap.. kau pandai masak tak?” Badri mula
tanya aku..
“ermmm.. tak lah sangat.. kenapa ye?”
“lepas ni kau kena belajar memasak lah.. sebab kita orang
ada giliran memasak malam.. jadi sebab kau dah jadi ahli rumah ni kena join
sekali lah.. ke kau tak nak join?” tanya Badri lagi..
“ermmm.. maksudnya?” aku agak keliru..
“untuk makan malam, kita orang kongsi bersama.. jadi kalau
nak adil kena ada giliran memasak lah kan.. untuk makan malam je.. boleh jimat
sikit kalau berkongsi banding makan kat luar.. jadi, apa pandangan kau?” Badri
tanya aku lagi..
“okay kot… tapi.. saya tak pandai masak sangat..”
“kalau yang tu kau fikir kemudian.. jadi maksudnya setuju
lah kan?
Sunday, 3/3 Summer
Hari kedua aku tinggal di rumah ini.. untuk setakat ini rasanya
boleh kata aku mula selesa tinggal di sini.. Cuma ada beberapa perkara yang aku
fikirkan.. ianya adalah berkenaan tentang orang-orang di sekeliling aku, teman
serumah.. sejujurnya aku masih terasa janggal.. sebabnya, aku adalah yang
paling muda sekali.. dua orang yang lain tu pangkat ‘abang’ untuk aku dan
sebenarnya aku tak biasa sangat bergaul dengan orang yang berusia berbanding
aku.. kebiasaanya aku hanya bergaul dengan kelompok sebaya aku je.. terasa
lebih selesa.. tapi.. sebab dah tinggal sebumbung.. nak tak nak kena juga
bargaul dengan teman serumah..
Abang Man.. aku dah kenal lama sejak tahun lepas.. walaupun
dulu hanya kenal gitu-gitu je.. tapi sekarang bila ada peluang untuk mengenali
dirinya dengan lebih dekat apa yang boleh aku katakan, orangnya baik je..
peramah.. aku mudah selesa dengannya.. dia sangat mengalu-alukan kewujudan aku
di rumah ini.. dulu aku ni boleh kata macam ‘fan’ dia juga lah, suka skodeng
dia dari jauh.. bila dah boleh dekat-dekat macam ni, membuatkan aku jadi lebih ‘tertarik’..
aku suka dengan dirinya yang peramah.. aku suka dengan cara dia bercakap yang
sangat sopan.. tapi perasaan minat kat dia tu hanya sekadar minat je lah.. tak
lebih dari itu.. sebab.. aku dapat tahu yang dia sebenarnya dah bertunang.. aku
tak tahu pula sebelum ni.. jadi… dah milik orang.. tak payah lah aku nak kacau
daun kan… sekadar meminati dia seperti mana kita minat pada artis.. hehehe..
Abang Bad.. dia ni aku tak tahu nak jelaskan macam mana..
jujur aku cakap penilaian pertama aku pada dia mungkin ada negatif sikit.. tapi
negatif macam mana yang ni aku tak tahu nak jelaskan.. apa yang aku boleh
cakap, orangnya macam agak kasar.. cara dia bercakap.. wajah dia yang agak
garang di mata aku.. untuk sesuatu sebab, aku rasa yang aku macam tak boleh nak
masuk dengan perangai dia.. sesetengah orang bila kita kenal mereka untuk kali
pertama, kita boleh rasakan yang kita boleh nak selesa, rapat, sehaluan dengan
mereka terus.. tapi dengan Abang Bad ni, walaupun baru je kenal hati rasa macam
susah nak sehaluan dengan persoanaliti dirinya.. tak tahu kenapa.. macam ada
yang tak kena je.. ada sesuatu pasal dirinya yang membuatkan aku kurang
selesa..
Apa-apa pun ini semua adalah penilaian pertama aku pada
mereka.. bukan kenal sangat pun kan.. masih banyak masa untuk mengenali
mereka..
bersambung...
ini adalah cerpen berikutnya yang aku tulis.. maksudnya ianya hanya lah sekadar cerita pendek yang tak panjang seperti novel.. inspirasi dari kisah sebenar berkenaan tentang 'Abang Bad'.. tapi ianya tidak lah 100% betul.. ada yang rekaan ada yang betul.. hanya aku seorang je yang tahu..