Tuesday, 23 April 2013

Flirtationship






post sebelum ni ada banyak yang seperti curious bila aku bercakap mengenai satu term yang bernama 'flirtationship'.. ada yang mengatakan ia merujuk kepada 'scandal'.. tapi for me, ia bukan lah merujuk kepada scandal.. tapi ia adalah satu relationship yang mana kedua-dua pihak mempunyai perasaan sayang/suka/cinta antara satu sama lain, tapi pada masa yang sama kedua-duanya tidak mahu relationship itu melebihi love relationship apabila kedua-duanya dah declare yang mereka adalah a lover.. sesuatu yang agak complicated untuk difahami.. but, pada masa yang sama, this kind of relationship melebihi dari sekadar teman rapat.. kita tak boleh anggap ia hanya sekadar satu friendship, secara luarnya kedua-duanya menunjukkan yang mereka seakan satu pasangan kekasih.. ia mungkin dari segi kelakuan.. sebab dari segi layanan, kedua-duanya melayan dengan layanan yang lebih dari layanan sebagai seorang teman rapat yang mana kita tak boleh nak beri emotional feeling (perasaan suka) pada seseorang itu, but flirtationship memang agak obvious yang masing-masing saling menyukai dan memberi that emotional feeling pada satu sama lain.. tapi tak boleh juga dianggap sebagai scandal sebab kedua-duanya menunjukkan kesetiaan pada antara satu sama lain di mana kedua-duanya seakan satu pasangan kekasih.. but dalam masa yang sama, ia tidak juga boleh dikatakan sedang bercinta/berkekasih, sebab pada satu tahap, hubungan itu mempunyai limit-limitnya yang tersendiri yang mana kedua-duanya tidak mahu melakukannya atas dasar tak mahu hubungan itu lebih dari love relationship.. contohnya, tidak mengelar seseorang itu sebagai BF/GF, tapi kedua-duanya mempunyai perasaan saling menyukai dan masing-masing masih setia antara satu sama lain.. 



Friendship : kita tak boleh nak beri our emotional feeling (perasaan suka/cinta) pada seseorang tu.. walaupun kalau perasaan itu wujud, tapi kita tak boleh nak beri.. macam "I love you.. tapi aku tak boleh nak sayang kau.. kita berdua tak boleh nak bersama...".. mungkin juga memang kita lansung takde perasaan suka pada orang itu..

Scandal : kedua-duanya mungkin mempunyai perasaan saling menyukai antara satu sama lain.. tapi pada masa yang sama tiada komitmen... no string attached.. masing-masing boleh bebas untuk pergi dan datang..

Relationship : apabila kedua-duanya telah pun declare yang masing-masing saling menyukai antara satu sama lain.. akan sentiasa setia.. mereka akan beri that emotional feeling pada satu sama lain..

Flirtationship : kedua-duanya saling menyukai.. masing-masing juga memberi their emotional feeling pada satu sama lain.. tapi tak declare hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.. ada limit-limit mereka sendiri, sesuatu yang mereka tak boleh nak lakukan apa pasangan kekasih boleh lakukan.. berbeza dengan scandal, flirtationship menunjukkan masing-masing ada kesetiaan antara satu sama lain..


definition:

When you regularly flirt with an acquaintance or friend but do no more.

When two people, who have an obvious interest in each other, flirt non-stop but can't actually get into a relationship due to complicated reasons

more than friends less than a relationship. Often one or both partners having emotional or physical interest in another, while maintaining indefinite roles in eachothers lives. Consentual and mutual flirtationships are often long term and may be considerate and aware of both partners spouses.

More than a friendship but less than a relationship.

A mutual and permanently undeveloped relationship between two people, usually resulting in an epic 'friends with benefits'. It is characterized by half-hidden kisses, constant spankings, and body groping. Sometimes kicked off by the guilty partner that dropped the 'just friends' line

When two very close friends love each other very much but dont want to ever lose their feelings for their opposite they create a Flirtationship. Usually in a Flirtationship the friends will not claim that they have a relationship but usually do things that you would normally do in a mutualistic relationship. Ie; Make out, hold hands and or sex.

nothing more then flirting & in between relationship & friendship

_____________


dalam minda aku telah lama wujud akan satu konsep seperti ini.. sebelum aku kenal akan term 'flirtationship' itu sendiri.. misalnya, kamu boleh baca dalam novel bersiri aku mengenai watak yang bernama Ihsan.. ada banyak dialog dari dirinya yang menyentuh tentang perkara ini...


"you are my best friend.. mungkin lebih daripada sekadar teman yang baik.. tapi, aku tidak akan meletakkan diri kau sebagai kekasih aku.."


entah kenapa aku teringat akan hubungan antara aku dan Ihsan.. adakah aku patut katakan yang kami bercinta? aku tahu perasaan itu ada dalam hati Ihsan tapi dia tidak pernah mengatakan 'perkataan' itu kepada aku.. tapi, kami bukan pasangan kekasih.. dia tidak pernah anggap aku sebagai kekasih.. walaupun jauh di sudut hati aku menganggap dia adalah kekasih aku... he is my unofficial lover..


cara dia lah.. dia ada kata pd sy dulu, yg dia memang teringin sgt nk kenal dgn sy.. kata nk jd kwn.. then, kita org pun lama2 jd kwn.. after that kita org mcm jd adik beradik.. rapat sgt.. dia betul2 sudah jd my best friend.. segala suka n duka kami kongsi brsama.. i tahu dia suka kat sy.. pd saat tu pun i rasa yg i dh jatuh cinta kat dia.. but then he said to me about one thing, yg dia nk berhenti berharap... berhenti berharap agar sy jd kekasih dia.. sbb bg dia sudah terlalu byk harapan yg dia lakukan pd sy, but berharap i jd kekasih dia mcm sudah melebih2.. kira2 mcm tu about our story..


_______________


merujuk kepada definisi ini:   When two people, who have an obvious interest in each other, flirt non-stop but can't actually get into a relationship due to complicated reasons

"tiga kali aku berharap kepada Tuhan.. dulu waktu tak kenal dalam hati kata, 'bestnya kalau dapat kenal dengan orang tu.. bila sudah berkenalan dalam hati berkata, 'bestnya kalau jadi best friend orang tu..' bila sudah menjadi kawan baik sekali lagi hati berbisik, 'bestnya kalau dapat jadi partner orang tu..' but... untuk kali ketiga aku mula berhenti berharap.. aku terlalu meminta.. manusia tidak pernah puas... selepas dia dikurniakan sesuatu, dia akan meminta sesuatu yang lebih lagi.. dapat kenal dengan kau, aku sudah rasa happy.. then bila dah jadi best friend kau aku memang bersyukur sangat-sangat.. but, aku tidak mahu kali ketiga aku berlebihan mahu kau jadi partner aku.. itu lah apa yang aku rasa.. itu lah apa yang yang aku rasakan saat aku mengenali dirimu, Fahri.."



________________


agak lama aku mempunyai konsep 'more than friendship, but less than relationship' di dalam minda aku.. selama itu aku tertanya-tanya jika this kind of relationship ada wujud dalam dunia ini ataupun tak.. but pada awal tahun ini lah baru aku sedar yang ada satu term untuk menerangkan situasi yang aku fikirkan.. lalu aku pernah bertanya pada seseorang mengenainya.. tanya 'kau faham tak apabila satu hubungan itu melebih dari dari sekadar teman rapat, tapi dalam masa yang sama mereka tak mahu hubungan itu menjadi satu pasangan kekasih.. ianya adalah berada di tengah-tengah.. antara persahabatan dan percintaan.."

maka orang itu pun bercakap..

"Flirtationship... ia dinamakan sebagai flirtationship.."

maka dari hari itu, baru lah aku start tahu yang ada term bagi situasi macam ini..

mengenai citer Unspeakable Love.. kalua korang mahu memahami situasi yang berlaku mengenai hubungan antara Ihsan dan Fahri, apa yang sedang berlaku sebenarnya.. Ihsan mahu hubungan antara mereka lebih kurang macam 'flirtationship' lah.. tapi Fahri pula mahu ia jadi satu 'love relationship'.. konflik berlaku, sebab masing-masing mahukan sesuatu yang berbeza.. maka akhirnya Ihsan mengundurkan diri dari Fahri sebab Fahri tak boleh nak terima dan faham hubungan macam itu (flirtationship).. 

tapi, kenapa Ihsan mahu ia cuma jadi sekadar satu flirtationship? ianya lebih kurang kerana sesuatu yang agak complicated yang menyebabkan dia tak mahu hubungan itu akan jadi satu love relationship.. Ihsan ada keimanan yang tinggi pada Tuhan.. dia takut untuk melakukan apa yang dilarang-Nya.. dia lihat apabila kedua-dua lelaki declare mereka adalah pasangan kekasih merupakan sesuatu yang salah.. pada masa yang sama dia juga tak boleh nak nafikan perasaan cinta dan sayangnya pada Fahri.. maka, dia pilih flirtationship sebab pada pendapat Ihsan, ianya adalah pilihan yang terbaik bagi memuaskan hatinya dan dalam masa yang sama tidak melanggar larangan-Nya.. 



"jika Dia membenarkannya, pada saat ini kau lah kekasih aku.."

-Ihsan-

_______________



Signs of Flirtationship


People tell you what a great couple you’d make, and you can’t help but laugh a little. It’s not that sort of thing, but what is it exactly? 

When forced to describe your relationship in one word, you would say “complicated.” Or pick a word in the made up language that Sigur Ros sings in. What the two of you have is indefinable by normal human words. It’s the flirt that dare not speak its name. It probably burps.

You have cuddled at least once without it being weird, having an awkward silence after, needing to talk about your feelings or having one (or both) of you adjust your heartboner.

You often tell them how cute, great, totally adorable or fetch they look today and have consensually slapped their butt to enforce that. (Note I said consensually. You aren’t Clarence Thomas and she isn’t a Coca-Cola can.) If it were other people, it might be sexual harassment or a lawsuit. But with the two of you, it’s just how you roll.

You have at least one photo of them in your wallet or on your phone. It might not be there for a reason, but it’s there — just kinda hanging out next to your illicit porn pics.

They’re always the first one to like your status on Facebook or comment on a new picture of you, telling you how great you look. If you’re wearing sweatpants or Uggs in this photo, they are a dirty liar. Perks of the flirtationship: lies are still a good thing.

Your friends and family sometimes say that they don’t understand your relationship, and sometimes think you’re dating. They think you’re just in a Ross and Rachel thing, and you disagree. You have much better hair than Jennifer Aniston did.

You’ve ever frozen when asked to DTR (define the relationship, forAwkward. fans) by folks who meet the two of you together. And then you insist they’re just a friend, like that Biz Markee song. The person you say this to usually rolls their eyes at you.



full list









Monday, 22 April 2013

Kenapa Masih Single??



aku suka tengok pic ni!



kenapa aku still single? kenapa aku still tak pernah ada couple??



1. sebab aku pun tak berapa nak pasti sama ada aku nak bercouple pun tak.. walaupun aku ada syok kat seseorang tapi takde dalam fikiran aku harap or fikir nak orang tu nak orang tu jadi partner aku.. but kalau aku dah rapat dengan orang tu pun dah buat aku rasa happy..

2. maybe aku ni berharap orang lain yang akan cari aku melainkan aku yang cari orang tu.. macam harap ada seseorang datang try nak pikat or buat lamaran lah.. but sampai sekarang takde pun orang buat macam tu kat aku.. 

3. definisi aku tentang 'macam mana hubungan orang macam kita' ini seharusnya berlaku adalah agak complicated.. aku tak lihat kalau orang PLU nak berkasih-sayang, mereka perlu declare tentang hubungan mereka.. misalnya macam kata "he's my boyfriend", "he's my lover".. but, instead we declare it as 'love relationship', aku nak ia jadi 'flirtationship'.. maksudnya, 'more than friendship, but less than relationship'.. (aku akan explain benda ni lebih detail dalam Unspeakable Love Part 26)

4. aku juga tak ada keyakinan yang orang akan suka/jatuh hati pada orang macam aku ni.. aku pun tak tahu kenapa.. kalau ada orang kata yang dia suka kat aku, macam aku susah nak boleh terima hakikat orang suka kat aku.. sebab aku tak rasa orang akan suka orang seperti aku.. macam aku fikir aku ni bukanlah type yang usually orang akan suka.. 

5. tak berkeyakinan pada diri sendiri.. takut kena reject.. mungkin tak rasa diri ini menarik sangat kot.. tapi hakikatnya rupa takde lah buruk sangat juga.. 

6. kebiasaannya, aku ada masalah untuk nak tunjuk perasaan aku kat orang lain.. macam kalau aku marah or tak puas hati kat seseorang, usually orang lain takkan boleh perasan.. sama lah kalau aku kalau suka pada seseorang.. 

7. sebahagian dari diri aku still fikir hubungan perasaan antara dua lelaki adalah sesuatu yang agak lain dari norma.. sebab itu aku teragak-agak untuk bercinta dengan orang yang sama jantina aku sendiri.. dan kerana itu juga lah, sebalik kita anggap ia adalah hubungan cinta, alternatifnya aku nak ia jadi satu 'flirtationship'.. sebab aku fikir ia adalah pilihan yang lagi bagus, daripada rasa bersalah untuk bercinta dengan jantina sendiri.. sebab aku ni biar pun tak alim, but memang timbul rasa bersalah kalau aku bercinta dengan lelaki.. rasa bersalah pada Tuhan lah..

8. mungkin sebab aku tak romantik.. jadi fikir rugi lah kalau orang dapat lelaki macam aku ni..

9. sampai mana hubungan ini akan bertahan?? tapi pada masa yang sama, memang ada wujud perasaan untuk mahu disayangi oleh someone yang kita sendiri pun sayang juga..

10. aku tak tahu sama ada aku betul-betul jatuh cinta atau pun ia hanya sekadar satu mainan perasaan kalau aku suka seseorang.. usually memang ia hanya satu mainan perasaan je.. sampai sekarang, aku pun tak pasti sama ada aku benar-benar pernah jatuh cinta ataupun tak.. and sebab tu lah, kalau aku jatuh hati pada seseorang, aku akan pastikan betul-betul kalau perasaan aku itu benar-benar telus..

11. aku fikir aku ni jenis yang tak laku.. even ada je yang kata aku ni muka elok je.. tapi serius aku cakap, aku fikir aku jenis yang tak laku..





Friday, 12 April 2013

Unspeakable Love -Part 25-





Part 25 : A Night with Shahir


aku sedang berdiri sambil menghadap ke arah pintu yang tertutup.. pada saat ini, aku berada di depan rumah Saiful.. sedikit berasa gugup di hati.. aku tidak pasti kenapa aku mula berasa serba salah.. agak lama aku hanya terus memandang ke arah pintu rumah Saiful.. niatku untuk mengetuk pintu itu menjadi serba salah.. sama ada aku ingin terus mengetuk pintu untuk berjumpa dengan Saiful atau pun aku batalkan niat aku dari bertemu dengan dirinya..

aku tidak tahu kenapa aku berasa di sini.. suara hatiku mengatakan yang aku ingin berjumpa dengan insan yang pernah mengaku yang dia sayangkan aku.. dia juga lah insan yang aku tinggalkan.. pernah sekali aku cuba mendail nombor telefon dirinya namun telefonnya telah pun dimatikan.. aku mula menjadi kesah.. aku yang dulunya enggan untuk menjawab panggilan dan SMS darinya, namun pada saat ini, aku pula yang menjadi tidak tentu hala di saat dia tidak dapat aku hubungi..

aku mengelabah.. jujur aku mula berasa segan untuk bertemu dengan Saiful.. tapi aku cuba kuatkan diriku untuk sampai di sini, namun bila aku telah pun berada di depan pintu rumahnya diriku seakan menjadi kaku.. 

aku tarik nafas dalam-dalam.. kemudian, aku gagahkan diri untuk mengetuk pintu rumah Saiful..

ketuk.. namun tiada jawapan..

aku ketuk lagi.. kali ini agak sedikit kuat.. tapi masih juga tiada balasan..

"Saiful?" aku akhirnya bersuara..

langsung tidak ada balasan..

aku terdiam.. aku fikir mungkin dia tidak berada di dalam rumah.. mungkin pada saat ini dia pergi keluar ke tempat lain.. barangkali begitu lah.. masih menunggu di luar rumah, berharap yang pintu itu akan dibuka, namun setelah agak lama menunggu, masih juga tiada balasan yang aku terima..

"adik ni nak cari orang kat dalam rumah ni ke?"

tiba-tiba datang satu suara menegur aku.. suara seorang perempuan.. lalu aku toleh.. di depan mata aku kelihatan seorang wanita yang agak berumur..

"ye.. saya tengah tunggu kawan saya.." balas aku..

"rumah ni dah kosong dah.. orang yang tinggal kat rumah ni dulu dah tak tinggal kat sini lagi.." balas makcik itu..

aku terkejut..

"maksud makcik, orangnya dah pindah rumah ke??" aku tanya lagi..

"dalam bulan lepas rasanya.. sekarang ni rumah ni masih takde lagi yang tinggal.."

"makcik tahu tak ke mana kawan saya dah pindah?"

"tu makcik tak tahu lah.. tak pernah pula nak tanya.."

aku terdiam.. masih terkejut apabila mengetahi yang Saiful dah tak lagi tinggal kat rumah ni.. hal ini membuatkan aku lagi bertambah risau.. tertanya-tanya ke mana dia sudah menghilang.. tanpa sebarang berita, langsung dia tak pernah memberi tahu kepada aku tentang hal ini..

tapi.. semuanya salah aku juga.. Saiful yang sebelum ini bermati-matian mahu menghubungi aku, namun aku pula langsung tidak mahu memperdulikan tentang dirinya.. jadi memang salah aku kalau aku langsung tak tahu ke mana dia sudah pergi.. salah aku bila aku tidak lagi tahu-menahu tentang keadaan dirinya..

selepas pulang dari rumah Saiful, aku segera balik ke kolej kediaman aku.. di minda aku adalah untuk berjumpa dengan Amir.. aku pasti dia tentu tahu ke mana Saiful sudah pergi.. dia lah antara orang yang paling dekat dengan Saiful..

setiba sahaja aku masuk ke dalam bilik Amir, dia kelihatan sedikit terkejut melihat kehadiran aku.. lalu dia terus berdiri menghadap aku dengan pandangan matanya yang sinis..

"mana Saiful sudah pergi?" tanyaku sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik Amir.

"kau perduli apa? aku kan dah kata kau takkan lagi dapat jumpa dengan dia.." balas Amir..

"kau cakap kat aku dia mana dia sekarang ni??" aku masih lagi mendesak..

Amir mula ketawa.. dari ketawa kecil mula menjadi agak besar.. aku pula agak tergamam melihat tingkah lakunya itu..

"hahaha.. sejak bila pula kau nak ambil berat tentang dia? kau demam ek?" kata Amir cuba untuk memegang dahi aku namun dengan segera aku tepis..

"aku serius lah Amir! beri tahu aku di mana dia sekarang!" aku semakin meninggikan suara..

"hei Fahri! kau jangan pernah perduli tentang diri dia lagi lah! kau jangan nak berlagak ambil berat! kau siapa? dia siapa? tak pernah pun kan kau peduli tentang perasaan dia?"

aku terdiam.. Amir menatap mataku tajam.. dia betul-betul memandang wajahku dengan pandangan yang serius..

"kau anggap je lah hari di saat kau tinggalkan dia adalah hari terakhir kau melihat dirinya.." kata Amir lagi..

aku terdiam lagi.. tak mampu aku untuk berkata apa-apa.. lantas dengan segera aku keluar dari bilik itu..

sebaik sahaja aku keluar, di otak aku mula penuh dengan tanda tanya tentan diri Saiful.. wajah dirinya mula terbayang dalam minda aku.. dia tersenyum memandang aku.. dia ketawa, kemudiannya berubah menjadi hiba.. lalu aku nampak dia menangis..

Saiful..

hatiku mula berbisik..


*          *         *


"kau okay Fahri?"

pada malam itu aku masih lagi terfikirkan tentang diri Saiful.. banyak kerja yang sepatutnya aku siapkan tertangguh gara-gara memikirkan masalah terbaru yang aku mula hadapi..

duduk di meja belajar aku, Shahir mula mendekati aku sambil meletakkan tangannya pada belakang tubuhku..

"aku nampak kau macam ada masalah.. Amir buat hal lagi ke?" tanya Shahir.

aku masih juga tidak membalas pertanyaan Shahir itu.. aku mula mengesat pada dahi aku.. terasa pening kerana terlalu memikirkan tentang diri Saiful..

"kalau kau ada masalah, kau cakap je kat aku.." Shahir berkata lagi.. kemudian dia menghulurkan aku secawan kopi.. "minum.. rehatkan minda dahulu.."

aku pandang Shahir.. dia tersenyum memandang aku..

"terima kasih.." balasku..

lalu aku pun minum kopi yang diberi oleh Shahir sambil aku terus memandang pada wajah dirinya..

"mahu berkongsi masalah kau kat aku?" tanya Shahir lagi..

"don't worry.. aku just rasa risau dengan assignment yang tak siap lagi.." balasku menipu..

"okay.. ceria okay! kena sentiasa tenang.. tak perlu nak mengelabah.." kata Shahir lalu menumbuk bahuku mesra.. "tak lama lagi dah habis lah semua assignment tu.. then dah habis study.. lepas tu merdeka lah.. hihi.."

aku tersenyum.. dia masih lagi tersenyum ke arah aku.. kalau difikirkan memang ada benarnya kata-kata Shahir itu.. aku perlu sentiasa bertenang.. walaupun sekarang ni aku mula berasa risau tentang diri Saiful namun aku kena selalu bertenang juga dan focus pada saat-saat terakhir pengajian aku di sini.. 

"tak lama lagi kita akan berpisahkan.. kau betul tak nak cari kerja di kota ini?" tanya Shahir..

pertanyaannya itu mula mengingatkan aku kembali tentang perancangan asal aku dulu.. perancangan untuk menjauhkan diri dari Shahir.. kembali ke tempat asal aku lalu memulakan satu lembaran hidup baru.. melupakan tentang perasaan aku terhadap Shahir yang sudah semestinya tidak akan aku miliki.. kerana jika aku sentiasa dekat dengan dirinya, aku takut yang aku akan semakin terluka..

"aku tak tahu lagi lah.. kita tengok lah macam mana nanti.." aku tersenyum..

"aku akan bertunang.. lepas graduasi.." kata Shahir perlahan..

aku terdiam.. sesuatu yang tidak mengejutkan aku sebab aku sudah pun tahu mengenainya.. dan kerana itu juga lah aku seperti tidak sanggup untuk terus berada di kota ini..

"kau dah tahu ke, Fahri? kau nampak seperti sudah tahu..." tanya Shahir..

"aku dah tahu.. Liyana yang cakap kat aku..."

kali ini Shahir pula yang terdiam.. aku mula berasa sedikit janggal.. bayangkanlah kau beri tahu kepada seseorang tentang berita pertunangan kamu, tapi dalam masa yang sama orang yang diberi tahu itu juga mempunyai perasaan terhadap kamu.. dan orang itu adalah aku.. Shahir memberi tahu hal pertunangannya kepada aku yang turut mempunyai perasaan terhadap dirinya..

"kau fikir macam mana?" tanya Shahir..

"maksud kau apa?"

"dapatkah kau datang nanti? maksud aku... pada hari tersebut.."

aku terdiam lagi.. sungguh aku tidak mampu berkata apa-apa.. sejujurnya hal ini juga lah yang menakutkan aku.. aku takut jika hari itu akan tiba nanti.. biarpun aku tahu yang aku merelakannya, namun aku juga tak boleh nak tipu perasaan aku... yang aku juga... cemburu.. terkilan..

"aku tak tahu.." balasku ringkas...

sungguh, aku tak mampu nak mengatakan apa-apa.. kalau ditanya jika aku berasa sedih, sejujurnya perasaan itu memang akan ada.. aku juga rasa yang Shahir turut memahami apa yang aku rasa.. dia sudah tentu tahu bagaimana perasaan aku nanti..

"mahu merehatkan minda? jom ikut aku.." Shahir mula mengajak aku..

"nak ke mana?" tanya aku..

"kita tengok movie nak? kita rileks-rileks lah malam ni dulu.. tak payah risau tentang assignment semua.." ajak Shahir..

aku tak berkata apa-apa.. lalu aku pun pergi ke tempat meja berlajar Shahir.. aku bawa sekali kerusi aku kemudian duduk bersebelahan dengannya.. Shahir memasang komputer desktop nya.. 

"nak tengok movie apa?" tanya aku..

"aku tak tahu lah pula nak tengok apa.. hehe.. hmm.. kau ada movie yang best-best tak? bukan kau yang ada simpan banyak koleksi movie?" tanya Shahir pula..

"ada.. jap ye.."

aku berlalu untuk mengambil external hard disk aku.. memang aku suka kumpul movie-movie.. tapi walaupun ada banyak dalam koleksi aku, namun aku susah untuk berkesempatan melayan movie-movie tersebut.. kalau waktu cuti baru lah aku akan tengok satu atau dua movie tersebut..

apabila aku sudah mengambil external hard disk aku di dalam laci meja belajar aku, lalu aku pun kembali ke meja Shahir.. sempat aku mengambil sekali selimut aku.. external hard disk itu diberi, lalu Shahir pun menyambungnya ke arah desktop nya.. aku pula mulai menyelimuti tubuh aku..

"sejuk?" tanya Shahir ke arah aku..

"agak lah.." balasku ringkas..

Shahir bangun seketika pergi untuk memadamkan lampu bilik.. baru seronok nak layan movie gelap-gelap begini..

"hmm.. banyak sangat koleksi kau.. tak tahu nak pilih yang mana satu.." kata Shahir..

"kau pilih je apa-apa yang kau nak.. aku just layan je.."

Shahir tak berkata apa-apa.. dia terus mencari movie yang menarik perhatiannya.. agak lama juga dia mencari.. kemudian, dia tertarik pada satu movie.. dahinya berkerut.. kemudian dia memandang ke arah aku..

"ni movie apa?" tanya Shahir kepada aku..

"yang mana satu?"

"Shelter.. citer tentang apa ye?" tanya Shahir lagi..

aku terkejut.. hatiku mula berdebar-debar..

"eh, kita tengok citer lain lah.." aku cuba untuk memujuk Shahir untuk tidak memasang filem itu..

Shahir mula berasa sangsi.. 

"kenapa?" tanya Shahir..

"takde apa-apa... kita tengok cerita lain lah.. banyak lagi kan cerita yang best.." aku masih lagi berasa tak senang duduk..

Shahir tatap aku.. agak lama juga dia terus memandang wajah aku.. semakin gementar pula aku bila dia tatap aku begitu.. aku telan air liur.. kemudian, Shahir terus memasang filem tersebut..

oh shit!

getus hati aku..

"kenapa? kau nampak macam takut-takut?" tanya Shahir..

aku terdiam.. filem tersebut pun bermula.. Shahir memandang tepat ke arah skrin desktop nya itu.. lebih kurang lima minit selepas itu, aku akhirnya bersuara..

"ianya adalah filem bergenre gay.." kataku perlahan..

serta-merta Shahir memandang ke arah wajah aku.. dia kelihatan agak terkejut.. memang aku dah agak dia tentu akan terkejut.. tapi dia terus tak berkata apa-apa..

filem tersebut terus terpasang.. aku pula tidak senang duduk memikirkan yang Shahir sedang menonton filem bergenre begini.. aku mula gelisah.. lantas aku terus berdiri cuba untuk mencapai tertikus untuk memberhentikan filem tersebut..

"kita tengok movie lain.." kata aku yang kini telah pun mencapai tertikus komputer Shahir..

"jangan!" Shahir bangun cuba untuk menahan aku..

lalu muka kami saling berpandangan.. aku mula berasa gugup..

"aku nak tengok filem ini.." kata Shahir lagi.. nada yang agak serius.. "just want to know about you.." katanya lagi lalu dia kembali duduk di kerusinya..

aku telan air liur lagi.. gugup.. lalu aku pun mula duduk ke kerusi aku.. filem tersebut terus terpasang.. Shahir pula agak tekun menonton filem tersebut..





pada malam itu, Shahir menyaksikan filem bergenre homoseksual untuk pertama kali...


*         *         *


"kau dah mengantuk ke, Fahri?" tanya Shahir..

"belum.." balasku ringkas..

dalam kegelapan itu, hanya ada aku dan Shahir sedang duduk berdua-duaan di dalam bilik.. baru sahaja kami selesai menonton filem berjudul Shelter.. kami masih lagi duduk menghadap desktop Shahir.. skrin dekstop masih lagi terpasang.. ia terbiar terpasang biarpun filem tadi sudah pun tamat..

"aku risau.." kata aku perlahan...

"kenapa kau risau?" 

"aku tak tahu.. tapi aku berasa agak risau.." balasku..

"kau risau sebab aku tengok filem tadi?"

"mungkin..."

suasana menjadi agak sunyi seketika.. kami berdua masih lagi duduk berdekatan sambil terus menghadap ke arah skrin desktop.. kedua-dua kami masih lagi kaku.. agak lama juga kami berdiamkan diri.. tak tahu kenapa kami masih lagi duduk di situ, langsung tidak berganjak..

pada saat itu, tanganku perlahan-lahan memegang tangan Shahir.. dia kelihatan agak sedikit terkejut.. dia pandang aku..

"boleh aku pegang?" tanya aku..

Shahir tidak berkata apa-apa.. dibiarkan sahaja telapak tangannya aku genggam.. Shahir kembali memandang ke hadapan pada skrin desktop.. agak lama, aku berterusan menggenggam telapak tangannya yang hangat itu.. agak erat juga.. entah kenapa diriku mula tersenyum..

"aku sayang kau.." aku bersuara lagi..

seperti biasa Shahir masih lagi terdiam tanpa memandang wajah aku..

jujur aku katakan yang aku sayangkan dirinya.. biarpun telah aku relakan yang dia bukan milik aku, namun aku masih juga tak boleh nak nafikan perasaan aku terhadap dirinya.. duduk berdua-duaan di dalam bilik.. tubuh berdekatan.. bahu bertemu bahu.. tanganku telah pun mengenggam tangannya.. suasana yang aku dambakan selama ini..

namun..

entah kenapa aku mula berasa hiba..

aku seakan mahu menangis.. mungkin sebab aku menyedari yang dia dimiliki orang lain.. dan dia juga bakal menjadi sebahagian dari hidup insan yang dia sayangi.. bukannya aku.. insan yang bernama Liyana..

kemudian, aku mula melabuhkan kepala aku ke bahunya.. Shahir masih lagi terdiam membiarkan sahaja apa yang aku lakukan.. terasa mula kehangatan.. aku mula berasa bahagia.. namun pada masa yang sama aku juga berasa hiba..

aku pejamkan mata.. cuba menikmati saat-saat ini.. tersenyum.. membayangkan yang dia adalah milik aku..

pada malam itu, aku terlena berbantalkan bahu dirinya...


*          *          *


beberapa minggu sebelum hari terakhir pengajian aku di universiti, aku dan Shahir keluar bersama-sama di ibu kota.. katanya, untuk merehatkan minda setelah berterusan berjaga malam untuk menyiapkan segala assignments.. otak perlukan rehat.. jangan terlalu mendesak diri untuk terus dilanda kesibukan.. tentu sekali aku setuju dengan perlawaannya itu..

selepas kejadian pada malam tempoh hari, Shahir seakan berlagak seperti tidak ada apa-apa yang telah terjadi.. aku masih ingat lagi, sebaik sahaja aku sedar dari tidurku, aku mendapati yang aku telah tertidur sambil duduk berbantalkan bahu Shahir.. dia juga masih terlena dengan posisi duduk di kerusi.. maka dengan pantas aku segera mengejutkannya.. aku meminta maaf dengan kelakuan aku itu.. namun Shahir tidak berkata apa-apa.. pada saat itu, aku mula terfikir kenapa dia tidak mengejutkan ketika aku terlena berbantalkan bahu dirinya? mungkin juga dia tidak sampai hati untuk mengejutkan aku yang tertidur pada malam itu.. sejak hari itu, timbul perasaan sedikit malu terhadap Shahir biarpun dia tidak pernah mengungkitnya..

pada saat ini, kami berdua berada di pusat membeli belah.. kami sedang duduk bertentangan di dalam satu restoran makanan segera.. jam menunjukkan lebih kurang pukul 1.30 tengah hari.. kami sedang menikmati hidangan tengah hari kami.. tak banyak perbualan yang dibincangkan pada saat itu.. masing-masing fokus menikmati makanan pilihan sendiri..

selesai sahaja makan tengah hari, kami pergi pula menonton wayang.. filem animasi bergenre fantasi berjudul OZ The Great and Powerful.. sebuah animasi yang sangat menarik dan berbaloi untuk ditonton.. sudah agak lama aku dan Shahir tidak keluar berdua-dua seperti ini.. tentu sekali aku akan berasa gembira.. 

selesai sahaja menonton filem tersebut, aku dan Shahir keluar berjalan-jalan di dalam pusat membeli belah tersebut..

"Fahri, kau nak hadiah tak?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku berasa terkejut sedikit.. sebenarnya berasa agak pelik bila dia berkata begitu..

"hadiah? hadiah untuk apa?" tanya aku..

"untuk suka-suka.. saja untuk beri kau.. mungkin hadiah untuk kau pada haru jadi kau pada masa akan datang.." kata Shahir.. dia tersenyum..

"maksud kau apa?"

"ye lah.. kau kan kata mungkin kau takkan tinggal kat bandar ni lagi.. susah lah aku nak jumpa dengan kau lagi lepas tu.. so, aku fikir untuk beri kau sesuatu.. sebagai tanda kenangan, mungkin.."

aku terdiam... aku hanya mengganguk.. tentu sekali lah aku akan berasa seronok jika dia mahu memberikan sesuatu kepada aku.. 

kemudian, dia mengajak aku untuk membeli benda yang aku inginkan.. dia tanya aku apa hadiah yang aku suka.. balasku, aku akan terima apa-apa sahaja dari dirinya.. namun kalau boleh, aku mahu sesuatu yang aku akan guna dalam kehidupan seharian aku.. lalu, aku pun dibawanya dari satu kedai ke kedai yang lain.. akhirnya kami berhenti di depan satu kedai butik pakaian..

"bagaimana kalau aku beri kau baju? sesuatu yang kau akan guna dalam kehidupan seharian, tak begitu?" kata Shahir..

"aku okay je.." balasku ringkas..

kemudian, kami pun melangkah masuk ke dalam butik pakaian itu.. ada banyak pakaian yang menarik perhatian aku.. Shahir meminta aku untuk memilih pakaian yang aku suka namun aku putuskan agar dia sendiri yang memilih untuk diriku.. Shahir tidak membantah.. lantas, dia dengan segera mencari pakaian yang dia fikir sesuai untuk diriku.. agak lama juga dia mencari.. sampai lah dia akhirnya memilih satu pakaian lalu ditunjukkannya kepada aku..

"bagaimana dengan yang ini?" tanyanya sambil memegang baju tersebut.. "baju biru ni agak simple tapi agak menarik juga.."


aku terdiam.. aku menjadi kaku seketika.. Shahir sedar yang aku seakan menjadi kaku.. berasa sedikit pelik, lalu dia pun bertanya kepada aku..

"kenapa? tak suka dengan yang ini?"

"bukan.. aku suka baju tu.."

"habis tu kenapa kau nampak macam pelik semacam je?" Shahir masih lagi kehairanan..

"baju biru.. ia mengingatkan aku tentang seseorang.."

"seseorang? siapa?"

aku mendekati Shahir lalu aku mengambil baju kameja-T berwarna biru itu.. untuk seketika, aku tersenyum.. namun bukan bermaksud aku gembira.. senyumanku agak sedikit kelat..

"aku pernah menghadiahkan baju berwarna biru pada seseorang juga.." kataku dengan perlahan.. "dan dia sangat teruja dan gembira bila aku hadiahkan baju biru itu.." kataku sambil memandang pada baju biru itu..

entah kenapa aku mula berasa sedikit hiba..

"pada lelaki ke?" tanya Shahir..

aku hanya mengganguk perlahan..

"jadi, kenapa kau nampak macam sedih je?" tanya Shahir lagi..

"boleh tak aku pakai baju ni sekarang juga?" aku langsung tak menjawab soalan Shahir itu..

Shahir hanya mengangguk.. lalu aku terus ke bilik persalinan untuk memakai baju itu.. kemudian, Shahir pun membayarnya.. selepas itu kami pun mula beredar meninggalkan butik pakaian tersebut..

"ada seorang yang dalam diam menyimpan perasaannya terhadap aku.." kataku perlahan-lahan sambil berjalan dengan Shahir.."seperti mana aku simpan perasaan pada kau dulu, begitu juga dengan dirinya terhadap aku.."

"aku rasa aku boleh agak siapa orang tu.. lelaki yang ada call aku dan datang ke bilik waktu dulu kan?" Shahir dengan tepatnya mengagak..

aku hanya mengangguk.. "tapi, pada satu hari, dia seakan telah meluahkan perasaanya pada aku.. tapi.. aku tolak perasaannya.." aku tunduk kepala.. kemudian aku berkata lagi.. "aku tolak dengan kasar.. sampai aku lihat dia mengalirkan air mata.. pun begitu.. aku tetap juga meninggalkannya.. tak memperdulikannya.. biarpun lepas tu dia cuba untuk menghubungi aku.. namun aku langsung tak membalasnya.."

langkahku terhenti.. begitu juga dengan Shahir turute berhenti mengikut aku.. kemudian, aku terpandang ada kerusi yang di sediakan dalam pusat membeli belah itu.. lalu aku ajak Shahir untuk duduk di sana..

"sekarang ni, dia dah tak dapat aku hubungi.. aku tak tahu kenapa aku mula berasa risau tentang dirinya.. sedangkan sebelum ini aku langsung tak nak ambil perduli tentang dirinya.. untuk sesuatu sebab yang aku sendiri tak tahu, aku seakan mahu berjumpa dengan dirinya kembali.." kata aku lagi..

"jadi, kau mula rasa bersalah pada dirinya?" tanya Shahir pula..

"mungkin.. memang salah aku juga sebenarnya.. tapi baju biru ini bukan sahaja membuatkan aku teringat tentang dirinya.. sebenarnya ia turut membuatkan aku teringat tentang diri kau.." kali ini aku mula tersenyum ke arah Shahir..

"maksud kau?"

"hehehe.. kau tak perlu ambil tahu.." aku tergelak kecil..

"aku nak tahu juga.. cepat cakap kat aku.."

aku tersenyum.. teringat semula peristiwa ketika aku keluar bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.. beberapa hari sebelum cuti semestar.. kami merancang untuk makan di luar bersama-sama.. pada hari itu, Shahir memakai baju berwarna biru.. aku pula dengan sengaja memakai baju yang berwarna biru juga.. tujuannya, semata-mata ingin sedondon dengan dirinya.. kalau difikirkan semula agak melucukan pula rancangan aku itu.. jadi benarlah yang baju berwarna biru mempunyai nilai sentimental untuk diriku..

aku masih lagi tak mahu bercakap tentang hal itu kepada Shahir.. dia agak sedikit mendesak, namun akhirnya dia mengalah juga berhenti dari terus mendesak.. bagi aku hal itu tidak lah penting sangat jika aku mahu beri tahu.. biarlah ia kekal menjadi sebahagian dari kenanganku bersama dirinya..

aku menarik nafas, kemudian memandang ke hadapan..

tiba-tiba ada sesuatu telah menarik perhatian aku.. hatiku mula berdebar-debar..

lantas aku terus bangun dari dudukku.. hal ini membuatkan Shahir sedikit berasa terkejut..

"kenapa, Fahri?" tanya Shahir..

"kau tunggu sini sekejap boleh tak.." kataku lalu terus melangkah meninggalkan Shahir..

"kau nak pergi mana?" tanya Shahir lagi..

aku tak menjawab.. langkahku terus semakin laju.. hatiku semakin berdegup dengan kencang.. mataku terus memandang pada seseorang yang berada di hadapan aku.. seorang lelaki.. dia berjalan menuju ke satu tempat..

aku mempercepatkan langkahku.. aku hanya boleh melihat bahagian belakang tubuh lelaki itu, namun entah kenapa hatiku seakan dapat mengenali siapa dirinya.. agak gementar, namun aku terus maju ke hadapan untuk memastikan jika benar lelaki itu orang yang pernah aku kenali..

semakin cepat dan terus mendekati lelaki itu.. kini aku berada lebih kurang jarak lima meter darinya.. langkahku terhenti.. aku menjadi kaku.. entah kenapa aku seakan tidak mampu bersuara lagi.. lidahku seakan tidak mampu menutur perkataan..

memang benar itu lah dia! tak salah lagi.. memang dia lah orangnya..

air mataku mula mengalir.. 

lelaki itu semakin meninggalkan aku..

"Ihsan?" akhirnya aku mampu bersuara.. 

namun agak tidak kedengaran..

"Ihsan!!" aku sebut lagi.. kali ini nada yang lebih tinggi..

akhirnya lelaki itu menoleh.. dia melihat aku.. dia juga terus tergamam melihat kehadiran aku di belakangnya..

"Fahri??" lelaki itu mula bersuara..

seakan masa berhenti seketika, aku tak pernah menyangka aku akan bertemu kembali insan yang pernah bertahta di hatiku dulu...







# nak tengok filem Shelter?? 












Thursday, 11 April 2013

Anak Ikan Comel

sekarang ni dah kecoh tentang kes budak kena buli kat sekolah tu.. dah femes lah sekarang ni budak-budak tu.. siap kena share kat facebook link fb dorang.. sampai ada juga orang share link fb mak bapa dorang juga.. entah lah wei.. memang tak elok pun hal macam ni berlaku..

tapi aku just nak sentuh tentang blog pembuli tu.. aku ada juga lah skodeng blog budak tu.. aku tak baca sangat pun apa budak tu tulis.. just skodeng-skodeng macam tu je lah.. tapi yang menjadi tarikan aku ni adalah kawan-kawan si pembuli tu.. juga korang tengok pictures kat bawah ni..












alahai.. comel-comel pula kawan-kawan si pembuli ni.. hihi.. 


budak-budak sekarang ni dah semakin pandai bergaya.. kalau nak compare dengan aku dulu, memang tak leh nak banding lah.. sekarang ni pun aku ni macam selekeh juga.. pergi kelas pakai selipar jepun je.. waktu summer je lah.. sekarang dah masuk autumn ni macam dah tak leh nak pakai selipar kalau nak jalan-jalan kat luar.. sejuk..

kalau nak diikutkan taste aku lah, aku ni prefer orang yang umur around my age.. tak pernah lagi lah aku ada perasaan suka pada yang agak muda berbanding aku.. sebab pada saat sekarang ni pun aku still feeling yang aku pun agak muda gak.. masih perasaan diri comel lagi lah.. hahaha.. siap buat gwiyomi dan post kat youtube lagi.. hihi.. taste aku usually pada orang yang sebaya umur dengan aku.. sebab aku senang nak bergaul dengan orang yang around my age.. kalau yang dewasa pula, honestly aku cakap lah, even sebelum ni aku ada kata yang aku ni paranoid or macam kurang suka dengan yang lagi dewasa dari aku, but actually, taste aku pun pada yang berusia dari aku gak.. cuma aku ni ego nak kata suka sebab aku tak suka dengan word nak panggil 'abang'..

berbalik pada budak-budak di atas... bila tengok pic tu dorang dapat perhatian aku lah.. sebab sebelum ni aku mana lah pandang sangat pada yang agak jauh muda dari aku.. tapi kawan-kawan si pembuli tu lah yang aku suka tengok.. bukan si pembuli tu.. hihi.. maybe sebab aku pun dah makin dewasa kot baru lah nak pandang yang lagi muda..










#btw, aku macam ada feeling budak-budak di atas tu macam ada potensi je spesis 'orang macam kita'.. tak ke korang rasa macam tu?? 

Tuesday, 9 April 2013

Pemenang Contest Unspeakable Love

pada awal bulan March lepas aku ada buat satu contest untuk cover buku Unspeakable Love.. so, sekarang ni sudah tiba masanya untuk aku nak umumkan siapa kah yang berjaya menjadi pemenang dan sekali gus terus mendapat hadiah yang dikiram khas dari Australia..

kuasa mutlak ada di tangan aku untuk memutuskan siapa yang jadi pemenangnya.. tapi, aku ada juga bertanya kepada beberapa orang untuk mengetahui pendapat masing-masing siapa yang harus menjadi pemenang.. ada bermacam-macam lah pendapat dorang.. tapi, secara umumnya kebanyakkan orang yang aku tanya berpendapat cover buku untuk cerita Unspeakable Love tu seharusnya tidak lah terlalu obvious 'gay' macam ada gambar lelaki berpelukkan.. sebab menurut mereka, dalam cerita Unspeakable Love tu watak-wataknya tidak lah terlalu songsang sangat dari tindak laku.. sebab mereka kata cerita itu lebih kepada konsep seperti friendship dan juga cinta yang dipendam.. so, ilustrasi yang agak 'intimate' agak kurang bersesuaianlah.. yang tak terlalu nak gay sangat..

but, tu berpendapat orang.. sebab hanya berkuasa untuk menentukannya adalah aku.. for me lah, aku tak kisah kalau cover buku tu menunjukkan ilustrasi yang bila kita pandang dah boleh tahu ia berkenaan tentang hubungan PLU.. sebab bagi aku, citer ni memang bermaksud untuk menyentuh tentang kisah kehidupan PLU.. so, for me ia agak penting juga untuk ditunjukkan sebab untuk tarik perhatian pembaca.. siapa target pembaca aku? tentu lah golongan PLU.. seperti blog aku ini juga lah.. kalau dulu-dulu nama blog aku ni tak seperti menunjukkan yang blog aku ni about PLU life.. then lepas tu aku sengaja tukar nama blog menjadi 'A PLU in Australia' kemudiannya menjadi 'Malaysian PLU Story'.. sebabnya aku nak golongan PLU (yang menjadi target aku) tahu yang blog ni about PLU life juga.. kalau lah aku guna tajuk blog yang tak bercirikan 'songsang' mungkin ia akan menjadi kurang perhatian untuk orang PLU nak membacanya..

aku beri contoh nama blog yang 'bercirikan songsang' yang aku pernah baca..



Kisah Kehidupan Seorang Les

Gay Insaf

La Telenovela : Orang Macam Kita

A Man in A Woman's Body

Cinta Homoseksual

Pengkid True Story



kenapa tajuk 'sosang' ni agak penting?? sebab ia sebenarnya akan memiliki satu aura tarikan yang membuatkan golongan PLU menyedari tentangnya.. lagi mudah orang PLU sedar yang blog tu menyentuh tentang PLU life berbanding blog PLU yang tak guna tajuk blog bercirikan 'songsang'.. lagi pun memang target golongan pembaca kita adalah orang PLU.. so, kita kena satu benda yang membuatkan golongan PLU mudah tertarik padanya.. 

aku ni dah menulis blog lebih kurang dua tahun sentengah.. ada banyak benda yang aku pelajari tentang teknik-teknik blogging macam mana nak tarik minat pembaca untuk baca blog kita.. aku tak kata yang blog aku ni famous, tapi kalau dulu jumlah viewers untuk sehari kurang dari 200, tapi sekarang ni dah mencecah ribuan pengunjung untuk satu hari.. kiranya teknik aku dah berjaya lah untuk tarik pembaca..

so, kalau nak dikaitkan dengan cover buku pula, sebab itu lah aku kata ciri-ciri songsang pada ilustrasi buku itu gak penting juga sebenarnya.. sebab kalau kita pandang buat pertama kali pun macam kita dah boleh agak yang ia touch about PLU life.. ianya macam satu teknik pemasaran lah.. firstly kita kena tahu siapa golongan yang menjadi target kita.. contonhnya, kalau golongan budak-budak, mestilah ilustrasi buku tu kena colourfull, happening, ceria dan comel2 yang membuatkan budak-budak tertarik nak baca buku tu.. so untuk kes Unspeakable Love pula, target pembacanya adalah golongan PLU.. so, for me agak penting kalau ilustrasi buku itu bercirikan songsang sebab ia akan memudahkan golongan PLU tertarik padanya..

but, of course lah ilustrasi itu kena releven dengan jalan cerita Unspeakable Love juga..

so, di bawah ni adalah senarai penyertaan yang aku dapat.. ada banyak juga kata nak hantar ilustrasi dorang, tapi tunggu-tunggu tak hantar juga..





































so, siapa kah yang jadi pemenang?? 


ada dua yang telah aku senarai pendekkan.. dua ilustrasi itu adalah kat bawah ni...






yang mana satu kah yang pemenang??

 jeng... jeng... jeng...
























jeng.... jeng... jeng...





























































































jeng... jeng... jeng...










































Tada!!



tahniah kepada yang menjadi pemenang.. boleh lah try contact aku untuk hal maklumat alamat semua..

actually, kalau diikutkan aku lah, yang akan pemenang adalah ilustasi yang bewarna hitam itu.. tapi masalah tentang cover buku satu lagi tu adalah tentang penggunaan ayat pada cover buku.. honestly, aku suka dengan ayat yang digunakan.. tapi ianya agak panjang untuk ayat pada muka buku hadapan.. kalau untuk muka buku belakang lebih sesuai lah.. so maksudnya, kalau pembuat cover buku berwarna hitam tu tak menggunakan ayat yang agak panjang pada cover buku hadapan, mungkin dia lah yang pemenangnya..

apa-apa pun, just nak ucapkan tahniah pada yang mememangi contest ini..

pada yang turut menghantar ilustrasi masing-masing, aku pun nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi memeriahkan contest ini.. 

Thanks..

:-)