Sunday, 23 June 2013

Unspeakable Love -Part 27-





Part 27 : The Housemate


"kau tunggu dalam kereta dulu boleh tak? aku nak pergi cari my housemate dulu.." kata Ihsan..

aku hanya mengangguk.. kemudian, Ihsan pun terus keluar untuk mencari teman serumahnya itu.. pada saat ini, kami sudah pun sampai di tempat Ihsan belajar.. di universiti yang dia katakan pada aku di luar negara, padahal sebenarnya berada di negara ini juga.. kalau nak diikutkan jarak antara universiti aku dengan kat sini, tidak lah begitu jauh sangat.. masih lagi berada di negeri yang sama.. cuma universiti Ihsan berada di daerah selatan, aku pula berhampiran dengan ibu kota..

aku terdiam sambil memerhatikan keadaan universiti Ihsan.. sebenarnya dalam hati ini rasa kecewa sedikit sebab telah ditipu olehnya.. tapi dalam masa yang sama, aku tidak lah marah sangat padanya.. aku cuma terkilan sangat-sangat bila dia buat macam tu pada aku..

masih menunggu, namun kelibat Ihsan dan teman serumahnya masih belum juga muncul.. lebih kurang 15 minit berlalu, tapi aku masih lagi sabar menunggu.. pada saat itu, mataku mula berliar-liar melihat keadaan dalam kereta Ihsan.. kemudian, tiba-tiba telefon ku berbunyi.. ada satu pesanan ringkas masuk.. aku lihat, tertera nama Shahir.. lalu aku buka untuk membaca mesej darinya..

-salam.. mcm mana dgn cuti ko? okay? ko kat mana skrg?

kemudian, aku pun terus membalas mesejnya itu..

-wasalam.. aku ok je ni hah.. aku skrg ni dgn my friend gi jln jap.. knp ye? ada apa2 ke nk inform?

-ada chance utk kita brjumpa x?

-jumpa? nk buat apa?

-saje je.. just nk brborak tentang sesuatu.. perhaps..

aku terdiam.. lantas teringat semula kejadian pada malam sebelum aku pergi ke rumah Ihsan.. kata-kata Shahir tu sungguh memeranjatkan aku.. bila dia berkata nak jadi 'pembimbing' aku.. memang terkejut habis aku pada masa tu.. teringat lagi, pada saat tu, aku terus ketawa.. agak kuat juga lah.. Shahir pula terus pandang aku dengan riak wajah yang kehairanan.. namun dia masih juga dengan wajah yang serius.. lalu aku terdiam.. aku tahu yang dia serius dengan kata-katanya itu.. lalu aku pun berhenti ketawa, kemudian berkata yang kita akan bincangkan tentang hal ni pada masa lain nanti..

-later aku akan inform klu aku ada masa k..

balasku..

-ok lah... hurmm..

-aik? mcm merajuk je?

-takde lah.. aku xnk kacau ko dulu.. have fun dgn kwn ko okay.. 

perbualan terhenti.. aku pandang ke hadapan.. mula kelihatan Ihsan datang bersama dengan seorang lelaki dari jauh.. dahi aku berkerut, cuba untuk melihat dengan lebih jelas rupa wajah teman sebilik Ihsan itu.. tak lama selepas itu, mereka berdua mula sampai ke kereta..

"sorry sebab buat kau menunggu.." kata Ihsan..

"eh, tak pe lah.. aku tak kisah.." balasku..

mataku masih lagi memerhatikan secara curi-curi rupa wajah teman serumah Ihsan itu di sebalik 'front mirror' kereta.. dia sedang masuk duduk di bahagian tempat duduk belakang.. aku terkejut sekejap.. macam pernah lihat wajanya itu.. memang sama dengan orang dalam bingkai gambar di rumah Ihsan.. jadi lelaki dalam gambar tu teman serumah Ihsan lah ye..

rupa jambu.. bottom ni..

bisik hati aku... hahaha..

"lupa pula nak kenal kan.. ni housemate aku.. nama dia Hafiz.." kata Ihsan sambil menunjuk jari ke arah Hafiz yang duduk berlakang..

"salam.. Fahri kan nama?" tanya Hafiz sambil menghulurkan salam..

"ha ah.. nama aku Fahri.. nice to meet you.." balasku sambil tersenyum..

"abang Fahri ni PLU kan.." kata Hafiz lagi..

aku tergamam seketika.. terkejut dengan soalan dari Hafiz tu.. 

"hahahaha.." tiba-tiba Ihsan ketawa besar..

kali ini aku pula terkejut melihat Ihsan yang tiba-tiba ketawa itu..

"kau jangan ambil kisah sangat dengan si Hafiz ni.. dia memang suka je tanya soalan macam tu terus.. direct je kan.." kata Ihsan sambil tersenyum..

"macam waktu Hafiz first time jumpa abang lah kan.." kata Hafiz..

aku terdiam.. dalam hati aku mula bermonolog..

pelik lah budak ni.. tiba-tiba je tanya aku ni PLU ke tak? eh jap... abang? apasal panggil Ihsan abang? aku pun dia dia panggil abang.. tengok rupa macam sebaya dengan aku je..

"ha ah.." balas Ihsan.. "memang si Hafiz ni tak segan nak tanya orang tu PLU ke tak.. direct je terus.. aku pun dulu terkejut juga.. tiba-tiba je tanya soalan macam tu.. kenal pun tak lagi, terus tanya soalan macam tu.." Ihsan tersenyum..

"Hafiz ni umur berape ye?" terus je aku ajukan soalan yang buat aku tertanya-tanya..

"dia muda setahun dari kita" Ihsan pula yang menjawab.."mesti kau terkejutkan, siap panggil abang lagi.. dia ni memang mengada-ngada sikit.. nak panggil abang lah.. padahal umur beza setahun je kot.." kata Ihsan sambil tersenyum memandang ke arah Hafiz..

wajah Hafiz aku tengok mula berubah merah.. menahan malu lah kot..

"abang.. kita nak pergi mana lepas ni?" tanya Hafiz..

"pergi makan kat luar.. Hafiz tak makan lagi kan?" tanya Ihsan..

"ha ah.." balas Hafiz ringkas..

Ihsan terus menghidupkan enjin kereta.. tak lama selepas itu kami pun mula beredar dari situ.. duduk termenung di sebelah Ihsan, aku hanya memandang keluar tingkap.. suasana jadi sunyi seketika.. hanya kedengaran bunyi lagu di radio kereta.. takde perbualan lagi..

lalu, aku kembali curi-curi pandang untuk melihat teman sebilik Ihsan di belakang melalui 'front mirror' kereta.. dia hanya duduk diam sambil jarinya memegang telefon bimbit.. kemudian, aku menjeling pula ke arah Ihsan yang sedang memandu.. dia perasan yang aku menjeling ke arahnya.. lalu dia tersenyum seketika.. aku terdiam.. kemudian, aku memandang tepat ke hadapan..

dalam otak aku mula bermain seribu satu persoalan.. entah kenapa aku mula berasa ingin tahu mengenai apakah hubungan sebenar antara Ihsan dan Hafiz.. yang aku tahu mereka teman serumah lah.. tapi seperti ada sesuatu yang lebih dari itu.. sebab mereka nampak terlalu rapat.. gaya bukan seperti kawan rapat biasa.. jangkaan pertama aku begitu lah..

jangan-jangan mereka ni...

otak aku mula menduga..

aku pandang mereka berdua sekali lagi..

Ihsan ni abang angkat Hafiz kot..

entah lah.. aku pun tak pasti.. hanya tekaan aku sahaja.. tapi mungkin benar sangkaan aku.. rasa-rasanya begitu lah kot.. mungkin..

terdiam.. aku terus memerhatikan mereka berdua...


*          *          *


pada sebelah malam, aku duduk berseorangan di ruang tamu rumah sambil mataku menonton siaran di TV.. Ihsan pada saat ini sedang berada di dapur untuk memasak makan malam.. Hafiz pula sedang mandi.. keseorangan, tiba-tiba aku mula berasa bosan pula.. kemudian, aku pun mengambil telefon bimbit aku dari poket seluar.. tengok-tengok kalau aku terlepas pandang ada mesej yang datang ke.. aku lihat.. kosong.. tak tahu nak buat apa, aku pun terus online FB sekejap..

"dah solat?" tiba-tiba Ihsan bersuara dari dapur..

"apa dia? tak dengar lah.." balasku yang tak berapa nak dengar apa yang Ihsan katakan..

"aku tanya, kau dah solat ke belum?" tanya Ihsan lagi..

"owh.. dah.. dah.. baru je sebenarnya.."

"bagus lah.. so, kau dah berubah lah juga.." kata Ihsan..

aku pandang ke arah Ihsan.. dia juga memandang aku dari dapur sambil tersenyum..

"macam memerli nampak.." balasku mula berasa malu sedikit..

"takde lah.. aku puji lah.."

terdiam.. mula teringat kembali tentang diri aku pada waktu dahulu.. aku ni secara jujurnya dulu tak mengambil berat sangat tentang solat.. sejujurnya juga banyak solat aku tinggalkan.. memang tak penuh lima waktu lah.. Ihsan pula dulu selalu ajak aku.. tapi kadang-kadang tu aku beri pelbagai alasan lah.. memang teruk aku dulu.. tapi sejak aku asyik berkepit dengan Ihsan je dulu, memang aku terdedah dengan cara hidupnya lah.. lama-kelamaan macam dah mula terbiasa.. masih ingat lagi.. Ihsan tak pernah nak paksa aku pun.. tapi lepas tu, aku ni mula lah ikut solat sekali.. sebab waktu tu, aku rasa kekok kalau aku tak solat, tapi dia je yang solat.. rasa macam serba salah lah.. masih teringat lagi lah, waktu tu kalau tidak ada orang, Ihsan biasanya akan jadi imam.. aku pula kat belakang jadi makmum.. satu saat yang entah kenapa aku mula berasa rindu..

"hai.. tengok apa?" tiba-tiba Hafiz datang lalu terus duduk sebelah denganku..

"tak tengok pun sebenarnya.. just terpasang je.. mata tak lihat sangat sebenarnya.. hehehe.." balasku..

"okay..." Hafiz tersenyum.. "bosankan.. rumah kita orang ni takde apa-apa pun.. usually aku dan abang Ihsan akan pergi keluar lah.. waktu malam hujung minggu biasanya.." kata Hafiz lagi..

"ya ke? biasanya pergi mana?" tanya aku..

"jumpa member.. people like us.. hehehe.."

"really?" aku terkejut sekejap.. sambil-sambil itu terus aku memandang ke arah Ihsan di dapur..

"ha ah.. kenapa? abang Fahri macam terkejut je.."

"honestly terkejut lah.. maksud aku terkejut tentang Ihsan.." sambungku lagi masih lagi menjeling ke arah Ihsan..

"kenapa?"

"sebab... hurmm... memang korang banyak kawan PLU ke?"

"ye.. banyak je.. kenapa? abang Fahri takde ke?"

"kalau aku takde lah expose sangat lah.. maksud aku diam-diam je.. and.. aku fikir Ihsan pun akan kekal macam tu gak.." aku masih lagi memandang ke arah Ihsan..

teringat lagi tentang waktu aku dengan Ihsan dulu-dulu.. kita orang berdua agak 'tertutup' lah juga.. takde bergaul sangat dengan PLU-PLU lain.. maksudnya waktu tu lah, aku rasa dia seorang je yang tahu tentang aku ni macam mana.. dan aku rasa juga yang aku seorang je yang tahu dia macam mana.. kita orang selesa je jadi begini.. tapi tu dulu lah.. tak tahu lah sekarang.. malah aku sendiri pun dah ikut PR semua.. kenal dengan Saiful.. tapi tak tahu pula dengan Ihsan.. nampaknya dia pun dah mula 'berkembang' juga..

"kita orang banyak je kawan PLU.. lebih-lebih lagi kawan satu universiti lah.. abang Fahri tak macam tu ke?" tanya Hafiz..

"tak.." aku menggelengkan kepala.. "aku ni agak discreet lah sikit.. takde lah discreet sangat.. eh jap.. tak payah lah panggil aku abang.. kekok lah pula.. sebab umur beza setahun je kan.. panggil Fahri je lah okay.." pintaku..

"hehehe.. okay.. okay.. tapi abang Ihsan tak kisah pun..." balas Hafiz tersenyum..

"kenapa kau panggil dia abang ye? no lah.. sebab aku ni sebenarnya curious gak.. sebab.. agak janggal lah kot.. lebih-lebih lagi lelaki kan.. umur beza setahun je.. tapi ko panggil dia abang.. for me agak kekok lah.." tanya aku mula ingin tahu..

"owh.. sebab mungkin Hafiz anak tunggal kot.. teringin nak panggil orang abang.."

"owh, really? sama lah.. aku pun anak tunggal gak.. so... hurmm.. kiranya Ihsan tu macam... abang angkat ko lah ye??"

"hahahaha..." tiba-tiba Hafiz ketawa..

aku pula menjadi tergamam seketika melihat riaksi Hafiz tu.. kemudian Hafiz tersenyum memandang aku..

"kita orang tak pernah declare pun jadi adik-beradik angkat ke apa... Hafiz panggil dia abang je.. then, abang Ihsan tak kata apa-apa sangat.. so, terus jadi macam tu lah.. kenapa? jeles ek?" Hafiz tenung mata aku.. "abang Ihsan banyak cerita kat Hafiz tentang kisah korang berdua.."

aku terdiam seketika.. Hafiz pula terus memandang wajah aku..

"dia ada cerita kat ko ke?" aku mula bersuara..

"ha ah.. banyak je.."

"cerita tentang apa?" tanya aku..

"banyak lah.. tak tahu nak cakap yang mana satu.. tapi apa yang Hafiz nak cakap, korang memang rapat sangatkan lah dulu-dulu tu.. but until abang Ihsan tinggalkan abang Fahri.. then the relationship stop kat situ.."

"Fahri je, okay.. Fahri.. tak payah nak abang-abang ni.." kata aku yang still berasa kekok..

"okay.. okay... hahaha.."

aku terdiam lagi.. kali ini aku pula memikirkan tentang Ihsan.. aku pandang dia yang sedang sibuk di dapur.. dalam hati aku tertanya-tanya apa yang dia sedang fikirkan selama tempoh kami berdua berjauhan.. namun, apa yang aku boleh simpulkan adalah, dia still teringatkan tentang aku.. sedikit sebanyak kiranya dia memang ada fikir tentang aku lah juga.. kalau tak, takkan lah dia boleh cerita tentang aku pada Hafiz.. lalu dalam hati ini mula terfikir.. kalau... dia.. pernah merindui aku atau pun tak?

aku tatap Ihsan dengan pandangan tajam..

"abang Fahri ni flexi kan?" tiba-tiba Hafiz bertanya lagi..

"haaah???" aku tergamam seketika dengan soalan Hafiz tu.. "kenapa tanya soalan macam tu?"

"saje teka.. but Hafiz rasa macam tu lah.. Hafiz ni pandai nak detect-detect semua.. pandai nak bezakan orang lah.."

"haish.. kalau aku tak beri jawapan boleh tak?"

"okay.. but Hafiz confirm rasa macam tu lah.. by the way.. kalau Hafiz, bottom.. bottom with proud.. hahaha.."

"dah agak dah.. hehehe.."

"owh.. abang Fahri ni ada buat spekulasi juga.." Hafiz tersengih memandang aku..

"okay.. okay.. stop citer tentang hal macam ni okay.." pinta aku.. kurang senang sikit nak bincang tentang isu macam ni..

"abang Ihsan pula top.. or maybe, flexi juga but more to top lah.." kata Hafiz lagi..

aku yang cuba tak nak bincangkan hal ini, tiba-tiba mula tertarik bila Hafiz cakap macam tu.. dahiku mula berkerut..

"kalau Hafiz nak cakap sesuatu boleh? tapi abang Fahri jangan marah lah.." Hafiz berkata lagi.. kali ini entah kenapa nadanya agak serius sikit..

"nak cakap apa?" hatiku mula berdebar-debar..

Hafiz mula menarik nafas.. agak dalam.. kemudian, dia mula berkata, "actually kan, Hafiz dan abang Ihsan pernah 'buat' sekali.. once only lah.. last year.. in this house juga.."

aku tergamam.. sungguh aku terkejut bila mendengar pengakuan Hafiz itu.. dengan serta merta aku memandang terus ke arah Ihsan lagi.. sungguh, aku tak tahu nak berkata apa..

"Hafiz nak tanya something juga.." Hafiz bertanya lagi..

aku yang masih lagi tergamam, hanya memerhatikan wajah Hafiz yang terus merenung tajam ke mata aku..

"do you love him?" tanya Hafiz.. nada yang serius..

aku tetap membisu.. kaku dengan soalan Hafiz, masih tergamam dengan pengakuannya sebentar tadi..

"Hafiz tahu dulu, absolutely lah yang perasaan cinta tu ada.. tapi, Hafiz just nak tahu macam mana dengan sekarang ni? still ada perasaan cinta tu ke??" tanya Hafiz.. matanya menatap mataku tajam..

"I don't know..." balasku perlahan..

"okay.. saje nak tanya.." tiba-tiba Hafiz tersenyum.. riak wajahnya berubah serta merta.. dari wajah yang agak serius menjadi wajah slumber seperti biasa.. namun, aku pula masih lagi dalam keadaan terkejut..

aku tak salah dengar ke? Hafiz tak tipu aku ke?? betul kah semua ni???

otak aku terus dipenuhi oleh tanda tanya..

but.. kenapa dengan aku ni?? apa yang aku rasakan sebenarnya?

aku genggam dada.. lahir satu perasaan aneh dalam hati aku, namun perasaan itu sukar untuk aku fahami..

"dinner dah wei! jom makan!" tiba-tiba Ihsan menjerit dari dapur lalu keluar bersama mangkuk berisi makanan..

"yeah! Hafiz tolong bawa pinggan sekali okay.. " tiba-tiba Hafiz terus berlari perlahan-lahan ke dapur untuk menolong Ihsan..

makanan sudah pun tersedia di atas meja.. aku duduk di kerusi bertentangan dengan Ihsan.. Hafiz pula berada di sebelah kanan aku.. masih lagi terkesan dengan soalan dari Hafiz itu, aku hanya duduk diam membisu.. Ihsan menghulurkan pinggan yang sudah pun diisinya dengan nasi kepada aku.. tersenyum sedikit kelat, aku pun mengambilnya..

"kau okay ke Fahri?" tanya Ihsan.. dia berkerut dahi..

"okay.. aku okay je.." balasku lalu mula tersenyum..

"budak ni ada cakap apa-apa ke?" tanya Ihsan sambil menjeling ke arah Hafiz..

"eh, nothing.. borak-borak biasa je.." balasku..

"kau jangan layan sangat budak ni.. dia ni memang agak mengada-ngada sikit.. tapi dia ni terlalu honest lah.. cakap direct je.. and... manja.. hahaha.." kata Ihsan sambil tersenyum ke arah Hafiz..

aku hanya tersenyum.. lalu, masing-masing mula menjamah hidangan makan malam yang Ihsan sediakan.. sambil-sambil itu, mataku asyik memerhatikan mereka berdua.. entah kenapa aku mula berasa sesuatu yang membuatkan aku tertanya-tanya.. antara Ihsan dan Hafiz.. mengenai hubungan antara mereka berdua.. apakah hubungan sebenar antara Ihsan dan Hafiz sebenarnya.. seperti ada sesuatu yang 'lebih' antara mereka berdua yang aku masih lagi tak ketahui..

dan..

dalam masa yang sama, aku mula berfikir semula.. tentang soalan dari Hafiz..

soalan mengenai cinta..

pada saat ini, masih wujud kah perasaan itu dalam hatiku?











Friday, 21 June 2013

Nak Peluk Ke Tak Peluk??









kisah ni dah lama berlaku.. tapi aku nak cakap juga.. hahaha.. bila dah baca, korang anggap lah aku ni orang yang 'noob' okay.. so, korang jangan lah terkejut sangat sebab hal ni memang ada berlaku.. contohnya adalah aku lah..

aku nak story sikit tentang kejadian jadi pembonceng motorsikal.. tentang kes 'nak peluk ke tak peluk?'.. kalau aku ingat semula kejadian ni, macam lucu lah pula.. for me lah.. hahaha

tahun lepas aku ada tanya seseorang yang aku panggil 'pakcik'... my blog reader juga lah.. kawan kat FB... aku tanya soalan macam ni..

"pakcik.. nak tanya sikit.. kalau kita jadi pemboncengkan, kalau dua-dua lelaki lah.. yang duduk belakang tu kalau dia peluk orang yang kat depan, adakah ia dianggap sesuatu yang normal?"

then jawapannya aku pun tak berapa nak ingat lah.. tapi aku ada juga tanya kat orang lain.. jawapan yang diberikan, actually normal je kalau yang duduk belakang tu nak peluk orang yang kat depan.. walaupun kedua-duanya lelaki..

then aku pun cakap macam ni..

"tak ke rasa macam 'gay' sangat kalau kita peluk?? memang orang takkan fikir hal yang bukan-bukan ke?"

then pakcik pun balas.. bla bla bla.. (aku pun tak ingat apa yang dia cakap)

aku pun cakap lagi..

"takde lah.. sebab hari tu saya jadi pembonceng.. kawan lelaki saya yang tunggang.. dia bawa laju-laju.. rasa nak terjatuh.. tapi saya segan nak peluk.. sebab rasa 'gay' sangat kalau saya peluk dia.."

(ini kes orang nak cover dirinya bukan gay lah ni... hahahaha)




*        *         *






sejarah tentang aku lah..

waktu kecil dulu, motorsikal kat kampung aku tak femes seperti kat tempat-tempat lain.. cuma ada beberapa orang je lah yang ada motorsikal.. kat kampung orang lain, banyak je yang ada motorsikal.. tapi tu dulu lah.. zaman aku budak-budak lagi.. sekarang ni dah berlambak yang ada motorsikal sendiri..

then pada waktu tu juga, tak banyak juga yang ada kereta sendiri.. biasanya kalau orang kampung nak pergi mana-mana ke, akan ikut 'mini bus' lah.. tu zaman dulu lah.. sekarang ni setiap keluarga at least ada satu kereta dah.. kebetulan pula pada zaman dulu tu, my family antara orang ada kereta sendiri.. so, kalau nak pergi mana-mana akan naik kereta lah.. sebab tu, my family tak pernah ada motorsikal sebab dah ada kenderaan sendiri.. so, kiranya waktu aku zaman sekolah rendah dulu, hardly lah merasai macam mana naik motorsikal.. nak kata tak pernah tu tak juga.. just rasanya sekali je kot.. tu pun naik motor pakcik jiran sebelah.. and lagi waktu tu aku muda sangat.. so, feeling macam mana rasa naik motor tu tak ingat sangat..

bila dah masuk sekolah menengah pun, aku rasa tak pernah kot aku naik motor.. lagi pun time tu aku memang jadi pelajar asrama.. mostly hidup aku time tu memang kat asrama je.. my friend ada je yang ada motor sendiri time.. even my kawan perempuan sendiri pun dah ada motor sendiri.. tapi aku pula time tu tak pernah terfikir pun rasa nak naik motor..

so, nak diringkaskan cerita tentang aku yang 'tak naik motor' ni kan, bila aku study kat KL, tiba-tiba my friend (lelaki) ni ajak aku pergi Seksyen 17, Jalan Universiti.. kata nak pergi gerai ramadhan kat situ.. time puasa lah maksudnya.. aku pun teruja lah time tu.. sebab bila ingat Seksyen 17, mesti ingat tempat my former tempat asasi dulu.. so, perancangannya nak singgah sekejap lah kat tempat asasi ku tu dulu.. ingat nak jumpa my former roommate semua.. 

then, nak pergi sana my friend tu ajak naik motor lah.. aku terdiam.. tak cakap apa.. tapi dalam hati rasa feeling lain juga lah.. sebab selama ni 'tak naik motor' kan.. tapi aku takde lah takut ke apa.. just rileks je.. 

then kita orang pun bergerak.. aku yang 'kurang pengalaman naik motor' ni kan mula rasa kekok lah.. start gementar sikit.. takut terjatuh lah.. lalu aku pun pegang pada bahagian belakang motor (tak tahu nama apa) untuk berpaut.. tapi my friend kata jangan buat macam tu.. dia kata macam beri kesan pada keseimbangan.. dia kata just lepas tangan, tak jatuh pun.. so, aku pun lepas tangan lah.. memang rasa tak jatuh.. so, aku pun mula rasa selesa lepas tengan je.. tapi, tahu je lah kan kat KL kereta banyak.. my friend ni dah mula nak bawa laju-laju.. aku pun mula lah rasa cuak.. rasa nak terjatuh.. time tu mula lah terfikir..

"nak peluk ke tak peluk??" 

maksud aku pengang bahagian pinggan tu je ke or memang peluk pinggang terus..

lalu mula lah timbul feeling lain.. fikir macam ni..

"tak rasa 'gay' sangat ke kalau aku peluk my friend (or pegang pinggang my friend)??"

lalu aku biarkan je tak peluk my friend tu.. tapi kawan aku ni bawa semakin laju.. belok sini.. belok sana.. masuk celah-celah kereta.. aku pun mula cuak lah.. lalu aku dengan rasa segannnya mula lah 'cubit' baju belakang my friend tu.. sebab malu nak peluk or pegang pinggang (takut dicop gay kononnya), so aku pun just cubit  baju je lah... hahahaha... alahai.. bwahahahaha....

kalau difikirkan semula, ini adalah antara kenangan aku yang agak 'stupid' lah.. macam bodoh lah kan.. memang noob sangat...



so, basically, ni tentang kes orang PLU yang segan nak buat aksi or perbuatan yang dia fikir nampak 'gay' sangat.. kisah PLU yang terlebih nak cover lah ni... hahaha.. memang aku jenis yang cover.. kalau tak, takde lah sampai sekarang ni aku still takde kenalan or friend yang PLU.. sebab aku kan jenis yang cover.. walhal, ada je orang yang kenal tu PLU juga.. 













Tuesday, 18 June 2013

Nama-nama yang Istimewa







my life ni memang banyak dipengaruhi oleh orang lain.. then ada satu tabiat pelik yang mana aku suka nak mengabadikan nama-nama orang yang aku rasa agak special dalam sesuatu benda lah.. aku beri tiga contoh.. 

Password
kalau yang pernah terbaca or mengikuti blog aku sejak dulu lagi, aku pernah cakap yang aku guna password untuk kebanyakan benda misalnya untuk FB or email dengan menggunakan nama 'seorang lelaki'.. so, maksudnya, even untuk blog ni juga passwordnya adalah seperna nama seorang lelaki.. benda ni dah lama berlaku sejak aku masih lagi aku still lagi kat sekolah menengah.. so, sampai sekarang, kalau aku kena buat password, mostly aku akan guna nama 'lelaki' tu lah.. mesti korang nak tahu cerita di sebalik 'lelaki' ni kan?

soalan yang harus korang tanya, siapa lelaki tu sebenarnya? kekasih lama aku?? orang yang disukai ke?

jawapan aku, actually 'lelaki' tu tak wujud.. 'lelaki' tu just satu watak dalam filem (Malaysia).. entah macam mana waktu dulu zaman remaja dulu aku berkenan sangat dengan 'lelaki' tu.. for me, aku nampak dia sebagai seorang watak yang baik.. then, at that moment, aku pernah terfikir nak jadi lelaki baik macam 'watak lelaki' tu.. dan pada waktu aku Tingkatan 3, aku ada bergaduh dengan my best friend.. aku ni punya lah ego sangat nak minta maaf kan dia walaupun yang buat salah sebenarnya aku.. so, sebab fikir nak jadi macam 'watak lelaki' tu, aku pun buang lah perasaan ego aku lalu meminta maaf.. hahaha.. so, kat sini, kita boleh tengok kadang-kadang watak rekaan dalam sebuah movie, drama or novel boleh nak memperngaruhi seseorang.. misalnya, macam aku lah..


Novel
aku pun ada watak kegemaran aku yang lain juga iaitu 'Fahri' dalam novel 'Ayat-ayat Cinta'.. (bukan Fahri dalam filem Ayat-ayat Cinta.. sebab Fahri dalam filem agak mengecewakan aku.. takde aura yang aku mahukan.. aku benci filemnya, tapi suka novelnya).. sebab aku jatuh hati dengan watak Fahri berbanding watak utama dalam citer Ketika Cinta Bertasbih (yang mana penulisnya adalah orang yang sama).. ni time aku suka baca novel ala-ala islamik lah.. dulu aku memang suka sangat baca novel islamik ni.. sebab bagi aku, watak Fahri dalam novel (bukan filem okay!! filem dia sucks!!) tu nampak natural.. takde lah terlalu baik sangat macam orang kata 'it's too good to be true'.. kiranya macam dalam dunia ni macam boleh ada orang macam tu.. then sekali lagi, time tu aku pun terfikir nak menjadi seorang lelaki yang baik seperti Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta..

so, seperti yang korang tahu.. my novel Unspeakable Love watak utamanya pun Fahri.. kiranya nama Fahri tu diambil dari novel tu lah.. walaupun perwatakan kedua-duanya berbeza, tapi ini just satu bukti memang watak Fahri dalam Ayat-ayat Cinta meninggalkan kesan dalam hidup aku lah.. sampai aku tulis novel dengan nama watak Fahri juga..


WeChat
siapa yang ada add WeChat aku?? ada sesetengah pembaca blog ni memang ada add my WeChat lah.. dari sana ada juga lah bersembang-sembang sikit.. tak banyak pun rakan WeChat aku.. lagi pun, aku tak nak juga banyak-banyak sangat sebenarnya.. pun begitu, majoriti kenalan WeChat aku memang dari kalangan my blog reader lah.. lagi banyak berbanding my real life friend.. actually, aku takde lah main sangat WeChat ni juga..

kalau ada yang add my WeChat tu, nama aku kan guna nama "Biskut -------"

hahaha.. kenapa guna nama 'Biskut'?? ada reasonnya juga sebenarnya.. actually, nama 'Biskut' diambil dari nama seseorang juga.. aku ada kenalan yang suka guna nama 'Biskut'.. dia antara kenalan terawal waktu aku first time masuk kat PR, Planet Romeo.. nama FB dia guna nama 'Biskut... then dia buat baju sendiri pun ada tulisan nama 'Biskut'.. senang cakap, waktu aku mula-mula masuk PR, kami berkenalan.. dia jenis yang baik di mata aku lah.. sebab dia lah, my first impression about PR agak baik pada waktu tu.. awal-awal masuk dah dapat kenalan yang baik.. tak macam sekarang.. asal sikit nak seks je..

actually, kita orang takde lah rapat mana pun.. pada waktu mula-mula tu je selalu bersembang.. at that time, baru lah mula-mula teruja nak bersembang dengan lelaki.. ye lah.. budak PLU yang baru terokai dunia lah katakan.. lama-lama dah tak contact lagi dah.. walaupun ada juga lah dia komen kat my photo (my real FB okay! bukan FB blog.. bukan senang aku nak beri my real FB) dulu.. so, senang cakap kami tak rapat pun sebenarnya.. tapi untuk sesuatu sebab, honestly aku ternanti-nanti juga kalau dia akan tegur or chat dengan aku lagi.. dulu online YM mengharapkan dia akan tegur aku lagi, tapi takde pun... hahaha.. maybe sebab aku tertarik dengan personaliti dia kot.. dan nama 'Biskut' tu pun comel juga sebenarnya.. hahaha.. but until now, dia antara orang yang aku suka skodeng juga kat FB.. nak tengok the latest photo macam tu.. hahaha.. bukan sebab jatuh cinta ke apa... sebab aku memang suka skodeng orang.. hahaha


Game
dan paling latest sekali adalah nama untuk game.. hal ni baru je berlaku dalam minggu lepas.. at this time aku tengah syok nak main game Pokemon.. hahaha.. memang mengidam giler nak main game Pokemon.. lagi pun aku malas juga nak asyik menghadap PC je time takde apa-apa nak dibuat.. ada juga lah benda lain sebagai hiburan.. 

nak diringkaskan cerita, nama watak dalam game aku tu, aku terus mengunakan nama seseorang yang special dalam hidup aku.. memang aku ni weird sikit.. suka-suka je letak nama 'lelaki' tu untuk watak dalam game aku.. setiap kali keluar nama dia dalam skrin, aku pun tersenyum-senyum..

siapa kah lelaki itu? 

hahaha.. aku malas nak cerita banyak tentang dia.. just nak kata orang yang aku betul-betul nak jumpa semula.. nak balik KL semata-mata nak jumpa dia setelah dah berapa tahun tak berjumpa.. 









Sunday, 16 June 2013

Makyah Muslim





satu dokumentari yang agak menarik..

tentang dosa dan keimanan...






memang ada satu perkara yang sangat, terlalu lah paradoks dalam masyarakat LGBT muslim ni apabila kita ni kan digelar 'kaum dilaknat'.. 'kaum Nabi tak akui sebagai umatnya'.. tapi, pun orang cakap macam tu, still ada kepercayaan pada agama ini, biarpun orang asyik dok cakap kaum terlaknat lah, kaum Nabi Lut lah.. 

tapi yang kontras or paradoks nya, ada sesetengah orang macam ni, imannya pada Allah tu still kuat lagi.. but honestly, ada juga yang dah berputus asa dengan kasih sayang Allah.. lalu terus terleka dan menjauhkan diri dari-Nya.. sebab memang aku pernah jumpa orang macam tu.. ada juga yang pilih untuk convert pada agama lain sebab dah tak rasa Tuhan dalam Islam sayang pada dirinya..

tapi, kalau korang dokumentari ni lah kan.. sebanyak mana pun kita buat dosa, tapi benda yang paling basic tu jangan pernah gundah lah.. iaitu 'iman'.. sebab dalam dunia ni, takde sesiapa juga yang layak nak tentukan siapa yang masuk neraka, siapa yang masuk syurga..

maybe ada lah yang bila tengok dokumentari ni akan berfikirkan negatif, fikir macam ni, 'dah lah maknyah, dah tu siap pakai tudung dan tutup aurat lagi.. amboi-amboi.. berlebih-lebih'..

tapi, untuk aku lah.. bila aku tengok dokumentari, hati aku memang bersifat neutral.. takde rasa jelik, tak juga sokong.. so, my opinion tentangnya pun neutral juga lah..

but, ada benda juga yang menyentuh hati aku.. misalnya bila 'waria' tu kata yang kekasihnya dah kahwin.. at first dia rasa nak pengsan.. tapi akhirnya dia redha je.. sebab dia mahu jaga hubungan silaturahim sesama mereka lagi.. at the same time tak nak jadi selfish kalau dia nak halang kekasihnya nak kahwin orang lain.. 

and lagi, aku tertanya-tanya tentang satu perkara bila 'waria' ni ambil anak angkat.. so, terfikir lah macam mana jadi seorang anak yang 'ibu' angkatnya seorang maknyah? apa yang anak tu akan fikir? memang unik dan agak weird untuk difikirkan.. tapi anak dia dengan 'ibu'nya tu nampak happy je.. maybe still budak-budak lagi.. mana lah faham lagi ibunya seorang maknyah.. kalau dewasa nanti, tu yang aku curious..



Thursday, 13 June 2013

Unspeakable Love -Part 26-






Part 26 : The Guide


"selamat datang ke rumah aku.." kata Ihsan sambil tersenyum..

dia membuka pintu lalu memperlawa aku untuk masuk terlebih dahulu.. aku pula sejak tadi hanya terdiam sambil mata aku liar memerhatikan keadaan di sekeliling.. Ihsan tingggal di sebuah flat.. berada di tingkat empat.. kawasan tempat tinggal yang agak sunyi.. agak jauh sedikit dari jalan besar..

masih terasa kekok, aku malu-malu nak masuk ke rumahnya..

"rumah aku takde lah besar sangat.. muat lah untuk aku dengan housemate aku seorang lagi.." kata Ihsan lagi..

kami telah pun masuk ke rumahnya.. memang benar katanya.. rumahnya agak sempit.. maksud aku saiz ruang tamunya.. agak susah juga kalau nak buat makan-makan ke apa yang kalau kita nak jemput orang ramai datang.. kemudian, aku terus meletakkan beg yang berisi segala barang harian aku seperti pakaian ke lantai..

Ihsan pula aku lihat sedang masuk ke dalam biliknya.. tak tahu dia buat apa.. lalu aku duduk di sofa.. seperti biasa, aku memerhatikan keadaan dalam ruang tamu rumahnya.. agak kemas juga.. tertanya-tanya pula macam mana lah keadaan hidupnya selama ini? sebelum ni aku masih belum mendapat apa-apa jawapan darinya.. tentu sekali aku ada bertanya kan soalan itu kepadanya sebelum ini.. ke mana dia sudah menghilang? kenapa dia boleh ada di sini? pelbagai soalan yang aku inginkan kepastian, namun balas Ihsan. nanti dia akan perjelaskan kesemuanya pada aku.. 

menghembuskan nafas panjang.. aku pandang suasana ruang tamu itu lagi.. lalu ke terlihat satu bingkai gambar di atas meja bersebelahan dengan aku.. dalamnya aku lihat ada gambar Ihsan dan seorang lelaki.. kedua-duanya kelihatan agak mesra sekali.. aku capai bingkai gambar itu.. aku tatap seketika memerhatikan gambar itu..

"siapa pula lelaki kat sebelah Ihsan?" bisik hatiku..

kemudian, aku terlihat lagi bingkai gambar yang lain turut memiliki gambar yang sama.. gambar Ihsan dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali.. dahi aku berkerut seketika.. agak lama juga aku tatap gambar itu.. namun, dengan serta merta aku meletakkan semula bingkai gamar itu apabila terdengar bunyi tapak kaki Ihsan..

"bilik dah siap.. kau boleh letak barang kau masuk dalam bilik.." kata Ihsan sambil tersenyum..

aku tak berkata apa-apa.. baru sahaja aku ingin mencapai beg pakaian aku, Ihsan terlebih dahulu mengambilnya.. mata kami berdua saling berpandangan.. dia cuma tersenyum nipis.. lalu, aku pun masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan..

"bilik kau ke?" tanya aku sebaik sahaja melangkah masuk..

"ha ah.. my room lah ni.. takde lah besar sangat.."

aku melangkah.. Ihsan meletakkan beg pakaian aku dekat dengan sebuah almari.. aku perhatikan keadaan sekeliling.. memang bilik ni agak kecil juga.. khas untuk seorang penghuni sahaja.. itu pasti lah.. 

"kau boleh tidur atas katil ni nanti.. aku tidur kat bawah.." kata Ihsan sambil menunjuk ke arah katilnya yang bersaiz 'S' tu..

"eh.. takpe lah.. aku tak kisah kalau tidur kat bawah.." 

"takpe.. kau tetamu aku.. kau tidur atas.. aku tidur bawah..." kata Ihsan lagi..

aku tak berkata apa-apa.. kemudian, bunyi telefon Ihsan berbunyi.. dia terus melangkah keluar dari bilik untuk menjawab panggilan dari seseorang..

sementara Ihsan keluar, aku pun memerhatikan pula keadaan dalam biliknya.. agak kemas dan teratur.. kemudian, aku pergi ke tingkap.. aku perhatikan suasana di luar.. hari sudah pun semakin cerah.. aku lihat pada jam tangan aku.. jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30 tengah hari.. selepas itu, aku menghampiri pula meja belajar Ihsan.. ada terdapat banyak buku yang tersusun teratur di rak buku atas meja belajarnya.. terfikir seketika.. di mana Ihsan belajar sebenarnya? dulu dia kata pada aku yang dia akan pergi belajar ke luar negara.. namun apa yang aku lihat seolah-olah dia telah pun menipu aku.. yang pasti, meja ini memang nampak seperti tempat belajar dia.. aku dapat rasakan memang telah pun menipu aku tentang hal ini.. untuk seketika, aku terdiam.. 

dia tipu aku ke selama ini??

aku tarik nafas.. perasaan hampa mula masuk dalam hati aku.. dia tipu aku.. memang besar kemungkinan begitu lah.. selama ini, dia telah pun membohongi aku..

tiba-tiba, mataku tertarik pada satu benda.. ada sekeping gambar yang dilekatkan pada papan nota meja belajarnya.. aku lihat, terus aku berasa terkejut.. gambar itu adalah gambar aku..

"Fahri..." tiba-tiba Ihsan mencelah..

aku tersentak.. lalu aku terus memandang dirinya.. dia pandang aku kehairanan.. aku pula mula berasa mengelabah..

"kau kenapa?" tanya Ihsan..

"eh, takde apa-apa.." kataku cuba bernada normal..

"okay.. hurmmm.. kita kena gerak sekarang.." kata Ihsan lagi..

"gerak? nak pergi mana?'

"pergi makan kat luar.. sebelum tu aku kena ambil seseorang dulu.. my housemate.. dia akan ikut kita nanti.."

"oh... okay.."

aku hanya menurut.. ye lah.. baru aku perasan.. aku tak pernah bersemuka lagi teman serumah Ihsan.. teringin juga nak jumpa dia.. lalu kami pun beredar dari situ terus masuk ke dalam kereta milik Ihsan.. 

"lupa nak tanya.. bila kau beli kereta ni?" tanya aku secara tiba-tiba..

"bukannya aku beli.. ni kereta bekas abang aku punya.. dia beri kat aku.." balas Ihsan sambil dia memasang tali kaledar..

"owh.. okay..." balasku ringkas..

"kau dah ada lesen?" tanya Ihsan..

"kau tahukan my family macam mana? keluarga aku mana ada kereta.. malah, motorsikal pun takde.. so, aku tak rasa satu keperluan untuk aku ambil lesen pada saat ni.. tak macam kau... at least kau ada abang nak beri kereta kat kau.."

"owh.. lupa pula.. kau anak tunggal.." Ihsan tersenyum nipis..

aku terdiam.. memang betul.. aku anak tunggal.. takde adik-beradik lain.. just ada ibu dan bapa je..

"jom pergi ke uni aku.." kata Ihsan lagi..

aku tersentak.. aku tatap wajahnya.. pandangan yang sangat tajam..

"my housemate tunggu kita kat sana.." sambung Ihsan lagi.. dia juga pandang aku.. tersenyum-senyum.. 

"kau tipu aku.." aku bersuara..

"memang..."

"kenapa?"

"untuk elakkan diri dari kau... agar kau tak cari aku.."

entah kenapa darahku seakan mula mendidih.. jadi memang betul lah selama ini aku ditipu olehnya.. mati-mati aku percaya apa yang dia katakan pada aku sebelum ni.. selama tiga tahun ni, dia tipu aku.. sudah tu, langsung tidak sekali pun dia pernah membalas segala mesej yang aku berikan pada dia.. melalui email.. dari facebooknya yang sudah lama tak berupdate bertahun-tahun.. namun aku tetap juga aku berharap yang dia akan membalas apa yang aku pernah sampaikan.. sebab aku memang rasakan dia ada di situ.. dia ada membaca segala mesej yang aku hantar dulu..

cuba menahan kemarahan, aku terus berpaling keluar tingkap, tidak mahu memandang wajah Ihsan..

"marah??' Ihsan bersuara lagi..

aku tak membalas apa-apa.. memang betul aku marah.. siapa yang tak marah ditipu bertahun-tahun?

"aku tahu tentang kau.. segala mesej yang kau pernah hantar dulu, semua aku dah baca.."

aku masih berdiamkan diri..

tiba-tiba tanganku telah disentuh oleh Ihsan.. aku terkejut.. lalu aku pandang wajahnya..

"sorry.. aku minta maaf.." kata Ihsan..

mata kami saling bertentangan.. agak lama kami saling bersemuka.. entah kenapa jantungku mula berdebar-debar..

"apa lagi yang kau sembunyikan dari aku?" akhirnya aku bersuara..

"banyak benda.." jawab Ihsan slumber..

"apa?!" darah aku mula naik.. senang-senang je dia mengaku yang dia tipu aku banyak perkara.. dia tak rasa bersalah ke?

"nanti kau akan mula tahu juga.. kau akan tahu..."

"aku nak tahu sekarang juga!" suara aku mula meninggi..

"sabar lah.. aku takkan lari dari kau lagi.. sebab tu kau perlu jumpa dengan dia.."

"dia?? apa yang kau maksudkan dengan 'dia'??" aku mula curiga..

"my housemate.."

"kenapa dengan housemate kau?"

"nothing.."

aku terdiam.. entah kenapa aku mula tak berasa sedap hati..

enjin kereta dihidupkan.. lalu kami pun terus bergerak dari situ..



*         *          *



sehari sebelum itu..


"so, masanya sudah tiba kan.." kata Shahir..

pengajian aku telah pun tamat.. pada saat ini adalah hari terakhir aku di kolej kediaman ini.. dan pada saat ini juga adalah hari terakhir aku menjadi teman sebilik Shahir.. terasa cepat masa berlalu.. pejam celik, aku tak sangka masanya telah pun tiba.. 

pada saat ini, aku sedang mengemas segala barang kepunyaan aku dalam bilik itu.. baju dan seluar semua aku lipat dengan kemas lalu diletakkan di satu tempat sebelum aku memasukkannya dalam bagasi aku.. Shahir pula, pada saat ini sedang duduk di atas katilnya sambil memerhatikan aku.. dia pandang aku.. biarpun aku tidak menoleh, namun aku tahu yang dia sedang memerhatikan aku..

aku tidak berkata apa-apa.. tapi terus sahaja meneruskan apa yang aku buat.. mengemas segala barang yang ada..

"apa plan kau lepas ni?" Shahir berkata lagi.. "kau terus balik rumah kau?"

"tak.. aku akan stay kat rumah seseorang dulu.. maybe agak lama lah kat sana kot.. maybe dalam sebulan macam tu.." balas aku..

"owh.. kat mana?"

"hurmm... aku pun tak tahu lagi sebenarnya.. hehehe.. aku akan stay kat rumah kawan.. tak pasti lah kau still ingat lagi ke tak.. lelaki yang kita jumpa kat shopping mall dulu.."

terimbas semula ingatan seketika.. memang pada detik pertemuan semula antara aku dan Ihsan, Shahir datang dari belakang mengekori aku.. senang kata, dia turut menyaksikan detik pertemuan semula antara kami berdua.. tapi, dia pasti tidak tahu apa-apa mengenainya.. mengenai kisah yang berlaku antara aku dan Ihsan..

"yang mana satu ye? Saiful tu ke?" Shahir cuba mengagak..

"bukan lah.. kau tak perlu lah tahu kot.. kau pun bukannya kenal dengan dia.."

aku terdiam seketika.. tiba-tiba aku teringatkan semula tentang Saiful.. sudah lama betul aku langsung tak dengar apa-apa berita darinya.. Shahir ni pula, boleh pula dia ingat nama Saiful tu.. tapi memang Saiful sebelum ini ada banyak membawa kesan dalam hidup aku.. bahkan terhadap hubungan antara Shahir juga.. jadi, sudah tentu Shahir seperti boleh mengingati namanya..

"aku just berasa pelik tentang satu perkara.." Shahir berkata lagi..

"tentang apa?"

"kau nak stay kat rumah kawan tapi kau pun tak tahu dia tinggal kat mana.."

"apa yang peliknya? even kau sendiri pun tak tahu rumah aku kat mana kan? tak begitu?"

"ha ah.. betul juga.. hahaha.. just aku rasakan sesuatu benda yang lain.." Shahir tenung mata aku..

entah kenapa aku tiba-tiba rasa gundah, "tentang apa?" tanya aku

"aku tak pasti.. mungkin someone yang agak special buat kau.."

aku terdiam.. agak lama.. lalu aku mengukirkan senyuman.. kemudian aku menoleh tidak lagi memandang wajah Shahir.. terus meneruskan untuk mengemas barang aku..

pada malam itu, kami berdua pergi keluar makan malam bersama di luar.. sempena hari terakhir kami berdua sebagai teman sebilik, mungkin.. pada saat ini, entah kenapa aku mula berasa sedikit hiba.. tak tahu kenapa.. aku seakan mula berharap hari ini akan menjadi lebih lama dari kebiasaanya.. mungkin aku tahu hari ini adalah hari yang terakhir aku bersama Shahir.. bukan lah hari terakhir untuk berjumpa dengan dia.. tapi malam pertemuan terakhir sebelum kami akan berjumpa pada hari graduasi nanti.. selepas ini, masing-masing akan membawa haluan sendiri.. seperti yang telah aku katakan dulu, mungkin pada tempoh jangka ini, aku takkan berjumpa dengan Shahir lagi..

kami berdua duduk bertentangan makan di sebuah gerai.. suasana agak tenang pada malam itu.. tidak begitu banyak pelangan yang datang makan.. memang kami sengaja memilih makan di kawasan yang kurang orang.. mungkin untuk keselesaan bagi kami berdua..

ketika menu yang kami pesan telah pun sampai, kami berdua hanya diam menikmati makanan itu.. aku makan dengan perlahan, begitu juga dengan Shahir.. mungkin Shahir lagi perlahan berbanding aku.. dia memerhatikan aku makan.. aku sedar perkara itu, namun aku buat-buat tidak tahu.. namun aku mula berasa kekok..

"sejak bila kau jadi macam ni?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku terkejut.. soalan Shahir itu memeranjatkan aku..

"maksud kau apa?" aku inginkan kepastian..

"aku tak nak menyebutnya.. tapi aku rasa kau sendiri pun sudah faham.." Shahir tatap aku.. satu pandangan yang agak serius..

aku mengambil cawan aku lalu meminumnya.. Sambil aku minum, mataku memandang mata Shahir yang terus memandangku dengan wajah yang agak serius.. selesai sahaja minum, aku meletakkan cawan itu semula ke meja.. kemudian, aku memanggil pelayan lalu memesan air kosong sahaja..

"adakah ia sesuatu yang penting bagi kau untuk tahu?" tanya aku..

"aku anggap ia sesuatu yang sangat penting.. sebab kau adalah kawan rapat aku.. bahkan juga..." Shahir terdiam seketika..

"aku suka kat kau?"

kali ini Shahir pula terus terdiam.. dia hanya menggaguk kecil..

"aku fikir, kau tak suka orang seperti aku.." aku berkata lagi..

"aku rasa, aku perlu fahami sesuatu sebelum aku nak buat keputusan aku sendiri.." balas Shahir..

"kau takut kat aku kan?" tanya aku..

"maksud kau?"

"selepas kau tahu tentang aku lah.. kau dah mula terasa kekok dengan aku.. tapi memang tak boleh nak dinafikan lah kan.. kau pun tahu tahu aku macam mana.. dah tu, satu bilik pula tu.. aku boleh faham apa yang kau rasakan.."

suasana sunyi seketika.. kemudian, datang pelayan tadi sambil membawa air kosong yang aku pesan tadi.. aku letakkan sahaja di tengah-tengah meja tanpa memimunnya..

"boleh tak aku tanya satu soalan yang lebih serius?' tanya Shahir..

aku hanya mengganguk tanda bersetuju.. aku lihat Shahir seakan mula ragu-ragu untuk mula bercakap.. entah kenapa aku pula berasa pelik melihat keadaannya seperti itu.. dia agak begitu gelisah sedikit..

"apa dia?" tanya aku apabila Shahir masih belum lagi berkata mengenai soalannya..

"aku rasa macam kurang senang pula kalau aku nak cakapkan.." kata Shahir..

"sila kan sahaja.. aku tak kisah pun.."

"hurm...." Shahir menarik nafas.. "kau fikir apa tentang aku? hurmm.. maksud aku bila kau pandang aku.. hurmm..." Shahir masih lagi teragak-agak..

"apa dia kalau aku pandang kau?" tanya aku..

"hurm.. kau ada fikir... hal yang.. bukan-bukan tak?"

aku terdiam.. sebenarnya aku agak terkejut dengan soalannya itu.. kemudian, aku mula ketawa kecil.. Shahir pula menjadi terkejut melihat kelakuan aku itu..

"owh.. hal macam tu ke? hehehe..  okay.. aku faham.. aku cakap direct je ye.. maksud kau benda macam fantasi seksual macam tu lah kan? tak begitu?"

kali ni Shahir pula yang terdiam.. jadi, memang betul lah itu yang dimaksudkannya.. aku tersenyum lagi.. satu soalan yang bernas sebenarnya.. apa lagi tentang kami berdua yang duduk satu bilik.. dia memang ada sebab untuk risau.. lebih-lebih lagi setelah mengetahui tentang siapa aku yang sebenarnya..

"kau memang boleh baca apa yang aku fikirkan.." balas Shahir..

aku tersenyum.. "kalau kau maksudkan aku tertarik dengan fizikal luaran tu, sejujurnya aku katakan ya.."

wajah Shahir terus berubah menjadi lain.. memang tak mengejutkan jika riaksi dia begitu..

"aku tak boleh nak tipu kalau aku.. bernafsu lah juga.. itu aku tak boleh nak nafikan.. sudah jadi lumrah kalau kau suka pada seseorang tu untuk ada perasaan sedemikian.. tapi... ada satu benda yang aku perlu cakapkan.."

"apa dia?"

"dalam masa yang sama aku hormat kau juga.. aku hormat kau sebagai kawan rapat aku.. untuk sesuatu sebab, aku takde fantasi yang lebih-lebih mengenai diri kau.. jadi, kalau kau maksud kau aku ada pernah terfikir dan berimaginasi yang bukan-bukan tu, jujur aku kata tak pernah lagi.."

"maksudnya?"

"aku nak tanya kau pula.. kau pernah ada imaginasi macam tu kat Liyana?"

kali ini, muka Shahir mula menjadi merah..

"honestly.. ada juga lah.. maksudnya pernah lah juga.. dalam mimpi misalnya.. tak lah acap kali..." jawap Shahir malu-malu..

"hahaha.. otak kau nakal lah juga ye.. hehehe.. benda tu normal lah.. asal kau tak buat sebelum kau kahwin dengan dia, okay lah tu.. for me benda tu normal.."

"jadi, apa jawapan kau?"

"jawapan aku? hurmm.. macam apa yang kau bayangkan tu, tapi aku tak pernah ada bayangan tu pada kau.. seperti yang aku cakap kan lah.. maybe sebab aku hormat kau.. kau kawan aku.. dan lagi, aku pun lelaki gak.. so, aku tak tahu kenapa aku tak boleh ada imaginasi macam tu kat kau.. memang tak boleh wei.. mungkin juga sebab aku rasa bersalah kalau ada imaginasi macam tu.. but honestly, pada lelaki lain boleh pula.. mesti kau rasa geli bila aku cakap macam ni kan?"

Shahir terdiam.. memang betul.. satu soalan yang serius.. aku tak tahu jika dia memang betul-betul boleh terima apa yang aku cakapkan ini.. aku tahu, tentu dia mula berasa janggal dengan semua yang aku katakan.. lelaki normal bila mendengar kawan dia berkata macam tu..

"okay lah.. stop lah discuss benda macam ni.. tak bagus untuk kau.. dan tak bagus juga untuk hubungan kita juga.. maksud aku, nanti aku tak nak kau rasa geli kat aku kalau kita discuss benda macam ni dengan lebih mendalam.. yang aku ingin, kita masih lagi kawan.." kata aku lagi.. nada yang serius..

memang benar.. hal-hal macam ni agak sensitif.. aku tak pasti sesetengah orang akan boleh terima benda macam ni dengan betul-betul hati yang terbuka.. bahkan, aku juga agak ragu-ragu kalau Shahir memang boleh terima hal macam ni.. aku rasa, sedikit sebanyak memang tak akan macam tu..

"aku harap aku boleh bantu kau.." tiba-tiba Shahir bersuara semula..

kali ini aku pula yang terkejut..

"maksud kau apa?" tanya aku..

"untuk ubah kau lah.. lari dari dunia macam tu.."

"hahaha..." aku terus ketawa besar.. Shahir terus terkejut.. "kau ni lucu lah, Shahir.. aku rasa kau memang tak akan faham.. hal ini lagi complicated dari apa yang kau fikirkan.."

"kenapa pula? semua orang boleh berubah, dan kau kena yakin hal tu boleh dibuat.." kata Shahir bersungguh-sungguh..

aku tersentak sekejap.. melihat matanya yang tajam menatap aku, dapat aku rasakan yang dia betul-betul bermaksud dengan kata-katanya itu.. entah kenapa aku mula rasa satu perasaan yang aneh dalam hati aku.. tapi perasaan itu sukar untuk aku perjelaskan..

lalu aku pun mengambil cawan yang berisi air kosong aku pesan tadi..

"aku ni agak ignorant juga.. but, maybe juga kau agak naif dalam hal ni.." kataku sambil mengambil bekas yang mengandungi perasa seperti cuka, kicap, gula dan sebagainya.. lalu aku ambil pula cawan aku yang lain.. air kosong aku pesan tadi dituang separuh ke dalamnya..

Shahir hanya memerhatikan perbuatan aku itu kehairanan.. namun tidak pula dia berkata apa-apa..

"ada orang pernah ajar aku tentang satu.." aku ambil botol perasa yang berisi cuka lalu dituangkan sedikit ke dalam cawan berisi air kosong tadi.. kemudiannya, cawan yang satu lagi aku bubuh dengan gula lalu dikacau agar semuanya larut..

"aku nak kau minum air ni.." aku hulurkan salah satu cawan tadi pada Shahir..

Shahir agak keliru namun dia hanya menurut apa yang aku pinta..

"kau rasa apa?" tanya aku..

"rasa masam.. sebab kau tambah cuka.."

"kau try yang ni pula.. kau rasa apa?"

"rasa manis lah.. sebab kau tambah gula.." balas Shahir..

"kau pasti rasanya manis? kau tak rasa lagi.." aku tatap wajahnya dengan pandangan yang serius.

"tentu lah.. kalau dah tambah gula, tentu lah manis.."

aku tersenyum.. lalu aku pula meminum air tu..

"rasanya masin.. bukannya manis.." kataku ringkas..

"macam mana pula manis? mari sini aku try.." pinta Shahir.. kemudian dia pun merasa sedikit air tu.. "manis lah.. mana ada masin.." katanya lagi..

aku terus mengukirkan senyuman..

"yang manis tu tak akan jadi masin.. kalau aku kata ia masin, aku tahu aku sedang menipu.." kataku..

"okay.. so, apa yang kau try nak sampaikan sebenarnya?"

aku terdiam.. seketika terus tak berkata apa-apa.. Shahir pula terus memandang wajah aku dengan riaksi wajah yang inginkan penjelasan.. aku tersenyum lagi.. namun kali ini agak kelat..

"nothing.." akhirnya aku bersuara..

Shahir berkerut dahi. lalu dia pun berkata "aku rasa kau try nak sampaikan sesuatu.."

"aku rasa yang aku masih lagi tak begitu terbuka untuk discuss hal macam ni.. untuk sesuatu sebab, entah kenapa aku rasa yang aku enggan bercakap mengenainya.."

"but kau perlu cakap kat aku kalau kau nak aku faham..." kata Shahir lagi..

aku pandang wajahnya.. aku tahu dia bersungguh-sungguh mahu mengetahuinya.. dari mata dia aku sudah fahami.. tapi, entah kenapa secara tiba-tiba datang satu perasaan yang menghalang aku dari terus bercakap mengenai hal ini.. apa sebabnya, aku pun tak pasti.. mungkin aku yang begitu teragak-agak.. ataupun aku yang tak bersedia..

Shahir menghembuskan nafas... "hurmm... okay.. aku tak nak paksa kau.. but lepas ni kalau ada apa-apa yang kau nak cakap kat aku, just call or mesej aku okay.. aku dengar je.."

Shahir tersenyum.. aku juga membalas senyuman itu.. aku tahu biarpun keinginan mahu tahu dalam hati Shahir itu begitu kuat, tapi dia bukan juga jenis yang suka mendesak.. mungkin dia sendiri sudah memahami sikap aku macam mana.. but aku tahu, dia pasti juga mahu kan aku menjelaskannya satu hari nanti..

"tapi, aku pun ada benda nak cakap pada kau satu perkara.." Shahir berkata lagi..

"apa dia?"

"mungkin perkara ni kau tak boleh nak terima.. tapi... izinkan aku jadi pembimbing kau.. lari dari dunia itu.."

aku tergamam.. sungguh.. aku terus tergamam..












Tuesday, 11 June 2013

Tips Nak Tingkatkan Pengunjung Blog -Part 1-

macam mana nak tingkatkan jumlah pengunjung dalam blog?? hmm.. soalan dari seseorang, buat request agar aku tulis tentang hal ni.. hurmm.. okay.. aku try lah explain dari sudut pandangan aku selama dua tahun setengah sudah berada dalam dunia blogging ni..

1. firstly, jangan give up lah dengan blog anda kalau rasa still tak banyak pengunjung.. aku tak kata yang blog aku ni femes.. tapi tak dapat dinafikan dari hari ke hari memang semakin banyak visitor yang datang.. semua orang bermula dari kosong.. jangan harap lah hari ni kau buat blog, tiba-tiba je boleh dapat jumlah pengunjung sebanyak 1000 orang sehari.. semua tu memang akan ambil masa juga.. sebenarnya.. macam my blog.. pada bulan pertama aku tulis blog pada bulan August 2011.. time tu jumlah visitor aku just sebanyak 17 orang je.. punya lah sikit kan..

gambar ni salah info sikit.. sepatutnya 2011, bukan 2010..


but lama-kelamaan visitor meningkat kepada 30,000 lebih sebulan pada bulan Mei 2012 dan terus konsiten sebanyak angka 30,000 lebih tu.. but then, tiba-tiba terus meningkat secara drastik sehingga mencapai 107,572 pada bulan November 2012..




tapi lepas tu jumlah visitor terus menjunam ke angka 50,000 kujungan sebelum meningkat semula lalu mencapai kujungan sebanyak 100,000 sekali lagi pada bulan Mei, bulan lepas lah..



so, macam mana jumlah visitor aku tiba-tiba boleh naik dengan mendadak, terutamanya pada bulan FEB/12 yang hanya cecah 4000 pengunjung but next month, MAY/12 tiba-tiba naik jadi 30,000 lebih?? ada kisah disebaliknya juga.. but hal ni aku nak katakan, sebab 'peluang' dan 'tuah' juga..



so, biar citer sikit tentang sejarah blog ni..


aku patut ucapkan jutaan pada seorang blogger untuk blog KDL My World... sebab blog dia tiba-tiba aku dapat kunjungan secara drastik.. pada saat ni lah titik perubahan blog ni.. dari 4000 pengunjung sebulan naik secara drastik ke 30,000 sebulan.. gara-gara dari blog KDL ni lah.. sebab blog ni femes.. so, aku nak kata yang blog aku waktu tu terkena tempias femes blog tu lah.. hahaha..

kisahnya macam ni.. satu hari, aku ada tinggalkan komen pada blog dia.. tanpa malu berkata, "sila lah visit my blog.." lepas tu, tanpa aku sangkakan, dia letak my blog dalam list blog kat blog dia lah.. so, secara tidak langsung, blog aku telah terpromote dalam blog femes dia.. dan lagi, blog KDL agak exclusive sikit.. bukannya senang dia letak link blog orang lain kat blog dia.. cuma blog-blog tertentu je.. dan tuah badan, entah macam mana blog aku terpilih masuk dalam senarai list tu.. sejak saat tu, memang majority pengunjung yang datang ke blog aku sebab dari blog tu juga.. kerana tu aku cakap, at that moment, my blog terkena tempias popularity blog tu.. just bayangkan kalau suddenly blog femes macam Beautifulnara ke letak link blog korang.. memang akan terus naik jumlah pengunjung secara drastik lah.. 

so, at that time, memang my blog agak bergantung pada visitor dari blog KDL untuk terus meningkat lah.. but, suddenly blog KDL macam jadi private sekejap.. pada saat tu, aku dah mula risau yang jumlah visitor akan turun.. 

tapi, jumlah visitor tak turun juga.. maybe sebab aku dah dapat group readers aku sendiri kot.. so, my blog terus menjunam naik sampai angka 100,000 sebulan.. maybe sebab atas usaha aku sendiri juga nak naikkan jumlah pengunjung sendiri dan jadi lebih bebas tanpa bergantung sangat pada blog lain.. selepas pengunjung aku naik secara mendadak after 'dipromote' oleh KDL, aku memang dah buat tektik aku sendiri macam mana nak tingkatkan visitor..

antara teknik aku time tu macam, bila KDL buat satu entri baru, aku akan buat entri baru juga.. biasanya kalau buat entri baru memang visitor naik.. so, aku ambil kesempatan lah.. time banyak visitor akan lawat blog KDL, time tu lah aku akan buat satu entri yang gempak-gempak.. tajuk pun agak menarik perhatian.. usually tajuk entri ada word macam 'gay' 'PLU' or apa-apa yang akan buat orang lain curious untuk baca.. time tu juga permilihan gambar untuk setiap entri amat penting juga.. so, kena lah letak pic yang mampu menarik perhatian orang.. so di sini aku nak cakap dua hal perkara yang amat penting..

1. permilihan tajuk yang bagus..
2. gambar di setiap entri

kedua-dua perkara di atas adalah sangat peting sekali.. so, patut letak sesuatu yang mampu buat tarik perhatian reader..

pada moment tu lah memang aku guna kan peluang yang ada untuk tarik pembaca dari blog KDL ke blog aku.. memang pada saat aku agak bergantung pada his blog lah.. tapi hasilnya menjadi..

lama-kelamaan, aku pun dah dapat group reader aku sendiri.. dapat pembaca setia sendiri, hal ni membuatkan aku dah boleh kurangkan kebergantungan dari blog orang lain.. so, aku boleh cakap lah, bila aku dah ada my own readers sendiri, aku dah tak lagi bergantung dari blog KDL tu.. my blog dah boleh bangun sendiri...

sekarang ni pun, blog KDL bukan lagi penyumbang terbesar traffik blog aku..

pertua blogging : bila blog femes promote blog korang, gunakan kesempatan yang ada untuk improve your blog sampai lah korang boleh bangun sendiri tanpa bergantung dari blog tu..


2. permilihan tajuk blog amat penting juga.. my blog telah mengalami tiga kali perubahan tajuk.. bermula dari tajuk 'INNUENDO' ke "A PLU in Australia' akhirnya jadi 'Malaysian PLU Story'.. 

kenapa aku guna tajuk 'Malaysian PLU Story'?? semuanya ada sebab-sebabnya sendiri.. ni sebab faktor teknik permasaran lah.. siapa sasaran pembaca kita?? kalau aku, target pembaca aku adalah

1. melayu
2. PLU
3. orang malaysia

so, tajuk 'Malaysian PLU Story' memang sangat sesuai sekali.. sebab bila dengar je tajuk tu kita dah boleh tahu ia tentang PLU yang dari malaysia.. sesuatu sekali dengan target pembaca aku iaitu melayu, PLU dan orang malaysia..

so, bila orang tengok tajuk tu, orang pun dah boleh agak apa yang ada dalam blog tu sebelum mereka nak baca.. kita dah boleh tahu ia adalah blog PLU.. so senang PLU nak cam my blog.. kan ada orang suka tengok profile blog orang lain lalu tengok list blog orang tu follow.. but kalau dia terlihat tajuk 'malaysian plu story' dah macam ada satu tarikan untuk orang tu nak baca..

sebab tu permilihan tajuk blog memang sangat penting juga.. dan tajuk blog aku bukannya suka-suka pilih macam tu.. tapi ada sebab-sebabnya sendiri..


3. kurang kan lah post-post yang merepek.. misalnya macam bila kau tulis benda tu, kau seorang je yang faham.. contoh paling senang, ayat yang terlalu berbunga-bunga.. jiwang karat.. bersajak-sajak lah.. kurangkan juga post-post yang meroyan.. misalnya kau kau nak kutuk orang ke.. nak lepas geram ke.. 

aku ada cakap macam ni..

"nak tulis blog, belajar macam mana jadi seorang pembaca, bukannya jadi seorang blogger"

maksudnya apa?? kau bayangkan diri kau sebagai seorang pembaca, bukannya blogger.. so, as a reader, kau suka baca benda macam mana? apa yang kau tak suka baca? so, kau kena tulis benda yang pembaca akan suka lah.. bukannya tulis benda nak suruh pembaca suka.. sebab tu aku kata, belajar macam mana jadi seorang pembaca, bukannya jadi seorang blogger.. sebab kita tulis untuk bagi orang lain baca.. so, memang sangat penting tulis benda apa yang pembaca nak baca.. bukannye kita just syok sendiri je tulis..



4. tajuk entri tu sangat penting tau.. memang sangat penting..

sini aku beri satu tips.. buat satu tajuk entri yang usually orang akan search.. 

so, bila orang google satu ayat tu, maka your blog akan berada di carian teratas dalam google lah.. sebab tu my blog mostly tajuk entri akan ada words macam 'gay' 'PLU' or benda-benda yang agak songsang lah.. sebab memang aku tahu, banyak orang akan google dengan word-word macam ni..

but, tajuk entri tu kena lah mudah dan ringkas.. sama lah juga time kita nak google satu benda tu, kita just key in ayat yang ringkas-ringkas je lah kan? takdenya search ayat yang berbunga-bunga.. 





bersambung....



Monday, 10 June 2013

Kisah di Planet Romeo








recently aku meet dengan seseorang kat PR.. agak terkejut juga lah bila tengok profile dia ada kat PR.. sebab tak sangka dia ada kat situ.. nak kata kita orang rapat tu tak lah juga.. actually just kenal-kenal macam tu je.. sebab dia student kat tempat aku ambil asasi dulu.. sebab aku kan berhenti ambil asasi sebab aku dapat biasiswa, and tempatnya kat IPTS.. so, basically tak kenal sangat pun..

then this guy yang aku jumpa kat PR ni, profile dia selalu je appear kat ruangan mutual friend my friends.. kerap sangat lah.. sebab tu lah aku makin familiar dengan wajah dia.. kat twitter pun sama.. selalu je ternampak dia.. tapi aku memang tak fikir apa-apa pun sebelum ni.. but last-last terjumpa kat PR.. so, aku terkejut lah..

so, aku pun tegur lah dia lalu kata "i know you..."

dia pun macam takut-takut sikit bila aku cakap macam tu.. sebab time tu aku mana ada letak my pic semua kat PR.. so, dia tak tahu lah aku siapa..

aku cakap lah yang aku tahu dia study kat mana.. course apa.. nama apa.. dia pun kata yang aku ni dah mula buat dia jadi takut sikit.. tapi aku kata tak payah takut.. bukannya nak ungut or kacau pun.. just nak beri tahu dia yang aku kenal dia, and aku just terkejut..

so, mula bersembang.. dia pun nak tahu aku ni sape.. mula-mula tu aku kata yang aku ni tak ada kat malaysia pun.. kat oversea.. dia tanya lah, budak sama course dengan dia ke? aku jawab, dulu lah.. but aku cakap aku pindah.. sekarang study oversea.. fikir dan fikir, tiba-tiba dia buat jangkaan.. dia sebut satu nama.. (my name lah).. mula-mula tu aku tak mengaku pun.. haha.. but last-last aku pun mengaku lah... (aku ni tak pandai nak tipu orang.. kelemahan aku.. hehehe.. or rasa bersalah nak tipu orang...) 

lalu aku pun cakap lah..

"ha ah.. betul lah tu.. then you are the first person who know about me..."

(sebab dalam kenalan in real life, takde lagi yang tahu tentang rahsia aku ni sape..)

cakap dan bercakap..

dia pun cakap something...

"(nama) kirim salam..."

riaksi aku... hurmmm.. dah agak dah.. memang seorang tu lagi 'sesuatu je'.. memang dari first time jumpa dah feel macam tu.. my former classmate lah.. my unofficial enemy juga.. maksudnya? enemy dalam melukis lah.. sebab dia terer melukis.. aku ni kalau aku tengok ada yang terer dari aku memang akan cop dia jadi macam satu opponent yang harus dikalahkan.. amboi-amboi.. hahaha..

aku pun cakap..

"dia tu aku dah lama tahu pun (PLU)... but dia tak tahu pun tentang aku (rasanye..)"

lalu aku pun fikir macam ni... banyak juga ye yang PLU kat budak-budak asasi aku dulu... sebab sebelum ni memang ada yang add aku kat my FB (yang FB blog lah) asal dari my former IPTA tu juga.. sama umur.. kalau aku still kat IPTA tu, maybe dah jadi kawan baik pun.. sebab bila bersembang, mereka kenal dengan sesentengah orang yang aku memang kenal waktu aku kat asasi dulu.. bahkan kawan my former school dulu.. lalu fikir, kenapa dunia ni kecil je ye??

banyak juga yang PLU kat tempat asasi ku tu dulu.. dah tu yang aku kenal, tak pun memang ada kaitan dengan orang yang aku kenal..

lalu aku pun fikir macam ni..

kalau aku still kat IPTA tu, akan ada banyak lah kot kawan-kawan PLU? macam mana rasanye in real life bila kita discover kawan kita PLU? maksud aku bersembang dari mata ke mata lah.. apa yang bermain di fikiran aku adalah soalan ini "sejak bila ko jadi macam ni?" 

in real life aku memang takde kawan-kawan PLU pun.. sebab aku ni jenis yang sembunyi-sembunyi.. so, aku pun terfikir lah, macam mana rasanya bila kita ada someone macam tu lalu kita mula talk about it.. maksud aku discuss about us lah.. tentang orang macam kita.. memang akan ada perbezaan once kita dah ada kawan PLU in real life.. sama ada benda tu membawa sesuatu yang positif tapi ada juga negatif.. but, once we already have one, ia juga akan memang jadi pendorong kita untuk lebih involve dalam dunia ni.. percaya lah.. memang takkan boleh elakkan..

before aku buat keputusan sama ada nak leave my former IPTA tu, memang aku ada tanya pada Allah lah.. adakah ini jalan yang betul? sebab waktu tu aku memang dah suka dengan my IPTA tu.. lalu aku pun berserah lah pada Allah jika keputusan ini adalah yang terbaik.. so, sekarang ni aku pun dah ada kat Australia.. but my heart still ada kat my former IPTA tu even aku just study kat sana for a very short moment.. but sometime, aku fikir yang aku buat a very huge mistake sebab pilih untuk study di Australia.. fikir lagi bagus aku stay in my former IPTA tu.. sebab i love my former IPTA, suasananya, surrounding, kawan-kawan.. but here, nak kata teruk tu tak lah juga.. best tu tak juga.. but i just i think yang aku takde 'life' sangat kat sini.. aku tak rasa yang aku ada cipta banyak kenangan manis kat sini.. but kenangan buruk pun tak banyak juga.. just a very simple life yang agak kosong..

but maybe memang dah Allah nak ajar aku sesuatu lah kenapa aku dah berada di sini.. aku pun belajar banyak perkara kat sini.. banyak tu memang takleh dinafikan.. aku pun dah buat banyak harta kat sini.. amboi-amboi.. misalnya telefon bimbit.. DSLR.. lens DSLR semua.. benda yang aku rasa aku takleh nak dapat kalau aku still kat my former IPTA.. sebab kat sini aku dapat biasiswa kan?? hahaha..









recently aku suka dengar lagu ni... best sangat, for me lah..