Monday 13 February 2012

K-Pop Kelantan






Aku sampai di KL kira-kira dalam pukul 4 petang pada 8 Feb lepas.. kemudiannya aku segera ke Jalan Masjid India untuk menyewa hotel.. harga sewa untuk semalam bagi bilik single adalah RM90 namun aku cuma perlu bayar sebanyak RM80.. dan lebih menarik, aku yang mahu menyewa bilik single diberikan pula bilik yang lebih besar yang mempunyai dua katil.. namun harga sewa yang perlu dibayar masih lagi sama iaitu RM80.. menarik bukan? :D

Tapi, disebalik keistimewaan ini banyak benda yang aku tidak puas hati dengan bilik yang diberikan.. katil dalam bilik aku tu suka je ‘berjalan’.. macam mana tu? Bawah katil tu ada roda.. kalau aku bergerak sedikit pun katil tu akan turut bergerak sama.. macam kerusi pejabat yang ada roda.. sangat sensitif dengan pergerakkan.. jadi aku berasa tidak selesa lah.. ye lah kan, nak tidur pun katil bergerak-gerak.. tapi aku tak kisah sangat lah.. stay di KL pun sekejap je.. bukanye lama-lama dalam hotel pun...

Lepas aku check in, aku cepat-cepat pergi ke KLCC sebab kawan aku nak jumpa.. dia ni kawan aku sewaktu aku ambil asasi di IPTA.. orang Kelantan.. tapi kami belajar bersama-sama sekejap je sebab aku kena pindah study di IPTS.. alasannya sebab aku dapat biasiswa dan tempat pengajian aku pula di IPTS.. pun begitu, kami still berhubung dan sering berjumpa.. kadang-kadang aku ada gak jemput dia untuk bermalam di rumah tempat aku stay di PJ.. kan aku orang Sarawak, kalau waktu cuti aku jarang balik Sarawak.. jadi aku jemput dia lah stay dengan aku..

Dia ni bagi pendapat aku hensem lah juga.. body pun okay.. dia ni ada kacukan cina sikit... dalam diam aku panggil dia sebagai K-Pop Kelantan.. haha.. kenapa? Sebab dia ni minat giler-giler dengan K-Pop.. obses sangat-sangat.. siap belajar bahasa Korea lagi.. dari segi permakaian, style dia pun ala-ala K-Pop.. tapi bagi aku style K-Pop dia agak nice lah.. tak macam sesetengah orang yang perasan style K-Pop tapi sebenarnya tak macam K-Pop.. K-Pop tak menjadi lah.. XD .. dia suka keluar dengan aku sebab aku ni kira macam perunding fesyen dia lah.. selalu je shopping dengan aku.. kan aku ni PLU, taste aku high sikit lah hal-hal fesyen ni.. sebab tu dia suka keluar dengan aku kalau nak beli baju.. nak minta pendapat aku.. cakap je yang mana kasut sesuai denga seluar ni, warna apa yang bagus, aku akan beri pendapat.. sambil pejam mata macam orang tengah menikmati rasa makanan, aku akan membayangkan padanan yang sesuai untuk baju ni, untuk seluar tu..

usually aku akan kata, “kalau nak beli baju or seluar sebenarnya kita kena tengok dengan apa yang kita dah ada.. tak semestinya yang cantik tu akan cantik dipakai.. kalau tak ada padanan dengan koleksi yang kita ada akan nampak janggal..”

Berbalik kepada hal di KLCC tadi, dia datang lewat sebab nak gunting rambut kat Wangsa Maju..  (gaya rambut mestilah ala-ala K-Pop.. haha..) dalam pukul 9.30 malam dia baru sampai di KLCC.. lewat kan? Haha.. tapi aku tak kisah lah.. kami berjumpa di kedai ZARA selepas aku membeli kasut kulit hitam ZARA untuk hadir ceramah esok.. bila berjumpa tu mestilah kena berjabat tangan dulu.. bila aku tengok dia, hati aku berkata, “wow.. dah semakin trendy sekarang dia ni..” dia dah tak macam dulu lagi sewaktu mula-mula jumpa di IPTA.. dah pandai bergaya dan memadankan pakaian.. ada kemajuanlah..

Apa yang aku nak katakan tentang K-Pop Kelantan ni adalah satu perasaan yang janggal akan muncul setiap kali aku berjumpa dengan dia.. to be honest, bila aku keluar dengan dia aku rasa diri aku gay sangat-sangat.. tak pernah aku merasakan diri aku seorang gay yang teramat sangat kecuali bila berjumpa dengan dia.. entah.. tak tahu kenapa... bermula dari saat kami berjabat tangan sehingga lah saat melambai tangan ketika berpisah..

Apabila aku keluar dengan dia, aku merasakan yang kami ni seakan pasangan gay.. padahal kami kawan je tanpa ada perasaan suka sedikit pun.. btw, dia seorang yang straight.. kadang-kadang selalu gak tengok dia menggatal dengan perempuan kat FB.. dia ni memang benci betul-betul dengan orang PLU.. setiap kali aku keluar shopping dengan dia, kalau ada orang sekitar kami yang menunjukkan perwatakkan PLU, dia akan berbisik kepada aku dengan kata-kata kesat menghina orang tu... aku just tak kata apa-apa.. ye lah kan, aku sendiri pun PLU gak... hati terasa lain lah bila dia cakap bukan-bukan pada orang PLU tu padahal kawan dia sendiri (aku) yang selalu temankan dia shopping pun PLU gak..

Bila aku dengan dia, aku memang rasa-rasa diri aku gay sangat-sangat... rupa dia ada market dan rupa aku pun ada market gak.. (perasan!! :D  ) bila dua lelaki hot keluar berdua-duaan ni bagi pandangan aku nampak macam pasangan gay sangat-sangat.. aku berasa tak cukup selesa.. seakan orang disekitar aku memandang kami sebagai pasangan gay.. (aku seorang je yang gay.. dia straight..) to be honest, aku tak suka dengan perasaan ini.. perasaan bila kita merasakan diri kita gay.. aku tahu yang diri aku sendiri adalah seorang yang gay tapi tak setiap masa kita akan merasakan diri kita adalah gay... namun dia buat aku terasa diri aku gay sangat-sangat.. dia membuatkan aku mengingati diri aku yang sebenar... dan aku tidak suka dengan perasaan ini...

Aku tak suka nak add orang PLU dalam FB.. dan aku juga cuba elakkan daripada berkawan dengan orang PLU in real life.. kerana bagi aku bila aku buat semua ini aku telah selangkah memasuki dunia PLU yang sebenar.. kehidupan gay aku in real life hanya aku hadapi bersendirian.. tanpa ada kawan PLU in real life.. tambahan pula aku memang suka menyembunyikan identiti aku... bila aku terasa diri aku gay apabila bersama dengan K-Pop Kelatan ini, ia adalah sesuatu perasaan yang baru aku rasai... when you feel you are a gay in people’s eyes.. padahal orang pandang kita biasa je... and again, aku katakan yang aku tidak suka dengan perasaan ini...


5 comments:

  1. naluri aku kuat menyatakan kawan ko tu pun PLU jugak. instinct PLU ni susah nak dinafikan. sebab apa, lelaki str8 takkan sibuk dgn kapel PLU kalo kuar jalan pg soping sama2. hanya mereka yg mempunyai naluri PLU sahaja yg concern dgn mereka2 yg openly dating menampakkan mereka pasangan PLU, itu hasil pemerhatian aku lah..mungkin kwn ko tu ego tinggi, org panggil self defense utk mengelakkan org tau dia tu gay..Mamat kelantan ni aku boleh bahagikan kepada dua kategori, kalau hensem tersangatlah hensem dan sedap mata memandang, tetapi kalau dah tak hensem adoyai, dah jadi typical mamat kelantan..Terus terang aku katakan aku suka tengok mamat kelantan yang berkulit cerah,muka ala chinese look mesti ada kacukan org siam ni. mcm Nickhun 2PM..hehe..

    ReplyDelete
  2. motip tak ske kawan ngn PLU2??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan x suka tp cuba elakkn diri... byk je kwn aku yg plu tp aku hanya tahu mereka plu tanpa mereka mengetahui aku pun plu gak.. mcm kat fb, bila orang plu nak add aku (aku tahu lh siapa plu, siapa x) aku xkn approve.. entah.. x tahu knp... myb aku fikir bettter aku jd plu d dunia aku sndiri shj..

      Delete
  3. aku orang kelantan..aku suka dok kat kelantan compare ngan KL sebab KL sesuai ngan aku wlpn orang cakap kelantan ni miskin,,tapi aku xsuke kelantan sebb ramai sangat orang hensem...aku time sekolah dulu dok gian ngan cikgu2 n ustaz2 aku jer..

    ReplyDelete
  4. Hahaha..aku org klantan jgk..tp suke je dok cni,rmai plu ensem2..aku pon x kurang jgk..aku x suka g kL,klau g suria klcc ke,pavi ke,mana2 je lah...da mcm aku ni menteri dah,,org asyk pndng je..sgt x selesa..sbb tu aku x suka g kL...I love kelate..negeri ambo..

    ReplyDelete