Monday, 20 August 2012

Bila Gay Meninggal Dunia








hari ni sudah masuk raya kedua... aku memang tak beraya, kat dalam kelas dengar lecture je.. untunglah korang syok beraya dengan member-member.. aku dah mula start sibuk nak siapkan segala assignment yang berlambak aku tangguhkan.. tu lah cara aku celebrate raya tahun ni.. makan untuk hari ni pun makan mee segera MAMEE yang harga dalam RM3 lebih sebungkus.. untuk tengah hari makan mee segera, makan malam pun mee segera.. alasannya, elakkan mengantuk jika kekenyangan.. tak leh nak buat assignment..

untuk raya kedua ni juga aku mendapat satu berita mengenai orang meninggal pada pagi tadi.. aku tak kenal lah siapa orang tu.. tapi one of my FB friend yang post kata lelaki tu dah meninggal.. kawan FB aku ni PLU, dan rata-rata kawan-kawan dia pun PLU gak.. sebab bila aku skodeng profile lelaki hensem kat FB mesti ada mutual friend dengan dia... dan senang cakap lelaki yang meninggal tu pun PLU juga lah kot.. aku tak nak lah mahu menuduh, tapi mengikut firasat aku lah kata begitu...

bila aku dapat tahu orang meninggal, suddenly aku berasa takut.. maksud aku, bila seorang PLU tu meninggal secara tidak langsung turut mempunyai kaitan dengan aku gak.. suatu hari nanti aku yang songsang ni pun mesti akan meninggal gak.. sebab kita kadang-kadang berasa diri kita berdosa sebab ada perasaan songsang ni, so bila dah 'tiada' di dunia, macam mana lah nasib kita?? kita tertanya-tanya lah sama ada kita ada buat banyak salah di dunia ni.. semuanya membuatkan aku menjadi takut kalau-kalau aku dah terlalu extreme buat sesuatu yang dimurkai-Nya.. macam mana lah aku nak menghadapi di 'dunia yang seterusnya'?

so far aku rasa aku still okay-okay.. tak lah buat sesuatu yang terlalu extreme macam tu.. songsang tu memang songsang juga lah tapi still tak buat aktiviti songsang lagi.. tapi recently aku rasa yang aku dah mula nak buat benda-benda pelik yang lain.. aku dah tak innocent macam dulu lagi.. dah semakin polluted dah.. rasanya bila semakin dewasa ni rasa macam semakin tercemar je... tiba-tiba je aku ada terfikir macam nak try buat seks macam tu lah.. oh tidak.. sekali dah buat, memang susah kot nak berhenti.. kebanyakkan orang akan mula ketagih.. macam tu lah ketika pertama kali tengok blue film, macam susah nak stop daripada tengok benda tu..

tapi bila aku dengar mengenai lelaki meninggal dunia tu, aku rasa yang aku mula buat refleksi diri semula.. fikir mengenai apa yang aku telah lakukan dan mungkin bakal aku buat.. fikir kesan dan akibat.. di saat aku merasakan yang Allah still protect aku, tapi aku still macam nak buat apa yang aku rasa nak buat.. dan kerana itu aku takut untuk melihat masa depan.. takut-takut aku semakin tersesat dalam kehidupan aku...





10 comments:

  1. dont do sex putra!!!! ia sangat addictive!naty makin susah nak keluar dr dunia PLU! TRUST ME! BTW,slmat hari raye! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tahu lh sampai bila boleh brtahan dgn keadaan sperti sekarang.. sbb kdg2 syaitan kuat menggoda.. last2 buat dgn kerelaan hati.. siapa tahu? btw, slamat hari raya gak..

      Delete
    2. aku dulu mcm ko la..takot nak buat seks..lepas tu teringin nak cuba.. then sebab 'syg kononnye' aku pon bagi dia ratah aku..last2 bila skang da kene cerai aku susah nak keluar dr kepompong 'sex' tu.. seriously,aku struggle mcm nak mampus skang nak buang ketagihan..pathethic tau putera...Aku doakan ko tak hanyut....Jaga diri ko,jaga hati ko dr benda2 x patot ni..Huhu..Apa-apahal bila ko rasa nak 'buat' benda x patot tu ko patah balik pada agama kita.Semoga kaw sentiasa dilindungi drpd benda2 ni..

      Delete
    3. yes...putra. jgn cuba. susah mahu patah balik. aku terjebak dlm plu masa final yr. tahun lepas....even ada org yg sayang aku tapi hidup as plu lagi kosong sebenarnya. hati selalu celaru.

      saif

      Delete
  2. Semoga Allah akan memberikan hidayah kepada kita untuk berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. semoga kita mnjd lebih baik dr semalam..

      Delete
  3. selalu mikir mati gak,,time dok sesorang,,apa la ak nk jawab nti pd tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. always think positively.. walaupun aku slalu je takut memikirkn masa depan.. haha

      Delete
  4. Setuju ngan pelik. Better avoid 'it'. Kalau dah mula, hm Tuhan aje yg tau susahnya nak buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i know.. tp manusia ni kdg2 boleh berubah n x tahan dgn godaan.. hope aku still dgn diri aku yg skrg ini pd masa yg akn dtg..

      Delete