Monday 3 June 2013

Unspeakable Love and the Quotes





pernah ada orang contact aku kat FB kata yang dia agak tertarik dengan novel bersiri aku, Unspeakable Love tu.. lalu dia cakap dia ada suka ambil sesetengah ayat dalam novel tu lalu dipost kat dalam Twitter.. then aku fikir, tak sangka pula ada ayat dalam novel tu mendapat tempat dalam hati pembaca.. so, of course lah aku rasa happy kalau my novel sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada hati sesetengah orang..

so, di bawah ni adalah beberapa contoh ayat dalam novel tu yang dalam pendapat aku membawa maksud yang agak mendalam.. sesuatu yang mostly menyentuh tentang life plu itu sendiri..





"cinta PLU x setia? bukan u PLU juga ke? so, u ni memang x setia lh? klu u jenis setia, so memang adalh yg still setia pd cinta.. hairan lh, apasal org straight slalu brtukar2 gf, kdg2 dh ada empat ex-gf, tp org xde pula kata cinta org straight x setia?"
-Fahri to Saiful-
(part 1)




"the first rule is... jgn prnah jatuh cinta dgn lelaki straight.. or u sndiri yg nk merana...."
-Saiful to Fahri-
(part 2)



".... jika Dia membenarkannya, pada saat ini kau lah kekasih aku.."
-Ihsan to Fahri-
(part 2)



"jika kau terus berusaha, I believe that God will give you one ticket to heaven.."
-Ihsan to Fahri-
(part 3)



"ingat tak dulu aku pernah berkata yang orang macam kita lahir sebagai pahlawan? sejak dari dulu lagi di saat kita menyedari akan ada satu perasaan aneh dalam diri kita, Allah mahu menunjukkan kepada kita bahawa ini adalah satu yang kita harus perjuangkan.. maksud aku, kita sudah tahu akan cabaran yang telah Dia berikan.. kebanyakkan orang masih tercari-cari perjuangan hidup mereka.. tapi untuk kita ia begitu jelas sekali.. tidak kah kau rasa Allah menyayangi kita?"
-Ihsan to Fahri-
(part 3)



"kenapa you nak cemburu kalau you tak nak anggap or ingin dia jadi kekasih you?
-Saiful to Fahri-
(part 4)



"...dulu, waktu tak kenal dalam hati kata "bestnya kalau dapat kenal dengan orang tu.."
bila sudah berkenalan dalam hati kata, "bestnya kalau dapat jadi best friend orang tu.."
bila sudah menjadi best friend sekali lagi hati berbisik, "bestnya kalau dapat jadi partner orang tu..."

but... untuk kali ketiga aku mula berhenti berharap.. aku terlalu meminta... itu lah apa yang aku rasakan saat aku mula mengenali mu, Fahri..."
-Ihsan to Fahri-
(part 7)



"kadang-kadang keberanian itu bukan lah kerana kita berani untuk mati, namun adakalanya adalah kerana kita berani untuk terus hidup... 


then.. I choose to survive.."
-Ihsan to Fahri-
(part  8)



"....ya betul aku ni biseksual.. aku ada nafsu pada lelaki dan juga perempuan.. tapi nafsu tu tak sama dengan cinta.. dan kerana itu aku tak pasti kepada siapa aku akan jatuh cinta.. terhadap seorang perempuan ataupun lelaki.. tapi yang pasti, bila aku sudah jatuh cinta, seluruh perasaan aku hanyalah untuk dirinya.."
-Saiful to Fahri-
(part 10)



"aku ada dengar berita tentang hal ini pagi tadi.. kebanyakkan orang asyik nak mengutuk.. tapi aku nak cakap sesuatu, kalau maknyah itu benar-benar seorang perempuan, orang akan menganggapnya sebagai seorang hero.. pencinta setia.. tapi kerana dia seorang maknyah, orang hanya melihat pada keburukkannya.. tiada siapa yang mahu melihat kesetiaan cintanya.."
-Fahri to Shahir-
(part 11)



kau lakukan apa... jika cinta itu tidak harus dimiliki?
-Fahri to Shahir-
(part 11)



"...semakin banyak kenangan tercipta, semakin sukar untuk kau melupakan dirinya..."
-Saiful to Fahri-
(part 12)



"bila cinta tidak harus dimiliki... ia adalah sesuatu yang menyakitkan.."
-Shahir to Fahri-
(part 13)



"...sebab aku tak akan gembira jika aku memiliki kau.. sebab kau bukan seperti aku.."

"aku tak gembira kalau kau jadi seperti aku.. memiliki perasaan seperti apa yang aku miliki.. perasaan yang songsang.. aku nak kau menjalani kehidupan biasa.. kehidupan tanpa ada rintangan.. dan melalui cara ini lah aku menunjukkan perasaan sayangku pada diri kau.. aku harapkan sesuatu yang terbaik untuk diri kau.. sebab.. aku cintakan kau, Shahir.. I love you.. I really love you..."
-Fahri to Shahir-
(part 21)



"ask me why I keep on loving you when it's obvious you don't feel the same way for me..

the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you...."

(part 23)









korang pernah ada ayat favorite dalam novel ni?

9 comments:

  1. "ingat tak dulu aku pernah berkata yang orang macam kita lahir sebagai pahlawan? sejak dari dulu lagi di saat kita menyedari akan ada satu perasaan aneh dalam diri kita, Allah mahu menunjukkan kepada kita bahawa ini adalah satu yang kita harus perjuangkan.. maksud aku, kita sudah tahu akan cabaran yang telah Dia berikan.. kebanyakkan orang masih tercari-cari perjuangan hidup mereka.. tapi untuk kita ia begitu jelas sekali.. tidak kah kau rasa Allah menyayangi kita?"
    -Ihsan to Fahri-
    (part 3)

    #part ni nampak cam islamik lah plak..haha

    ReplyDelete
  2. Rasanya.. u pernah tngok ayat2 kat atas dalm status Fb I.. Dwan :)

    ReplyDelete
  3. the first rule is... jgn prnah jatuh cinta dgn lelaki straight.. or u sndiri yg nk merana...."

    ReplyDelete
  4. I like all of it...tp part 21 yg paling best skali...ia menyentuh hati....

    ReplyDelete
  5. ".. ada cinta yang tidak harus dikatakan.. biarpun kau sendiri menyedari akan perasaan yang sebenarnya... tapi kau masih lagi boleh berasa bahagia tanpa ada satu ikatan antara kita berdua.. menjadi kekasih aku membuatkan kita terikat dengan banyak perkara.. ikatan itu mungkin membahagiakan.. tapi, sekali lagi aku ingin katakan, untuk orang macam kita berdua, tidak harus untuk meminta lebih.. adakalanya lebih baik cinta itu terus bisu.. biarkan ia tetap menjadi satu unspeakable love.."
    -PART 3 IHSAN TO FAHRI-
    Bagi aku part nih paling aku suka..dan aku pernah guna ayat ni kat seseorang...

    ReplyDelete
  6. I like all. Putera awesome! (y)

    ReplyDelete
  7. part ini yg paling aku suka dalam novel ni ''bila cinta tidak harus dimiliki, ia adalah suatu yang sangat menyakitkan''..penah post kat fb..then ada yang share qoutes ni..

    ReplyDelete