Wednesday 20 May 2015

Kenapa Aku Consider untuk Berkahwin??








Benda ni sebenarnya aku dah berkali-kali nak cerita dalam blog ni.. aku try nak update blog ni yang semakin lama semakin tak aktif.. tapi bila aku nak update tu, terus tak tahu nak tulis macam mana..

Okay.. menyentuh pada tajuk entri blog kali ni.. kenapa aku membuat pertimbangan untuk berkahwin? Tapi jangan salah faham lah.. bukan aku plan pasti untuk berkahwin.. Cuma ia masih lagi lagi pertimbangan.. sebab dengan berkahwin ni ada banyak kelebihan berbanding kalau kita single sampai mati.. jadi disebabkan ‘kelebihan’ tu lah mungkin jadi satu factor ‘penarik’. Lagi pun, kahwin tu kan satu amalan sunat yang sangat digalakan oleh Allah..



Merujuk kepada blog Kindaichi Kid, ada tertulis ayat…


“ada hikmah kita jadi PLU ni..”



Hikmah ni merujuk kepada kita sebegai PLU yang still tak kahwin lagi berbanding dengan adik-beradik kita yang dah kahwin ada rumahtangga sendiri, kalau parent kita sakit, kita (PLU) yang masih single ni boleh focus untuk jaga dorang.. sebab adik-beradik kita yang dah kahwin tu macam takde kelapangan sikit.. ye lah, dah kahwin tu ada isteri/suami dan anak-anak lagi nak diuruskan.. tapi kalau yang (PLU) single yang takde isteri dan anak membuatkan kita boleh focus pada parent kita sahaja disaat-saat kalau dorang memerlukan, misalnya macam kalau parent kita jatuh sakit.. kita lagi ada masa nak tolong berbanding orang yang dah berumahtangga.. so, mungkin ni lah dikatakan hikmah jadi PLU.. mungkin..

Tapi… ia menimbulkan satu persoalan..


“kalau kita pula yang jadi tua dan sakit, siapa pula yang tengok-tengok kan kita?”


Haaaaa.. jadi ini adalah antara beberapa factor yang membuatkan aku ‘consider’ untuk berkahwin semata-mata nak ada zuriat.. memiliki anak sendiri ni ada banyak kelebihan.. aku anggap ada anak sendiri ni adalah satu pelaburan.. bila kita nak invest sesuatu, ianya macam satu perancangan masa depan.. kita mengharapkan ‘keuntungan’ daripada pelaburan kita yang telah kita laburkan.. so, kita harap ia akan memberi manfaat pada kita pada satu hari nanti.. perumpamaan ini sama seperti dengan memiliki zuriat.. anak kita seumpama pelaburan kita.. bagaimana kita mendidik mereka, bila dah besar nanti sama ada akan menjadi seorang anak yang mengenang budi, soleh, anak yang baik, secara tak langsung kita sebagai parent turut merasai ‘kesenangan’.. tapi.. kalau dorang membesar menjadi anak yang menimbulkan masalah, jadi penjenayah, tak mengenang budi, maka secara tak langsung juga kita pun turut mendapat negatifnya.. sebab tu aku kata anak ni satu pelaburan..

Kalau difikirkan aku ni sebenarnya tak kisah kalau tak ada anak sendiri.. mungkin sebab pada saat ni aku takde lagi naluri seorang ayah kot yang teringin nak ada anak sendiri.. tapi recently aku banyak kali fikir tentang perancangan masa depan.. kahwin atau tak berkahwin tu salah satu daripada apa yang aku fikirkan.. kalau boleh tak payah kahwin lah.. hidup single ni senang, kurang tanggujawap.. tak payah nak fikir soal makan minum keluarga, soal isteri dan anak-anak.. hanya perlu fikir pasal diri kita je.. senang..

Tapi tu lah.. hidup kita tak selalunya senang.. lagi-lagi disaat kita ‘lemah’ sekiranya hidup kita panjang sampai ketua.. macam yang aku cakap.. kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk jaga kita disaat kita memerlukan.. dan orang yang kita perlukan tu biasanya adalah daripada hasil keturunan kita, anak kita.. kalau nak harap adik-beradik kita yang lain, mungkin tak boleh diharap sangat sebab mesti dorang dah ada family sendiri.. bila adik-beradik kita dah ada family sendiri ni dah tak sama dah kalau dorang masih single.. dorang ada banyak tanggungjawab lain yang dorang kena fikirkan.. dan pada saat ni lah orang yang paling dekat dengan kita tak lain dan tak bukan adalah kelompok keluarga kita sendiri hasil daripada perkawinan kita, (kita, isteri dan anak-anak).. sebab tu memiliki keturunan sendiri ada banyak kelebihan berbanding kita terus nak single sampai ketua..



Kita pernah tengok orang sakit.. parent kita pernah sakit.. datuk nenek kita pun pernah sakit.. kita pernah saksikan kesemuanya.. misalnya, kalau aku, nenek aku ada penyakit kanser (dan sekarang dia sudah meninggal dunia).. so, aku memang selalu menyaksikan ‘penderitaan’ yang nenek aku alami.. kerap juga nenek aku keluar masuk hospital.. pada saat ni lah manusia menjadi lemah dan memerlukan pertolongan orang lain.. so, siapa yang jaga yang jaga nenek aku tu? Tak lain dan tak bukan adalah keturunan dia, anak-anak dan cucu-cicit dia.. bukan orang lain yang sanggup jaga.. emak aku yang jaga.. pakcik aku yang jaga.. kakak aku yang jaga.. keturunan kita yang akan jaga.. tiada orang lain yang sanggup nak jaga melainkan daripada keturunan kita.. nak harap lover (PLU) kau yang jaga? Ingat percintaan kau kekal bertahan ke sampai ke tua? Kalau lah ada cinta PLU sejati macam tu.. sebab tu orang cakap, family tu lagi penting berbanding couple kau.. sebab mostly family akan stick dengan kita sampai ke akhir hayat tapi lover boleh datang dan pergi…

Kerana itu aku kata, anak itu seumpama satu pelaburan yang mana ia macam satu perancangan masa depan.. bila kita dah labur, kita mengharapkan manfaat hasil daripada ‘investment’ kita.. menjaga kita disaat kita jatuh sakit salah satu daripada manfaat yang kita harapkan.. bila kita dah mati pun kita harap manfaat itu berterusan kerana ia tidak terputus begitu saat sahaja disaat kita telah meninggal dunia.. korang mesti pernah mendoakan pada parent dan nenek korang yang pernah meninggal dunia.. kerana melalui doa, ianya juga ‘dihitung’.. dalam islam ada ajar, sekiranya seseorang meninggal dunia, semua hubungan dunia terputus melainkan beberapa perkara.. contohnya adalah harta/wakaf yang kita labur kan di dunia untuk kebaikan.. misalnya, orang wakaf kan harta untuk bina madrasah.. selagi mana ada orang guna wakaf itu, selagi itu kita masih dapat ‘amalan kebaikan’ untuk diri kita untuk dibawa pada hari perhitungan.. dan lagi adalah ‘doa anak soleh’.. aku rasa korang dah faham apa yang aku maksudkan..



So…



Aku harap bila aku dah meninggal dunia akan ada lah orang yang mendoakan kesejahteraan aku nanti..



Bila aku mati.. aku harap akan ada orang mendoakan aku nanti..

Bila aku mati.. aku harap akan ada yang menziarahi kubur aku nanti..

Bila aku mati.. aku harap akan ada yang masih memperingati aku nanti..




Kau rasa lover (PLU) kau akan buat macam tu ke? Time kita dah tua, kau rasa kau masih ada lover (PLU) lagi ke? Kalau kita masih lagi membujang sampai ketua lah..

Kita hidup, kita dah menyaksikan banyak perkara.. kita pernah menjadi seorang anak.. kita tahu bagaimana menjadi seorang anak.. kita tahu sebagai seorang anak, kita akan melakukan apa benda.. kalau parent dah meninggal dunia, kita tahu sebagai seorang anak mesti korang pernah mendoakan agar parent kita selamat daripada seksaan kubur..

Kita pernah menjadi seorang cucu.. so, sama lah juga.. kita pernah mendoakan perkara yang sama kepada datuk dan nenek kita yang telah meninggal dunia…

Kita pernah menjadi seorang anak dan seorang cucu.. pada hari raya, kita menyaksikan ibu dan bapa kita yang masih hidup lagi akan menziarahi kubur parent dorang.. doa ditadah oleh ibu bapa kita mengharap kesejahteraan parent dorang yang telah meninggal dunia.. pada saat yang sama kita juga turut menadah doa untuk dipanjangkan kepada datuk dan nenek kita.. kalau parent kita pula meninggal dunia, kita juga akan buat perkara yang sama..

Kerana itu, ada banyak kelebihan sekiranya kita ada keturunan sendiri..

Dan kerana itu juga aku consider untuk berkahwin..

Tak semestinya aku pasti buat pilihan untuk berkahwin sebab untuk kes orang PLU ni, memang tak boleh dinafikan ada banyak factor untuk difikirkan terlebih dahulu sebelum buat keputusan berkahwin.. kerana perkahwinan tu adalah satu ikatan suci.. dan biar lah juga ia terjalin dengan perasaan yang ikhlas dan suci juga..

Untuk masa ini, aku masih lagi tertanya-tanya membuat pilihan…










15 comments:

  1. beb, semoga kau dirahmati Allah :) semoga hari hari kau akan sentiasa indah

    ReplyDelete
  2. Nice entry!!! Hoho. Tapi still macam kau, aku terpikir,,,, kawen atau tak. Tapi terasa nak kawen. Tapi terasa tak nak kawen.haha

    ReplyDelete
  3. Ko brada dlandasan yg btul, bla sampai serunya nnti kawen jee, Yakin ngn diri, aku slalu tgk gay2 50taun kbyakkanya menyesal bla membujang smpai tua, time sakit, bab wang ringgit n reta menda nk wariskan pd sapa, dh jadi masalah plak

    ReplyDelete
  4. Ko brada dlandasan yg btul, bla sampai serunya nnti kawen jee, Yakin ngn diri, aku slalu tgk gay2 50taun kbyakkanya menyesal bla membujang smpai tua, time sakit, bab wang ringgit n reta menda nk wariskan pd sapa, dh jadi masalah plak

    ReplyDelete
  5. Point yang menarik..buat anak.

    tapi kalau tak bernafsu dengan perempuan macam mana nak 'buat anak'?ekekeke..

    ReplyDelete
  6. Dude. Want to tato you more. Approve my fb req. ;)

    ReplyDelete
  7. Bagus lah tu.. Mungkin dah mula sampai seru/hidayah

    Tuhan bagi melalui perkahwinan... kalau tekad.. Tuhan rezekikan anak.. tapi kadang2 tak tekad.. ada anak 5-6 pun dok cari lubang dan batang lagi(no offense)..

    Kahwin tu datang dgn tanggungjawab.. bukan zahir je.. batin juga.. Bukan hidup bersama je.. tapi kena bagi agama juga kat anak isteri

    Kalau semata-mata nak anak.. boleh ambil anak angkat..

    Tapi ada yg betul2 tekad.. berubah dan berubah terus. Once dapat hidayah.. tekad tak nak patah balik walau ada batang menghulur..

    Cukup2lah.. kesian kat isteri2 yg teraniaya.. anak2 yg merana..
    Cukup2lah.. air mata mereka berharga juga

    Pasang niat yg betul dulu sayang..

    ReplyDelete
  8. Nice entry.Btw,kalau kau nak kawen,kau kene ikhlas kerana Allah bukan sbb kelebihan dia.If kau rasa tiada siapa yg akan jaga kau bila kau tua nanti, kau salah.Allah sentiasa ada dengan hamba-hambaNya.Kau tak perlu minta DIA jaga sbb DIA sentiasa menjaga hamba-hambaNya siang dan malam tanpa tidur.If kau nak ada orang doa kan kau,kau tak semestinya perlukan anak bro.Kalau kau buat baik dgn orang tua yg bukan ibu bapa kau,kawan2,sentiasa buat amal kebajikan diorang akan doakan kau.Especially kalau kau rapat dn baik dgn anak2 yatim piatu.Doa mereka sentiasa termakbu. Tapi, kalau kau dh betul2 bersedi, baguslah cuma ikhlaskan diri kerana Tuhan.Aku sentiasa sokong kau.

    -MissNZ-

    ReplyDelete
  9. Nice entry.Btw,kalau kau nak kawen,kau kene ikhlas kerana Allah bukan sbb kelebihan dia.If kau rasa tiada siapa yg akan jaga kau bila kau tua nanti, kau salah.Allah sentiasa ada dengan hamba-hambaNya.Kau tak perlu minta DIA jaga sbb DIA sentiasa menjaga hamba-hambaNya siang dan malam tanpa tidur.If kau nak ada orang doa kan kau,kau tak semestinya perlukan anak bro.Kalau kau buat baik dgn orang tua yg bukan ibu bapa kau,kawan2,sentiasa buat amal kebajikan diorang akan doakan kau.Especially kalau kau rapat dn baik dgn anak2 yatim piatu.Doa mereka sentiasa termakbul. Tapi, kalau kau dh betul2 bersedia, baguslah cuma ikhlaskan diri kerana Tuhana.Aku sentiasa sokong kau.

    -MissNZ-

    ReplyDelete
  10. Sebelum nak kahwin kita kena faham dulu apa itu Hukum Perkahwinan dalam Islam. Ada lima hukum iaitu: Wajib, Haram, Sunat, Makruh & Harus. Kebanyakan golongan PLU ini tak bernafsu pada kaum wanita jadi jika berkahwin sudah pasti akan menganiaya si isteri. Dalam hal ini hukumnya menjadi haram atau makruh. Jangan pahala yg kita cari dosa pula yg kita dapat. Tak salah membujang sampai ke tua andai kita pandai menjaga diri serta dapat mengawal nafsu kita. Besar pahalanya kalau kita dapat membendung nafsu songsang kita itu. Dan besar juga dosa andai kita berkahwin tapi tak dapat memberikan kebahagiaan & nafkah batin kepada isteri kita. Kalau kahwin hanya sekadar utk mendapat anak tapi kita mengabaikan isteri tak guna juga. Pernah tak kita dengar cerita berapa ramai suami yg ada anak isteri tapi hidupnya malang bila di penghujung usia? Anak isteri sendiri tak mempedulikannya disebabkan oleh perkahwinan yg tak berkat & berkahwin atas dasar terpaksa. Untuk berlaku adil kpd isteri, kita kena ada satu perasaan kasih sayang tak berbelah bahagi terhadapnya. Dapatkah golongan PLU memenuhi itu semua? Berapa banyak kes-kes suami yg berkahwin tapi masih mencari jantan lain dek nafsu songsang itu? Bukankah itu menambahkan dosa kita?

    Tentang nasib kita di kemudian hari itu bukannya bergantung kpd manusia lain. Semuanya ketentuan Allah. Berserah saja kepadaNya. Apa yg pasti kita jangan terpesong drp agama. Jangan melakukan sesuatu yg dilarang. Walaupun kita PLU jangan diikutkan nafsu songsang itu. Cubalah berubat & berjumpa pakar kaunseling. Tapi jika kita masih tak dapat berubah, maka reda akan segala apa yg ditakdirkan kpd kita. Itu lebih baik drp kita beristeri tapi mengabaikannya dek kerana nafsu & keinginan kita bukan kpd kaum wanita. Janganlah kita kahwin atas alasan utk menjaga hati kaum keluarga kita. Dan jangan kita kahwin atas dasar terpaksa tanpa keikhlasan sepenuhnya.

    Aku pernah berkahwin & bercerai dua tahun kemudian kerana tak mampu utk menyayangi & membahagiakan isteri aku. Demi utk mengelakkan dia dari berterusan teraniaya & sengsara perceraian adalah jalan yg sebaik-baiknya. Jiwa & selera aku bukan utk kaum wanita tapi aku takut utk mencari bahagia dgn kaum sejenis sebab besar dosanya. Mulanya memang aku ada berpandangan seperti kau. Siapa yg nak jaga kita bila kita tua nanti tanpa anak-anak atau waris? Namun aku serahkan nasib serta takdir aku kpd yg Maha Kuasa. Dia tak akan membiarkan kita menderita andai kita mengikut segala perintahNya & menjauhi semua laranganNya.

    Rasa-rasanya cukuplah komen aku setakat ini. Semuanya bergantung kpd kita sendiri.. kita yg mencorakkan hidup kita di masa depan. Percayalah... kalau kita berbuat baik & menjauhi segala laranganNya, perjalanan hidup kita tak akan berliku & penuh ranjau. Walaupun kita ditakdirkan tak mempunyai anak dari zuriat sendiri tapi kita diberi peluang & kesempatan utk menambah pahala dgn berbuat baik kpd orang lain. Contohnya anak-anak saudara kita, anak-anak jiran atau anak-anak yatim di sekeliling kita. Insyaallah kebaikan kita itu akan dibalas dgn balasan setimpal di kemudian hari nanti.. percayalah!

    Akhir kata... baca & fahami Hukum Kahwin terlebih dahulu. Kemudian nilaikan diri sendiri... di mana kedudukan kita.

    ReplyDelete
  11. Hmmm, niat kene betul. If kawen dn diuji dgn ujian takde anak camno? Kalau ade anak mungkin diuji dgn anak pulak. In the end, niat kene betul.

    ReplyDelete
  12. HIDAYAH (PTUNJUK) UTK HAMBA YG BERUSAHA
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  13. Kita mungkin hadapi satu dilema yang sama. Setelah saya baca hampir separuh tulisan dalam blog ni, saya dapat simpulkan bahawa masalah kita serupa - terperangkap, jadi Insan yang tak jelas. Ingin jadi seperti kawan senasib lain yang berani, kita takut dosa, Ingin kekalkan fitrah sebagaimana kejadian, kita manusia istimewa. kita lelaki hanya pada pandangan fizikal. Btw, anda miliki kemahiran menulis yang baik. Teruskan menulis

    ReplyDelete