Sunday, 5 June 2016

Panggilan Misteri







sebelum nak bercerita panjang, aku nak buat ucapan dulu.. Selamat menyambut bulan puasa semua.. hehehe..

hari ni aku terkantoi pasal satu nombor 'misteri' yang aku biasa guna untuk buat wish pada pada 'crush' aku.. biasanya, kalau tiba hari perayaan, aku akan guna nombor 'misteri' tu untuk wish kat si dia.. macam..


Selamat Hari Raya..
Selamat Berpuasa..
Selamat Tahun Baru..


untuk tempoh beberapa tahun, aku memang buat benda macam tu.. akan 'wish' kat dia dulu sebelum aku send mesej wish kat orang lain pula.. and si dia pun actually tak tahu siapa punya nombor misteri tu.. dia selalu tanya (bila aku dah buat ucapan wish) "ini siapa sebenarnya?" but aku memang tak cakap aku ni siapa.. biar lah macam jadi rahsia.. kononnya lah.. walaupun sebenarnya dia pernah meneka yang punya nombor tu adalah aku, but sudah tentu aku nafikannya..

aku hanya guna nombor tu untuk buat ucapan wish je tanpa bermaksud lain.. 

kalau ko jadi dia, suddenly ada satu nombor yang sentiasa wish pada ko macam ucapan hari raya semua tu, mesti ko rasa sesuatu.. macam tertanya-tanya..

"kenapa orang ni suka buat ucapan kat aku tiap-tiap tahun pada hari perayaan tapi orang tu tak nak dedahkan diri dia siapa?"

kalau korang jadi dia, mesti korang pun akan rasa pelik macam tu.. so, mesti ko rasa ada sesuatu yang 'fishy' pasal orang tu kenapa dia buat benda macam tu.. dengan kata lain actually orang dari nombor misteri tu mungkin ada adalah secret admirer ko yang ada hati kat ko..

itu adalah situasi yang aku boleh gambarkan apa yang dia rasakan bila aku hantar ucapan wish guna nombor misteri..

so, seperti tahun-tahun kebiasaanya, esok nak start puasa, jadi aku pun terus teringat yang aku kena buat 'amalan' kebiasaan aku.. walaupun puasa start esok, aku pun mula nak hantar 'mesej misteri' untuk nak wish;


'Selamat menyambut bulan Ramadhan..'


hantar kat dia.. wish yang setiap tahun aku akan hantar pada dirinya..

lepas tu, aku pun main game kat phone aku.. sampai lah suddenly ada nombor tak dikenali telefon aku.. pada awalnya aku sengaja tak angkat panggilan tersebut.. sebab aku ni actually jarang nak angkat panggilan yang aku tak kenal.. actually, aku memang jarang nak angkat panggilan orang walaupun nombor tu aku kenal je sebenarnya.. lagi prefer kalau orang hantar mesej.. realitinya, memang susah sikit aku nak dihubungi sebab perangai aku yang kadang-kadang 'sengaja tak nak dihubungi oleh sesiapa'..

but..

aku jadi cuai hari ni.. nombor tak dikenali tu buat panggilan lagi.. so, aku berbelah bahagi nak angkat ke tak.. kebelakangan ni aku selalu dihubungi oleh orang disebabkan hal 'kerja'.. so, aku fikir mungkin aku patut angkat panggilan tu.. kot.. kot.. ada orang nak call sebab bincang pasal 'kerja'..

so, aku angkat..

"hello.. kenapa ya?" aku tanya..

"hello.. ni ...(sebut nama aku) ke?" tanya orang tu..

aku kerut dahi.. tak berapa nak cam suara orang tu.. dalam fikiran aku terus teringat dengan kenalan baru yang kenal dalam minggu lepas.. suara lebih kurang sama.. dia kot yang telefon..

"ha ah.." balas aku..

"ko ada kat mana sekarang?"

"ada kat bilik je baring-baring.." balas aku lagi..

"owh.. ada kat Malaysia ke kat Australia?" orang tu tanya lagi..

aku pun dah pelik bila dia tanya soalan tu..

"ni siapa ya?" tanya aku..

"owh.. ni... (sebut nama dia).. aku pakai phone adik aku ni.. ko macam mana sekarang??"

bila dia sebut nama dia, terus aku tergamam.. dan tak tahu kenapa, terus aku matikan telefon.. dah kantoi dah!! dah kantoi dah!! berguling-guling aku di atas katil tak sangka yang aku boleh terkantoi oleh dia.. 


sekarang mesti dia dah boleh tahu yang aku suka kat dia..


tu apa yang bermain di minda aku.. actually, aku memang tak nak dia tahu pun.. but akhirnya semuanya dah terkantoi..

terus terfikir, apa lah yang dia rasakan bila dia finally dapat tahu pemilik 'nombor misteri' tu adalah aku.. orang yang wish kat dia setiap tahun guna nombor tu.. tambahan lagi bila aku terus tiba-tiba matikan nombor telefon, lagi lah buat dia rasa pelik..

sekarang semuanya dah terkantoi.. mesti dia mula fikir sesuatu pasal aku....




namun.. dalam masa yang sama aku mula rasakan sesuatu..
sudah dua tahun aku dan dia tak pernah buat panggilan (disebab ada sebab dan konflik yang telah berlaku).. dan dalam tempoh tu juga aku tak dengar suara dia.. 




bila dia buat panggilan call tadi, sekarang aku baru mula rasakan...

yang aku... sebenarnya rindu dengan suaranya...


7 comments:

  1. Oh damnnn. hahaha. tergelak pun ada. nak sedih pun ada jugak! btw, selamat berpuasa! nanti raya jemput la datang rumah. boleh beronggeng! bwahahah

    ReplyDelete
  2. mesti blushing giler time tu!!! haha and slamat berpuasa di bulan ramadhan almurtabak *almubarak juga kat putera!! hihi

    ReplyDelete
  3. akhirnya, terkatoi juga...tak pe just relax je k..hehehe..selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  4. you shud play along at that time. eventhough it must feel shocked. Takde lah kantoi. kih kih

    ReplyDelete
  5. Rindulah baca blog putera. Whatya doin' rite now. Sambung master degree pt. 2 pulak ke? or doing another first year degree...buat la post baru. Interested nieyh.

    ReplyDelete
  6. Hahaha..kantoi sudah. BTW...selamat berpuasa

    ReplyDelete