Thursday 24 November 2011

Taboo

ada dua benda yang menjadi soalan taboo buat aku.. 

pertama, sesuatu yang menyentuh hal perkahwinan...

kedua, cahaya mata...


hidup sebagai seorang yang homoseksual adalah begitu sukar.. kita secara fitrahnya ingin dicintai.. hakikatnya, aku tidak mampu untuk mencintai sesuatu yang halal buat diriku.. bukan tidak ingin mencuba.. tetapi aku tidak mampu untuk menipu diri aku sendiri.. malah, aku juga tidak ingin menipu perempuan yang cuba aku cintai.. ia akan menyakitkan dirinya..

walaupun usia aku masih lagi muda namun aku tahu inilah dugaan yang bakal aku tempuhi di masa hadapan.. sesuatu yang pasti jika seorang itu dilahirkan sebagai homoseksual.. aku tahu, aku tidak bersendirian menempuhi dugaan ini.. ada berjuta orang di luar sana yang nasibnya sama seperti aku.. bila aku memikirkan perkara ini, bertapa sedihnya aku dan bersimpati kerana ada berjuta orang yang terseksa kerana dugaan yang mereka sendiri tidak inginkan.. sesiapa sahaja tidak ingin dilahirkan dengan perasaan yang abnormal..

homoseksual bagi aku seumpama bagaimana kita belajar untuk melihat, merasa, menghidu dan mendengar.. kita tahu rasa pahit, manis dan masam macam mana.. kita tahu apa itu bunyi yang bising dan sunyi.. kerana kita secara fitrahnya lahir untuk mempelajari apa itu bau busuk, apa itu rasa pahit.. katakanlah, jika ada seseorang mahu kamu untuk melupakan apa itu rasa pahit, bunyi yang bising, bau yang busuk, bolehkah kamu melupakan semua itu? sudah semestinya tidak boleh!

kita mempelajari apa itu perasaan marah, apa itu perasaan sedih, rindu dan bahagia.. tiba-tiba kamu diminta untuk melupakan segala perasaan ini.. ia adalah mustahil! sama lah seperti bagaimana perasaan bila kita menyukai seseorang.. walaupun hakikatnya perasaan suka itu pada sesuatu yang salah.. kerana kita secara semula jadinya belajar merasai apakah itu perasaan suka pada seseorang..

kadang-kadang aku tergelak apabila melihat cerita mengenai seorang lelaki lembut yang diminta untuk menjadi lelaki sejati.. melakukan hal-hal fizikal agar perwatakan lebih maskulin.. mempelajari ilmu silat segala.. kamu mungkin mampu mengubah lahiriahnya, namun kamu tidak mampu mengubah nalurinya.. 

perkahwinan? aku tidak mampu membayangkan apa yang akan berlaku nanti.. apabila keluarga kita asyik bertanya bilakah ingin kahwin? dan sudah semestinya aku tidak mampu untuk menjawabnya.. 

cahaya mata? siapa tidak ingin! cuma aku tidak boleh... 

apakah pilihan yang terbaik untuk orang seperti aku? aku tertanya-tanya jika ada seorang yang homoseksual di luar sana mampu mengharungi dugaan ini dengan kebahagian? mengharunginya dengan status diri sebagai seorang muslim... 

aku tidak alim.. namun aku tetap takut untuk melakukan sesuatu dosa.. 

aku bukan PLU yang tipikal yang telah tewas kepada nafsu dan membiarkan diri sentiasa dihanyuti oleh gelora asmara.. 

kerana aku seorang yang penakut.. takut untuk melakukan dosa yang dikutuk itu.. walaupun hakikatnya jauh di hati aku ingin merasainya.. namun, aku takut.... 

aku hanya ingin bahagia....

11 comments:

  1. Dejavu....but please be strong.

    ReplyDelete
  2. Hmmm my family pun tengah tanya bila nak kahwin macam lah dier orang nak tanggung semua...for this time being I don't want to think about it.

    ReplyDelete
  3. aku tertanya2...siapakah gerangan si Anonymous nie...he3...

    so bgi aq... jangan biarkan nafsu menguasai diri.. jangan biarkan "benda" tu terjadi pada ko ....

    truskan berjalan..... biarkan waktu menentukan segala2nya.....

    kadang2 kesakitan hati nie terlalu kecil jika dibandingkan dengan anugerah Tuhan yang lain kpada kita...

    happy always..... (^^,)

    psstss...aku dah jawab soalan ko aritu...

    ReplyDelete
  4. me? tumpang lalu je....
    me? ...the tame-tame little pigeon he3.
    me? enjoy reading your blogs, i feel peace.

    ReplyDelete
  5. Bersabar. Ini adalah dugaan yang amat berat bagi kita semua. Putera harus tabah dan ingatlah, anda tidak bersendirian

    Nik

    ReplyDelete
  6. Pernah terfikir benda yg sama...apa yg kita perlu lakukan, coba untuk lupakan terus dunia PLU..persoalan, berjayakah kita? atau kita tertewas juga akhirnya....

    ReplyDelete
  7. wah.. byk pula Anonymous muncul kali ni.. hehe

    prince patrick: tu lah masalah yg aku fikirkn skrg ni.. ia adalah masalah yg PASTI akan aku hadapi.. tapi, hakikatnya ko dulu yg menghadapinya.. biar masa menentukn segalanya.. aku just curious apa yg akan trjd pd ko nanti.. sbb ia adalah prkara yg bakal trjd pd aku juga nanti..

    Mus: betul ckp ko.. tapi kita x tahu apa yg akan brlaku nanti.. sampai bila akan boleh brtahan macam ni? kerana aku jg manusia..

    Miziey: bolehkah lupakn dunia PLU? kalau dimaksudkan dgn meninggalkn cara hidup seorang PLU mungkin boleh.. tp bg aku agak mustahil untuk melupakn naluri songsang ini..

    ReplyDelete
  8. Hampeh....kalau benda ni terjadi jugak...harus aku buat tiger show setiap malam ngan bf saya kan opps sorry ngan bini aku kan hahaha

    ReplyDelete
  9. sejujurnya aku akui tersangatlah sukar untuk merubah naluri songsang ini. terkadang terfikir kenapa kita dilahirkan begini. So far, aku tak pernah terlibat dgn kegiatan aktivit seks songsang yg melampau such anal sex semua tu. syukur diri ini tidak terjerumus jauh...tp, aku tekad, kalo aku dah kawen nanti, aku lupakan terus dunia ini. Naluri tu masih ada, tp apakan daya, aku tak sanggup untuk mengkhianati isteri aku nanti. Lagu kerispatih - Aku harus jujur sememangnya mengisahkan cerita org seperti kita...

    ReplyDelete
  10. Kahwin dan Cahaya Mata.. ya... 2 perkara yang sentiasa berada dalam fikiran aku..... Aku cuba untuk menyukai wanita.. tp nafsuku x berupaya... Aku sendiri tak pasti dengan masa depan aku... Dan semuanya bermula ketika aku di universiti.. tempat bermulanya dosa2 hitam.. dah terus sehingga aku mencari rezeki di Kuala Lumpur.. Kota yg penuh cabaran dan godaan.. aku harap aku mampu untuk terus tabah... bersama mereka di luar sana...

    ReplyDelete
  11. Seronok baca blog kau. Tgh gali2 post lama.
    At least aku tahu ada juga orang yang sama dgn aku.
    Aku pun selalu terpikir bnda yang sama. kahwin and anak.
    Adakah aku mampu mendapat kebahagiaan itu?

    ReplyDelete