Saturday, 7 July 2012

PLU Jatuh Hati





aku tinggal kat Aussie sewa rumah bersendirian.. dan pada tempoh itu aku katakan yang aku yang aku berpuasa daripada tengok body lelaki lain lah.. hehe.. perkara yang agak bagus untuk aku sebenarnya.. dapat jaga mata.. tapi waktu aku pergi ke Sydney beberapa hari lepas, aku kena berkongsi bilik dengan member-member lain lah.. then, bila dah berkongsi bilik tu, faham-faham je lah.. aku yang dah lama 'berpuasa' ni bila tengok benda ni semua rasa macam janggal sikit.. tak lah aku kata yang aku teransang cuma keadaan tu agak lain lah.. tapi aku still jaga mata aku.. tak adanye aku ni jenis PLU yang ambil kesempatan curi-curi tengok orang.. aku just tak nak tengok.. walaupun abang long menari-nari sambil buka baju tayang muscle ala-ala aksi bina badan, aku just tak nak tengok.. 

bila aku kat Sydney entah kenapa aku rasa yang aku tiba-tiba 'suka' dengan salah seorang member aku.. haha.. aku rasa bila first time jumpa dengan dia pun aku dah ada rasa 'something' kat hati aku.. tapi perasaan tu tak develop lah sebab jarang berjumpa.. bila dah melancong sama-sama kat Sydney then baru berpeluang nak berjumpa, merayau bersama-sama sekitar Sydney..

aku sebenarnya berasa takut.. jatuh 'suka' dengan member sendiri membuatkan aku takut.. entah.. sebab aku rasa macam bersalah je kalau aku ada perasaan suka pada member sendiri.. aku lebih selesa kalau aku jatuh 'hati' kat orang yang aku tak kenali.. sebab bila aku rasa yang aku tertarik dengan member aku sendiri aku rasa macam satu 'pengkhianatan'.. sebab bila dah kenal and jadi kawan, kita dah ada satu perasaan untuk menghormati lah..

aku nak cakap satu perkara lagi, waktu kat Sydney juga tiba-tiba aku jatuh hati kat seorang pekerja Subway.. hehe.. tapi kali ni agak lain sikit.. bila aku tengok wajah lelaki tu hati aku terus berdebar-debar.. rupa dia macam mixed lah but more to Japanese, I think so.. dah lama tak rasa perasaan itu.. perasaan bila you tengok orang pada pertama kali jumpa orang tu hati terus berdebar-debar. apa lagi bila bertentang mata.. but, aku still realistik lah.. aku tinggal kat Launceston, dia pula kat Sydney.. memang mustahil lah kalau aku nak berkenalan dengan dia.. tapi yang pasti aku memang betul-betul sudah jatuh hati kat lelaki tu lah.. hehe

dalam percintaan dunia orang songsang ni, kebanyakkan orang kata semuanya kerana nafsu.. kebanyakkan PLU macam tu lah, tapi tak semua.. jujur aku cakap, kalau aku suka pada seseorang aku tak pernah berfantasi seks tentang orang tu.. aku tak terfikir nak buat seks dengan orang tu or fikir perkara kotor yang lain.. sebab aku pernah terbaca kat blog PLU lain yang cakap dia suka pada seseorang, then dia terfikir macam seluar dalam warna apa lelaki tu pakai hari ni.. reaksi aku, "what?!!" ada PLU lain fikir saiz kelamin lelaki tu berapa besar.. reaksi aku, "what?!!" 

aku sebenarnya terkejut sebab tak menyangka orang lain boleh fikir macam tu bila suka pada seseorang... ini lah membuktikan PLU tu sendiri berbeza-beza.. aku mengaku yang aku ada simpan gambar lelaki then buat bahan sebagai 'sumber imaginasi' bila nak beronani.. hehe.. tapi bila tengok gambar lelaki yang aku suka, automatik aku tak boleh nak berimaginasi seks.. seriously memang tak boleh.. tak dapat nak 'naik'.. hehe.. aku just tak nak fikir yang aku buat seks dengan orang yang aku suka.. aku rasa bersalah kalau aku buat macam tu.. aku ada perasaan hormat pada orang tu.. perasaan tu macam you fikir tentang adik beradik sendiri lah.. takkan lah you nak fikir nak beromen dengan adik beradik sendiri? macam tu lah fikiran aku tentang lelaki yang aku suka.. memang tak fikir tentang seks langsung.. kadang-kadang aku terfikir aku ni betul-betul PLU ke? kenapa aku tak berfikiran macam PLU lain? 

senang cakap, aku ni PLU yang tak cukup sifat PLUnya... kot...





15 comments:

  1. kebanyakan mmg mengenai nafsu pun n cos jatuh hati pada yg good-looking je kan..yg jenis biasa2 tu tak mungkin kan.. kalau org normal, kacak ke, biasa2 ke tetap akan berkajwin bila ada jodohnya tp PLU ni??? kalau buruk yg tak hensem pendam perasaan jela.itulah hakikatnya..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. tp klu aku, aku akn kata jatuh hati bukan jatuh cinta.. klu dgn yg hensem2 aku memang senang nk jatuh hati.. hehe..

      Delete
  2. Good entry.... Baguslah penulis menjadi PLU yang xcukup sifat plunya.... Good!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i xlh bagus sgt pun.. cuma takut nk buat byk benda..

      Delete
  3. Post2 skrag... ayat makin open.. x mcam dlu.....Plu yg x berapa plu nya..apa pown.. masih menanti smbungan novel..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. x dpt nk dinafikn aku dh agak berubah... nanti aku buat post tentang hal ini..

      Delete
    2. X sabar nak tungguu...hehe.. lama dah smbungan novel stop.. ^_^

      Delete
  4. Thumb-up...aku suka baca entry ko tapi malas nak komen sebab sebenarnya aku jeles ngan idea2 ko yang sgt rasional hahaa..keep up :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku just tulis apa yg trlintas difikiran dan dr pemerhatian aku sndiri... honestly aku fikir ko x baca blog aku.. hehe..

      Delete
    2. Aku baca laaa hahaaa tapi prefer entry yang simple and ringkas sebab *maaf nak komen* bila baca entry ko yang panjang2 aku sakit mata...black&white wat mata aku berair huhuuu

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun aku kata mcm tu, tp honestly aku x tahu apa yg akn brlaku pd masa depan.. sbb manusia akan berubah sikap gak nanti.. kot2 aku selepas ni jd tertagih nk buat seks.. hehe

      Delete
  6. ye..mmg satu pengkhianatan bila perasaan yg bukan2 tu timbul terhadap kawan baik kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaannnn...

      sbb tu aku prefer untuk jatuh hati pd org yg aku x kenali sbb still xde 'bond' lg.. klu dgn kwn sndiri dah ada ikatan persahabatan..

      Delete
  7. lebih baik menjadi plu yg tak cukup sifat daripada terus hanyut dalam dunia gelap..
    Susahkan berdepan dengan orang yang boleh 'mengugat iman kita'. Kuatkan hati, teguhkan iman.
    Setiap hari aku berdepan dengan pelajar. Mereka ni 3/4 tahun lebih muda dari aku..
    Aku kena kuat........:)

    ReplyDelete