Tuesday 24 September 2013

Semakin Nakal







waktu zaman sekolah menengah dulu kawan perempuan aku ada bercakap lebih kurang macam ni..

"kat dalam kelas ni kan, kau seorang je budak lelaki yang baik.. yang lain semua nakal, perangai gatal-gatal lah, suka kacau orang lah.."

tu just nak menunjukkan tentang persepsi orang di sekitar aku terhadap aku sendiri.. nak dipendekkan cerita, orang cop aku ni budak baik lah.. memang budak baik ke?? hahahaha.. baik lah sangat.. aku ni sebenarnya macam ada dual personaliti.. kalau depan perempuan aku jadi baik.. dengan orang lain pun baik gak.. but kalau dengan orang yang aku rapat dorang tahu lah perangai aku macam mana.. aku ni suka membuli juga tahu.. but kebanyakkan orang tak tahu tentang tu.. so, aku ni selalu digambarkan sebagai budak yang baik lah..

tapi memang aku budak baik pun.. hehehe.. sebab even kalau aku suka buli orang pun, memang aku baik dengan yang kena buli tu juga.. just aku ni just jenis yang suka ambil kesempatan lah.. dulu dulu aku macam tu but sekarang tak lagi lah..

even sampai aku study kat IPTS pun, orang cop aku budak baik antara kalangan student lelaki.. yang lain perangai tak leh pakai katanya.. baik ke aku?? hahaha.. hanya aku yang tahu apa yang aku dah buat..

okay, nak diringkaskan cerita lah.. selama aku study kat Australia ni, ada banyak juga lah perubahan dalam diri aku ni.. ada yang baik, ada yang tak elok.. aku nak cerita tentang benda yang tak elok..

ada orang kan suka dengan perkataan 'mencarut'.. ayat macam 'babi' 'fuck' 'kimak' 'bodoh' 'tolol' 'stupid' and apa-apa je lah.. korang tahu lah kan apa maksud aku.. honestly aku tak suka orang yang kerap guna ayat macam tu.. asal sikit nak kata 'babi' lah.. dalam kelas aku waktu sekolah menengah ada lah member ni sikit-sikit nak 'fuck' lah.. tak habis-habis kalau mencarut nak sebut 'fuck'.. aku tak suka giler dengan ayat mencarut ni.. so, nak diringkaskan cerita lah, boleh lah dikatakan yang aku ni mulut bebas dari perkataan 'mencarut' tak elok tu.. even aku kalau marah pun takde lah mencarut semua..

but..

semua dah berubah dah..

aku mula sedar yang aku mula dah berubah.. sedar tak sedar mulut aku macam dah terbiasa nak sebut satu perkataan iaitu 'shit'.. seriously wei, aku pun tak tahu macam mana aku dah terbiasa dengn word tu.. macam kalau aku main game lah kan, kalau lawan aku tu buat marah kat aku, kadang-kadang aku ni mula lah nak sebut 'shit'... then aku mula sedar yang aku dah tak 'sebaik' dulu.. dah upgrade pula.. sesuatu yang tak elok pula tu.. sekarang ni aku tengah try dari tak nak sebut word tu kalau aku nak marah ke apa..

but ada satu lagi yang dah upgrade.. benda yang tak elok lah..

apa benda yang dah upgrade??

hehehe..

korang tengok gambar bawah ni..






koarang nampak tak apa benda tu??

actually tu adalah contengan yang aku telah buat di pintu tandas universiti aku.. senang kata aku ni dah pandai-pandai nak buat vandalisme pula.. alahai... hahaha..

entah  apa-apa lah aku ni kan.. dah semakin nakal dah.. actually contengan tu aku buat minggu lepas.. but then minggu ni aku tengok still ada lagi..but aku buat dengan pensil lah..

aku fikir macam ni time aku buat vandalisme.. mesti mat salleh semua yang tengok benda tu tertanya-tanya apa benda lah yang dimaksudkan dengan 'SAYA COMEL' ni?? orang Malaysia pula mesti tercari-cari siapa punya angkara lah buat ayat 'perasan giler' ni kat tandas universiti.. yang pasti orang buat tu orang adalah orang Malaysia.. but orang suspect aku ke tak sebab aku ni kan 'cop budak baik'.. tak kan lah budak baik ni nak buat vandalisme lah pula.. hahaha.. dah tu ayat tak boleh blah perasan giler pula tu.. hehehe..

but yang dah pasti aku dah upgrade pandai-pandai nak buat vandalisme lah pula..




10 comments:

  1. amboi~ bangge pulak kau jadi 'budak tak baik'....

    ReplyDelete
  2. Haha alahai cute btol la putera ni loL

    ReplyDelete
  3. ala... biase la tu..aku pon dulu 'budak baik' la jugak..skrg plak dah jd 'kurang baik' sbb sebut prkataan2 mcm tu... such as 'shit' , 'damn' , 'the hell' tu aku rase dah biase da dri awal thun dulu dah terbiase ckp2 prkataan2 tu..dulu2 x de pon..
    tpi kire ok la aku ckp dlm B.I so, bile terckap dpn family/parents diorang x faham sgt... tpi yg faham tu ha mule la menjeling semcam je... haha~ :v

    ReplyDelete
  4. next episode plzz, asik citer pasal diri jer... hmmm mungkin pasni, ko citer pasal, masa ko tadika pulak... hmmmm menarik jugak la klu kau citer nnti putera... huhihihi

    ReplyDelete
  5. hahahaha, lawak sungguh. ko seriously mcm innocent boy yg rase mcm jahat gile bile conteng pintu tnds kn? mmg comel. and yes, tulisan tu boleh baiki lg kot. hahaha... lawak jer. :P

    ReplyDelete
  6. not bad. biasalah tu..haha
    kalau nak bagus cuba lah banyak2 berzikir..
    choi poyo lah plak

    ReplyDelete
  7. baik ..sbb hormone berbexa.hehe

    ReplyDelete
  8. Putera comel *lambai-lambai tangan

    ReplyDelete