Monday 17 March 2014

Abang Long Muscle -Part 3-

kali ni aku nak cakap pasal seorang watak yang aku ada pernah cerita gak dalam blog ni.. kalau yang tahu, aku nak sebut semula.. dalam blog ni aku panggil 'abang long muscle'.. sebabnya?? sebab tu gelaran first yang aku dengar pasal dia sebelum aku tahu nama dia lagi.. tapi gelaran just main-main je lah tu dari orang-orang lain.. sebab kenapa dulu-dulu orang panggil Abang Long Muscle, sebab waktu tu orang stay dalam satu rumah, dia yang paling berusia (kira abang long lah) and body pun bagi aku agak berbentuk gak lah (time tu).. kata orang macam sador-sador sikit.. so, dari situ lah macam mana dia dapat gelaran Abang Long Muscle.. tapi sekarang orang tak gelar dia macam tu dah.. aku je yang masih ingat lagi dengan gelaran tu..

nak dipendekkan cerita mengenai kisah aku dengan abang long ni.. kiranya waktu aku first time kat Australia dan dia pun sama gak first time, pada tahun pertama tu kiranya macam ada banyak benda juga lah yang berlaku antara aku dan dia.. bagi aku lebih kurang macam satu konflik (dalaman) sebenarnya.. kiranya aku (asalnya) tak berapa nak berkenan dengan abang long ni... banyak benda lah yang aku kurang senang tentang dia ni.. dari segi cara dia bercakap dengan aku.. cara dia layan aku.. cara dia pandang aku.. kira dalam pelbagai aspek banyak benda yang berkonflik dengan aku.. sesuatu yang aku tak berapa nak suka.. kalau dia bercakap dengan aku pun aku buat-buat macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. walaupun benda tu sebenarnya serius, aku tak berapa nak ambil kisah sangat.. sebenarnya macam ni, dia cakap benda serius, tapi aku ragu-ragu sama ada dia serius ke tak sebab dia selalu cakap benda main-main dengan aku.. so, lama-lama jadi macam 'i dont care' kalau dia nak bercakap dengan aku.. so, aku macam jadi orang 'celaka' kat dia macam 'hei, aku cakap dengan ko tapi tak ambil peduli ek?'.. macam tu lah.. jangan salahkan aku.. bukan maksud nak biadab ke apa.. sebab kalau orang suka cakap main-main sebelum ni, kalau kita cakap serius, orang pun mula ragu-ragu sama ada betul ke tak ko serius? faham tak maksud aku?

dia ni sebenarnya suka nak nasihat kan aku.. tapi cara dia nak nasihat tu di mata aku macam 'agak kasar'.. 'agak tajam..' kira nasihat orang yang lebih matang kepada yang masih muda.. tapi cara dia nak nasihatkan aku tu, aku rasa tak berapa nak berkenan.. sebab aku ni jenis yang ego tau sebenarnya.. seriously aku ni ego sangat tinggi.. satu yang kita tahu apa kelemahan kita, but kita tak nak orang cakap pasal kelemahan kita tu.. aku tak suka kalau orang 'sentuh' pasal kelemahan aku or aku nak admit kelemahan aku.. i think maybe sebab aku jenis yang malu nak admit kelemahan aku.. walaupun sebenarnya kita perlu kan 'guide' dan 'help' dari seseorang sebenarnya.. and memang betul, actually waktu tu aku memang sepatut memerlukan 'pertolongan' dan 'bimbingan' sebenarnya.. dan abang long sebenarnya realize pasal benda ni (yang actually i need some help or guide dari seseorang) dan dia pun selalu gak nak nasihatkan or nak ingatkan aku (dengan cara 'kasar' dan bahasa main-main dia tapi sebenarnya adalah satu nasihat yang serius).. yang jadi masalahnya juga aku ni sebenarnya jenis yang malu nak minta pertolongan.. ni kes apa sebenarnya? actually ni tentang kes dugaan hidup kat perantauan lah.. benda-benda kehidupan..

so senang cakap sebelum ni aku memang tak suka sangat dengan dia.. aku juga sebenarnya macam takut gak kalau nak jumpa dengan dia.. sebab kadang-kadang aku rasa dia kalau dia cakap dengan aku macam marah-marah.. dan aku pula jenis yang tak suka kena marah.. kadang-kadang pula bunyi cakap main-main... tapi dalam marah dan main-main tu kadang-kadang terselit benda yang serius yang dia sampaikan.. benda ni buat aku konfius macam tak faham dengan apa yang dia nak cakapkan.. lama-lama aku jadi macam 'i dont care'.. dia sebenarnya bergurau je dengan aku.. tapi most of the time aku macam ambil hati juga lah.. lalu dia pun cakap aku sombong sebab tak layan dia.. aku tak perlu explain lagi lah kot kenapa aku tak layan dia.. bukan tak nak layan, tapi sebab aku kofius antara dia main-main ke serius kalau dia bercakap dengan aku..

nak dipendekkan cerita lah, pada tahun pertama aku kat Australia, memang aku ni tak berkenan sangat dengan dia.. walaupun tak berkenan, tapi aku agak selalu gak jumpa dengan dia.. lagi pun time tu aku stay menyewa rumah seorang diri, dan rumah abang long antara rumah paling dekat dengan rumah aku.. kalau aku nak gi uni, memang akan kena lalu depan rumah dia dulu.. so, dah nama hidup di perantauan kan, nak tak nak kena lah bergaul dengan orang Malaysia yang ada.. dan jadi problem juga waktu tahun pertama aku di Australia adalah sebab time tu aku antara student termuda.. dan aku ni actually sebelum ni jarang bergaul dengan yang lebih berusia.. jadi memang awkward gila nak bergaul dengan 'abang-abang' semua.. aku ni macam jenis yang 'anti-orang dewasa' sikit.. hahaha.. bukan tak suka.. just macam tak biasa dengan orang yang dewasa.. aku suka yang junior-junior je.. tapi waktu tu aku lah paling junior dari segi umur.. so, disebabkan aku jenis yang tak pandai nak bergaul dengan 'abang-abang' ni, sedikit sebanyak membuatkan lagi konflik dalaman aku dengan abang long muscle.. aku baru je nak biasa kan diri bergaul dengan yang lebih berusia, tapi abang long muscle layan aku macam celaka sikit.. dia suka perli aku.. walaupun aku jenis yang 'i dont care' kalau kena perli ke apa.. so, aku yang jenis tak berapa berkenan dengan yang orang dewasa ni, ditambah lagi jumpa orang lagi dewasa macam abang long muscle perangai poyo tu.. so, menghangatkan lagi konflik dalaman aku terhadap dia.. (secara diam-diam lah.. sebab aku ni jenis yang akan pendam.. kalau tak puas hati, tak suka ke aku tak lepas kat mulut)..

tapi waktu second year kat Australia macam jadi satu turning point sikit dalam tanggapan aku pada abang long muscle.. ye lah, aku kan tak berapa nak ngam dengan dia, but suddenly dia dah mula dapat my respect.. macam pelik sikit citer aku ni.. mula-mula tak suka.. tapi lama-lama dah macam hilang dah perasaan tak suka tu.. kes nya pila aku dapat satu problem ni, and then takdirnya abang long muscle ni lah orang pertama yang nak hulur kan bantuan.. aku pun macam tak sangka pula yang dia nak tolong.. ye lah, orang yang kita tak berapa nak suka, tapi dia lah yang first nak hulurkan bantuan.. (i think he is the only one yang selama ni sebenarnya yang banyak tolong aku dengan cara kata-kata sinis, kasar, main-main dia nasihat kan aku.. but aku just tak sedar pasal hakikat tu sebenarnya).. 

ingat lagi pada moment tu.. finally aku pun luahkan juga perasaan hati aku kat dia.. kata aku tak berapa nak suka kat dia.. kalau boleh aku nak jauhkan diri dari dia..

then dia pun cakap..

"orang yang 'jahat' kat kau ni lah tolong kau.. yang baik dengan kau tu ada tolong kau sekarang ni? aku kacau takde lah pukul semua kan?? tengok, yang 'jahat' ni juga lah banyak bantu kau.."

then pada saat tu aku macam tak terkata.. terus terdiam..

suddenly keegoan aku pun runtuh.. (serius aku cakap ego aku tinggi)

for some reason waktu dia cakap kat aku macam tu dengan nada kasar tapi macam ada nada main-main tapi sebenarnya satu ayat yang serius, entah kenapa tiba-tiba hati aku terus tersenyum bila kena marah oleh dia.. dia terus nak 'marah-marah' aku.. tapi aku dah boleh nak tersenyum kena marah dengan dia..

pada saat itu aku dah boleh nak sedar actually dia ada ambil berat pasal aku gak sebenarnya.. disebalik kata-kata, nasihat yang bernada sinis, tajam, kasar, mengejek, main-main selama aku di first year kat Australia dulu, actually terselit sikap ambil berat sebenarnya.. keegoan aku pun dah runtuh dan sekarang dah boleh iktiraf disebalik marah-marah dia sebelum ni, actually kalau nak compare dengan orang lain, sebenarnya dia lah yang paling ambil berat pasal aku... 

then dari saat tu aku pun tiba-tiba boleh pula terus timbul respect kat dia.. sebelum ni dia kan orang yang aku tak suka, tiba-tiba je boleh jadi orang yang aku respect.. lalu sejak hari tu, aku dah tak berapa nak ambil hati kalau dia nak kacau, perli aku lagi ke.. sekarang aku just akan senyum-senyum je or buat-buat normal.. and to be honest, timbul mula perasaan yang mengharapkan kalau boleh aku nak ada seorang ayah seperti dia.. marah-marah aku.. nasihatkan aku.. kiranya macam aku lihat abang long muscle, aku lihat macam seorang ayah yang marah-marah kat anak dia.. ayah yang nasihatkan anak dia.. nak guide semua.. sebab memang pada saat tu aku memang perlukan 'guide' dan 'help' dari seseorang.. mula-mula tu memang lah aku tak suka kat dia.. asal sikit ada benda lah yang tak kena pasal aku yang ditegurnya.. sampai aku fikir dia ni suka sangat nak cari salah aku.. but kalau difkirkan semula apa yang dia tegur tu sebenarnya betul.. aku ni je ego sangat nak admit kelemahan diri.. 

bercakap pasal aku lihat dia, aku terbayang akan imej seorang ayah.. seriously aku cakap aku terbayang macam tu.. bunyi macam kelakar.. but i really wish kalau aku ada ayah yang macam tu.. seorang ayah yang marah-marah (tapi ambil berat).. membimbing anak dia kalau ada benda yang perlu dibetulkan.. to be honest, my father tak macam tu.. and to be honest juga, i dont really like my father.. benda ni macam sesitif sikit.. family problem ni lagi sensitif bagi aku kalau nak dibincangkan.. senang cakap, aku tak rasa yang aku macam ada ayah.. ada ayah, tapi macam tak wujud je.. aku tak nak memburukkan ayah aku sebab macam aku cakap lah, family problem ni lagi sensitif lagi segala hal lain pada pendapat aku.. but apa yang aku nak cakap adalah, sejujurnya aku tak pasti sama ada aku akan sedih ke tak nanti kalau ayah aku dah tiada nanti.. even waktu my father jatuh sakit, aku langsung takde rasa apa-apa.. but aku accept, he is my father.. sebab aku fikir macam ni, mungkin Allah nak uji aku untuk terima siapa ayah aku seadanya.. jadi sebab itu aku accept he is my father.. aku anak dia.. but.. aku just tak sure, yang aku akan sedih nanti kalau suatu hari nanti ayah aku sudah tiada..

aku pernah cakap kat diri aku macam ni, kalau aku ditakdirkan untuk jadi seorang ayah, i just dont want to be like my father..

okay.. malas nak cakap pasal benda yang too personal.. senang cakap, i think aku dah mula start suka kat abang long muscle.. suka tu korang jangan salah tafsir okay.. sebab macam aku cakap lah, aku lihat dia, aku terbayang akan imej seorang ayah.. dia mungkin jenis yang poyo, (dia memang jenis yang poyo pun.. hahaha) but i think dia akan jadi seorang ayah yang baik kalau dah ada anak nanti.. actually, dia baru je kahwin awal tahun ni.. then aku pun tak sangka yang dia still sambung belajar kat tempat aku ni lagi.. sebab sebelum ni dia cakap mungkin dia nak sambung study kat UK kot.. 

ada benda yang funny pasal aku dengan abang long muscle ni.. aku kan dah cakap yang aku ni macam jenis 'anti-orang dewasa' sikit... and sekarang tengah nak belajar bagaimana nak bergaul dengan orang yang lebih berusia.. dalam blog ni dan my FB pun aku selalu juga cakap, aku tak suka nak panggil orang abang.. aku rasa janggal.. kalau aku nak berkapel sekali pun, kalau boleh aku tak nak yang berpangkat 'abang' sebab aku tak suka nak panggil orang abang.. memang bermasalah betul lah orang macam aku ni kan? bukan tak nak panggil abang langsung lah.. kalau saudara-mara aku boleh pula aku panggil abang.. tapi kalau kat orang lain aku rasa macam tak selesa.. senang cakap, kalau boleh aku cuba nak elakkan diri dari panggil orang lain abang.. sebab tu aku macam tak bergaul sangat dengan orang pangkat abang-abang ni.. 

but apa yang funny sebenarnya adalah, aku panggil abang long muscle sebagai abang.. hahahaha.. dia tua 8 tahun dari aku.. so, kenapa pula nak funny nya? sebab, kat sini aku mula sedar, aku seorang je yang panggil abang long muscle sebagai abang.. budak-budak lain takde pun.. EVEN budak perempuan bawah umur aku pun just panggil nama abang long muscle je.. aku pun macam.. eh, aku seorang je ke panggil dia abang kat sini?? ye lah, orang yang kononnya kata tak suka nak panggil orang lain abang lah, but boleh pula panggil abang padahal orang lain takde pula nak ber'abang-abang.. 

pernah ada orang ni tanya aku..

"kenapa panggil (abang long muscle) abang??"

aku just terdiam.. fikir.. adakah aku salah sebab panggil dia abang??

sebenarnya kat sini takde barrier sangat dengan gelaran abang adik ke.. kita rasa macam semua orang kawan-kawan kita.. bagi orang lain, tak salah pun kalau aku panggil abang long muscle dengan nama dia je.. sebab macam kawan-kawan je bagi mereka.. then orang lain pun kadang-kadang ada juga lah yang perli, kata siap panggil abang long muscle dengan panggilan abang okay.. orang lain takde pun nak panggil abang.. kecuali pada yang dah kahwin dan beranak lah.. yang tu memang panggil abang..

senang cakap macam ni, waktu first year dulu, aku kan paling muda.. then bila baru nak bergaul dengan yang dewasa ni, aku macam jadi curious dengan persoalan 'nak panggil abang ke tak?'.. sebab waktu tu aku paling muda..

aku ni memang lah kata tak suka sangat nak panggil orang abang, tapi at the same time, aku tak nak orang fikir aku ni rude.. lalu, mula-mula dulu tu almost semua orang aku nak panggil abang.. tapi sekarang yang lain aku just panggil nama je.. kecuali abang long muscle je yang still aku panggil abang.. hahaha.. mungkin dah terbiasa..

entah lah.. aku pun konfius dengan pangkat abang or kakak ni.. macam ada budak perempuan muda setahun dari aku ni.. dia panggil seorang perempuan (yang sama umur dengan aku) dengan gelaran kakak.. aku pun macam, apasal nak panggil kakak? padahal tua setahun je pun.. tapi dia panggil aku dengan nama je pula.. takde pula nak panggil abang.. entah lah.. aku pun konfius dengan penggunaan pangkat abang or kakak ni..

okay, sebagai penutup, aku nak share satu gambar ni.. gambar aku berdua-duaan dengan abang long muscle.. aku baru perasan yang selama ni aku tak pernah ambil gambar berdua-duan dengan dia.. kejadian ni baru je berlaku pada sabtu lepas.. ada perhimpunan student melayu sebagai sesi nak kenal-kenal dengan pelajar melayu baru.. abang long muscle yang ajak aku untuk ambil gambar bersama.. aku pun macam malu-malu sikit.. then.. KLIK!! ambil gambar.. so, bila aku tengok gambar ni, terus aku teringat semula kat abang long muscle tu.. sebab tu lah tiba-tiba aku tulis entri ni.. i think dia mungkin orang yang paling banyak meninggalkan kesan yang mendalam selama aku hidup kat Australia ni..





baru perasan.. abang long muscle pakai baju gambar Transformers lah.. hihihi.. tak perasan pula sebelum ni..
bila tengok gambar ni aku fikir, apasal abang long muscle lagi tinggi dari aku? bukan aku yang lagi tinggi dari dia ke? ada yang tak kena ni.. hurmm..
mungkin dalam pic ni takde lah 'bermuscle' sangat pun.. but to be honest, lately aku tengok dia memang nampak semakin kurus berbanding first year kat Australia dulu.. tak tahu kenapa.. kalau compare dengan dulu, dia dah banyak berubah in term of luaran fizikal lah.. yang lain ada makin sador, ada yang makin gemuk.. abang long pula aku tengok makin kurus pula..





read







kadang-kadang, orang yang paling annoying sekali pada kita 
adalah orang yang paling banyak bantu kita..
i think, macam tu lah kot kisah aku dengan abang long muscle..


16 comments:

  1. Laaa punyale aku bayangkan abang long muscle tu, bermuscle2 orangnye. Rupanya camtu je. Tapi kira taf la jugak berbanding orang kat sebelah tu. Puas gak dapat tengok badan kao walau tak dapat tengok wajah kao. Pepun kao rindu kat dia yeeer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dia xde lh brmuscle2 sgt.. just kategori yg lean fit lh.. n gelaran abang long muscle tu bukan dr aku.. tu mcm nama 'ejek2' lh.. but mcm aku ckp lh, dia makin kurus je.. dh mcm bentuk badan aku pula... dulu2 body ok lh.. and dia pun suka nk tayang body.. kat salji siap buka baju lh kononnya nk bukti hebat lh.. but skrg dh biasa2 je.. his friend pula jd yg brmuscle.. perubahan yg mendadak.. dulu kurus, skrg dh sador, kata dh gi gym lh.. minum protein lh.. but abg long muscle pula makin kurus aku tgk.. dh lebih kurang mcm aku pula..

      aku kn jenis yg very high ego.. klu aku rindu, aku x akan admit aku rindu.. hahaha

      Delete
    2. Confirm, sah, sahih, memang kao rindu. X yah nk admit2. Menurunkan sedikit keegoan itu, akan menjadikan kao 'lebih cantik' sebenarnya... Percayalah (berdasarkan dari pengalaman)

      Delete
  2. betul tu.... kadang2 orang yg plg annoying bg kite tu lar yg byk tolong kite time ssh..... bile aku realize bnde ni..... aku mule stat respect org walaupun org tu sgt annoying.... ape yg kite nmpk pd luaran xsmestinya ad pd dalaman.......

    dan lagi satu..... bile nk postkn next episode tok cerita unspeakable love tu..... lame sey tunggu..... naik kematu dah buntut ni...... huhuhu.... haritu dah ad intro...... tp ttp lmbt post.... huhuhu

    ReplyDelete
  3. putera... suh abg long muscle ang tu mendada skit... baru la nmpk macho... hehe

    ReplyDelete
  4. Tamatkan dulu la UL tu. Pastu citer la abang long sampi part 1000 pun xpe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Hai kid. Sihat? (tetiba je)

      Delete
  6. haha, aku follow cerita pasal abg long muscle ni dari awal-awal lagi. lelaki, biasalah. concern tapi tak pandai nak tunjuk, kalau nk lebih-lebih, bukannya ada apa-apa pertalian pon. this is one honest and great guy you have met. :)

    ReplyDelete
  7. e'eh..bdan putera lol :) cute je. Putih lah ur skin, bila nak tunjuk muka? maybe never kut. hehe *I guessed ur answer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu. Nice body kan? Kalo pompuan tengok mesti cair, kalau laki plak, mesti dah tergolek2 atas katil, geram.

      Tp yg paling aku geram bila le nk smbg cite tu.. Rasa cam nk duduk je atas riba putra dan tlg dia taipkn...

      Delete
  8. Nice .. Bila nak sambung cite UL ..

    ReplyDelete
  9. Baru jumpa blog ni 2 pun di promote kat blog shark.memang best r cite ul ni.rasa cam jatuh cinta lak kat penulis dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippp jgn lebey2. Putra tu aku yg punya.... Kan putra kan...?

      Delete
  10. Ya Allah..setiap pemberianku kepadanya adalah ikhlas tetapi kenapa aku sedih bila dia tidak melayaniku sebagaimana yg aku mahu..
    Betul putra cukupla kita melihat dia sentiasa gembira dgn pemberian kita itu..

    ReplyDelete