Tuesday, 20 May 2014

PLU dengan Straight??










aku rasa benda ni aku dah cakap banyak kali dah.. and benda ni macam jadi satu rule dalam percintaan lah.. kononnya.. hahaha.. sebab dalam citer Unspeakable Love, ada disebut mengenai peraturan cinta 'gay'.. and the rule number one adalah 'jangan jatuh cinta pada lelaki straight..'

ada orang tanya aku pasal benda ni lagi.. but aku rasa mesej yang aku sampaikan tu macam jelas juga lah.. and kalau perasan, memang benda ni macam kerap kali juga lah aku sebut.. apa pendapat aku tentang kalau kita suka kat orang yang straight?






Unspeakable Love - Part 21

"kenapa kau tak luahkan perasaan kau dulu kat aku?" tanya Shahir..

aku beranikan diri untuk menjawab, "sebab aku takut kau akan bencikan aku.."

"kenapa kau tak nak kejar dan cuba memiliki aku??" tanya Shahir lagi..

"sebab aku tak mahu memiliki kau.. kerana aku tak pernah ada harapan begitu.." balasku lagi..

"kenapa pula? kau takut menyampaikan perasaan kau sendiri??"

"tak begitu.. sebab aku tak akan gembira jika aku memiliki kau.. sebab kau bukan seperti aku.."

"maksud kau?"

"aku fikir, kau tak seperti aku.. kau lah lelaki normal biasa di mata aku.. kalau aku luahkan perasaan aku pada kau, katakan lah kau menerimanya, maka kau telah pun terjebak masuk dalam dunia seperti aku.. dunia yang aku sendiri tidak inginkan.. jika hal itu berlaku maka kerana aku, kau masuk ke dunia itu.."





The Secret Admirer - Part 3

dan lagi.. persoalan tentang dirinya.. kalau aku suka dia pun, tak semestinya dia akan suka kat aku gak.. dan yang menjadi soalan penting juga adalah, adakah dia ni jenis yang boleh suka pada seorang lelaki gak? kalau dia seorang lelaki yang straight, for sure aku dah takde peluang kot.. dan lagi, aku pun tak berapa berkenan dengan tindakan nak 'mengsongsangkan' seorang lelaki straight.. aku tak rasa ia adalah satu tindakkan yang betul semata-mata hanya mahu merebut cinta seseorang tu.. for me, orang buat macam tu adalah orang yang selfish, hanya kerana mahu mengejar cinta, sanggup mengheret insan yang dicintainya itu masuk ke dunia songsang ini.. 





Dari Hati ke Hati

sebab aku ni jenis yang fikir jadi PLU bukan lah sesuatu yang orang akan suka.. aku ada pendapat yang mengatakan, kalau ko suka pada lelaki straight, biarkan lah dia kekal straight.. tak payah lah nak 'songsangkan' dia semata-mata sebab ko cinta kan dia gila-gila ke apa... biarkan je dia macam tu.. ko jadi happy lah kalau dia jadi PLU? and dia jadi PLU disebabkan ko? ada kes aku dengar macam ni..

"dulu aku ni takde lah suka kat lelaki.. tapi gara-gara seorang mamat ni (goda aku), aku dah suka kat lelaki pula.. disebabkan dia aku jadi PLU.."

then ko happy lah dapat memiliki cinta dia? but then ko tak sedar pula DOSA ko yang 'meng'gay'kan insan yang ko suka tu.. gara-gara ko membawa dia masuk dunia songsang.. hanya kerana sebab ko nak rebut cinta dia, then ko bawa dia masuk dunia 'gelap' ini.. so, aku rasa orang macam ni orang yang selfish.. sepatutnya kita happy yang orang yang kita sayang/cinta tu still remain straight.. walaupun dia takkan pernah nak balas perasaan kita, but kita patut happy yang dia tak jadi macam kita.. ko pun tahu jadi PLU ni tak best.. apa susahnya jadi PLU.. so tak payah nak drag orang yang ko sayang tu masuk ke dunia songsang ko juga.. ianya adalah rahmat yang dia still straight.. kalau ko betul-betul sayang kat dia, betul-betul cinta kat dia.. sepatutnya ko happy yang dia still straight.. cinta ada lah pengorbanan.. (aduh!! jiwang pula aku kali ni.. hahahaha).. even orang yang ko sayang tu takkan pernah balas cinta ko, but ko patut happy yang dia masih 'selamat' dari dunia yang ko rasa kan...










8 comments:

  1. Prinsip yg sgt rasional + selfless whilst menyeksa jiwa, tapi nk buat cemana dah nama ujian T.T

    ReplyDelete
  2. kenapa private blog sebelum ni? terperanjat ai.

    ReplyDelete
  3. Please lpas nie jgn private lgi blog nie. :/
    Suka bca blog nie trutma isu2 yg dibincangkan. Such this. Kdg2 pndpt msing2 bukak minda kita trutma pda golongan str8.

    ReplyDelete
  4. kenapa privatekan blog sblm ni

    ReplyDelete
  5. yes setuju sangat PLU love is all about sacrificing

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. saya penah ada bf straight, to be honest, it hurts tgk dia terseksa sbb itu bukan diri dia. we were together sbb kitorg sayang satu sama lain tp amat susah untuk dia terima yg saya xkan mungkin mampu jd wanita utk dia.. penah satu masa dia sampai menangis sbb terlalu keliru dgn apa yg berlaku. akhirnya kami amik jalan masing-masing.. sekarang ni dgr dan nampak dia bahagia dgn wanita pilihan hati dia.. mmg sakit, tp lebih sakit bila tgk dia derita. at least skrg dia mampu senyum..

    ReplyDelete
  8. situasi mencintai st8 mmg xpernah lari dari kehidupan gay ... mcm aku skrg ni .. die tahu aq gay .. kdg2 die mcm fhm tapi kekdg die mcm saje nk menyakitkan kita .. petua aq AVOID FROM SOMEONE WE LOVE #ST8

    ReplyDelete