Monday, 5 January 2015

Check Lists dengan yang Teristimewa






lama tak update blog.. bukan tak nak update tapi disebabkan ada 'hal kehidupan di dunia' + internet kat kampung aku slow giler nak mampus macam jadi kekangan..

kali ni aku nak tulis post yang jiwang-jiwang sikit.. saje nak bagi update blog.. ianya adalah 'check lists' yang aku teringin nak buat dengan orang yang istimewa di hati aku.. sebelum tu aku nak cakap lah yang aku ni pada masa sekarang selalu menegaskan yang aku ni bukan lah orang yang romantik.. tak pandai nak fikir hal-hal yang romantik pun.. so, benda ni mungkin agak membosankan pada sesetengah orang..but kiranya ini adalah antara 'check lists' yang aku nak buat dengan orang yang
istimewa dalam hidup aku..





1. duduk berdua-duan kat air pancut dekat KLCC tu di waktu malam sambil dikelilingi oleh orang ramai yang pelbagai ragam yang ada di situ.. untuk sesuatu sebab, kolam air pancut tu dah macam jadi antara my favorite places.. dan aku tak sure kenapa benda ni adalah 'sweet' bila duduk berdua-duaan, then berborak sambil melihat air pancut yang berwarna-warni diiringi oleh irama lagu.. waktu my 'first date' dulu, aku ajak seorang ni untuk duduk kat tepi kolam air pancut tu.. entah kenapa macam aku seorang je yang terasa ianya adalah perkara yang sweet bila duduk kat kolam air pancut tu, but si dia pula macam tak rasa apa yang aku rasa.. then waktu perjumpaan dengan blog readers tempoh hari aku pun ajak orang tu duduk kat tepi kolam air pancut tu pada waktu malam.. but dia pun macam tak understand apa yang 'special' or 'sweet' sangat bila buat macam tu... entah.. aku pun tak tahu.. setiap orang orang ada persepsi masing-masing.. but antara impian aku adalah membawa si dia yang teristimewa duduk melepak di waktu malam dekat tepi kolam air pancut KLCC..



2. antara impian aku juga untuk meluangkan masa dengan si dia melawati art gallery.. kat KL mungkin aku akan bawa si dia ke Balai Seni Visual Negara untuk melihat pameran lukisan terkini di sana.. tapi, aku pun suka dengan koleksi lukisan yang dijual di sebuah kedai lukisan kat Pavilion.. memang koleksi karya kat kedai di Pavillion tu superb giler.. waktu aku singgah KL Nov lepas, aku luangkan masa agak lama hanya melihat karya yang superb yang dipamerkan kat kedai tu.. waktu kat Aussie, pun aku ada melawati beberapa art gallery di sana.. mungkin bagi orang perkara ni membosankan.. mungkin pada saat itu aku dan si dia tidak akan bercakap banyak tapi hanya akan terus memandang pada setiap karya, mengagumi apa yang dilihat.. lalu, bila aku sudah menemukan insan terpilih itu, akan aku tanya kan,

"do you like arts? jom ikut aku ke satu tempat..."



3. aku ada gambaran di minda mahu menghabiskan masa dengan seseorang berbaring di atas rumput pada waktu malam sambil menyaksikan kilauan bintang di langit.. zaman aku di sekolah dulu, di asrama aku kerap juga berbaring di kawasan foyer asrama untuk memandang langit.. lalu aku teringin nak buat perkara yang sama dengan seseorang yang istimewa.. berborak banyak perkara.. satu deeper conversation.. mungkin juga bergurau senda.. lalu berbaring di atas rumput memandang bintang di langit.. no kissing.. no hug.. tak payah nak berpeluk-pelukan sangat.. sebab benda macam tu memang bukan dalam bayangan minda aku.. but kalau nak manja-manja macam cubit pipi or hidung mungkin boleh lah.. seperti seorang sahabat rapat, takde lah buat benda yang keterlaluan pun.. kita just nampak macam 'dua orang kawan lelaki' yang tak lah macam pasangan kekasih pun.. but dalam hati, kita tahu yang masing-masing sudah terpaut..



4. aku teringin nak naik motor dengan insan tersebut sambil berbasah dalam hujan.. aku tak tahu kenapa bila naik motor dengan orang yang aku suka + dihujani hujan, kebasahan adalah sesuatu yang sweet.. imaginasi aku ni seolah-olah apa yang aku tulis dalam Unspeakable Love babak Fahri dan Shahir kebasahan dalam hujan ketika dalam perjalanan menaiki motor.. lalu berkejar mencari tempat berlindung.. bila berteduh, masing-masing pandang antara satu sama lain, sambil berpeluk tubuh kesejukan, lalu tersenyum.. ketawa.. basah kuyup.. namun ada 'kehangatan' yang tercipta..



5. aku terfikir nak masak bersama.. aku takde lah pandai masak sangat pun, and aku harap dia pun sama gak.. so, ianya agak special bila kami berdua try nak buat makanan yang sedap dengan kemahiran yang tak hebat ni.. mungkin hasil masakan tu tak menjadi sangat, but kami still nak makan juga.. 



6. aku tak pandai melukis lukisan realistik seperti potret orang.. tapi aku teringin jika aku ada kemahiran tersebut pada satu masa nanti, aku nak melukis si dia.. sambil dia duduk di satu kerusi lalu aku pula tekun melukis dirinya pada satu kertas.. sebenarnya aku pernah juga buat perkara ni pada 'crush' aku.. feeling bila kita try nak lukis orang yang kita ni adalah satu feeling yang berlainan dan sukar untuk digambarkan.. bila nak melukis tu, dalam hati akan berkata, 'lukis lah dengan kasih sayang'... walaupun lukisan kita tak lah cantik mana pun.. tapi ada benda yang special kat situ.. kalau tak melukis, aku mungkin nak ambil gambar dia dengan DSLR aku untuk buat photoshoot.. aku selalu fikir 'wajah' manusia adalah bahagian yang paling istimewa.. aku memang suka nak ambil gambar wajah orang dan suka dengan setiap riak wajah yang dipamerkan oleh manusia..



7. aku teringin nak bermain sukan dengan dia.. seperti bermain badminton berdua-duaan misalnya.. satu aktiviti yang kami boleh lakukan berdua-duaan.. then, kalau aku tak ajar satu permainan itu, dia tolong ajarkan.. entah kenapa aku macam suka dengan feeling bila aku 'diajar' seseorang.. waktu aku bermalam kat UIA dulu, my friend ajak aku main ping pong.. then aku cakap yang aku tak pandai main benda tu.. so, dia ajar aku.. entah kenapa aku suka dengan feeling bila aku 'diajar' oleh seseorang.. lalu terfikir pula kalau-kalau orang yang ajar aku main tu adalah orang yang aku suka, mesti ia adalah sesuatu yang istimewa.. then, aku mungkin nak ajar si dia berenang (kalau dia tak pandai).. ajar, bagaimana nak apungkan diri.. ajar untuk bina keyakinan diri yang tubuh manusia tu lagi 'ringan' dari air sebenarnya.. perasaan bila diri 'mengajar-diajar' ini adalah antara sesuatu yang sweet bagi aku..





so, ni lah perkara-perkara yang 'sweet' bagi aku yang tak romantik ni.. for me, 'sweet-romantik' ni bukan lah dengan bahasa manja, bahasa manis, peluk, cium, romen-romen.. tapi 'sweet-romantik' pada mata aku adalah lebih kepada bagaimana kita luangkan masa kita dengan seseorang itu..






8 comments:

  1. Setuju ngan pndapat ko.. Sweet tu lebih kepada perasaan bkn touch2..hihi..

    Kesemua list ko ni mmg sweet(pndpt aku).. Aku paling ska 1&6

    ReplyDelete
  2. Teringin nk bt yg no 2, 3 and 4, bila bayangkan balik rasa mcam, ahhh, sweetnya! Adoiii, bila la imaginasi aq ni blh jdi knyataan.

    ReplyDelete
  3. nombor 4 tu.... aku pernah lalui benda tu! hahahahaha.

    ReplyDelete
  4. sweetnya abang putera..kita pun nak macam tu.hehehe

    ReplyDelete
  5. Ini baru teaser jer putera ... kalau real .. it's gonna be more than this .. hehe

    ReplyDelete
  6. This list is so sweet.:)

    ReplyDelete
  7. Putera, ade social account mane2 tk? id wc? i need to tell u something important that maybe u can help me solve it cuz i has read your whole blog and it might be helping me in my life

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete