Monday, 24 October 2011

Cinta Tanpa Noktah



siapa pernah baca buku ini? kalau siapa tak pernah baca lagi biar aku jelaskan sikit mengenai kisah dalam novel ini.. 

novel ini bertemakan kehidupan lelaki yang homoseksual (walaupun aku pun tak sure hero dalam novel ini seorang yang abnormal juga).. aku ringkaskan, si hero bernama Art seorang lelaki berumur 20 tahun yang belajar di sebuah kolej.. seperti biasalah, kalau dah nama hero tu, mestilah dia seorang yang hensem dan diminati ramai.. pendek kata, dia ni dah cukup pakej lah.. mula-mula Art ni seorang budak baik je, tapi tidak lama lepas itu dia berubah menjadi seorang yang bermasalah.. dia ni ada seorang kawan lelaki bernama Jali yang homoseksual.. Jali ni memang dah lama suka dengan Art dan sanggup melakukan apa saja demi Art.. pun begitu, Art ni jenis yang tidak mengambil berat akan perasaan kawan dia ni.. hakikatnya, dia sendiri pun tahu yang Jali memang suka dengan dia.. so, dia selalu mengambil kesempatan ke atas kebaikan Jali.. pun begitu, dalam diam, Art sebenarnya mengambil berat terhadap Jali..

ada lagi satu watak bernama Zul.. agak berusia dalam umur 30 macam tu kot.. not sure lah.. Zul ni sama juga lah macam Art, hensem dan diminati ramai.. tapi Zul ni sebenarnya sama macam Jali, seorang yang homoseksual.. pada masa yang sama, Zul ada kekasih sendiri dan kekasih dia ni memang tak tahu yang Zul ni sebenarnya suka dengan lelaki.. konflik yang dihadapi oleh Zul iaitu kekasih dia sering kali mendesak agar perkahwinan mereka dipercepatkan.. sejujurnya, Zul sayang akan kekasih dia ni tapi dia tidak pastilah sama ada dia mampu untuk menipu diri sendiri malah kepada kekasih dia sendiri..

nak dipendekkan cerita, Art dengan Zul telah dipertemukan pada satu peristiwa.. dari saat tu, Zul dengan Art mulai rapat malah mereka juga mula tinggal serumah.. Zul ni dalam diam ada juga menyimpan perasaan terhadap Art tapi dia kawal perasaan suka tu.. kira, Zul ni walaupun dia seorang yang homoseksual, tapi semangat dia untuk melawan nafsu tu memang kuat.. so, dia just anggap Art sebagai adiknya je, tak lebih dari itu.. 

ergh... hmm.. macam mana nak cerita ye? aku tak pandai nak beri ringkasan cerita novel ini.. dalam novel ini, langsung tidak ada perkataan macam 'gay' or ''homoseksual'.. tapi dari segi cerita, kita boleh faham akan naluri watak tu sebenarnya.. Art pula bagi satu kes berbeza.. honestly, aku pun tak pasti sama ada dia seorang yang homoseksual or tidak sebab dia sebenarnya jatuh cinta dengan seorang perempuan.. dia memang sayang sangat-sangat dengan kekasih dia itu.. tapi, dalam masa yang sama, dia juga memberikan perkhidmatan seks kepada lelaki.. malah, abang angkat dia, Zul sendiri pernah dirogolnya.. tapi pada saat tu, Art ni dalam keadaaan separuh sedarlah.. kalau nak dikatakan Art ni seorang yang biseksual, bagi aku, dia just layan lelaki bukan disebabkan nafsu tapi sebab nak duit.. not sure lah..

secara keseluruhannya, bagi aku novel ini agak bagus juga untuk dibaca.. tak sangka aku di Malaysia pun ada novel macam ni.. i mean novel genre yang taboo tapi diluluskan untuk dipasarkan.. memang susah nak cari novel genre macam ni.. aku suka akan novel ini sebab ia tidak begitu direct.. i mean, bagaimana penulis menceritakan lelaki itu adalah seorang homoseksual tanpa menggunakan perkataan 'gay', 'homo' or 'plu'.. ada banyak isu juga yang menarik perhatian aku seperti kes perkahwinan antara Zul dengan kekasih dia.. bagi aku, hal ini adalah perkara yang sangat serius sebab mungkin di satu masa lagi, aku mungkin menghadapi masalah yang sama.. katakanlah, kamu seorang yang homoseksual tapi mempunyai kekasih perempuan dan akan melangsungkan perkahwinan.. pilihan cuma ada dua, pertama meneruskan perkahwinan itu or menolaknya... inilah konflik yang melanda diri Zul.. 

adakah kamu ingin berkahwin semata-mata nak tunjuk pada semua orang bahawa diri kamu normal? kalau kamu berkahwin, mampukah kamu memberi nafkah batin? beranikah kamu memberi tahu kepada calon isteri bahawa kamu sebenarnya seorang homoseksual?? persoalan-persoalan inilah menjadi satu isu yang amat penting kepada diri aku.. dalam novel ini pula langsung tidak menyentuh mengenai bab-bab agama.. ia adalah sebuah novel yang neutral.. akan tetapi, dipengakhiran novel ini masih lagi tidak dapat memceritakan nasib lelaki yang bergelar homoseksual.. tiada jalan penyelesaian yang begitu kukuh kerana ia hanya tergantung begitu sahaja.. mungkin begitulah pengakhiran kehidupan manusia seperti ini.. manusia seperti aku...

mungkin kerana itu lah tajuk novel ini "Cinta Tanpa Noktah" sebab tiada perakhiran yang pasti...

15 comments:

  1. Aku konpom nizam zakaria yang tulis novel nie mesti gey kan ..emmmmm ..har har har

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nukman ni memang dah tak menulis lagi ke kat blog dia?

      Delete
    2. entah lh.. dulu dia kata nk private tp dh delete trus.. kdg2 ada gak dia komen jd anonymous...

      Delete
    3. macam mana nak dapatkan buku ni...boleh tak saya beli ddengan saudara.saya nak buat kajian metodologi...berharap sangat bahawa saudara akan membantu saya..

      Delete
  2. bawu je abes bace buku nih (novel bm pertama yg aku habiskan semenjak skolah menengah)

    art tuh confirm rr bisexual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak saya beli buku ngan saudara.saya nak buat kajian metodologi

      Delete
  3. Kata dah diharamkan.. so mana le dapt buku tuh.. cam best je..ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. x diharamkan lah.. tu pasal aku pelik mcm mana boleh ada dijual kat Malaysia novel genre ni.. dulu aku beli kat kedai Popular di 1 Utama.. tahun lepas beli..

      Delete
  4. nak buku ni puas aku cari.. huhuhu.... dulu pernah nampak sekali tapi masa tak beli pulak menyesal... huhuhu....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kat kinokuniya ade jual x ?????

    ReplyDelete
  7. Aku smpt hbiskn dlm msa berapa jam novel nie..kisah nie yang mungkin bkl mnjdi tldn utk aku atau sbliknya..diibratkn aku adalh aida dlm crita nie..n kksh ku adlh zul...tapi aku dlm keraguan smada dia homo or biseks?? Dia juga punyai adk angkat spt art..tpi tak punya mslah kehidupn mcm tue..keraguan bermula dr aku blh hack dia nye fb..msg dngn adk nya berbaur lucah..kkshku sering tgk gay seks bla pnjam lappyku..trtarik pda lelaki..aku n dia hmpir 11 thun bercouple..smpai kini aku blum tahu krbenarn..dia blm pernah mlakukan sesuatu yg tak baik..ringan2 pon tak..pegang tngan ada la..yang mmbuatkan aku confiuss sngt adalah dia slalu memikir mlm pertma kami nt..sering ceritakn hndkkn anak bla berkahwin..aku takut dia hnya akn berkwen ngn aku kerna mnutup hbngn itu..n mhukn zuriat smta..

    ReplyDelete
  8. Ada kew novel plu lain ???

    ReplyDelete
  9. saya dah baca novel ni at the end of the story he still love the girl

    ReplyDelete