Thursday, 27 October 2011

the Unmarried Father



waktu aku tengah online PR, tiba-tiba ada seorang lelaki ni tengok profile aku.. aku lihatlah siapa dia.. buka profile dia.. tengok dan baca profile dia.. umur 30 tahun.. dalam profile ada tulis dia adalah seorang unmarried father.. ada seorang anak lelaki yang sekarang ni sudah berumur 3 tahun.. baca status seksualiti dia, seorang gay.. dalam hati aku berkata, "menarik ni.."

then aku cuba tegur dia..

aku: macam mana unmarried father tu? ambil anak angkat ke?
dia: yupp..
aku: ok.. btw, that's nice!!


satu persoalan yang menarik.. sebelum ni aku ada baca dekat blog Mus cakap pasal hal perkahwinan.. ini adalah antara konflik yang melanda golongan yang macam aku ni.. honestly, aku pun teringin gak nak ada family.. teringin nak ada anak sendiri.. (padahal aku muda lagi.. tapi ini isu pada masa hadapan) persoalannya, dengan siapakah aku akan membina 'family' aku? honestly, aku ada fikir yang aku akan try kahwin dengan perempuan.. tak kisahlah perempuan macam mana.. cantik or tak cantik.. so, bila aku dah kahwin nanti, aku akan try jaga isteri aku dengan baik.. jaga makan minum dia.. and bla bla bla...

tapi bila aku baca komen Prince Patrick, tiba-tiba aku terfikir, "kenapa nak rosakkan kehidupan orang lain, i mean bakal isteri aku kalau diri sebenarnya takde nafsu dengan perempuan? mampu kah aku memberi kebahagian kepada isteri aku, malah kebahagian buat diri aku sendiri?"

ergh... rumitnya hidup ini...

tak nak fikir dah.. umur masih muda tapi dah fikir macam-macam... haish..

sejujurnya, aku mengharapkan di satu masa nanti aku akan merasai bagai manakah perasaan apabila kita sudah bergelar seorang ayah.. mencium dahi dia sebelum tidur.. memberikan kasih sayang dan perhatian buat dirinya.. mengajar dia akan erti kehidupan.. mengatakan kepada dirinya bahawa "ayah sayangkan kamu..."

memberi kasih sayang yang selama ini aku tak pernah merasai dari seorang ayah...

ada tapi seakan tidak pernah wujud...

tapi aku tidak akan membuat perkara yang sama kepada 'kurniaan' ini..

itu janji aku...



4 comments:

  1. pernah merasakan saat itu..
    anak kpd my bf n his wife..
    mmg seronok melihat si kecil membesar..
    dan keletah si kecil boleh mgubah sikap seseorg..
    org seperti aku..

    p/s: welcome to blog world..

    ReplyDelete
  2. Argh ... I can't think about it now ... stuck!! hahaha

    ReplyDelete
  3. Is not about being gay or bisex but is about can you really give yourself to your wife and come out from the real world? I'm not trying to make you down nor influence you but merely waking you up to the real world instead. If you really can promise yourself, I really happy for you.

    Marriage is not a relationship like gay relationship where you can end anytime, marriage is for life long where you need to take care of your wife, kids and family. You'll have to forget everything about your past and feelings towards guys and your mind and heart are only for your wife and kids.

    As I said earlier, you're still young to decide what you wanted in your life but no harm have planning for your future. If you really wanted to have a family, this is the right time for you to change yourself and never ever turn back.
    Think carefully and take all the consequences into your consideration and everything will be fine :)

    ReplyDelete
  4. hmmm....apepon, sekarang bukanlah masa untuk buat keputusan seperti ni...sape2 pon inginkan zuriat tapi kalau xde nafsu kat kaum hawa camne pulak? Tapi, sentiasa lah berdoa agar ada seorang hawa diluar sana yang bisa mengugat naluri lelaki kamu itu, mungkin pada masa itu adalah masa untuk kita kembali ke pangkal jalan~ ahahahahhahahaks.....larikkkkkkkkksss

    P/S: ni post pertama daus yer...mohon mahap lau terkasar bahasa dan salam kenal dari Naga Sepi~ :P

    ReplyDelete