Thursday, 13 October 2011

-Pasangan-

orang mengatakan setiap insan sudah ditakdirkan untuk memiliki pasangan mereka masing-masing.. dan disebabkan itu, muncul lah ungkapan, "jangan mengejar cinta kerana jodoh itu pasti akan datang juga.." persoalannya sekarang ini adalah, "memang betul kah begitu?" jika memang disaat seorang manusia itu dilahirkan telah termaktub mereka dilahirkan berpasangan (dengan erti kata lain mempunyai jodoh masing-masing) aku tertanya-tanya siapakah pasangan ku itu? bagaimana kah rupa paras wajahnya? dan yang paling penting, adakah dia seorang perempuan?

jika dia adalah seorang perempuan, aku tidak mampu untuk mengatakan apa yang telah tersimpan di dalam hati ini.. untuk saat ini, aku tahu bahawa aku tidak mampu untuk mencintai seorang perempuan.. ia adalah persoalan mengenai hati dan perasaan.. adakah aku mampu tertarik terhadap seorang perempuan.. sesungguhnya aku harap begitu namun untuk saat ini hati merasakan ia adalah begitu sukar untuk terjadi.. 

dan aku tertanya-tanya, "apa yang akan berlaku jika aku melawan jodoh?" jika benar seorang lelaki itu telah dilahirkan memiliki pasangan sendiri (perempuan), aku rasa aku tidak akan menemukan perempuan itu pada saat ini.. kerana aku seorang yang abnormal.. jika aku mampu mengubah keadaan ini, sesungguhnya aku ingin mencari 'dirimu'... 

mungkin aku telah tersesat... aku telah lari dari ketentuan ini... memikirkan tentang 'dirimu', aku tertanya-tanya apa yang akan terjadi jika aku berterusan 'sesat' di dunia yang aku sendiri tidak inginkanya? bolehkah kau mencari pengganti diriku? maafkan aku... 

dunia ini begitu sukar buat diriku... aku juga tidak memahaminya... mungkin juga kerana aku tidak mahu memahami diriku... 

0 comments:

Post a Comment