Tuesday, 13 March 2012

Peringatan




12/03/12

pegawai dari pihak penaja datang singgah ke universiti aku untuk memberi ceramah. banyak benda yang dibincangkan tapi aku antara sedar tak sedar je ketika datang mendengar ceramah tu.. dengan kata lain, sometime aku terleka (terlena) sometime dengar.. aku memang jenis yang mudah mengantuk bila mendengar ceramah.. :D

banyak peringatan yang mereka sampaikan.. biasalah, kena jaga student yang banyak.. kat Australia ada kurang lebih 20,000 student Malaysia.. jangan buat ni, jangan buat tu.. banyak macam lah.. tapi, ada benda yang mereka sampaikan menarik perhatian aku..

"kita tahu di Australia ni agak bebas sedikit.. tapi saya ingin beri peringatan, ANDA DILARANG UNTUK MENJADI GAY!"

bila aku dengar peringatan tu, hati aku berkata, "macam mana nak larang orang untuk tidak jadi gay? even aku sendiri pun tanpa ada niat dah jadi gay.."

aku faham apa yang pegawai tu ingin sampaikan.. ni mesti ada kaitan dengan kes hari tu yang student Malaysia berkahwin dengan warga asing.. entah lah.. aku pun tak faham macam mana lah budak lelaki tu boleh terfikir nak berkahwin dengan lelaki asing? faham-faham je lah budaya kat Malaysia ni macam mana.. aku sendiri pun tak pernah terfikir nak berkahwin dengan lelaki... maksud akad nikah itu sendiri pun adalah lafas untuk menghalalkan seorang lelaki kepada seorang perempuan termasuklah dalam hal seks.. (kira-kira macam tu lah apa yang aku study kat sekolah menengah dulu..) dah seks sejenis tu salah, macam mana nak halalkan perkawinan sejenis?

tapi aku pun tak bodoh lah.. aku ada family.. saudara-mara pun banyak.. hubungan antara kami semua sangat rapat.. apa yang terjadi kepada family seseorang semua orang ambil tahu... kalau lah aku buat hal kat Australia ni (kes gay) memang family aku akan tebal muka... ingat-ingatlah kesan kepada orang sekeliling kita, jangan just nak fikir kepentingan sendiri je.. 

ada satu kes pegawai tu cakap, seorang pelajar lelaki student Malaysia kat Australia tiba-tiba menghilangkan diri.. tapi sebenarnya dia tak menghilangkan diri, tapi lelaki tu dah menjalani pembedahan pertukaran jantina.. ish.. ish.. macam-macam.. kalau nak tukar jantina pun, tunggulah sampai habis belajar dulu.. kot-kot dia guna duit biasiswa untuk pembedahan kot.. 

in short, kalau dah berada di negara orang untuk study, dapat tajaan, kena lah pandai bawa diri.. macam mana nak jaga maruah.. sebab apa yang kita buat orang akan ambil tahu.. pandai-pandai lah jaga maruah sendiri... yang gay, tak perlu lah jadi gay melampau di negara orang.. terlalu leka dengan 'keterbukaan' di negara orang sampai lupa akan budaya negara sendiri..





# jangan-jangan lepas ni aku pula yang keluar berita sebab ada buat 'kes gay'.. haha.. harap-harap jangan...

3 comments: