Monday 2 July 2012

Unspeakable Love -Part 5-





Part 5 : The Truth

pada malam itu, aku tidak mampu untuk tidur lena kerana asyik terfikir hal yang berlaku pada siang tadi.. di hadapan mata, aku melihat Shahir bercumbu dengan seorang lelaki.. sampai saat ini, aku masih lagi terkejut dengan apa yang aku saksikan.. bagaimana harus aku percaya insan yang selama ini aku fikir adalah normal telah melakukan sesuatu yang aku sendiri tidak sangkakan.. dan lebih melukakan lagi, di saat aku sudah berserah untuk melupakan perasaan ini, di saat aku mengakui Shahir adalah milik Liyana, namun apa yang aku saksikan adalah satu pengkhianatan.. Shahir mengkhianati cinta Liyana!!

lelaki itu adalah Shahir.. baju yang dipakai lelaki itu sungguh aku kenal sekali.. baju itu lah yang dia pakai pada siang tadi... memang tidak salah lagi, dia adalah Shahir.. rupa itu tidak akan pernah aku lupakan.. wajah yang dulunya pernah wujud di minda aku.. 

berat rasa hati aku.. pada siang tadi Liyana meminta aku untuk menyampaikan hadiahnya kepada Shahir.. anak patung beruang itu adalah lambang hubungan mereka berdua.. tapi... adakah Shahir layak untuk menerima cinta Liyana? dia telah mengkhianati kekasihnya sendiri.. dia juga mengkhianati kepercayaan aku terhadap dirinya.. sungguh, pada saat ini aku mula hilang rasa hormat kepada dirinya.. sanggup kau begitu, Shahir!

dalam bilik yang sudah gelap, aku memandang ke arah Shahir yang sedang berbaring di atas katilnya.. perasaan di dalam hati ini berasa geram terhadap dirinya.. aku tertanya-tanya, adakah Shahir tidak berasa bersalah melakukan hal itu semua? tidakkah dia memikirkan perasaan Liyana? kau bukan lagi seperti Shahir yang aku fikirkan.. persepsi diriku terhadap dirimu kini telah berubah..

biarkan sahaja perasaan diriku terhadap kau terus pudar setelah apa yang kau lakukan pada hari ini.. kau pengkhianat perasaan.. kau tidak layak untuk menerima cinta Liyana... tapi... patutkah aku memberi tahu hal ini kepada Liyana? sungguh, aku tidak tahu...



*     *     *



keesokkan harinya, aku memulakan hari itu seperti rutin yang biasa aku lakukan.. hari ini aku bersiap awal untuk menghadiri kelas.. Shahir juga begitu, bangun lebih awal dari kebiasaanya.. dia bersiap awal dan menunggu aku di luar pintu.. aku cuba untuk berlagak normal.. jujur aku katakan, peristiwa semalam telah mengubah pandangan aku terhadap dirinya.. tapi aku tidak mahu dia menyedarinya.. aku mahu melayannya seperti biasa biar pun hakikatnya pada saat ini aku masih lagi terfikirkan hal yang berlaku semalam..

"i'm done.. jom pergi.." kata aku..

kami berjalan bersama-sama untuk pergi ke kelas.. aku hanya berdiam diri, begitu juga dengan Shahir.. tidak ada satu perbualan di antara kami berdua dalam perjalanan untuk pergi ke kelas.. aku tahu kenapa aku berdiam diri.. aku kalau boleh tidak mahu memandang wajah Shahir.. perasaan geram itu masih lagi ada dalam hati aku.. amarah aku mesti dikawal.. 

setelah sampai, kami berpisah untuk menuju ke kelas masing-masing.. seperti biasa, aku berada satu kelas dengan Liyana kerana kami memiliki tutor yang sama.. aku hanya duduk berdiam diri sementara menunggu tutor masuk.. kemudian aku memandang ke arah Liyana.. dia sedang menuju ke arah tempat duduk aku..

"macam mana? kau dah beri patung tu kat Shahir?" tanya Liyana..

aku sudah menduka Liyana pasti akan bertanyakan hal itu.. sejujurnya, aku masih tidak menyampaikan hadiah Liyana kepada Shahir.. hasrat aku terbantut.. 

aku hanya berdiam diri.. aku tidak tahu nak kata apa pada Liyana.. patutkah aku memberi tahu segalanya kepada Liyana? dia teman wanita Shahir.. dia berhak untuk tahu..

"hmm.. Yana.. ada benda aku nak cakap.."

"apa dia? Shahir ada cakap apa-apa tak?" kata Liyana yang kelihatan begitu teruja..

aku memandang wajah Liyana.. ada sinar kebahagiaan di matanya.. entah kenapa aku berasa tidak sampai hati untuk mengatakan hal yang sebenarnya.. patutkah aku memberi tahu Liyana yang Shahir membuat onar dengan lelaki lain? jika aku berbuat demikian, maruah Shahir akan tercalar.. aku sendiri tidak mahu mendedahkan identiti aku kepada sesiapa.. biarpun Shahir telah melakukan sesuatu yang buruk, tapi aku tidak harus mendedahkan siapa dirinya.. tapi.. betul kah Shahir sama seperti aku? 'songsang' kah dirinya? tapi, bagaimana pula apa yang aku lihat semalam? tidakkah itu sudah menjelaskan semuanya?

"Yana.. Shahir sebenarnya.."

"ada apa dengan Shahir? kau belum beri patung tu kat dia ke?"

"tak ada lah.. aku dah beri kat dia.. Shahir sebenarnya nak ucap terima kasih sangat-sangat kat kau.. dia kata patung tu comel.. dia suka sangat.."

aku menipu.. entah kenapa aku menipu Liyana.. aku cuma tidak sampai hati untuk memberi tahu hal yang sebenarnya.. aku takut Liyana akan terluka.. dalam masa yang sama aku tidak mahu mendedahkan diri Shahir yang sebenarnya..

Liyana hanya tersenyum kegembiraan.. aku pula dihimpit rasa bersalah.. aku berbohong kepada Liyana.. aku menyembunyikan rahsia Shahir daripada diketahui Liyana.. biar pun aku tahu Liyana berhak untuk mengetahui hal yang sebenar, tapi aku cuma... tidak sampai hati..

Ya Allah! beri lah aku petunjuk.. apa yang harus aku lakukan?

"terima kasih sebab tolong hantarkan.." kata Liyana sambil tesenyum..

"aku tak kisah pun.. Shahir kan my roommate.. no problem lah.." aku berbohong lagi..

perasaan aku saat ini terasa berat.. menipu membuatkan aku rasa bersalah.. kecurangan Shahir aku rahsia kan, padahal Liyana adalah kekasih Shahir.. dan  lebih berat lagi kecurangan Shahir bukan pada perempuan lain tapi dengan seorang lelaki.. mata aku ini telah menjadi saksi.. perasaan aku terhadap Shahir telah musnah.. tapi jika Liyana mengetahui perkara ini sudah tentu hatinya akan jatuh berkecai.. Liyana sudah tentu lebih terasa berbanding aku..

kelas bermula setelah tutor kami masuk.. seperti biasa, kami perlu membentangkan hasil kajian yang telah kami minggu lepas.. namun, entah kenapa aku tidak dapat menumpukan perhatian aku sepenuhnya dalam pelajaran.. di minda aku masih berterusan memikirkan hal semalam.. di hati aku terasa berat dengan penipuan yang aku lakukan terhadap Liyana..

aku memandang ke arah kekasih Shahir itu... dia kelihatan begitu bersemangat hari ini.. dia lebih banyak tersenyum pada hari ini.. aku rasa semakin bersalah... senyuman Liyana menambah beban di hati aku.. patutkah aku melukakan hati Liyana dengan memberi tahu hal yang aku saksikan sebenar?

"Yana, sini jap.." aku memanggil Liyana.

kelas hari ni sudah tamat.. Liyana baru sahaja mahu beredar.. entah kenapa aku tiba-tiba memanggil Liyana..

"ada apa?" tanya Liyana setelah datang menghampiri tempat duduk aku..

"aku nak cakap sesuatu.. tentang... Shahir..."

"Shahir? kenapa dengan Shahir?"

aku terasa gugup.. patutkah aku katakan hal ini kepada Liyana? sungguh, aku tidak suka untuk jadi penipu..

"emm.. macam mana nak cakap ye?" di hati aku sebenarnya ragu-ragu..

"cakap apa? cepatlah beri tahu.. Yana nak cepat ni.."

"macam ni.." aku menarik nafas, "actually aku tak beri lagi hadiah kau pada Shahir.."

"kenapa tak beri lagi?" Liyana mula ingin tahu..

"aku cakap tapi kau jangan marah, okay..."

Liyana menganggukkan kepala..

"semalam, aku ada jumpa Shahir dengan seorang... perempuan..." aku menipu..

"maksud kau Shahir ada perempuan lain ke?" Liyana mula menduga..

aku semakin gugup.. pandai pula Liyana ni meneka.. tapi, masalahnya yang aku lihat Shahir bukan dengan seorang perempuan, tapi dengan lelaki..

"aku tak kata yang dia ada perempuan lain.. cuma tengok dia dengan seseorang sedang.. emm.. tak tahu lah nak cakap macam mana.. actually, aku keberatan nak cakap hal ini.."

Liyana mengambil kerusi lalu duduk menghadap aku.. riak wajahnya kelihatan serius..

"kau cakap je.. kau beri tahu kat aku semua yang kau nak katakan.." kata Liyana..

"semalam waktu aku nak beri hadiah tu kat Shahir, emm.." aku keberatan untuk meneruskan..

"ada apa? kau cakap je.. I'm his partner.. aku patut tahu semuanya.."

"aku tak pasti lah.. tapi yang aku perhatikan mereka kelihatan begitu mesra.. aku tak nak lah mahu menuduh tapi... emm.."

"then.. lepas tu apa? kau ni buat aku nervous je lah.."

"aku rasa dia mungkin ada orang lain.. entah.. aku pun tak pastri.."

"kau tak percaya dengan Shahir ke? bukan kah dia memang baik dengan semua orang.. apa yang kau lihat sebenarnya?"

"aku nampak dia dan perempuan berdua-duaan.. mereka kelihatan agak mesra.."

"mesra? mesra macam mana?"

aku terdiam.. tak tahu nak jelaskan pada Liyana macam mana.. berpelukkan dan bercumbu.. boleh kah Liyana terima semua itu?

"emm.. mesra lah.. kau tahu apa itu mesra kan?"

"okay... tapi kau ada dengar tak perbualan mereka berdua?"

"emm.. tak dengar... sebab aku perhatikan dari jauh.."

"okay.. berapa lama kau perhatikan mereka berdua-duan? kau ada tanya Shahir tak siapa perempuan tu?"

"aku tengok sekejap je.." aku mengingati semula kejadian semalam.. melihat Shahir dan lelaki tu berpelukkan lalu bercumbu, kemudian aku melarikan diri.. ya.. aku terus melarikan diri setelah melihat mereka bercumbu.. hati aku berkecai pada saat itu.. apa yang aku saksikan benar-benar menghiris hati aku..

"kau ada tanya Shahir tak siapa perempuan tu?" Liyana bertanya lagi..

"emm.. tak ada.."

patut kah aku tanya Shahir dengan siapa dia bercumbu.. nanti-nanti aku pula kena marah sebab curi-curi melihat apa yang mereka lakukan..

"so, macam mana ni Fahri? kau pasti kah dia ada hubungan dengan perempuan lain? penjelasan kau seperti kurang memuaskan.. takkan lah sebab dia berbual mesra dengan perempuan lain kau dah buat andaian macam tu? tak kan lah kau tak kenal Shahir macam mana?"

"emm... aku tak cakap yang dia ada hubungan lain.. tapi..."

"tapi apa?"

"entah.. aku pun tak pasti..."

aku buntu.. aku tidak tahu nak jelaskan macam mana.. di depan mata aku memang melihat yang Shahir ada berpelukkan dengan seorang lelaki.. aku memang melihat mereka bercumbu.. tapi betul kata Liyana.. aku tak mendengar dengan jelas apa yang mereka bualkan.. dan aku juga tidak melihat mereka untuk tempoh masa yang agak lama.. apa yang mereka lakukan sebelum dan selepas mereka bercumbu? aku melarikan diri.. hati aku kecewa dengan apa yang aku saksikan.. dan aku juga tak mahu mereka sedar bahawa aku terlihat apa yang mereka berdua lakukan.. tapi, berpelukkan dan bercumbu tidak kah sudah jelas? aku fikir ia adalah satu pengkhianatan.. dan kerana itu aku rasa Liyana patut tahu sesuatu..

"hmm.. macam ni lah.. aku kenal kau siapa.. dan aku yakin yang kau tak akan berbohong kepada aku.. tapi dalam masa yang sama, aku juga mengenali siapa itu Shahir.. aku juga mempercayai dirinya.. tapi sekarang ni, kau buat aku keliru.. aku tak mahu semuanya akan jadi salah faham.. tapi aku faham kenapa kau beri tahu hal ini kepada aku.. sebab kau juga mengambil berat tentang hal ini.. kau hanya ingin menyampaikan sesuatu.."

"sorry lah.. aku tak berniat pun nak buat fitnah or salah faham.. aku cuma.. risau... tapi kau benar.. aku sendiri juga masih kurang pasti.. aku harap semuanya hanya satu salah faham.."

"aku faham.. tapi kau jangan risau lah.. kalau benda ni hanya salah faham, aku still tak akan salah kan kau.. tapi tak dapat dinafikan kepercayaan aku terhadap Shahir pada saat ini agak tergugat.. kalau dulu aku percaya dirinya seratus peratus, tapi kini aku akan simpan sepuluh peratus dan hanya percaya sebanyak sembilan puluh peratus.."

aku terdiam.. kata-kata Liyana itu membuatkan aku terdiam.. bagaimana jika betul semua ini hanya salah faham? walaupun Liyana cakap dia tak akan marah aku, tapi hakikatnya aku telah mengganggu hubungan mereka berdua.. aku telah mengugat kepercayaan Liyana terhadap Shahir.. Ya Allah! apa yang aku telah lakukan? aku hanya ingin menyampaikan.. semuanya salah aku kerana terlalu terburu-buru.. tapi betul kah semua ini satu salah faham? apa yang aku lihat itu tidak jelas lagi kah?

"Yana nak pergi dulu.. kawan Yana sebenarnya tengah tunggu kat luar.. by the way. Yana nak ucap terima kasih kat Fahri.. jangan risau.. Yana faham niat kau macam mana.. semuanya akan baik-baik sahaja, okay.." Liyana tersenyum ke arah aku..

aku membalas senyuman itu..



*     *     *



pada malamnya aku tidak dapat tidur dengan lena.. dalam seminggu ni aku tidak dapat tidur lena.. malam-malam sebelum malam dua hari lepas aku berjaga kerana hendak menyiapkan model bangunan aku.. semalam aku tidak dapat tidur kerana terfikirkan kejadian yang aku saksikan dalam bilik ini.. dan sekarang ini sekali lagi aku masih lagi tidak mampu melelapkan mata.. aku terfikirkan apa yang sedang aku lakukan pada siang tadi..

"...kalau dulu aku percaya dirinya seratus peratus, tapi kini aku akan simpan sepuluh peratus dan hanya percaya sebanyak sembilan puluh peratus..."

kata-kata Liyana itu membuatkan aku rasa bersalah.. aku takut jika semuanya hanya satu salah faham.. sungguh, aku berasa takut.. aku cuma tidak mahu jadi seorang penipu.. aku juga tidak mahu membiarkan apa yang Shahir lakukan di belakang pengetahuan Liyana dibiarkan begitu sahaja.. tapi dalam masa yang sama aku juga sedar akan satu perkara.. aku begitu terburu-buru untuk membuat kesimpulan..


kau telah rela untuk melepaskan dirinya... kau telah bersedia menerima kenyataan yang dia sememangnya bukan bukan kau... tapi pada satu ketika si dia mengejutkan diri mu bahawa dia mungkin sama seperti orang macam kita.. tapi yang menyedihkan, di saat kau menyedarinya kau melihat dirinya berpelukan dengan lelaki lain.. kau lihat dia bercumbu.. apa yang kau akan rasakan, Ihsan?

perasaan itu begitu pedih sekali di saat aku melihatnya dengan mata aku sendiri.. tapi aku sedar bahawa aku tidak harus memiliki perasaan itu.. dari dulu lagi dia bukan milik aku.. dia adalah adalah milik kawan aku, Liyana.. 

aku telah hilang rasa hormat kepada dirinya.. pada pendapat aku dia telah melakukan satu pengkhianatan.. Liyana harus mengetahuinya.. kerana aku tidak mahu Liyana dipermainkan.. tapi... aku sedar satu perkara bahawa aku begitu terburu-buru.. aku mengadili dirinya tanpa mengetahui hal yang sebenarnya.. 

tapi, bagaimana dengan apa yang mata aku telah saksikan? jawapan apakah di sebalik pelukkan itu?


mesej itu aku hantar ke arah Facebook Ihsan pada petang tadi.. aku berfikir apakah Ihsan akan lakukan jika dia mengalami situasi yang aku hadapi.. Ihsan tidak seperti aku, dia lebih rasional berbanding aku.. perasaan aku tidak mudah dikawal di saat aku jadi lemah begini..

sesungguhnya pada saat ini, aku mahu dengar kata-kata Ihsan.. aku mahu dia membimbing aku..

pada bilik yang sudah gelap tanpa cahaya lampu, aku terbaring sambil mendongak ke arah siling.. aku berasa bingung.. fikiran aku dihatui jika perbuatan yang aku lakukan adalah salah.. jika aku salah, aku berasa bersalah kerana telah membuatkan Liyana mula ragu kepada Shahir.. tapi pada saat ini aku juga ragu akan diri Shahir yang sebenarnya.. apakah rahsia yang dia simpan yang aku tidak ketahui?

aku cuba melelapkan mata.. aku mahu melupakan semua yang berlaku pada dua hari ini.. mungkin aku patut tidak melakukan apa-apa.. mungkin aku tidak patut mengambil kisah akan perkara ini.. aku patut anggap semuanya tidak pernah berlaku.. aku mahu melupakan semuanya.. biar perasaan di hati ini lebih tenang.. sekurang-kurang untuk hari esok..

"Fahri, kau still bangun ke?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku terkejut.. rupa-rupanya Shahir masih belum tidur..

"tak tidur lagi.. tak dapat tidur lah.. kenapa?"

aku memandang ke arah Shahir.. dia juga sedang memandang aku.. pada gelap-gelap macam ni agak sukar untuk aku melihat dengan jelas wajahnya..

"saja tanya.. emm.. aku pun tak dapat nak tidur.. asyik terfikirkan tentang satu perkara.."

"fikir tentang apa?" aku mula ingin tahu..

"ada satu perkara yang berlaku baru-baru ni dan ia menghantui aku.."

entah kenapa tiba-tiba jantung aku berdegup kencang.. perkara apakah yang telah berlaku?? entah kenapa aku rasa tidak sedap hati..

"apa reaksi kau, jika kau tahu ada orang suka dengan kau?" tanya Shahir..

degupan jantung aku semakin kencang, "suka? tapi bukan kah kau dah ada Liyana? maksud kau ada orang lain yang suka dengan kau?"

"ha ah.. ada yang suka dengan aku tapi..."

Shahir terdiam.. aku semakin ingin tahu..

"kalau ada lelaki yang suka dengan kau, apa yang kau akan buat?"

"lelaki? maksud kau lelaki gay??!"

"ha ah.. lelaki gay.."

aku terdiam.. sungguh aku tidak mampu berkata-kata..









#esok aku akan pergi Sydney.. so, tak akan adalah post terbaru untuk masa terdekat ni.. sorry sebab lambat nak sambung cerita ni..

22 comments:

  1. mentally traumatized!!!haha~

    kenapa harus begini ending part 5 ni??haha~

    btw, jalan cerita semakin menarik.. lama ke pergi sydney? *x sabar tunggu sambungan..hehe

    jgn lupa post gambar2 kat sydney..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm empat hari pergi Sydney... adakah part kali ini membawa satu kejutan? :D

      kena tunggu jawapannya pada part 6 nanti..

      of course lh nk ambil pic byk2 nanti..

      Delete
  2. Ada satu benda bermain dalam fikiran saya. Shahir tak bersalah kot sebab mungkin lelaki itu yang tiba-tiba peluk dan cium dia dan Fahri dah salah tengok sebenarnya. Fahri pun terlalu tergopoh-gapah memberitahu Liyana. Anyway, can't wait for the next episode.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pasti ke? aku harap part kali ni x lh bosan... tp identiti Shahir akan trjwb pd part seterusnye..

      tiba2 je ada watak PLU lain muncul.. hehe..

      Delete
  3. berkongsi kisah yg sama dgn fahri :)
    saket jgk la nk smpan rahsia ni..

    ReplyDelete
  4. Kenapa pendek sangat..tak puas baca..
    Kalu novel biasa utk satu bab paling kurang 20 page..
    Panjangkan lagi, jangan tertumpu n berputar pada satu idea n berulang..
    Kembangkan lagi, terutama perincian fizikal, perasaan n persekitaran watak..
    Buatkan pembaca dapat berkhayal dgn apa yang berada disekeliling watak n menjadi watak utama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x dpt dinafikn part kali ni byk kelemahan.. harap2 x bosan lh.. ni bukan novel betul2.. ni novel indie.. novel xde bajet.. penulis x brtauliah.. hehe.. aku try buat pendek sbb x ramai pembaca yg larat nk baca post panjang2..

      btw, thanks for ur comment.. :)
      akn diusahakn lg..

      Delete
    2. Tetap nak yang panjang...
      Baru puas nak baca..
      Hahaha...

      Delete
    3. susah sikit mcm tu.. bila i dh start kelas memang kurang masa nk tulis benda ni smua.. sbb tu 'byk scenes' kena potong.. nk ringkaskn cerita...

      Delete
    4. bg sy kalo pnjang2 sgt dlm ni jd mcm letih sbb tgok skrin lama. lainla dlm novel betul2 sbb kita pegang. just myself. lain org lain..hhehe

      Delete
  5. banyak persoalan yang berada di minda , banyak tanda tanya dan juga kata kerja :)

    *tak sabit lagu najwa latif , tapi ni lah yang bermain di fikiran ku .

    tak sabar nak tunggu part 6 ! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. part 6 akn dtg tp kena tunggu aku lepas balik dr sydney.. hehe..

      tanda tanya akn trjwb pd part yg sterusnya...

      Delete
  6. well done... part 5 nie agak menarik....
    cuba baiki part dialog fahri dengan liyana tu..
    agak keliru..he3.. :)

    ReplyDelete
  7. Who's the other gay with Shahir ?
    Fahri frust sebenarnya frust sebab kesian kat Liyana atau dia berharap dia la lelaki yang bersama Shahir tue ...it should be me, rite !! ?

    I didn't like also the way Fahri chose to tell the incident to Liyana .. In the 1st place, he supposed to confront with Shahri, asking for his explanation .. Mungkin itu sebenarnya 'x sengaja' or anything else ..

    But I came 2 understand, the situation where Fahri was put into ..He like + love Shahir .. He felt he've done the sacrifice thing by letting go his feeling for the happiness of Fahri and Liyana in which he thought Fahri is a heterosexual. Tapi ape yang berlaku diluar jangkaan nyer .. aku rasa fahri is being in denial to feel Shahir has betrayed Liyana instead of himself .. He didn't feel hurt for Liyana (x sebanyak) compared how he felt Shahir hurt him ..hahaha

    My 2 cent ..
    BTW, It's a good story though
    Keep writing ..
    Waiting 4 the next chapter.


    Nu'man

    ReplyDelete
  8. wah semakin panas , tak sabar nak tunggu part 6 .... penantian satu penyiksaan .

    ReplyDelete
  9. Aku rasa lelaki yang Shahir maksudkan kalau suka kt Fahri tuh tu.. dia la... dia suka kt Fahri tp masing2 simpan rasia... hahaha.. agak betul tak.. dia tnya Fahri camtuh coz nak dapt kepastian je sama ada kalau dia bg tahu Fahri dia suka ngan Fahri.. Fahri terima ke tak.. heh..so x nampak sngt dia betul2 suka Fahri..:P

    ReplyDelete
  10. Amazing bro. :) Cerita unspeakable love ni mmg inspirational.

    Bro Putera, actually sy pun ada mnulis novel psl dunia yg asing ni.. dah hmpir masuk bhg. kmuncak dah.. tpi girl2 punya story laa. And mmg sy serius giler menulis cerita tu. Cuma tak pnh publish kat mna2 like what you did. Tapi kn.. saya tpikir la, cmne nak buat ending utk crita mcm ni? Kusut betul. Forbidden love ni mmg tkkn ke mna pun.. nk buat watak utama nyesal, tingglkn naluri dia, taubat? How? tkkan nk matikn watak. -_-

    Tjuan sy mnulis ni bkn suka2 nk promote biseks, cuma nk singkap kisah seorg mnusia yg tsepit antra naluri dan bts agama.. crita bgaimna seorg mnusia yg rasa diri dia tggelm dlm dosa.. dia mjauhkn diri drpd smua org tak kira llki or pmpuan, krna batas hrus dijaga, naluri pula mnjadi rahsia.

    Tpi sy da hilg smgt nk smbg mnulis.. sebb tak tahu apa endingnya.. gila betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu soalan, Luyn ni lelaki or perempuan? ko patut publish citer ko.. aku pun nk baca gak.. seriously, aku pun x tahu apa ending trbaik bagi kisah2 mcm ni... pengalaman aku membaca cerita plu, kdg2 ada yg xnk sentuh hal agama.. just focus to love.. brgantung pd mesej yg nk disampaikn lh..

      Delete
  11. pd ak... lebih baik kalu x perlu cmpur tgn dlm hubungan org...
    dlm kes Fahri ni, tindakan dia mcm menunjukkn dia tu L....
    Apepun ini cume pndgn shj :)

    ReplyDelete
  12. Baru bertemu dgn blog ini... terima kasih tuan tanah kerana titipan anda berjaya membuatkan kepala ini bekerja keras....

    ReplyDelete