Sunday 11 November 2012

I Hate Islam??

Aku sekarang ni tengah bercuti di negeri Victoria, Australia.. macam kat Malaysia ada banyak negeri.. ibu negeri bagi Victoria adalah Melbourne.. so kiranya aku bercuti di kawasan Melbourne dan sekitarnya.. sekarang ni aku berada di Geelong, Victoria.. lima hari lepas aku stay kat Melbourne kat rumah member aku.. ada tempoh tujuh hari lagi sebelum aku akan pulang balik ke Malaysia..

so far 7 hari di Victoria, Australia... 


so, di sini aku nak cakap sorry sebab dah lama tak update blog.. sebabnya aku busy jalan-jalan melancong lah.. plus, rumah kawan aku kat Melbourne takde wifi.. so, kiranya agak susah juga lah kalau aku nak online dengan laptop.. kat Facebook pun aku dah jarang online.. 



ada banyak yang aku nak cakap sebenarnya, tapi tak tahu nak tulis macam mana.. hehe.. nak disingkatkan, aku sampai sini pergi Geelong dulu sebelum pergi ke Melbourne.. untuk tempoh dua malam aku kat Geelong.. then aku nak cakap lah yang aku rasa tiba-tiba aku jatuh suka dengan housemate kawan aku ni.. haha.. amboi... ok.. ada perbezaan antara tertarik dengan betul-betul jatuh hati.. so, aku just nak cakap aku suka macam-macam tu je.. tak lah serius pun.. sebab dia comel.. kalau tak comel tak lah tertarik kot.. haha.. orangnye badan agak pendek sebenarnya.. dalam 165cm macam tu kot.. nampak muda dari aku.. serius aku cakap aku fikir dia mungkin sama umur or lagi muda dari aku tapi sebenarnya dia tua dua tahun dari aku.. nama panggilan pun comel.. 'Pipi'.. lalala.. comelnye nama.. haha.. dia private student.. maksudnye study kat Aussie pun family yang tanggung.. in short, anak orang kaya lah tu..



then aku gi Melbourne, bermalam untuk lima hari.. jumpa dengan 'skandal lama'.. haha.. takde lah.. jumpa dengan kawan-kawan.. gi jalan-jalan.. then aku rasa Sydney lagi cantik berbanding Melbourne tapi aku lagi suka Melbourne.. main kejar-kejar kanggaroo.. pijak-pijak tahi kanggaroo.. best juga lah vacation aku di Melbourne.. yang pasti yang buat aku seronok kat Melbourne sebab aku dapat jumpa kawan aku yang boleh dibawa bercerita 'dari hati ke hati'.. selama aku di uni aku, memang takde lah orang yang aku rasa boleh share masalah aku.. tak semua orang kita akan biasa pun.. then aku pun cerita lah banyak benda.. mengenai blog ni.. mengenai soal hati dan perasaan.. then dia just layan je lah.. tapi sebenarnya dia tak tahu apa yang tersirat mengenai cerita aku tu.. dia fikir orang yang aku ceritakan itu adalah perempuan.. tapi sebenarnya lelaki.. haha.. in short, macam you cerita masalah cinta PLU kau pada lelaki straight tapi dia fikir yang diceritakan tu adalah perempuan.. macam tu lah.. haha.. mengenai blog ni pula, aku pun ada ceritakan pada dia juga, kata yang aku ada tulis blog.. tapi of course lah dia tak tahu blog macam mana aku tulis,.. haha.. 




dalam tempoh aku tak update apa-apa aku sebenar tengah terguris hati.. aku ada menerima komen dari orang kata buruk tentang diri aku.. 

"disebabkan kau gay kau nak cari salah Islam kenapa tak halalkan gay.. syaitan memang suka menyesatkan orang seperti kamu.."

sedih tau bila dapat komen macam ni.. terasa sangat..

then aku balas lah..

"my simple word... nampak sangat tak membaca.."

aku boleh terima kalau ada orang nak tulis komen-komen macam ni.. sebab aku faham lah kenapa.. tapi, bagi aku komen dia tu tak seperti dia membaca apa-apa yang aku telah tulis.. kata aku ni nak cari salah Islam lah.. terguris tau bila dapat komen macam tu.. for me, nampak sangat dia tak faham apa yang aku telah tulis.. or memang dia tak membaca langsung.. ringkasnya ayat dari orang yang homophobic...

se'gay' aku pun, masih juga menjaga pandangan.. aku kat Geelong main-main tepi pantai, mat salleh seksi-seksi lalu kiri dan kanan, aku tak jeling pun.. ada yang tanya aku kat facebook, ada snap pic mat salleh tengah seksi-seksi tak? aku balas, "takdenye aku nak ambil kesempatan skodeng orang lain.." kalau terlihat tu, syukur lah (amboi.. haha), asal jangan ada niat nak skodeng.. bila my friend tengah seksi-seksi lepas mandi nak salin baju, aku pejam mata or gi tengok tempat lain..

kata aku nak cari salah Islam... terguris gila hati bila baca ayat tu..

kamu tak pernah alami apa yang aku telah lalui bila ada orang tanya aku..

"kenapa kamu masih percaya dengan Islam walaupun kamu tahu Nabi Muhammad benci dengan orang gay?? he HATES gays..."

tak kah begitu ironic??

pun begitu, aku still juga cakap...



Don't lose your faith...




9 comments:

  1. homophobic!

    kesian. Kadang-kadang orang mudah menjatuhkan hukum. Judgemental sangat.

    Bagi aku, what if kalo orang tu hanya orientasinya homoseks saje tp perilaku nye tidak? Orang tu nak kate ape? Macam mana pulak orang yg katenya straight tp dok layan pornografi, jadi pedophile, dan seks bebas? that make them better?

    So, plz hold our judgement.

    Yerp. Aku sokong, terpesong mana pun kita, plz don`t lose our faith.

    my conclusion: i`m not saying gay is OK. Ade pahemm?

    ReplyDelete
  2. Apa pun yang terjadi...
    don't lose our faith...

    Ingatlah, Allah takkan menguji manusia lebih daripada kemampuan manusia itu sendiri...

    ReplyDelete
  3. Siapa kita untuk menghukum dan menerakakan orang. Yg pasti Allah menghukum kita atas apa yg kita kerjakan bukan apa yg terlintas di fikiran.
    Nabi tidak pernah membenci org yg mempunyai naluri songsang, tp membenci org yg melakukan perbuatan songsang.
    Kalau str8 pun tak guna gak kalau pernah berzina.. Lebihh baik gay yg tak pernah terlanjur.
    Jgn cepat melatah dan mencemuh org kalau tidak pernah diuji dengan naluri songsang.

    ReplyDelete
  4. itulah kan, serba salah kita...

    ReplyDelete
  5. :( bukan dirinya yang memegang padanya kunci syurga atau neraka.
    :) tgur dan hukum itu tidak sama.

    ReplyDelete
  6. It's hard, I know it better. To be in an Islamic environment but to have the feeling of liking a guy which is totally wrong and excruciating. It hurts but I don't lose my faith.

    ReplyDelete
  7. Itulah..susah manusia nie...semua Teringin nak buat kerja Tuhan...Mereka tak paham ke bahawa mereka yang bernafsu songsang nie sebenarnyer sedang diuji Tuhan...i mean, ade manusia yang diuji dengan kekayaannya, ade yg diuji dengan kemiskinan, ade yg diuji dengan kekuatan dan mcm2 lagi la...Kite yg diuji dengan nafsu songsang nie jika kita berjaya mengawal dan mengatasinya, nescaya kita berjaya dengan ujian Tuhan...:-)

    "Manusia Yang Tidak Di Uji Tuhan, Amat Malang Lah Manusia Tersebut Kerana Tuhan Langsung Tidak Memandang Wajah Manusia Tersebut!"

    p/s: Cube bace buku Ustaz Kazim Elias - Tuhan Sedang Menguji Kita...Many Thing we can learn from there...

    ReplyDelete
  8. It's funny, you know. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu. Jika betul mereka straight 100%, takda senget, why not mereka membantu untuk "meluruskan" yang "senget"? Nabi pun tak guna cemuhan, tomahan, kekerasan dalam membetulkan akidah mereka yang tersesat. Daripada mereka dok kata benda yang mengguris perasaan, lebih baik mereka mendoakan agar kita diberikan rahmat dan kekuatan untuk tidak terpesong terlalu jauh. Still, it's not the end.

    ReplyDelete
  9. ada blog sangat memberi inspirasi. dipersilakan ke sini.

    http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/

    ReplyDelete