Friday 5 April 2013

Abang Long Muscle -Part 2-





beberapa hari lepas tengah aku online, aku terjumpa satu gambar yang telah menarik perhatian aku.. gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang di atas ini lah.. jangan pula tanya di mana aku jumpa gambar ni.. hehehe.. actually apabila aku pandang je gambar di atas ni, kat minda aku terus teringat akan seseorang.. fikir apasalah orang dalam pic ni lebih kurang sama macam Abang Long??

sebelum ni aku kan baru je tulis satu entri tentang Abang Long ni.. so, kalau korang nak imagine lah macam mana rupa paras Abang Long yang dimaksudkan adalah sama seperti dalam gambar di atas ni.. aku kata dalam 80% ada persamaan fizikal dan paras rupa dengan Abang Long.. body pun lebih kurang sama je.. ada sedikit bulu-bulu halus pada bahagian dada, sama macam Abang Long juga.. just perbezaannya Abang Long kulit lagi coklat lah.. Facial hair Abang Long lagi tebal dan serabai.. muka Abang Long mungkin macho and hensem sikit kot.. muka lagi ganas dan maskulin dari dalam gambar di atas ni.. sebab Abang Long kadang-kadang macam gangster.. dah tu kadang-kadang muka serius je.. aku pun takut hadap muka dia.. serious, aku takut nak jumpa or bersemuka dengan dia.. sebab dia usually cakap dengan aku macam nak marah-marah..

perlu ditekankan kat sini ye yang aku takde feeling apa-apa pun kat dia.. sebab seperti yang aku cakapkan dulu yang aku kurang berkenan dengan sikap dia yang asyik nak sakat and kacau aku.. dah tu macam marah-marah dan suka sindir aku lah.. ditambah pula lagi aku kan kurang selesa sikit dengan yang lebih dewasa.. aku paranoid dengan yang dewasa.. 

tapi tu dulu lah.. sekarang ni aku dah mula respect kat dia sebab aku baru terbuka mata hati aku untuk melihat dia sebenarnya baik je kat aku.. ambil berat tentang hal aku.. aku rasa antara semua orang kat sini dia lah yang macam ambil kisah tentang diri aku.. sambil-sambil dia kacau aku, tapi pada masa yang sama sebenarnya dia ambil berat juga.. sebab tu lah hati aku yang mulanya keras tak suka kat dia, sekarang ni dah mula naik cair lah.. maksud aku takde dah rasa tak suka kat dia tu.. kecuali sekarang dalam hati aku dah mula rasa hormat kat dia sebenarnya..

kadang-kadang aku bayang dia macam seorang ayah tau.. ini jujur aku cakap lah.. seorang ayah yang tegas pada anak dia.. marah-marah, tapi sebenarnya ambil berat.. ajar itu ini.. walaupun cara dia tu kasar, tapi sebenarnya dia memang bermaksud nak tolong aku.. tapi, aku pula jenis yang macam susah nak terima cara kasar dia tu.. sebab aku 'anak manja'.. hehehe.. dimanjakan dalam family aku lah.. sebab tu lah aku terfikir kalau ayah aku perangai macam Abang Long, aku rasa sekarang ini dah jadi lain dah.. sebab ayah aku mana lah tegas kat aku.. 

untuk sesuatu sebab, aku rasa dia tahu banyak perkara tentang diri aku.. pertama, aku rasa dia memang dah tahu aku PLU.. sebab dia kan suka nak 'menggaykan' aku kat depan orang ramai.. aku tahu lah dia buat macam tu just main-main je.. perangai dia kat aku memang macam tu, sebab tu dulu aku malas nak ambil peduli tentang dia.. kadang-kadang dia macam boleh tahu pada siapa aku pernah ada hati kat orang tu lah.. misalnya macam satu kejadian ketika aku naik kereta berdua-duaan dengan Abang Long.. usually, aku kalau nak pergi ke surau untuk solat Jumaat, aku akan tumpang naik kereta Abang Long.. then pada hari tu, waktu nak balik just ada aku dan Abang Long je lah.. lepas habis solat, dia hantar aku balik rumah aku.. then dalam kereta hanya ada aku dan dia, tiba-tiba je Abang Long cakap satu benda kat aku.. dia tanya something lah..

"kau sayang Hafiz kan?"

aku ni sebenarnya tergamam juga bila dia tanya aku soalan macam tu.. tapi aku tak cakap apa-apa.. just tak ambil peduli apa yang dia cakapkan.. macam buat-buat tak dengar..

siapa Hafiz? seorang senior yang aku gelar sebagai Abang Hensem dalam blog ni.. jujur aku cakap yang aku memang ada juga tertarik hati kat Abang Hensem.. but just suka-suka macam tu je lah.. sebab aku anggap dia sebagai seorang senior yang paling aku hormat kat sini.. tak lebih dari itu.. 

tapi, macam mana lah Abang Long ni macam boleh tahu benda tu?? 

ada yang orang komen kat entri sebelum ni kata Abang Long tu mungkin ada hati kat aku.. tapi kalau ditanya pendapat aku lah, jawapannya tak.. aku tak rasa Abang Long tu PLU.. tak juga biseksual.. sebab aku kenal dia macam mana, sebab tu aku fikir dia tidak akan masuk dalam kategori lelaki PLU.. 

dan lagi, sebenarnya Abang Long pun dah ada calon isteri dia sendiri.. dia bukan main bangga lagi dengan girlfriend dia tu.. anak kacukan Jerman pula.. cantik lah juga girlfriend dia tu.. sekarang ni pun Abang Long sambil-sambil study selalu juga buat kerja sambilan.. aku rasa dia nak kumpul duit untuk kahwin nanti kot.. memang rasa macam tu.. kerja sambilan kat sini gaji memang lumayan... kawan aku duit kerja sambilan dia dah boleh beli kereta kancil.. 








#sekarang ni aku mula berfikir macam mana lah life aku kalau aku terima pelawaan Abang Long untuk ajak aku jadi roommate dia dulu??

8 comments:

  1. ceritakan pula tentang hafiz.

    ReplyDelete
  2. something that we call gaydar....

    ReplyDelete
  3. Huhu tindakanmu reject jadi roommate die agak tepat :)
    Kalo dh jatuh hati, padahla jawabnya...

    ReplyDelete
  4. tp abg long cam gay jew..hmmm pcaya x bese org st8 die xkan amik port psal gaylife ni.huhu just my opinion

    ReplyDelete
  5. kalau dia lelaki normal kenapa dia nak ambik berat sangat pasal ko ye x?
    Aku rase dia ni PLU, either gay or bi.

    ReplyDelete
  6. memang gay pun hehehe..gay dalam selimut...
    and dia ada hati kat putera hehehe
    betol...tak caye?
    tak caya sudah..hehhehe:)

    ReplyDelete
  7. stockholm syndrome

    ReplyDelete