Tuesday 1 October 2013

Dunia Lain







siapa tahu Final Fantasy tu apa benda? kalau kaki gamers tahu lah apa benda tu lagi-lagi kalau yang suka main game RPG.. Final Fantasy ni dah ada bermacam-macam series.. yang terbaru akan keluar adalah Final Fantasy 15.. apa yang aku cerita pula adalah Final Fantasy 14, FF14.. siapa pernah main game ni?? aku rasa even bagi pengemar game Final Fantasy kat Malaysia pun banyak yang tak pernah main lagi FF14 sebab berbeza dengan game lain yang kebanyakkannya untuk PS1, PS2, PS3 and even sekarang Android Phone pun dah ada tapi FF14 pula hanya untuk Online Game.. so senang kata macam Ragnarok Online lah game MMORPG.. and I think lah memang banyak yang tak pernah main lagi kot game ni kat Malaysia lagi-lagi sebab game ni kalau nak main kena ada monthly payment.. so, aku rasa aku lah antara sekelompok kecil orang Malaysia yang main FF14..

nak diceritakan lah, sebenarnya FF14 ni dah release pada 2010 lagi.. sejak tahun tu memang aku teringin sangat nak rasa game ni tapi tak pernah kesampaian.. sebabnya kalau nak main kena ada internet kan, dah tu time tu kalau nak main kat Student House internet punya lah slow.. lagi-lagi pula harga CD game ni punya lah mahal sebab original je yang ada jual.. cetak rompak semua takde.. so, nak dipendekkan cerita lah niat nak main game ni terpadam di situ sahaja sampai lah aku study kat Aussie baru ni baru dapat main sebab alasannya dah boleh dipenuhi.. 1. duit dah ada kan? hahaha.. 2. internet boleh lah laju juga.. 3. aku dah ada Dekstop yang power juga lah.. so, dah cukup alasan untuk main game ni..

nak dipendekkan cerita juga, game ni tutup pada hujung 2012.. jadi aku tak kesempatan lah nak main game ni.. mereka tutup disebabkan rating game ni dapat feedback yang negative.. jadi mereka nak buat semula game ni dan akan direleased pada 27 August tahun 2013.. tunggu punya lah lama, akhirnya aku apa lagi terus lah order lalu mula lah aku 'mengembara' di alam lain.. bercakap mengenai game ni, adakah ia berbaloi untuk dimain? sebelum ni kan dah tutup sebab negative feedbacks tu banyak.. tapi untuk keluaran baru ni pula aku boleh kata memang game ni SUPERB! ramai orang mula syok main game ni.. senang kata it's a very addictive game sampai aku pun banyak hari tidur lewat gara-gara main game ni.. kiranya memang berbaloi kalau main game ni even ada monthly payment.. grafik punya lah gempak.. aku rasa grafik game MMORPG terbaik aku pernah tengok yang ada sekarang..

sekarang ni aku nak cakap benda basic tentang game ni.. apa yang korang kena tahu bila main game ni.. sebenarnya aku ni berharap kalau ada lah orang Malaysia kat sana tu pun main game ni gak.. hahaha.. sebabnya adalah geng main sama, sebab aku tak pernah lagi jumpa orang Malaysia.. senang sikit kalau ada geng senang nak buat group.. okay, berbalik pada benda basic..

sebelum main, anda kena pilih bangsa apa yang anda kena guna.. setiap bangsa ni ada kelebihan masing-masing.. mungkin bangsa ni sesuai untuk perkerja tu or ni, tapi tak semestinya macam tu.. apa-apa bangsa pun boleh sebenarnya.. ada empat jenis bangsa.. setiap bangsa pula ada Clan masing-masing.. berikut adalah senarainya..


Hyur

lebih kurang macam manusia lah.. sama je dengan manusia.. terbagi kepada dua kumpula iaitu Midlanders (Kiri) dan Highlanders (kanan).. dari segi status, Midlanders agak seimbang.. apa-apa jenis Class boleh masuk.. manakala Highlander pula sesuai dengan Class dalam kategori Tank.. sebabnya Highlanders ni Strength nya paling tinggi tapi Intelligence rendah pula.. perbezaan ketara mereka berdua ni adalah Highlanders lebih muscular dan masculine.. even perempuan mereka pun agak masculine..




Elezen

lebih kurang macam bangsa Elf.. terbahagi kepada dua Clan iaitu Wildwood (kiri) dengan Duskwight (kanan).. perbezaan fizikal antara kedua-dua nya aku tak tahu sangat.. mungkin warna kulit kot.. Wildwood terkenal dengan cinta alam semula jadi.. kaum baik-baik lah ni.. Duskwight pula agak kasar ni.. Wildwood sesuai dengan pekerjaan macam Archer tapi Duskwight pula Magical Class yang beri damage.


Roegadyn

bangsa bertubuh besar terbagi kepada dua kumpulan, Sea Wolf (kiri) dan Hellsguard (kanan).. Sea Wolf adalah bangsa pelaut manakala Hellsguard tinggal di gunung-gunung mostly jadi bodyguard.. untuk bangsa ni apa-apa jenis Class pun boleh kecuali Archer agak kurang sesuai..



Lalafell

bangsa kerdil terbahagi kepada dua Clan iaitu Plainfolks (kiri) dan Dunesfolks (kanan).. bangsa ni ada Sultan.. hahaha.. seriously ada Sultan? yupp. namanya Sultanate of Ul'dah.. nama je Sultan tapi bukan Islam lah.. sebab Sultanate of Ul'dah tu adalah kerajaan di padang pasir.. so ala-ala macam negara Arab lah.. bangsa ni adalah sesuai sekali magical class dan agak kurang sesuai class yang berasaskan Strength.. tapi ada je yang guna bangsa ni sebagai Tank Class.. nampak comel je jadi penyerang hadapan.. sebab dorang kecil tubuh tak besar macam bangsa lain..


Miqo'te

bangsa seperti kucing terbahagi kepada dua Clan, Seeker of The Sun (kiri) dan Seeker of the Moon (kanan).. beza kedua-duanya yang satu suka siang, yang satu lagi suka malam.. dari segi fizikal pula Seeker of the Moon rupa lebih kelihatan 'beast' berbanding dengan Seeker of the Sun.. contohnya ekor Seeker of the Moon lebih panjang dan berbulu tebal.. dari segi poll aku tengok bangsa ni lah bangsa paling ramai or popular orang main..



untuk watak aku pula, asalnya memang aku target nak guna Hyur.. mungkin sebab Hyur ni hensem lagi kot.. hahaha.. actually lelaki Miqo'te pun hensem gak.. aku tak nak Lalafell sebab pendek sangat.. Elezen pula kurus dan tinggi sangat.. Roegadyn pula badan besar.. tak hensem.. hehehe.. senang cakap aku ni bila nak buat watak aku memang pilih paras rupa juga lah.. lalu aku pilih Hyur.. asalnya juga nak pilih Highlanders Clan sebab Highlanders ni orangnya lagi muscular dan masculine.. memang aku taste juga kat watak Highlanders tu time nak buat watak.. hensem kot Highlanders.. but Higlanders tak sesuai dengan magical class and aku pula memang suka class yang main magic semua.. last-last aku pilih Hyur clan Midlanders.. tapi takpe.. hensem juga watak yang aku buat tu.. hahaha


lelaki Hyur hensem kot..


okay, bila dah siap pilih bangsa apa, buat watak, pilih rambut, warna kulit, bla bla bla semua kan, then kena pilih lah nak main class apa nanti?? seperti yang aku dah cakap lah, aku suka main class yang guna magic semua.. tak suka yang melee ni.. suka yang range attack.. so, aku nak senaraikan lah apa jenis class yang boleh dipilih nanti.. tapi sebelum tu aku nak jelaskan peranan setiap class..

dalam game ni setiap class dibahagikan kepada tiga jenis yang masing-masing ada peranan sendiri.. 

1. Tank Class

apa itu Tank Class? ia adalah class untuk penyerang hadapan.. Tank class sangat penting sebab mereka adalah pelindung utama.. senang kata, mereka ni macam jadi 'korban' orang yang kena terima serangan agar member yang lain selamat dan boleh tolong serang.. Tank class ni kena tarik perhatian musuh agar serang dia.. maka dengan itu Tank Class ni ada dua ciri-ciri yang penting.. pertama, mostly damage mereka sangat kuat dang juga High Defence.. dah tu HP pun tinggi gak.. tentu sekali lah melee class.. 

2. DPS Class

yang ni pula bagi aku adalah attacker class.. terbahagi kepada dua, melee ataupun penyerang jarang jauh.. melee class bagi kategori ni Strength mereka tinggi gak cuma Deffence tak sekuat Tank Class.. peranan DPS class pula adalah musnah kan musuh yang ada.. dia bantu kalah kan musuh sementara Tank Class ambil damage dari musuh.. lebih kurang macam sokongan lah tapi tak ambil damage dari musuh sebab low defence.. maksudnya bukan tak kena serang tapi cuba elakkan kita jadi mangsa diserang, biar Tank je jadi mangsa.. magical class pun kategori ni asalkan peranannya untuk beri damage.

3. Healer Class

ni pun sangat penting.. tanpa seorang Healer dalam kumpulan memang susah lah.. tugasnya macam biasanya lah, sembuhkan ahli kumpulan, buat supporting magic semua.. 



okay.. dah tahu jenis class yang ada, di bawah ni adalah senarai class yang ada.. bermula dengan basic kemudian kepada more advance class..




Gladiator

role : Tank Class


kalau suka main melee boleh lah pilih yang ni.. Gladiator adalah tank class yang jadi penyelamat utama.. high strength dan juga defence.. 





Marauder

role : Tank Class


yang ni pun tank class gak.. strength lebih buat berbanding gladiator sebab mereka tak pakai perisai kan.




Lancer

role : DPS class


attacker yang serang guna tombak or lembing.. bagi aku class ni ada banyak serangan yang membawa effect yang menarik..




Pugilsit

role : DPS class


penyerang yang menggunakan senjata tangan ala-ala martial art lah ni.. lincah dan senang nak mengelak serangan musuh




Archer

role : DPS class


orang kata Archer adalah DPS terbaik.. sangat-sangat dialu-alukan kalau nak join satu kumpulan sebab orang kata Archer sangat membantu..




Thaumaturge

role : DPS class


yang suka main magic boleh pilih ni.. damage yang tinggi, dan kelebihan yang lain pula boleh serang banyak musuh dalam satu masa.. 





Conjurer

role : Healer


antara healer yang boleh dipilih.. kalau suka main sembuh member boleh pilih class ni.. seriously wei, best juga jadi healer ni..




Arcanist

role : boleh jadi healer dan juga DPS class


satu lagi class berasaskan magic.. tapi yang ni ada 'pet' dia sendiri yang turut serta berlawan dengan dia.. 



okay, tu adalah basic class yang ada.. so, aku pilih yang mana satu? aku kata nak yang guna magic.. so, pilihannya adalah sama ada Thaumaturge, Conjurer or Arcanist.. awal-awal tu aku fikir macam ni, aku tak nak pekerjaan healing semua sebab macam bosan jadi healer ni (tapi bila dah try actually best jadi healer ni).. then sama ada aku nak pilih Arcanist ataupun Thaumaturge.. last-last aku pilih Arcanist disebabkan satu perkara iaitu advance job bagi Arcanist adalah Summoner.. aku minat Summoner sebab tu aku pilih Arcanist..


so, yang pula advanced job yang lagi hebat dari basic class







Paladin
role : Tank class

advanced class dari Gladiator.. tapi nak jadi Paladin kena Gladiator level 30 dan Conjurer level 15.. 






Warrior

role : Tank Class


advanced class dari Marauder.. nak jadi kena Level 30 Marauder dan level 15 Gladiator






Dragoon

role : DPS class


advanced class dari Lancer.. wujud adalah untuk jadi tentera menyerang Naga.. dragon killer lah maksudnya.. nak jadi kena level 30 Lancer dan level 15 Marauder






Monk

role : DPS class


advanced class dari Pugilist.. kena level 30 Pugilist dan level 15 Lancer baru boleh jadi Monk








Bard

role : DPS class


advanced class untuk Archer.. banyak yang kata Bard adalah the best DPS class.. aku tak pernah try, so tak tahu nak komen apa.. kena level 30 Archer dan level 15 Pugilist nak jadi Bard..






Black Mage

role : DPS class


advanced class dari Thaumaturge.. aku teringin nak try sebab aku suka class yang guna magic kan.. but still tak cukup level nak jadi Black Mage.. kena level 30 Thaumaturge dan level 15 Archer..






Summoner

role : DPS class


advanced class dari Arcanist.. banyak yang komplen kata Summoner ni sucks.. macam jadi the most unwanted DPS class.. aku yang dah jadi Summoner faham lah macam mana rasanya jadi Summoner.. ada juga betulnya.. Summoner ni ada kekurangan nya juga.. tapi bila dah level semakin tinggi, baru lah kita boleh menggunakan kelebihan Summoner tu secara maximum.. so, masing-masing ada kelebihan.. kelemahan Summoner adalah dia agak lambat nak matikan musuh sebab serangan mostly berdasarkan macam 'poison'.. sikit demi sedikit baru ada damage.. maksudnya macam kalau kelas lain nak beri damage 300, terus 300.. tapi Summoner pula macam, 300 tu ambil masa 15 saat misalnya.. macam 50 damage, then 50 damage lagi, and terus macam tu.. tapi kelebihan Summoner pula dia ada magical creature yang turut berlawan dengan dia.. so, damage yang dibuat oleh Summoner sebenarnya agak besar.. katakan lah Summoner serang 300 damage, Pet dia pula lagi serang 150 damage.. jadi 450 damage lah.. sebenarnya Summoner beri damage lagi besar berbanding class lain, cuma Summoner damage diberi tu tak instant je..

nak jadi Summoner kena level 30 Arcanist dan level 15 Thaumaturge








White Mage

role : Healer


advanced class dari Conjurer.. a very good Healer yang beri kesan healing yang besar secara terus.. cuma kekurangannya kena kawal MP sebab mudah habis.. nak jadi kena level 30 Conjurer dan level 15 Arcanist






Scholar

role : Healer


satu lagi advanced class dari Arcanist.. a very good Healer.. ada pet sendiri macam Summoner tapi Scholar punya pet adalah Fairy.. berbeza dengan healer lain seperti White Mage, Scholar punya healing abilities bagus untuk healing secara berkumpulan.. takde issue dengan masalah kekurangan MP sebab ada skill boleh hidupkan MP semula.. for my own opinion Scholar adalah healer lagi bagus berbanding White Mage, cuma skill Scholar terlalu kepada healing dan kurang skill menyerang.. macam tak best lah kalau kita main tanpa kumpulan bila kita nak serang musuh bersendirian sebab skill menyerang tak banyak seperti White Mage.. nak jadi Scholar kena Arcanist Level 30 dan Conjurer level 15




itu lah setakat ni classes dan jobs yang ada.. tapi akan datang akan ada jobs baru diperkenalkan.. lagi pun game ni baru direlease semula pada 27 Ogos lalu.. memang agak baru lagi ni..

setakat ni aku baru capai ni..

level 42 Summoner
Level 42 Scholar
Level 42 Arcanist
Level 26 Thaumaturge
Level 15 Conjurer
Level 5 Archer


sebenarnya ni first time aku main game online jenis RPG.. dulu-dulu teringin nak main Ragnarok tapi tak pernah berkesempatan.. so, bila dah first time tu aku rasa lain sikit lah.. rasa best giler.. addictive betul main benda macam ni.. so, tak hairan lah ada kes orang mati gara-gara main game (usually online game macam ni).. main game pun boleh mati kan sebab asyik menghadap komputer je tak tidur-tidur lah.. yang ni pun honestly ganggu pelajaran aku sebab dah mula macam ketagih sikit..

sebenarnya ada banyak cerita aku nak katakan yang berkaitan tentang game ni.. tapi aku rasa nak cerita pada lain kali lah kot.. 

kat bawah ni adalah screen shot watak aku punya dalam game tu..












trailer






gameplay..







7 comments:

  1. serius aku jeles...hahahah....tapi aku x rajin sangat sebenarnya nak main benda2 macam ni....hahaha

    ReplyDelete
  2. drpd kau post bnde2 mcm ni, lbih baik la kau siapkan unspeakable love ko tu...ade la gak motif aku jenguk blog ko ni... mmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah pape je kn.. shitt

      Delete
    2. Penulis.. mmg nk kena maki agaknye... haram jadah tol..

      Delete
  3. hmmm...spesis nak kene caroot nmpk gaye neh...

    ReplyDelete
  4. hahah...berbaloi baca entry yg nie..aku minat gak main game RPG ni..serius..LOTR series pun best dah..haha..yup, aku suke team aku ade magician, archer..

    terbaik lah entry ni.. gameplay best ke x? abis la broadband aku kalo nk men on9 camih..

    ReplyDelete
  5. hahahaha I really like reading your entries. Your 'fan-girling' is REEEEEEEEEALLY funny! (yes , I am a Malaysia citizen too) and I love Square-Enix Products. We both loves magic based class, or so of what I can see :P . (coz magicians high damage pawns all class)

    ReplyDelete