Monday 8 September 2014

Unspeakable Love -Part 35-






Part 35 : The Names



In the name of God, Most Gracious, Most Compassionate....




*         *          *




malam itu sungguh berwarna-warni.. lampu-lampu neon yang pelbagai warna membuatkan malam yang gelap kelihatan begitu indah dan ceria.. ianya terang, aku boleh melihat keseluruhan permandangan kota yang masih lagi hidup dengan cahaya lampu pada ketinggian ini.. perlahan-lahan cabin pada roda ferris itu membawa aku dan Shahir terapung tinggi di udara.. kedua-dua kami hanya memdiamkan diri menikmati permandangan yang kami saksikan di luar sana..

aku memandang ke arah laut.. dari jauh aku boleh perhatikan ada beberapa sinaran lampu yang datang dari laut itu.. ianya adalah dari kapal-kapal yang berada berdekatan.. suasananya begitu tenang sekali.. tetapi keadaan sebenarnya adalah agak bingit sedikit.. kedengaran dendangan lagu yang dipasang dengan nada yang kuat membuatkan keadaan sekeliling seakan sedang berpesta.. keadaan di bawah sebenarnya agak riuh rendah dengan kehadiran orang ramai yang masing-masing dengan hal mereka sendiri.. realitinya suasana di saat itu adalah bingit dengan dendangan lagu, dan sesak dengan kehadiran manusia yang berada di sekitar kawasan roda ferris.. tapi, aku merasakan sesuatu yang berbeza.. bunyi yang bingit seakan-akan tidak kedengaran.. ada ramai orang di kawasan itu, tapi aku merasakan sesuatu yang 'kosong'.. di sebalik keramaian itu, aku hanya merasakan hanya ada dua insan yang ada di situ.. perlahan-lahan aku menoleh ke hadapan.. hanya ada aku dan dirinya..

putaran kedua..

roda ferris itu membawa aku dan dirinya perlahan-lahan terapung di udara semula.. namun, masing-masing masih lagi membisu.. aku mula terfikirkan mengenai satu perkara.. ada sesuatu yang membuatkan aku merasai satu perasaan yang sama.. untuk sesuatu sebab, aku mula teringat akan detik ketika aku membonceng di belakang Shahir dalam perjalanan untuk ke sini.. perjalanan yang jauh, di saat yang hadir di sekitar aku hanya lah dirinya.. 

putaran yang ketiga..

sekali lagi roda ferris itu membawa aku dan Shahir perlahan-lahan menuju ke udara..

sekarang aku sudah mula faham akan perasaan itu.. ianya adalah satu perasaan tentang 'kehadiran'.. satu detik yang aku mula rasakan terasa dekat dengan dirinya.. kami 'terperangkap' di lebuh raya.. pada kebanyakkan waktu, di kawasan yang kosong tanpa penghuni, yang hanya ada adalah dirinya dan aku sebagai pembonceng.. dan aku mula merasakan diriku 'terperangkap' semula bersama dengannya dalam roda ferris ini, bersama-sama naik ke udara dan turun ke bumi.. aku lupa akan semuanya.. aku lupa akan kehadiran orang ramai di luar sana.. aku seakan tidak mendengar akan bunyi yang bingit di sekitar tempat ini.. namun yang aku rasai adalah ketenangan.. satu ketenangan yang membuatkan aku lupa akan realiti.. aku tidak tahu kenapa, mungkin ini lah perasaan apabila satu impian telah terlaksana.. perlahan-lahan, aku memandang ke arahnya di hadapan aku..

"macam mana? best tak?" akhirnya dia bersuara..

"best.. dah lama tak naik ferris wheel.. dah bertahun-tahun kot.." balas aku..

"aku ingat kau tak nak naik.. sebab macam takut-takut je bila aku ajak.. tapi takkan lah dah besar ni naik ferris wheel pun nak takut pun kan.." 

"hahaha.. takdenya nak takut.. mungkin just tak sangka kita akan naik benda ni.." balas aku lagi..

"okay.. so, macam mana?" tanya Shahir..

"macam mana apa?"

"gembira tak? aku tahu hari ni macam banyak benda je yang tak jadi.. sesuatu yang kita tak leh nak jangkakan.. so, aku harap macam kalau kau boleh gembira dan lupakan apa yang dah jadi pada siang tadi.."

"alaaa.. kau still macam rasa bersalah lagi.. aku dah kata, takde apa pun.. takde hal punya lah.. kalau kau nak cakap benda macam tu, dah mula dah tak best dah.. sekarang aku okay je.. tengah berseronok sekarang.." kata aku lagi..

"okay.. bagus lah kalau macam tu.. tapi aku rasa macam tak puas hati sikit lah.. rasa macam sekejap je.. maksud aku macam, ingat nak buat banyak benda lah dengan kau.. sekarang pun dah malam.. esok dah nak balik dah.." 

"kalau untuk esok tu, aku memang kena balik lah.. aku pun dah nak balik kampung kan.. lusa dah nak balik dah.. but sekarang ni pun dah kira okay dah.. agak lama juga tak datang tempat ni.." 

sekarang, perlahan-lahan roda ferris itu membawa kami turun untuk putaran yang seterusnya.. namun ianya terhenti seketika apabila ada orang yang sudah beratur naik, kini sudah tiba giliran untuk masuk ke dalam cabin roda ferris itu.. keadaan dalam cabin roda ferris bergoyang sedikit di saat ia itu tiba-tiba terhenti.. masing-masing, aku dan Shahir terdiam seketika sambil saling berpandangan.. tak lama selepas itu, 
roda ferris tersebut mula berputar semula..

putaran seterusnya, sekali lagi ia membawa kami naik ke udara..

"agak-agak, berapa banyak pusingan ye kita dalam ni?" tanya aku..

"entah.. kenapa? dah tak sabar nak turun ke?"

"eh, takde la.. aku suka je naik benda ni.. kalau lama-lama lagi puas.. hahaha.."

terdiam seketika, lalu kami mula berada semakin tinggi di udara..

"kau nak tahu tak apa benda yang aku terfikir waktu kita berdua naik motor ke sini?" tanya aku..

berkerut dahi, Shahir mula bertanya.. "apa benda yang kau fikir?"

"kan kita datang ke sini berkilometer jauhnya.. jadi, waktu naik motor tu aku ada teringat pasal satu benda ni.. mungkin kau rasa benda ni merepek sikit.. but aku pernah ada terlintas fikiran yang aku nak travel ke seluruh negara dengan naik basikal.. hahaha.."

Shahir dah berkerut dahi.. mula timbul rasa ingin tahu pasal fikiran aku itu..

"actually, aku pernah tengok satu citer ni.. ada lah watak dalam citer tu, dia pergi macam mengelilingi negaranya dengan berbasikal sahaja.. alasannya? actually pada mulanya dia sendiri pun tak tahu kenapa dia berbasikal sampai jauh-jauh macam tu.. dia hanya macam nak lari dari satu masalah.."

"masalah yang macam mana?" tanya Shahir..

"panjang juga citernye.. but kalau nak dipendekkan cerita ianya lebih macam lelaki yang pergi travel tu rasa dia macam agak jenis yang 'lemah'.. pasif.. actually ia ada kaitan dengan hal percintaan juga lah.. bila dia suka kat seseorang tu, but dia takut-takut nak express perasaan dia.. so, dia pergi mengembara lebih kurang macam self discovery.. mencari jati diri.. sebab dia pun macam actually takde future planning.. apa yang dia nak sebenarnya dalam kehidupan, sebab kalau dia banding dengan kawan-kawan rapat dia yang lain semua macam dah ada future planning.. then bila dia dah travel berbasikal satu negara tu, dia learn banyak benda lalu sedikit sebanyak menjadi yang lebih matang or 'kuat' berbanding dengan yang dulu.. so, bila aku tengok citer tu membuatkan aku macam teringin pula nak try.. macam best je travel satu negara dengan basikal.. hahaha.."

Shahir dah seperti mula tertarik mengenai apa yang aku katakan..

"wow.. so, kau memang nak ada plan buat macam tu ke? nak pergi travel satu negara dengan basikal semua.. kau memang nak buat macam tu?" Shahir dah mula timbul rasa ingin tahu.. tapi dalam masa yang sama kelihatan seakan mula teruja..

"aku tak kata lah aku nak buat.. kadang-kadang manusia ni just macam teringin nak buat banyak benda.. but tak semua benda tu dorang buat betul-betul pun.. impian kadang-kadang hanya impian, tapi tak pernah nak buat.. so, kiranya memang aku terfikir lah, teringin kononnya nak travel satu negara dengan basikal.. hahaha tapi realitinya, ianya macam angan-angan kosong aje.. jadi macam tu je lah.. sekadar hanya satu fikiran.."

"tapi bendanya macam menarik juga.. rasa best pula kalau buat macam tu..." kata Shahir..

"hahaha.. aku tak rasa aku akan buat pun.. ye.. ia macam menarik je.. tapi realitinya ada masalah juga.. adakah aku punya masa untuk buat benda 'gila' macam tu.. nak travel berbasikal satu negara kononnya, mesti lah ambil masa lah kan.." balas aku..

"tapi kau ada je masa.. sekarang.. bukannya sekarang dah masa free ke? tunggu masa nak graduasi, lepas tu bukannya kau dah kerja lagi pun kan? ada banyak masa lah tu.."

"hahaha.. banyak benda juga yang jadi masalah selain daripada tentang masa.. family lagi.. tentu lah parent aku akan risau.. dan aku tak rasa dorang nak benarkan aku buat benda macam tu.. dan lagi, sebenarnya aku pun ragu-ragu sama ada aku betul-betul nak buat ke tak.. mungkin ada juga 'ketakutan' kat situ.. lagi-lagi kalau nak travel seorang diri, dengan basikal pula tu.."

"owh.. so, kau nak travel seorang diri je lah ye?"

"dalam citer tu, dia travel seorang diri je.. so, aku pun bayang kalau aku pun travel seorang diri je lah.. kenapa?"

"kalau kau ajak aku, aku pun teringin gak travel macam tu dengan kau.. buat 'kegilaan' itu bersama-sama.." Shahir mula tersenyum..

mendengar kata-katanya itu aku terus terdiam..

ada benda yang mula datang dalam fikiran aku.. satu perkara yang selalu aku fikirkan.. ianya adalah mengenai persoalan tentang memori.. 

"aku tak rasa kau patut ikut.." balas aku..

"kenapa? kenapa tak nak aku ikut sekali?" Shahir dah mula rasa pelik sikit..

"takde apa-apa lah.. sebab.. macam aku cakap.. ianya macam takde lah serius sangat pun sama ada aku nak buat ke tak.. and.. aku pun rasa yang kau ada benda yang lebih penting lagi daripada nak buat benda-benda 'merepek' macam tu.." balas aku.. sambil aku mula merenung mata Shahir..

Shahir terdiam, dahi mula berkerut sedikit..

perlahan-lahan, aku mula bersuara semula.. "macam mana perkembangan tentang majlis pertunangan kau? semua dah settle dah?"

"owh.. yang tu.. okay.. semua okay.. so far semuanya takde masalah lagi.. and aku pula nak tanya satu soalan kat kau.." Shahir pula tenung mata aku.. pandangan yang tajam..

aku dah mula berdebar-debar..

"kau nak nak datang tak nanti pada majlis tu?"

terus aku memejamkan mata setelah ditanya soalan itu..

seperti yang aku telah jangkakan.. aku tahu dia akan tanya soalan itu..

"sebab sebelum ni kau kata, mungkin kau tak leh nak datang.." kata Shahir lagi..

masih terdiam, aku hanya memandang wajah Shahir..

"aku tahu, benda ni macam complicated sikit.. dan aku pun faham juga lah.. but satu benda je yang aku nak harap.. aku harap, kau akan datang juga nanti bila tiba waktu itu .." mata Shahir memanda tepat pada mata aku..

suasana sepi seketika.. aku pun sudah tidak sedar sudah pusingan kali ke berapa kami berada dalam roda ferris itu.. ianya membawa kami turun dan naik.. di sinari oleh sinaran lampu neon yang berwarna-warni, kami saling duduk bertentangan dalam roda ferris itu..

ada perkara yang telah kedua-duanya kami ketahui.. mungkin kami jarang untuk membicarakannya.. mungkin kami menganggapnya seolah-olah tidak pernah berlaku.. tapi hakikatnya di sebalik keinginan untuk mahu memastikannya ia tidak begitu dibicarakan, namun kadang-kadang kita tidak boleh lari dari realiti..

untuk sesuatu sebab aku rasakan saat yang mulanya berjalan dengan indah kini mula hilang sinar keceriaan itu.. aku duduk berdiam diri, sambil mataku hanya tetap memandang tepat pada matanya.. dia juga begitu.. memandang aku seperti mana aku memandang dirinya.. pada saat ini, tiba-tiba roda ferris itu berhenti dari berpusing.. namun aku seakan telah lupa yang kami sedang berada di dalam roda ferris itu..

aku sedar masanya sudah semakin mendekati.. apa yang akan berlaku, semuanya tidak akan jadi seperti sebelumnya..

perlahan-lahan aku mula bersuara, "kau jangan risau.. aku akan datang juga nanti.."

aku tersenyum.. dan dia juga mula turut tersenyum.. 




*          *          *



dulu, Ihsan pernah berkata mengenai hal tentang kenangan pada diriku.. ianya susah untuk aku fahami pada mulanya, namun kini ianya telah menjadi salah satu perkara yang aku selalu fikirkan..

kenangan indah yang tercipta akan menjadi satu beban apabila tiba saat kita mahu melupakannya..

ianya sangat pedih.. sesuatu yang 'manis' akan bertukar menjadi sesuatu yang menghiris hati..

apabila Shahir berkata padaku dia ingin pergi mengembara bersama-sama dengan diriku, aku boleh bayangkan berapa banyak 'kenangan' lagi yang akan tercipta antara aku dengan dirinya..

di saat kenangan itu akan menjadi 'beban' pada diriku.. kerana aku mahu meninggalkan dirinya di satu masa nanti...




*          *          *



pada sekitar jam pukul 11.30 malam, aku mula dibawa oleh Shahir balik rumah abang dia.. rumah abang Shahir berada di tengah-tengah bandar, sebuah kondominium yang pada pandangan aku agak mewah.. tak menghairankan sangat sebab keluarga Shahir jenis yang berada sikit.. sempat juga aku bertanya pada Shahir, abang dia kerja apa sebenarnya.. kata Shahir, abang dia tu ada bisnes sendiri.. kata abang dia tu adalah tauke restoran.. dalam permikiran aku, mesti bukan hanya sebuah restoran biasa, mungkin jenis yang aku sendiri tak terfikir nak makan kat sana.. kata Shahir lagi, ianya adalah restoran makanan asing tapi masih juga menghidangkan menu makanan tempatan.. lalu kata Shahir lagi, kalau tak tergesa-gesa sangat nak balik esok nanti, boleh singgah untuk makan kat restoran tu dulu.. aku lepas tu hanya mendiamkan diri..

sekarang berada kat lobi kondo tu, kami sedang menunggu lift untuk naik ke atas.. bila lift dah sampai, Shahir pun mula nak satu kad, sebelum dia nak tekan nombor tingkat ke berapa mereka nak tuju.. Tingkat 23, lalu kami pun sampai ke tingkat tempat rumah milik abang Shahir berada.. berjalan mencari pintu rumah, bila dah jumpa Shahir terus tekan pada bell rumah.. tak lama selapas tu, pintu rumah pun dibuka, lalu kelihatan seorang lelaki yang agak serupa dengan wajah Shahir di depan pintu.. sudah pasti dia adalah abang Shahir.. dari paras wajah, macam umur 30 lebih..

"lambatnya balik.. ni dari mana ni?" tanya abang Shahir..

"alaa.. biasa lah, orang muda keluar malam-malam.. oh, lupa pula, ni kawan aku.." Shahir mula menunjuk jari ke arah aku..

"hai.." kata aku, mula mengukirkan senyuman.

"hai.." balas abang Shahir.. juga turut tersenyum

"Fahri nama dia.. aku 'culik' dia datang ke sini.. hahaha" kata Shahir..

"hai Fahri.. Adam.." abang Shahir mula memperkenalkan diri..

salaman tangan dihulur, salaman tangan juga mula dibalas.. lepas tu kami berdua mula nak masuk ke dalam rumah.. masuk, aku pun pandang-padang sekejap keadaan dalam rumah tu.. bersih dan teratur je..

"dah makan dah?" tanya abang Shahir..

"dah.. baru je, before nak datang sini.." balas Shahir..

"bilik semua dah ready.. tapi tak rasa korang nak tidur lagi kot.. orang muda sekarang bukannye nak tidur awal.. balik rumah pun lewat-lewat kan.." kata abang Shahir..

"abang ni macam emak je lah.. orang tahu lah macam mana nak uruskan hal diri.. dah besar pun.."

"hahaha.. okay.. okay.. apa-apa pun kalau korang dah rasa letih ke, bilik semua dah ready.. kalau lapar tengok je kat dapur tu.. ada je snacks or air minuman semua.. ambil je.. sorry lah, tak boleh nak layan tetamu sangat.. ada hal sikit nak diuruskan kat dalam bilik.." kata abang Shahir lagi..

"eh, tak ape.." aku mula dah jadi malu-malu sikit..

tak lama lepas tu abang Shahir pun dah mula masuk bilik dia.. aku dan Shahir masih lagi berada di ruang tamu.. duduk di ruang tamu, Shahir kemudiannya pergi ke dapur, katanya rasa lapar pula walaupun baru je lepas makan.. nak cari apa benda yang boleh dimakan kat dapur, lalu tanya aku sama ada aku lapar juga ke tak.. balas aku, takde lah lapar, takde lah kenyang juga.. but kalau diajak makan boleh je nak makan lagi.. hahaha.. lepas tu, Shahir mula pergi ke dapur..

aku pula mula berjalan-jalan di sekitar bilik tamu, perasan ada beranda rumah kat kondominium tu.. aku pun lalu pergi ke beranda, buka pintu kemudian melangkah ke luar untuk menikmati permandangan suasana di luar.. keadaan masih lagi bercahaya, walaupun dah lewat malam.. berada di tengah, aku boleh menyaksikan keadaan di kotaraya itu yang masih lagi bercahaya.. dari jauh, aku dapat perhatikan roda ferris yang telah kami naiki.. ianya tidak lagi berputar, tapi lampu-lampu neon yang menyinari roda ferris itu masih lagi menyala..

sweet memory.. i think..

mula terfikirkan tentang apa yang dah jadi di dalam roda ferris itu..

tapi mungkin juga ianya satu detik kesedaran..

hatiku berbisik lagi..

masanya sudah begitu dekat.. tapi aku tak tahu kenapa aku seperti rasa ianya lagi cepat berlalu..

terdiam.. aku menhirup nafas seketika..

mula terasa tiupan angin yang agak menyejukan.. terasa agak kurang selesa, lalu aku pun mula masuk semula ke dalam rumah.. perasan yang Shahir masih lagi berada di dapur.. aku pun perlahan-lahan mula menuju ke dapur nak tengok apa benda yang Shahir buat di sana..

"buat apa tu?" tanya aku..

Shahir menoleh, sambil tangannya mentutup mulut.. aku pun mula rasa pelik bila tengok dia macam tu.. berkerut dahi aku memandang pada Shahir..

"kau jangan gelak, okay.." kata Shahir..

"apasal? ada apa je?" aku dah jadi rasa pelik..

kemudian, tiba-tiba ada kedengaran bunyi aneh dari Shahir.. bahunya juga ternaik seakan terkejutkan sesuatu..

"laaa... sedu rupanya.. hahaha.." aku pun mula tergelak sikit..

"kan dah cakap jangan gelak.. ops.." sedu tu datang balik.. aku pun tergelak sedikit bila tengok keadaan tu..

"apasal tiba-tiba je kau dapat sedu ni?" tanya aku..

"entah.. tiba-tiba je.. ops.." dan sedu itu pun datang balik..

aku rasa nak gelak, tapi cuba tahan.. cuma mula tersenyum-senyum..

"kau tahu macam mana nak stop benda ni? ianya tak henti-henti.." kata Shahir.. bahunya pun terangkat-angkat lagi bila sedu itu datang..

aku kesian pula tengok dia ni.. tapi entah kenapa aku dalam masa yang sama aku mula rasa satu perkara..

comel pula tengok dia macam tu..

tersengih-sengih, aku pun mula mendekati Shahir..

"kat mana letak cawan?" tanya aku..

Shahir pun tunjuk kat mana cawan berada..

"air?" tanya aku lagi..

lalu Shahir pun mengambil air mineral yang ada dalam peti sejuk..

aku ambil air sambil mula menuangkannya ke dalam cawan..

"ada banyak teknik juga macam mana nak hilangkan sedu.. but aku rasa cara ni agak berkesan.. kalau aku ada sedu, biasanya cari ni berkesan.." kata aku..

Shahir hanya mendiamkan diri sambil dia pandang aku..

"senang aje.. kau tarik nafas dalam-dalam, macam kau buat bila nak bersenam semua tu.." aku pun tarik nafas dalam-dalam nak tunjuk demo.. "tahan je, jangan lepas lagi.. then sambil kau tahan nafas tu, kau bawa minum air.. minum sekali teguk tau.. jangan lepas.." aku pun minum nak tunjuk cara aku hilangkan sedu..

caranya mudah.. tarik nafas dalam-dalam, lalu bawa minum air yang banyak sekali teguk, sambil-sambil masa tu kita masih lagi menaham nafas.. minum air tanpa henti sekali teguk.. lepas tu tengok lah hasilnya.. berkesan? kalau masih ada lagi, cuba buat kali yang kedua..

Shahir pun cuba buat apa benda yang aku dah ajar.. dia mula tarik nafas dalam-dalam, lalu terus juga meminum air.. aku hanya memandang dia, tersengih-sengih..

habis minum air, Shahir pun mula pandang wajah aku..

"so, macam mana?" tanya aku..

terdiam seketika, tengok-tengok kalau sedu tu datang balik ke tak..

satu minit..

takde pula sedu tu kedengaran semula..

"wow.. Fahri ada kuasa sakti.. hahaha.. hebatnya kau.." Shahir pun dah mula nak gelak-gelak..

"hahaha.." aku pun turut tergelak sama..



*         *        *


pada malamnya, sekitar jam pukul 1.30, aku kini sedang berbaring di dalam bilik.. Shahir pula sedang berada di dalam bilik air.. nak berus gigi, cuci muka sebelum nak tidur.. pada saat ini, aku mula terfikirkan tentang banyak perkara.. sesuatu yang sedikit sebanyak mula mengganggu fikiran aku..

aku terfikirkan apa yang dah jadi sepanjang hari ini.. dari perjalanan sampai ke kota ini, aku rasakan semuanya akan jadi satu kenangan yang akan aku ingat sentiasa.. sebenarnya kalau difikirkan, aku dan Shahir memang dah biasa sangat meluangkan waktu bersama, tapi tidak tahu kenapa saat ini sesuatu yang lain dari kebiasaanya.. ianya manis, tapi dalam masa yang sama, ada juga kepahitan yang terpalit di sebalik kemanisan itu..

detik ketika aku dengan Shahir menaiki roda ferris itu, satu impian aku telah tercapai.. dan ianya bukan lah sesuatu yang dirancang.. sampai sekarang, aku seakan sukar percaya yang ia telah pun berlaku.. walaupun aku tahu, Shahir takkan pernah tahu bahawa aku ada menyimpan impian sedemikian.. dan kerana ianya sesuatu yang manis, aku takut kemanisan ini lah menjadi satu ikatan yang berat untuk dilepaskan nanti..

untuk sesuatu sebab, aku sudah mulai takut mengenai memori..

aku mula fikir bagaimana memori dan kenangan ini adalah penguatkan dalam hubungan antara manusia.. semakin kita menciptanya, semakin kuat ikatan kita dengan orang itu.. dan jika ianya manis, maka semakin subur lah ikatan itu.. ianya begitu kuat, sehingga bila ia terputus nanti, kepedihannya sukar untuk aku terjemahkan.. ketakutan akan kehilangan.. seperti mana kita rasa sedih apabila insan yang kita sayangi telah pergi buat selama-lamanya, kesedihan itu ada kerana adanya ikatan antara kita dengan orang itu.. untuk kes ini, ianya lebih kepada soal hati dan perasaan.. kerana itu, aku mula berharap agar ikatan itu mula longgar, sedikit demi sedikit, agar aku boleh kurang kan rasa kesedihan itu..

saatnya semakin tiba.. dan sekarang, ianya seakan akan berlaku pada esok harinya.. Shahir sudah mula melangkah maju ke hadapan dalam hubungannya dengan Liyana.. aku tidak tahu apa yang aku sedang rasakan sekarang.. sedih? gembira? hampa? takut? semuanya seakan sukar untuk aku fahami.. ianya seakan satu perasaan yang pelbagai.. aku tahu ianya akan berlaku nanti, tapi selama ini aku seakan-akan tidak mahu memikirkannya.. mungkin sebenarnya berdebar-debar menanti saat itu.. jujur aku katakan, aku rela hubungan antara mereka.. tapi dalam kerelaan, ada tercalit satu perasaan yang seakan-akan berat untuk ditafsirkan..

masa akan sentiasa berdetik.. bila tiba saat itu nanti, aku akan tahu jawapannya, apa yang aku rasakan..

"kau okay, Fahri?" tiba-tiba je Shahir tanya aku.. dia baru je lepas dari bilik air.. sedang berdiri di muka pintu..

aku menoleh ke arahnya.. lalu cuba untuk tersenyum..

"nothing.. takde apa-apa pun.." balas aku..

perlahan-lahan, Shahir mula mendekati katil.. duduk, wajahnya masih memandang aku.. untuk seketika, kami saling berpandangan.. kemudian, Shahir mula nak berbaring di sebelah aku.. selimut mula ditarik menyelimuti tubuhnya..

"aku rasa aku dah lama kenal untuk tahu bila kau rasa macam ada masalah atau pun tak.. so, kau ada fikirkan apa je sebenarnya?" tanya Shahir..

aku tidak memandang wajahnya.. muka aku mengharap ke arah siling melihat lampu bilik yang masih lagi menyala..

"ada benda yang kau nak kongsi kan? kalau kau nak cerita, aku dengar je.." kata Shahir lagi..

aku masih lagi mendiamkan diri.. sikap aku yang tidak membalas pertanyaannya itu, sudah jelas yang sebenarnya aku memang ada benda yang aku fikirkan.. tapi, aku tak tahu kenapa aku keberatan untuk menceritakannya.. atau mungkin, lebih bagus aku tidak kongsikannya..

"aku rasa aku boleh agak apa benda yang kau sedang fikirkan.. but kalau kau rasa kau tak bersedia nak kongsi kat aku, tak apa lah.. aku pun tak nak paksa.. tapi kalau kau dah rasa nak luahkan, aku boleh je nak dengar.." kata Shahir.. sekarang dia juga turut memandang ke arah siling..

keadaan mula menjadi sunyi seketika.. masing-masing sedang diam membisu sambil memandang ke arah siling.. lampu bilik masih lagi menerangi..

"pada usia kita sekarang ni, ada satu masalah yang sangat common.." tiba-tiba Shahir bersuara lagi.."memang pada setika ini, pada range umur kita usually akan merasai masalah ini.. masalah mengenai 'hati dan perasaan'.. almost semua orang pada usia kita sekarang sedikit sebanyak akan ada masalah ini.. kalau dalam bahasa direct nye, masalah percintaan.. tak kisah lah pada yang still tak bercinta lagi, but pasti sedikit sebanyak mereka pun teringin nak merasainya.."

masih berdiam diri, aku mula mendengar apa yang Shahir nak kata kan..

"dulu, waktu umur belasan tahun semua, aku malas nak fikir hal-hal macam ni.. sebab terasa muda sangat untuk nak involve.. aku consider ia dulu sebagai 'masalah orang dewasa'.. but sekarang, kita pun dah besar.. so, dah tak salah dah kalau kita nak involve dalam perkara ni.. dah cukup besar dah.. so, jangan takut untuk membincangkannya, kerana masing-masing sudah cukup dewasa untuk terlibat dalam hal macam ni.."

berdiam, aku masih tidak berkata apa-apa..

"okay.. tak pe lah kalau kau tak nak cakap apa.. sekarang pun dah lewat dah.. mesti kau nak tidur dah kan.."

lantas Shahir bangun dari katil, lalu mula pergi ke arah suis lampu untuk menutupnya.. kembali ke katil semula, Shahir terus berbaring..

"good night.." kata Shahir..

dia terus memusingkan tubuhnya mengiring di arah yang berlainan dari aku..

diam.. suasana menjadi sunyi.. agak lama juga dalam tempoh tanpa suara, lebih kurang sepuluh minit selepas itu, aku mula bersuara..

"kau tak rasa weird ke dengan aku.." kata aku.. tahu yang Shahir masih lagi belum terlelap di sebelah aku..

"weird pasal apa?" tanya Shahir..

mula memusingkan tubuhnya, Shahir mula menghadap aku..

"kau pun dah tahu siapa aku yang sebenarnya.. so, aku akan rasa lebih weird kalau kau takde perasaan pelik kat aku.. bila kita bersama.. macam sekarang.. dekat-dekat.. kau tak rasa apa-apa ke? feeling macam nak lari ke.. or.. macam.. disgust..." tanya aku perlahan-lahan..

kali ni Shahir pula yang terdiam..

"aku ada fikir benda macam ni.. every time bila kita bersemuka.. aku akan terfikir tentang hal ni.. apa yang kau fikir.. apa yang kau rasa.. macam yang aku cakap, aku akan rasa lebih weird kalau kau takde perasaan pelik kat aku.." mataku memandang Shahir..

"ada.. honestly ada je.." balas Shahir..

terus aku terdiam..

"the awkwardness.. the confusion.. sangat janggal.. ianya satu perasaan yang takkan sama lagi seperti dulu, bila aku tahu tentang kau.. the truth about you.. jujur aku kata kan.. ianya mengganggu aku.."

hatiku dah mula berdebar-debar bila mendengar apa yang Shahir luahkan..

"dan kerana ia mengganggu fikiran aku, ia buat aku jadi tidak kena.. aku tak boleh nak explain macam mana.. aku dah lihat kau tak seperti dulu.. but then.. aku try untuk stop dari fikir dari benda-benda macam tu.. sebab aku takut, semakin aku fikirkannya, ianya akan merosakkan hubungan antara aku dan kau.."

pada saat ini kedua-dua mata kami saling berpandangan.. jarak begitu dekat sekali.. matanya tajam melihat mataku..

"kau tahu, ianya takkan sama lagi seperti mana waktu kita dulu-dulu.. memang takkan boleh nak nafikan yang akan ada perasaan janggal tu.. tapi.. aku seboleh-bolehnya tak nak fikir tentang benda tu sangat.. aku nak tengok kau, seperti mana aku kenal kau dulu.. sebab aku takut, kalau aku fikir tentang hal ni sangat, ianya macam mengganggu.. aku akan mula berfikir.. dan terus berfikir.. fikir.. sampai.. maybe aku akan fikir benda yang negatif.. so.." Shahir pandang mata aku.. tajam..

hati aku mula berdegup kencang bila dia pandang aku macam tu..

"kalau boleh kita berdua still macam dulu-dulu je.. macam aku cakap, aku takut kalau aku fikir pasal benda tu sangat, ianya akan merosakan hubungan antara kau dan aku.."

terdiam.. aku hanya mampu mendengar..

"ingat tak lagi bila aku cakap kononnya aku nak jadi pembimbing kau lah.. lepas kita berpisah pada malam tu, jujur aku cakap aku memang bermaksud macam tu.. but then.. to be honest aku pun tak tahu macam mana nak buat macam tu.. sebab aku pun bukannya bagus sangat.. but sekarang aku nak perhatikan kau.. apa benda yang kau akan buat.. perkembangan kau semua.. sebab tu aku harap pada kau satu benda.."

mata Shahir memadang mataku tajam.. hati aku dah mula semakin berdebar-debar..

"apa benda yang terjadi lepas ni.. jangan lari dari aku.. sebab aku tahu, kau memang ada bermaksud bergitu.." kata Shahir..

tidak mampu berkata-kata selepas aku mendengar apa yang Shahir katakan itu..

aku mula takut akan kenangan.. semakin ia dikumpulkan, aku takut semakin kuat ikatan yang menghubungkan antara aku dengan dirinya.. seperti yang Shahir telah katakan, aku memang menyimpan keinginan begitu.. lari dari dirinya.. lari dari realiti..

"mungkin aku seorang yang penakut.." akhirnya aku mula bersuara.. "takut akan realiti.. takut akan kesedihan.. hakikatnya, aku memang redha pun apa yang akan jadi nanti.. tapi.. mungkin aku seorang yang penakut.. kehidupan ini agak complicated.. and then, kita tak nak terasa sedih nanti.. aku takut.. aku takut sangat-sangat.. apa benda yang dah tercipta, akan buat lebih aku rasa derita.."

"aku faham.." dengan nada yang perlahan, Shahir berkata.."aku tak paksa kau untuk buat apa benda yang kau rasa nak buat.. itu apa benda yang aku pinta.. tapi bergantung pada kau sama ada mahu melakukannya atau tidak.."

terdiam.. aku tidak mampu bersuara..

malam semakin gelap.. aku sudah terlupa dengan apa yang terjadi pada siang semalam.. sekarang, aku tidak menyangka bahawa aku akan ada perbualan dari hati ke hati dengan dirinya.. setelah apa yang terjadi sebelum ini, kami jarang mahu membincangkannya.. atau pun kami cuba elak dari membincangkannya.. tapi aku tahu, dalam hati masing-masing memang ada fikiran yang cuba memikirkan perkara ini.. tapi tidak dilafaskan, kerana khuatir akan merosakkan keadaan..

aku seorang penakut.. takut dengan realiti.. takut dengan kesedihan.. takut dengan hakikat.. aku mula selalu fikir cara mudah untuk lari daripada segala masalah ini.. pilih jalan ringkas, dengan harapan, aku tidak akan terluka..

"aku seorang yang penakut.." perlahan-lahan aku mula bersuara.. "aku benci dengan diri aku.. kenapa aku begini.. kenapa aku memiliki perasaan ini.. aku fikir lagi bagus aku mati sahaja.. agar.. aku tak menjadi lebih hina semakin lama aku menikmati hidup.."

Shahir pandang wajah aku.. memasang telinga, mendengar dengan teliti..

"kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa tujuan aku dicipta dalam dunia ini? sebab kita tidak tahu apa yang Tuhan rancang untuk jalan kisah kehidupan kita.. sebab kita tidak tahu tu lah yang buat kita jadi confuse.. kita tak pernah nampak Dia.. kita tak tahu apa yang Tuhan fikir kan tentang kita.. adakah kita dibenci oleh diri-Nya? atau.. masih ada kah sedikit perasaan sayang-Nya pada diri kita.. sebab kita tidak boleh nak nampak Dia, but kita tahu Dia ada.. dan sentiasa ada..."

mata Shahir tidak berkelip melihat wajah aku..

terhenti seketika, suasana menjadi senyap.. selang beberapa minit selepas itu, aku mula bersuara lagi..

"manusia ni buat banyak perkara yang ingkar.. dan aku pun rasa yang aku ni berdosa.. I'm a sinner.. sebab tu aku kata, kadang-kadang aku terasa nak mati je, agar kalau boleh aku boleh nak henti kan segala dosa yang aku dah buat.. dan masih buat.. walaupun manusia ni tahu dia buat benda yang salah, tapi mereka still nak buat juga.."

Shahir masih lagi setia mendengar.. tiada kata, membiarkan aku terus berkata-kata..

"macam aku cakap.. kita tidak tahu apa benda yang Tuhan fikirkan tentang diri kita.. dan disebabkan kita tidak tahu, kita mudah nak confuse.. aku ni manusia.. punyai perasaan seorang manusia dan berfikir seperti seorang manusia.. aku sedar, aku ada satu perasaan yang salah, but jujur aku cakap, semua perasaan itu adalah sesuatu yang jujur, genuine.. bukannya dibuat-buat.. pertanyaan ini pernah disoalkan kepada aku dan ia buat aku mula berfikir tentangnya.. orang seperti aku ni adalah golongan yang paradoks.. percaya yang Tuhan ni sayangkan kita.. tapi bukan kah orang macam aku ni kaum yang dilaknat-Nya? jadi, kadang-kadang aku ragu-ragu kalau masih lagi ada di hati-Nya.."

Shahir terdiam.. diam memejamkan mata.. agak lama sedikit.. malam yang mula semakin sejuk, tapi seakan tidak dirasai akan kesejukkannya.. terluah perkara yang aku pendamkan.. jujur aku kata kan, aku masih percaya yang Tuhan masih sayangkan hamba-Nya.. tapi keraguan itu mula muncul dari hari ke hari.. semakin aku cuba untuk mengejar tuntutan naluri, semakin aku keliru dengan kehidupan..

membuka matanya semula, Shahir memandang mata aku.. tapi dia masih lagi membisu tanpa berkata apa-apa.. hati ku mula tertanya-tanya apa yang dia sedang fikirkan.. apa yang yang dia mahu katakan.. menarik nafas sedikit, akhirnya Shahir mula membuka mulut..

"kita ada belajar tentang ada 99 nama-nama indah tentang Allah.. dan setiap satu nama itu menunjukkan tentang seakan-akan sifat yang dimiliki oleh-Nya.. yang tersenarai ada 99 nama, tapi ada yang mengatakan bahawa ada lagi nama yang dimiliki-Nya yang tidak tersenarai daripada 99 nama-nama itu.. tapi daripada 99 nama-nama ini, kita boleh belajar mengenai diri-Nya.. contohnya, Al-Awwal.. Maha Permulaan.. Dia lah yang paling awal.. Al-Akhir.. Maha Penhabisan.. dan Dia juga lah Maha Penghabisan.. ada 99 nama.. dan ianya kerap disebut berulang kali dalam kitab.. setiap nama membawa maksud yang mendalam.. ada penguraian tentang akan maksud nama itu.."

kini aku pula yang memasang telinga mendengar apa yang Shahir nak katakan..

"jujur aku cakap, aku bukannya berilmu sangat dalam hal-hal agama ni.. kau pun dah tahu aku macam mana kan.. tapi aku sedar akan satu perkara ini.. mengenai 99 nama-nama itu.. mungkin aku salah, jadi kau tidak semestinya harus ambil apa yang aku nak katakan.. tapi, aku nak tanya kau satu perkara.. daripada 99 nama itu, apa kah nama yang paling kerap sekali disebut berulang kali dalam kitab?"

hatiku sudah mula berdebar-debar.. namun sebelum sempat aku berkata, Shahir sendiri yang mula memberi jawapan..

"ianya adalah perkataan yang kau sebut setiap hari.. dalam setiap doa, nama itu akan turut hadir dalam setiap doa.. Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.. In the name of God, Most Gracious, Most Compassionate.. ianya adalah Ar-Rahman dan juga Ar-Rahim.. nama ini adalah mengenai kasih sayang.. kalau kita boleh kumpulkan 99 nama-nama itu dalam bentuk piramid, Ar-Rahman dan Ar-Rahim adalah paling banyak disebut berulang kali.. dalam setiap doa.. pada permulaan doa.. pada permulaan surah.. kedua-dua nama ini sentiasa ada.. dan kedua-duanya mempunyai maksud yang mendalam tapi kedua-duanya adalah mengenai kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.. pernah kah kau terfikir, kenapa Ar-Rahman dan Ar-Rahim paling banyak disebut berulang kali dari 99 nama yang ada.." Shahir pandang mata aku.. pandangan yang tajam..

jantungku sudah mula berdegup kencang..

"sebab Dia sayang pada umat-Nya.. Dia sayang kau.. Dia sayang aku.. Dia sayang semua.. dan kita tidak seharusnya sangsi dengan kasih-sayang-Nya.. kerana Dia sentiasa ada.. sangat-sangat dekat pada diri kita.. lebih dekat daripada apa yang kau boleh bayangkan.. tiada nama yang paling kerap disebut melainkan dua nama ini.. Ar-Rahman dan Ar-Rahim... Most Gracious, Most Compassionate.."

terdiam.. untuk seketika, aku seakan mula terasa sesuatu yang menyentuh hatiku..

"In the name of God, Most Gracious, Most Compassionate.." Shahir berkata lagi..

untuk sesuatu sebab, aku mula merasakan seakan ada sesuatu benda mula mengalir dari mata aku..













17 comments:

  1. seriously and honestly.... still the best story ever :) x sia2 menunggu walaupun agak lama gak tunggu... :)

    ReplyDelete
  2. Wow! Heart to heart crisis... Terkesan di hati...

    Btw, I always recite like this back then in UK. "In the name of God, The Most Compassionate, The Most Compassioner"... I think that selagi maksud and apa yang hati nak sampai betul tak ada masalah kan? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjemahan Ar-Rahman dgn Ar-Rahim dlm bahasa english ni ada pelbagai.. klu cari mana2 kitab tafsir english memang akan berbeza2.. sbb nya, mksud dua ayat ni sbnrnye susah utk diterjemahkan dlm bahasa lain, bah kn dlm melayu sekali pun.. even dlm melayu pun ada word yg susah nk ditermejahkn dlm bahasa lain.. misalnya mcm 'poyo..' gedik.. klu gedik mungkin dlm english mcm bitchy but actually still x sampai maksud and berbeza maksud..

      Delete
    2. "Gedik". A new word coming through. Hahaha... Dah tanya Mr. Google. Tapi tak ada specific answer for that. Thanks Putera giving me a word today.

      Delete
  3. *Damnit ninjas cutting onions*

    ReplyDelete
  4. Aku baca cerita ni sambil dengar lagu. Part hujung2 tu, tetiba keluar lagu siti, jaga dia untukku. Damn, nak nangis siot

    ReplyDelete
  5. oh myyyy bestnyaa terbaik ah putera...tisu meh tisu huhuhu

    ReplyDelete
  6. Hope syahir dpt blas cinta fahri walupun kjap... kesian fahri

    ReplyDelete
    Replies
    1. N atleast 1 scene shahir kiss fahri kan.. Hehe

      Delete
  7. Sonok.lg dan lg

    ReplyDelete
  8. Visit my blog ahmadacid.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  9. Gempak giler... i was moved by the storyline... i was touched by the inner feelings of the characters...
    Thank you sebab hasilkan citer yg bagus ni. Thank you!

    ReplyDelete
  10. Ahhh shahir shahir.. Susah sgt ke nk balas cinta fahri..

    ReplyDelete
  11. I never thought this kinda love could b so beautiful.

    ReplyDelete