Thursday 24 November 2011

Sesuatu Yang Tidak Pasti






Aku: awak buat apa je tadi?
Dia: jalan-jalan macam orang giler.. gi tengok movie..
Aku: dengan siapa?
Dia: seorang je.
Aku: tengok movie seorang je ke?
Dia: yup... kenapa? tak percaya?
Aku: tengok movie apa? di mana?
Dia: Happy Feet.
Aku: ok.. kenapa tak keluar dengan kawan?
Dia: saje..
Aku: ok..
Dia: macam mana graduasi tadi?
Aku: ok je.. sangat simple.. tak macam graduasi kebiasaannya..
Dia: kenapa? graduasi untuk apa?
Aku: graduasi tamat pengajianlah..
Dia: awak habis study ke?
Aku: ha ah.. kan dah beri tahu awak hari tu.. sekarang ni just cuti je..
Dia: kan habis exam je.
Aku: habis exam maksudnye habis study lah..
Dia: nanti tak sambung dah ke? tak faham lah.
Aku: nanti sambung lagi lah.. nak sambung degree lagi.


then, tiba-tiba kedengaran bunyi bising.. orang terjerit-jerit..


Dia: Malaysia menang! oyeh! oyeh!
Aku: menang berapa gol? saya tak tengok. saya tengah tidur kat hotel sekarang ni.. baru je balik hotel..
Dia: 4-3 kot.. jap.. awak gi hotel dengan siapa? buat apa?
Aku: dengan oranglah.. hehe
Dia: ok.. tak nak ganggu..
Aku: hehe.. dengan family lah..
Dia: family datang KL ke? kirim salam dengan emak ayah ye..
Aku: ha ah.. mereka datang KL.. mesti awak dah fikir benda lain kan? hehe
Dia: :-p owh.. datang bercuti ye? lama ke dia orang datang? awak start balik belajar bila?
Aku: kan saya graduasi.. mereka datanglah.. bulan Feb ni kot sambung belajar.
Dia: hurm.. ada rezeki jumpa lah kn.. awak dah makan? eh lupa.. awak sihat?
Aku: dah makan.. sihat je.. hm.. saya nak cakap sesuatu ni.. awak tahu ke saya berkemungkinan akan terbang jauh dari sini?
Dia: ni buat apa je?
Aku: awak tahu ke saya mungkin akan sambung study d luar negara? sebab tu saya tak nak beri harapan pada awak..
Dia: hurmm.. jauh itu hanya jarak..
Aku: boleh kah awak tunggu untuk tempoh lima tahun?
Dia: boleh kah awak pun setia untuk tempoh itu?
Aku: saya just risau pada awak.. sejujurnya saya tak tahu apa perasaan saya pada awak..
Dia: tak kisah.. lima tahun tu hanya masa..
Aku: awak tak faham..
Dia: apa yang saya tak faham?
Aku: berbaloi kah awak tunggu orang yang perasaannya tidak pasti dia anggap awak sebagai apa di hatinya?
Dia: hurm.. biarkan masa berputar dan tentukan segalanya.
Aku: menunggu sesuatu yang tidak pasti?
Dia: tidak salah kan?
Aku: ia akan 'membunuh' awak..
Dia: saya rela dibunuh...


'Si Dia' adalah orang yang aku temukan dalam post The Unofficial Blind Date.. sejak pertama kali kami berjumpa, dia menganggap aku sebagai orang yang cukup istimewa.. malah dia pernah mempost pada wall fb dia 'jatuh cinta pandang pertama' sejurus selepas kami berjumpa.. tetapi, jika dia mempunyai perasaan sedemikian, aku tidak tahu apakah yang aku anggap dia dalam hati aku? yang pasti, aku tidak berasa yang aku jatuh cinta.. bagi aku, tidak mudah hati aku untuk jatuh cinta hanya pada pertemuan pertama.. 

aku tahu dia begitu menyayangi aku.. begitu mengambil berat.. setiap pagi, akan ada ucapan 'selamat pagi' aku terima darinya.. sebelum tidur, akan ada ucapan 'good night' darinya.. namun aku tidak faham dengan diri aku.. aku seakan cuba untuk menjauhkan diri daripada dirinya..

aku just tidak dapat menipu diri aku sendiri...

namun dia tetap setia menunggu.. ini lah yang aku risaukan.. ia akan 'membunuh' dirinya.. aku rasa dia tahu kedudukan dirinya di hatiku bagaimana.. namun dia tetap menunggu..

menunggu sesuatu yang tidak pasti..

10 comments:

  1. Well, I don't know what to say to you but you're really lucky to have someone who really care for you and love you truly!

    I don't force you and I don't have the rights to do so but merely advise as a friend that's all. Is better go for a person who love you instead go for the person you love.

    Is you wanted to get away from him so why want to care whether did he get hurt by waiting for you or not? If you don't want to love anyone, tell him clearly that you're not ready for relationship yet, be transparent and straight forward. In this way, he'll clearly know your feelings on him.

    For me, what I can see is you do have the feelings towards him but just lie to yourself that you're not loving him that all. Correct me if I'm wrong!

    Don't chase the love but when it comes to you grab it without any hesitation. Yes, he is right about the distance you guys going to be. If there's enough understanding and trust each other nothing can stop you to love him forever and ever.

    Whatever it is, throw your heart over the fence and it'll leads you the way. All the best and do what is right for you. As a friend,we can only advice you but the journeys is yours:)

    ReplyDelete
  2. hu3.... nasib ko sme la ngan aq.... tiap2 pagi mesti ada msg good morning then tiap2 malam akan ada good night..... tpi aq dah buat keputusan.... aq x lyn dia....aq x bls semua msg dia....aku nk dia benci aq... biarla dia skit hati skarang.... daripada dia skit hati bila thu aq nie mcam nie...

    ReplyDelete
  3. prince patrik: dia sudah pun tahu yg aku xde hati dgn dia.. sblum prbualan ini, dia pun tahu dia di hati aku mcm mana.. cuma, dia seakan tidak boleh melepaskan.. salah aku gak sbb aku seakan memberi harapan pd dia.. aku memang transparent dgn dia.. semua benda yg aku buat dan fikir, aku beri tahu dia.. misalnya aku kata aku ada trmimpikn dia, aku beri tahu dia.. aku kata aku ada baca status fb dia sampai bulan ogos pun aku ckp.. aku kata, aku ada ambil foto dia pun aku beri tahu dia.. semua prkara yg aku buat aku ckp pd dia..

    Mus: ko punye kes dgn lelaki ke prempuan?

    ReplyDelete
  4. Hello encik...kalau ko nak jauhkan diri dari dier xyah nak gatal2 gitau dier semua yang ko buat kat dier...sebab ini akan membuatkan dier rasa ko dah gatal kat dier...ada paham kar budak kecik?

    ReplyDelete
  5. tu lah yg aku katakan aku secara tidak sengaja memberi harapan pd dia.. tp aku jelaskn lah.. aku memang biasa klu nk kenal org, aku cek post status fb org tu.. bukan pd dia seorang je.. aku kata, aku ambil foto dia sbb nk letak pd profile dia pd list contact kat handfon aku.. pasal mimpi tu, aku ni transparent je.. aku just beri tahu dia.. aku kata aku trmimpikn dia.. tp mimpi apa? aku kata aku x ingat.. yg pasti dia happy sgt sbb muncul dlm mimpi aku..

    ReplyDelete
  6. aku bukan budak kecik lh.. waktu aku darjah enam, tinggi aku dlm 165 cm mcm tu.. then waktu aku form 3, tinggi aku 180 cm.. so, bila umur skrg ni? haha.. ok2.. aku still budak kecik lg sbb muka aku still kekal comel.. kekal kebudak2an.. haha

    aku just naif dlm prcintaan sbb x prnah brcinta sblum ni..

    ReplyDelete
  7. aku nk tnya...kes nie lelaki or perempuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki dengan lelaki lah... dh nama blog PLU..

      Delete
    2. hahhaa..leks la...mn la tau perempuan...tuh yg aku tnya tuh...

      Delete