Tuesday 11 June 2013

Tips Nak Tingkatkan Pengunjung Blog -Part 1-

macam mana nak tingkatkan jumlah pengunjung dalam blog?? hmm.. soalan dari seseorang, buat request agar aku tulis tentang hal ni.. hurmm.. okay.. aku try lah explain dari sudut pandangan aku selama dua tahun setengah sudah berada dalam dunia blogging ni..

1. firstly, jangan give up lah dengan blog anda kalau rasa still tak banyak pengunjung.. aku tak kata yang blog aku ni femes.. tapi tak dapat dinafikan dari hari ke hari memang semakin banyak visitor yang datang.. semua orang bermula dari kosong.. jangan harap lah hari ni kau buat blog, tiba-tiba je boleh dapat jumlah pengunjung sebanyak 1000 orang sehari.. semua tu memang akan ambil masa juga.. sebenarnya.. macam my blog.. pada bulan pertama aku tulis blog pada bulan August 2011.. time tu jumlah visitor aku just sebanyak 17 orang je.. punya lah sikit kan..

gambar ni salah info sikit.. sepatutnya 2011, bukan 2010..


but lama-kelamaan visitor meningkat kepada 30,000 lebih sebulan pada bulan Mei 2012 dan terus konsiten sebanyak angka 30,000 lebih tu.. but then, tiba-tiba terus meningkat secara drastik sehingga mencapai 107,572 pada bulan November 2012..




tapi lepas tu jumlah visitor terus menjunam ke angka 50,000 kujungan sebelum meningkat semula lalu mencapai kujungan sebanyak 100,000 sekali lagi pada bulan Mei, bulan lepas lah..



so, macam mana jumlah visitor aku tiba-tiba boleh naik dengan mendadak, terutamanya pada bulan FEB/12 yang hanya cecah 4000 pengunjung but next month, MAY/12 tiba-tiba naik jadi 30,000 lebih?? ada kisah disebaliknya juga.. but hal ni aku nak katakan, sebab 'peluang' dan 'tuah' juga..



so, biar citer sikit tentang sejarah blog ni..


aku patut ucapkan jutaan pada seorang blogger untuk blog KDL My World... sebab blog dia tiba-tiba aku dapat kunjungan secara drastik.. pada saat ni lah titik perubahan blog ni.. dari 4000 pengunjung sebulan naik secara drastik ke 30,000 sebulan.. gara-gara dari blog KDL ni lah.. sebab blog ni femes.. so, aku nak kata yang blog aku waktu tu terkena tempias femes blog tu lah.. hahaha..

kisahnya macam ni.. satu hari, aku ada tinggalkan komen pada blog dia.. tanpa malu berkata, "sila lah visit my blog.." lepas tu, tanpa aku sangkakan, dia letak my blog dalam list blog kat blog dia lah.. so, secara tidak langsung, blog aku telah terpromote dalam blog femes dia.. dan lagi, blog KDL agak exclusive sikit.. bukannya senang dia letak link blog orang lain kat blog dia.. cuma blog-blog tertentu je.. dan tuah badan, entah macam mana blog aku terpilih masuk dalam senarai list tu.. sejak saat tu, memang majority pengunjung yang datang ke blog aku sebab dari blog tu juga.. kerana tu aku cakap, at that moment, my blog terkena tempias popularity blog tu.. just bayangkan kalau suddenly blog femes macam Beautifulnara ke letak link blog korang.. memang akan terus naik jumlah pengunjung secara drastik lah.. 

so, at that time, memang my blog agak bergantung pada visitor dari blog KDL untuk terus meningkat lah.. but, suddenly blog KDL macam jadi private sekejap.. pada saat tu, aku dah mula risau yang jumlah visitor akan turun.. 

tapi, jumlah visitor tak turun juga.. maybe sebab aku dah dapat group readers aku sendiri kot.. so, my blog terus menjunam naik sampai angka 100,000 sebulan.. maybe sebab atas usaha aku sendiri juga nak naikkan jumlah pengunjung sendiri dan jadi lebih bebas tanpa bergantung sangat pada blog lain.. selepas pengunjung aku naik secara mendadak after 'dipromote' oleh KDL, aku memang dah buat tektik aku sendiri macam mana nak tingkatkan visitor..

antara teknik aku time tu macam, bila KDL buat satu entri baru, aku akan buat entri baru juga.. biasanya kalau buat entri baru memang visitor naik.. so, aku ambil kesempatan lah.. time banyak visitor akan lawat blog KDL, time tu lah aku akan buat satu entri yang gempak-gempak.. tajuk pun agak menarik perhatian.. usually tajuk entri ada word macam 'gay' 'PLU' or apa-apa yang akan buat orang lain curious untuk baca.. time tu juga permilihan gambar untuk setiap entri amat penting juga.. so, kena lah letak pic yang mampu menarik perhatian orang.. so di sini aku nak cakap dua hal perkara yang amat penting..

1. permilihan tajuk yang bagus..
2. gambar di setiap entri

kedua-dua perkara di atas adalah sangat peting sekali.. so, patut letak sesuatu yang mampu buat tarik perhatian reader..

pada moment tu lah memang aku guna kan peluang yang ada untuk tarik pembaca dari blog KDL ke blog aku.. memang pada saat aku agak bergantung pada his blog lah.. tapi hasilnya menjadi..

lama-kelamaan, aku pun dah dapat group reader aku sendiri.. dapat pembaca setia sendiri, hal ni membuatkan aku dah boleh kurangkan kebergantungan dari blog orang lain.. so, aku boleh cakap lah, bila aku dah ada my own readers sendiri, aku dah tak lagi bergantung dari blog KDL tu.. my blog dah boleh bangun sendiri...

sekarang ni pun, blog KDL bukan lagi penyumbang terbesar traffik blog aku..

pertua blogging : bila blog femes promote blog korang, gunakan kesempatan yang ada untuk improve your blog sampai lah korang boleh bangun sendiri tanpa bergantung dari blog tu..


2. permilihan tajuk blog amat penting juga.. my blog telah mengalami tiga kali perubahan tajuk.. bermula dari tajuk 'INNUENDO' ke "A PLU in Australia' akhirnya jadi 'Malaysian PLU Story'.. 

kenapa aku guna tajuk 'Malaysian PLU Story'?? semuanya ada sebab-sebabnya sendiri.. ni sebab faktor teknik permasaran lah.. siapa sasaran pembaca kita?? kalau aku, target pembaca aku adalah

1. melayu
2. PLU
3. orang malaysia

so, tajuk 'Malaysian PLU Story' memang sangat sesuai sekali.. sebab bila dengar je tajuk tu kita dah boleh tahu ia tentang PLU yang dari malaysia.. sesuatu sekali dengan target pembaca aku iaitu melayu, PLU dan orang malaysia..

so, bila orang tengok tajuk tu, orang pun dah boleh agak apa yang ada dalam blog tu sebelum mereka nak baca.. kita dah boleh tahu ia adalah blog PLU.. so senang PLU nak cam my blog.. kan ada orang suka tengok profile blog orang lain lalu tengok list blog orang tu follow.. but kalau dia terlihat tajuk 'malaysian plu story' dah macam ada satu tarikan untuk orang tu nak baca..

sebab tu permilihan tajuk blog memang sangat penting juga.. dan tajuk blog aku bukannya suka-suka pilih macam tu.. tapi ada sebab-sebabnya sendiri..


3. kurang kan lah post-post yang merepek.. misalnya macam bila kau tulis benda tu, kau seorang je yang faham.. contoh paling senang, ayat yang terlalu berbunga-bunga.. jiwang karat.. bersajak-sajak lah.. kurangkan juga post-post yang meroyan.. misalnya kau kau nak kutuk orang ke.. nak lepas geram ke.. 

aku ada cakap macam ni..

"nak tulis blog, belajar macam mana jadi seorang pembaca, bukannya jadi seorang blogger"

maksudnya apa?? kau bayangkan diri kau sebagai seorang pembaca, bukannya blogger.. so, as a reader, kau suka baca benda macam mana? apa yang kau tak suka baca? so, kau kena tulis benda yang pembaca akan suka lah.. bukannya tulis benda nak suruh pembaca suka.. sebab tu aku kata, belajar macam mana jadi seorang pembaca, bukannya jadi seorang blogger.. sebab kita tulis untuk bagi orang lain baca.. so, memang sangat penting tulis benda apa yang pembaca nak baca.. bukannye kita just syok sendiri je tulis..



4. tajuk entri tu sangat penting tau.. memang sangat penting..

sini aku beri satu tips.. buat satu tajuk entri yang usually orang akan search.. 

so, bila orang google satu ayat tu, maka your blog akan berada di carian teratas dalam google lah.. sebab tu my blog mostly tajuk entri akan ada words macam 'gay' 'PLU' or benda-benda yang agak songsang lah.. sebab memang aku tahu, banyak orang akan google dengan word-word macam ni..

but, tajuk entri tu kena lah mudah dan ringkas.. sama lah juga time kita nak google satu benda tu, kita just key in ayat yang ringkas-ringkas je lah kan? takdenya search ayat yang berbunga-bunga.. 





bersambung....



11 comments:

  1. Hoi...dari ang dok merapu update ntah ape2 ntah baik ko update novel ko tu..karate kang...

    **tudiaaa...abg ngah dah marah..hak hak hak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang plan spatutnya update novel tu tp ada 'adik kecil' request buat post ni..

      Delete
    2. haha.. pakcik adam dah mengamok... hehe.... btw, thnx kat putera, trafik aku banyak datang daripada blogang.. dan aku dah buat pon macam ang ajaq tu... Hehe...

      Delete
    3. Haahkn.. maaf la kurang berminat nk tahu kisah lain. Selain novel tu.. sambung la part 26 tu.. dah berbulan2 tggu..... btw tahniah untuk blog putera da femes..

      Delete
  2. aku nak ucap terima kasih sebab blog ko lah la source utama orang ke blog aku.

    trimas sebab letak dalam bloglist you..hehe

    ReplyDelete
  3. bagus kau punya tips...
    thanks jugak ye letak blog aku kat blog list kau..
    btw x sabar nak tggu part seterusnya novel kau...
    i'm waiting bro..:)

    ReplyDelete
  4. Sama lah dengan blog saya,

    Ada suatu ketika blog saya juga dikongsi oleh KDL dalam ruang blog list beliau, siap KDL send email minta kebenaran untuk dikongsikan blog saya bagi membuka mata golongan gay tentang pentingnya kefahaman gay mengenai HIV/AIDS.

    Ya benar sejak KDL share blog saya pengunjung meningkat secara mendadak, akan meningkat bila saya sharekan entry terbaru yang ada unsur2 kisah gay.

    Saya seperti awak juga Putera masing2 ada target pembaca kan, bagi saya maklumat tentang HIV tu penting untuk golongan2 yang berisiko ni terutama Gay di Malaysia, bagi menarik pembaca kita kena bijak bercerita, saya tak sebijak nak cerita seperti Putera dan KDL sebaliknya saya lebih kepada share pengalaman orang lain terutama golongan gay, PLHIV dan kisah dari sumber lain (terutama kisah liwat2 ni) supaya pengunjung terutama gay tertarik masuk ke blog saya. Dan apabila mereka dah masuk ke blog saya baru mereka nampak entry2 lain berkaitan HIV.

    Penting untuk kita share entry yang menarik terutama pada tajuknya yang sensasi dan photonya tu untuk menarik golongan sasar kita.

    Dan memang benar ada sekali blog KDL dah tak boleh dibuka, dan bilangan pengunjung keblog saya menurun, cuma baru-baru ni saya baru perasan yang blog KDL kembali wujud, TETAPI dia sudah keluarkan blog saya diantara blog list dia huhuhu..

    Tak mengapa lah maybe ada sebab kenapa KDL ambil tindakan tersebut maybe bagi menjaga keselamatan blog daripada diganggu orang yang tidak senang dengannya.....:(

    ......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. but my blog waktu blog KDL tutup, my blog still maintain meningkat jumlah pengunjung.. asalnya memang fikir akan menurun lah.. so, maknanya, kebergantungan tu dh kurang lah.. my blog pun dh boleh survive sndiri.. skrg ni pun trafik dr blog KDL bukan lg the main source kunjungan org.. but still kena ucap trima kasih kat dia sbb asalnya memang dia secara x langsung membantu my blog dulu..

      Delete
  5. Baekk..thnkd putera...(^^,)...sy bru jer berjinak2 brbloging..huhui...panduan ni amat berguna bg sy..(^^,)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Info yang bernas...jom ziarah blog saya

    ReplyDelete