Friday, 20 February 2015

Introvert Vs Extrovert





ada orang tanya aku sama ada aku ni introvert or extrovert.. jawapan aku adalah yang aku ni seorang introvert.. bagi yang tak tahu lagi akan maksud apa itu introvert dengan extrovert ni, aku ada baca satu penjelasan untuk memahami maksud kedua-dua 'terms' ni..

dalam diri manusia ni ada satu 'energy'.. dan setiap orang mempunyai jumlah 'energy' yang berbeza.. 'energy' ni sebenarnya digunakan dalam hubungan sosial manusia, bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain, ia macam pakai 'energy' ni lah.. dalam kes ini, manusia dalam golongan jenis introvert, jumlah 'energy' dorang tu sangat lah limited.. kalau orang introvert ni pakai 'energy' tu mudah nak habis dan dorang macam kena recharge balik 'energy' tu.. berbeza pula manusia jenis extrovert, dorang ni macam memiliki almost 'unlimited energy'.. so, disebabkan dorang punya lah banyak 'energy' dorang macam kena share or luahkan/kurangkan energy tu.. bayangkan jika kita ada satu 'tangki energy'.. kita tak boleh tangki tu full sangat, kena pakai juga 'energy' tu.. so, bagi manusia jenis extrovert ni, dorang macam kena sentiasa pakai 'energy' tu sebab dorang ni memang jenis yang self-sufficient.. maksudnya dorang payah risau untuk kehabisan 'energy' tu.. sebab dorang ni senang nak dapat 'energy' tu balik..

so, bagaimana kita nak relate 'energy' ni dalam kehidupan manusia.. kena faham yang 'energy' tu digunakan bila kita berinteraksi dengan manusia lain.. so, bagi yang extrovert ni, disebabkan dorang ni macam memiliki 'unlimited energy', dorang rasa diri dorang berinteraksi dengan manusia lain sebab kalau tak pakai 'energy' tu, 'tangki' akan jadi full.. so, orang orang extrovert ni kebiasaanya jenis orang yang peramah, banyak cakap, suka dengan keadaan yang mana dia sentiasa boleh berinteraksi dengan orang lain.. kalau dia berseorang diri, (energy tu tak digunakan, so tangki energy pun jadi full) dorang rasa diri dorang mudah nak kebosanan.. rasa tak best.. so, dorang kena juga cari manusia untuk jadi teman berbual or berinteraksi (dengan kata lain kena pakai 'energy' tu sebab kalau tak pakai tangki energy jadi full so dorang mula tak selesa)

tapi lain cerita pula dengan manusia jenis introvert ni yang memilki 'energy' yang sangat limited.. maka disebabkan itu, dorang ni macam kena pandai berjimat-cermat menggunakan energy ni dengan sebaik-baiknya, sebab limited supply membuatkan ia jadi berharga.. so, manusia jenis introvert ni kurang berinteraksi dan lebih suka tak bercakap sangat (sebab nak jimatkan 'energy' tersebut).. dan dorang ni macam kena pandai berfikir bagaimana nak gunakan energy yang limited itu dengan sebaik-baiknya.. jadi orang introvert ni kalau soal berinteraksi dengan manusia dorang agak 'memilih' sikit.. mostly, orang introvert ni lebih gemar bergaul dengan orang yang dia dah kenal rapat berbanding dengan strangers.. tapi kalau orang introvert ni suka bergaul dengan stranger, mesti ada sebab tertentu yang mana dia rasa stranger tu 'berbaloi' untuk dibawa berbual..

so, orang introvert ni hanya akan pakai 'energy itu'

1. jika dia rasa suka gunakan
2. jika memang dia perlu gunakan
3. jika dia terpaksa gunakan
4. jika dia rasa ia berbaloi untuk digunakan

sebabnya, energy yang limited membuatkan dorang kena bijak berjimat cermat..

so, orang introvert ni

1. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia rasa suka bergaul dengan orang itu
2. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia rasa dia perlu bergaul dengan orang itu
3. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia memang terpaksa bergaul dengan orang itu
4. hanya akan bergaul dengan orang lain jika dia rasa berbaloi bergaul dengan orang itu..

pun bergitu, tidak bermaksud orang introvert ni jenis yang tak friendly langsung.. bukan bermaksud dorang tak suka nak bersosial.. akan tertapi disebabkan 'limited energy' membuatkan dorang ni macam 'berjimat' dan hanya gunakan jika dorang rasa suka, perlu, terpaksa or berbaloi untuk digunakan.. berbanding dengan manusia jenis extrovert pula, 'unlimited energy' membuatkan dorang macam tak kisah untuk gunakan energy itu.. so, dorang ni mostly jenis yang suka bersosial dan layan semua orang je.. sebab orang extrovert ni kena gunakan 'energy' itu.. sebab kalau full tangki macam buat rasa diri mudah nak bosan keseorangan.. so, dorang perlukan interaksi untuk luahkan 'energy' itu..

untuk golongan introvert pula, setelah dorang mengunakan 'energy' itu, maka disebabkan 'energy' dorang sangat sikit jadi ia mudah nak habis.. so, dorang kena 'recharge' balik 'energy' tersebut.. so, cara dorang nak recharge ni adalah dengan tidak memakai 'energy' tu lah.. dengan kata lain, bersendirian tanpa melakukan apa-apa interaksi dengan manusia.. jadi disebabkan itu orang introvert ni tak kisah untuk bersendirian, malah dorang mungkin prefer bersendirian (sebab nak recharge balik 'energy' tu).. so, orang introvert ni banyak hobi yang sering dilakukan bersendirian seperti membaca buku, tengok movie berseorangan..

akan tetapi, itu tak bermaksud yang orang introvert ni memang suka sangat nak bersendirian.. 'energy' itu kena dipakai juga... sebab tak boleh nak biarkan tangki energy tu penuh.. so, orang introvert juga memerlukan interaksi dengan manusia.. sebab semua manusia memerlukan interaksi dan boleh rasa bosan dengan kesunyian.. termasuk juga dengan manusia introvert..

cuma yang membezakan antara introvert dengan extrovert ni, bila orang introvert tu pakai 'energy' tersebut ia mudah nak habis dan kena recharge balik (dengan melakukan aktiviti berseorangan).. thus, how they want to use that 'energy', kena lah dipakai sebaik-baiknya seperti yang telah disenaraikan, jika suka/perlu/terpaksa/berbaloi.. tapi orang extrovert memiliki unlimited energy so, dorang tak payah nak risau jika energy tu habis sebab dorang ni self-sufficient.. extrovert ni pula kena risau untuk tidak membiarkan tangki 'energy' tu penuh.. jadi dorang kena gunakan 'energy' tersebut selalu..


















10 comments:

  1. by the way encik putera, ade lagi satu term untuk describe a person that can be both introvert and extrovert, ia digelar ambivert...

    ambivert ni ade both personality between intro and extro. kiranya die mcm bertindak ikut mood die... kalau mood tgh hype, die jadi extrovert. kalau mood tgh swing, die jadi introvert.

    kalau sesorang itu tak pasti sama ade die introvert or extrovert, maknanya die ambivert.

    (proud to be one)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually there is no term called ambivert...in psychology (especially in personality course) hye ade dua tu je introvert n extrovert...just betulkn sbb i blaja dlm bidg ni...n if u nak ape2 rujukan boleh rujuk American Psychology Association there are a lot of articles yg publish ttg all types of personality..just sharing ;-)

      Delete
    2. btw, thanks... sbb i hanya dengar kat internet je... maybe american psychology association x update jilid baru kot...

      mcm deria rasa pada lidah, actually science is lying. xde pun deria rasa yg khusus pada lidah.

      just bagi pandangan...

      Delete
    3. First time dengar term ambivert. Thanks though. Aku rasa aku stuck in between ambivert and introvert. Lol.

      Great article too

      Delete
  2. orang yak terlalu byk ckp mungkin seorang yak sunyi .. ini pendapat shin

    ReplyDelete
  3. Aku mungkin berada di tengah-tengah.

    ReplyDelete
  4. Salam, just discovered this blog this morning. So inspiring and I am encouraged to write as well. Keep the writing up ya.

    Salam juga untuk blogger2 yang lain. Mohon tunjuk ajar. :)

    ReplyDelete
  5. ko dah tutup akaun fb ko?

    ReplyDelete
  6. Tiap orang ade introvert dgn extrovert, bezanya banyak atau sikit, kdg2 extrovert pun ad sikit introvert pnye perangai dan sebaliknya..mcm aku introvert tp ad jugak prangai extrovert wlaupun 1%..btw, good article

    ReplyDelete
  7. Ade 2 je Introvert n Extrovert.. yg kate die berada ditengah2 (Ambivert kononye) sbnrnye die masih berada dlm kelompok Introvert sbbbbbb yg ni saye kopipes je huhu ""mereka masih boleh berada dalam kelompok individu Ekstrovert tetapi jangan paksa Introvert untuk jadi Ekstrovert. Analoginya begini, seketul span dibasahkan dengan air, jadi lembap, bila kering akan jadi span balik. Maknanya, bila mereka diletakkan dalam kelompok individu berpersonaliti Ekstrovert, mereka boleh adaptasi situasi tersebut namun ia tidak kekal lama. Mereka akan kembali menjadi Introvert."" Sbb tu kejap jd hyper kejap jd pendiam, penatla katekan huhu

    ReplyDelete