Saturday 28 April 2012

Unspeakable Love




sekarang ni aku tengah meng'order' satu buku yang bertajuk 'Unspeakable Love'.. tengok gambar di atas kamu sudah boleh agak ia mengisahkan tentang kehidupan orang gay dan lesbian dalam masyarakat Timur Tengah.. sebenarnya, aku sudah lama tahu akan kewujudan buku ini.. kalau tidak silap pada tahun 2010.. ia bukanlah sebuah novel tapi sebuah buku non-fiction.. 

aku tidak tahu kenapa aku teringin nak baca buku ni.. semakin aku meningkat dewasa, semakin banyak benda yang aku cuba ketahui.. lebih-lebih lagi kalau benda itu ada kaitan dengan diri aku sendiri.. bagi aku, bila baca tajuk 'Cinta yang Tidak Boleh Dikatakan' pun sudah menjelaskan bagaimana kehidupan masyarakat PLU secara am nya.. 

for me, love is taboo.. sudah banyak kali ungkapan ini aku katakan dalam blog ni.. dan kerana itu aku setuju sangat dengan tajuk buku ini.. 'Unspeakable Love'... 

rasa tidak sabar pula nak baca buku ni.. aku order dari UK.. dan dijangka tiba di tempat aku, Australia antara 9-15, Mei.. 

btw, adakah salah aku membaca buku macam ni?











#aku sebenarnya tengah memikirkan untuk menulis novel PLU aku sendiri.. tajuk novel tu pun 'Unspeakable Love'.. sebab aku suka sangat dengan tajuk ni kerana ia membawa maksud yang begitu mendalam dalam kehidupan PLU.. tapi sudah semestinya novel tu adalah versi karya aku sendiri lah.. still dalam proses.. sudah ada taip sedikit cerita tu.. tapi aku tak pasti lah sama ada aku memang akan meneruskan novel tu sebab aku tahu menulis novel ni memerlukan kesungguhan.. kalau tak, tidak best lah jika novel tu tiba-tiba tergantung.. dan lagi, aku juga memerlukan masa untuk menulis dalam masa yang sama ia tidak mengganggu kehidupan aku seharian.. 

7 comments:

  1. Smoga buku itu sbagai pengajaran untuk kita terus berubah menjadi lebih baik...

    Sepeti sahabat aku nasihat.. jika kita tidak mampu berubah dengan alasan untuk berkahwin dan hidup berumah tangga bersama insan bernama wanita..KITA berubahlah kerana ALLAH S.W.T.. Mungkin kita akan pergi dalam keadaan diri yg masih belum sempurna (nafsu). tp kita mampu untuk berhenti dengan izin ALLAH...

    Kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya..Allah tidak akan berikan dugaan yg tidak akan mampu dutanggung umatnya.. smoga kita semua akan menjadi lelih baik pada hari esok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju sgt dgn ayat ko.. but until now aku pun x tahu apa yg aku inginkn sbnrnya..

      Delete
  2. setuju dgn komen anon....saya x boleh hidup tanpa sokongan kawan2 senasib...pada saya, jika terlalu memendam atau melindungi sexualiti kita itu akan lebih membebankan perasaan..tapi harus bijak memilih teman..bukan semua PLU x baik..masih ada antara'kawan2' kita yg menjalani kehidupan yg positif kat luar sana...dan bukan semua normy ni tak boleh menerima kita..alhamdulillah, dlm ramai2 kawan sy yg str8...cuma seorang 2 saja homophobic..btw...novel cinta tiada ni=oktah mana nak cari ekk?

    ReplyDelete
  3. satu soalan.. kwn yg u maksudkn dr golongan plu sendiri ke? or dr kalangan org straight yg tahu ko plu? aku x ada lg kwn2 plu d dunia nyata.. so far aku lebih selesa jd gay utk dunia aku sahaja..

    aku beli novel tu dulu kat kedai Popular d 1 Utama.. x tahu lh still ada or x.. tgk pd kataloq kedai tu lh klu brminat nk beli..

    ReplyDelete
  4. kawan2 senasib tu kawan2 dari golongan Plu jugaklah...masa muda2 dulu..sekarang pun muda lagi..i pun pernah jadi gay in the closet nih..selau menidakkan yg aku nih gay..tapi bila dah meningkat dewasa, pemikiran semakin matang dan wlpun its never ok to be gay..i boleh accept my fate dan hidup sebaik mungkin..alhamdulillah, kita kan ada agama yg boleh guide kita...btw tq for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. aku pun dulu gay yg deny siapa dirinya yg sbnrnya.. pd awal blog ni memang ketara sgt aku mcm tu.. tp skrg dh lain dah.. dh boleh terima siapa diri yg sbnrnya..

      aku trtanya2 mcm mana dgn kehidupan seorang PLU yg mana kwn2nya tahu dia PLU tp accept dirinya tanpa ada sedikit prejuis? ada ke mcm tu? memang ada tp jrg..

      Delete
  5. Aku baru jumpa blog ni...aku dulu serupa mcm korang suka pada sesama jantina...sehingga sudah mempunyai pasangan lelaki...sehinggalah allah menemukan aku dgn seorang perempuan yg sempurna bagi aku sehingga aku dpt keluarga dari dunia songsang itu aku amat bersyukur kerana dipertemukan dgn dia..mulanya mmg susah tapi dgn sikap dah kasih sayangnya membuat aku berusaha menyintainya walaupun sukar dan akhirnya aku dpt meletakkan dia dlm hatiku dan kami bakal berkahwin..aku yakin semua boleh berubah selagi kita ada niat nak berubah teruskan usaha dan sentiasa meminta pertolongan dari allah

    ReplyDelete