Tuesday 8 January 2013

Anak Ikan



tengah-tengah aku online, tiba-tiba je aku terjumpa satu benda tentang filem yang bertajuk 'Anak Ikan'.. macam biasa lah, pengarahnya adalah orang yang sama untuk cerita 'Anu dalam Botol', Raja Azmi.. dalam perancangan, sepatutnya filem 'Anak Ikan' ini ditayangkan pada hujung tahun lepas, but sampai sekarang, takde pula berita tentang filem ni.. cerita tentang apa? dah nama 'anak ikan' mestilah tentang kehidupan seorang gay.. dah tu, menurut apa yang aku baca lah, pemegang watak anak ikan itu pula adalah Sam, Bunkface.. but don't know lah kan, sebab sampai sekarang takde pula berita tentang filem ni.. jadi dibuat filem or tak.. harap-harap jadi lah.. sebab Sam Bunkface tu pun comel gak.. hehe..

actually, filem Anak Ikan ini sebenarnya diadaptasi dari sebuah cerpen dengan tajuk yang sama, Anak Ikan.. then aku apa lagi, terus lah search tentang cerpen yang dimaksudkan.. akhirnya aku dapat tahu cerpen tu adalah sebahagian dari koleksi cerpen yang menyentuh tentang dunia LGBT.. tajuk bukunya adalah 'Orang Macam Kita'... banyak cerita yang disentuh.. isu tentang gay, lesbian malahan khunsa juga diceritakan.. aku tanpa membuang masa, terus-terus je membeli buku tersebut di laman web ebay.. harga RM20.. entah kenapa aku beli.. mungkin sebab aku nak tahu dengan lebih lanjut tentang cerpen dalam buku ini.. ye lah kan.. susah nak cari buku macam ni kat pasaran.. nak beli pun kena buat pesanan dari internet.. 

berikut adalah keterangan lebih lanjut tentang buku tersebut.. (copy paste je)



Tajuk: Orang Macam Kita
Penyunting: Azwan Ismail & Diana Dirani
ISBN: 9789834484569
Mukasurat: 226
Pencetak: Academe
Rekabentuk & Rekatelak: Teck Hee
Harga: RM20 (Malaysia)/ USD$15 (Amazon)
Buku ini TIDAK akan dijual di kedai-kedai buku utama (hanya di Silverfish). Ia hanya boleh dibeli di event-event dan juga melalui pesanan pos (sila emel Amir Muhammad di info@mataharibooks.com - pengeposan percuma di seluruh 1Malaysia ).Kata pengenalan buku boleh dibaca di sini.





review tentang isi kandungan cerita ini oleh blog Zine Satu Malam


Kandungan:

Tiga Perbualan dan Satu Siri Pesanan Ringkas - Nur Fadhlin Binti Mohd Yusof
Cerpen yang mengetengahkan 4 pecahan plot di dalamnya yang paling menarik perhatian saya memandangkan gaya selamba dan tempo pantas dalam penceritaannya mengenai dialog di antara watak utama dan watak tambahan dengan menggunakan perspektif orang pertama. Dalam perbualan 1, ia mengenai cara mereka bercinta sama sahaja dengan pasangan normal yang lain. dalam satu siri perbualan ringkas, ia mengenai sahabat lamanya yang melarang watak utama daripada bergaul dengan isterinya kerana takut isterinya akan terikut-ikut perangainya. Dalam perbualan 2, ia mengenai golongan PLu menjadi begitu bukan kerana foreveralone.jpg tetapi ia punya pelbagai faktor yang mendorongnya, bukan sebagai sebuah gejala tetapi lebih kepada kecenderungan seksual. Dalam perbualan 3, ia mengisahkan hubungan percintaan di antara Lin dan Faridah dengan cara berselimut. 

Anak Ikan - Ajami Hashim & Fadli al-Akiti
Turut menggunakan perspektif orang pertama, ia sebuah cerita fantasi yang unik dan tersirat di mana watak utama, Teruna, adalah orang yang normal seksualnya tetapi dia diminati oleh sahabat baiknya yang homoseksual dengan plot cerita yang bergerak perlahan. Sahabat baiknya, Pria, telah meninggal secara mengejut. Dia telah mewasiatkan seekor anak ikan gupi kepada Teruna untuk dijaga. Tanpa disangka, ikan gupi itu bertukar kepada seorang pemuda bertelanjang, berwarna biru, berambut perang dengan kaki separa bersisik emas.Pemuda anak ikan gupi itu menjadi peneman utama Teruna sebagai tempat bercerita dan tempat mengongsikan cerita Pria yang lalu mengenai betapa dia menyukai Teruna. Akhirnya, anak ikan gupi itu menunjukkan rasa suka pada Teruna menyebabkan Teruna berasa serba salah lalu tidak balik rumah seperti selalu. Kemudian, apabila menyedari ikan gupi itu seperti Pria, dia akhirnya kembali ke rumah dan sempat menyelamatkan anak ikan gupi yang terabai. Perlahan plot cerita ini menyebabkan aku perlu tekun menelaah bait katanya. 

Sembang Ratu - Nizam ZakariaBagi yang pernah membaca Jen Jenal karya Zoul Yazix, ia menggunakan stail penceritaan yang sama dengan menggunakan ayat mak nyah (yang aku kurang faham dan asyik ter-.-) Jadi, review aku paling pendek untuk ini; sebuah monolog dari sudut seksualiti alternatif -->










Jika Itu Takdirnya - Khalid Idris
Sama seperti cerpen-cerpen sebelum ini yang menggunakan perspektif orang pertama, gaya penceritaan yang kemas dengan tempo yang sederhana pantas menceritakan tentang hubungan terlarang Arif dan Farid yang direstui oleh abang Arif, Along. Pada suatu hari secara klisenya, Farid mendapat tahu bahawa Arif merupakan saudara seemak tak sebapa menyebabkan dia mengelakkan diri daripada Arfi. Arif akhirnya ketahuan tetapi akur dengan takdir yang berlaku. 

Pangkon - Dalih Sembiring
Ceritera ini merupakan nukilan penulis dari Indonesia yang menggunakan lenggok bahasa yang semulajadi bertemakan homoseksualiti sesama gadis. Cara penceritaannya yang pantas menarik pembaca menitip-nitip ayatnya bagi mereka yang biasa menikmati karya penulis Indonesia. Nak tahu lebih lanjut, bacalah tetapi ini bukanlah karya 18 tahun ke atas dengan nada tersirat.

Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia - Fadli al-Akiti
Ia merupakan sebuah esei mengenai ikon gay di Malaysia di mana penulis menekankan tentang arus ikut-ikutan dalam bidang hiburan di mana pemaparan mengenai homoseksualiti menjadi tersekat di dalam medium hiburan masyarakat dengan meletakkan faktor budaya dan agama memainkan peranan dalam perihal seksualiti alternatif. Esei ini lebih kepada sebuah kronologi dunia hibura dari sebuah sastera epik Bugis, La Liga sehinggalah kepada masa kini, antaranya filem Waris Jari Hantu dan Man Laksa.



Avatar Tekne Seksual - Clarissa Lee

Salah sebuah karya yang mungkin tidak digemari oleh pemikiran mereka yang masih suci dengan ayat ' mereka berdua tidak jemu-jemu menjamah tetek masing masing, meramas dan bermain dengan tangan, jari, lidah. ' Awal-awal saya katakan, jangan baca kalau tidak menggemari prosa sebegini. Fikyen ini berlatar belakangkan sebuah institusi pendidikan di luar negara di mana dua orang artis seni membuat sebuah persembahan seni 'perantaraan organik erotik' di mana ia cuba menyampaikan yang biseksualiti boleh hadir dalam setiap individu dengan menggunakan rangsangan tertentu untuk mengaktifkannya. 



Rabak - Mohd Zaain Bin Md ZinKisah ini merupakan sebuah konflik keluarga yang dialami oleh Pena yang menghadapi kerenah adik lelakinya yang tidak dapat menerimanya sebagai seorang gay. Dia terkantoi dengan adiknya sendiri ketika tengah elok memeluk teman lelakinya dalam keadaan telanjang. Teknik penceritaan yang pantas dengan gaya ringan serta mudah ditelusuri.

Sulalatus Anilingus - Ridhwan Saidi

Karya ini ditulis oleh penulis yang sama untuk novel Fixi - Cekik, jadi aroma gaya yang sama digarap dalam cerpen ini yang dipecahkan kepada dua plot. Plot pertama berkisar dengan kisah 'aku' si lelaki dan 'dia' si perempuan yang bergaduh kerana si perempuan hendak membuang anak yang dikandung dan plot kedua berkisar tentang sepasang kekasih , 'aku' si lelaki di plot pertama dan 'dia' si lelaki menjadi teman cinta 'aku' yang sedang membicarakan tentang filem pendek Comolot yang telah meroboh dogma perkahwinan heteroseksual.



Lurus Atau Bengkok - Dina Zaman

Ia merupakan sebuah esei huraian berdasarkan sisipan-sisipan cerita di mana permulaannya mengenai X yang telah pergi haji dua kali dan juga seorang lesbian, dalam dilema kecenderungan seksualnya yang bertentangan dengan agama lalu berusaha mendekati agama demi mencari ketenangan, sisipan kisah lain yang penulis masukkan adalah tentang kisah Haji Zainal Abidin yang homoseksual, perspektif mengenai kecenderungan seksual alternatif di Malaysia, lesbian bertudung, serta wawancara dari kalangan mereka di sisi seksualiti alternatif ini.

Pencuri Hati - Nizam Zakaria
Salah sebuah fiksyen yang saya anggap menarik dari teknik penceritaannya di mana ia mengaplikasikan Stolkholm Syndrome. Watak utama, Azwan, jatuh cinta pada perompak yang hampir membunuhnya di sebuah lorong gelap menyebabkan dia sering mendatangi lorong yang sama demi terserempak dengan perompak tersebut. Perompak tersebut akhirnya memulangkan dompet Azman dengan meletakkan dompet tersebut di dalam kotak surat flat Azman menyebabkan Azman teruja untuk bertemu si perompak yang telah mencuri hatinya sekali.



Gay.a Ke Aku? - Zulkifli Bin Mohamad

Sebuah kispen mengenai 'aku' yang menceritakan kelainan seksualnya dalam gaya yang naif sejak dari kecil sehinggalah dia dewasa. Sangat pendek dan ringkas tapi cukup menyampaikan apa yang bermain dalam jiwa mereka di sisi seksualiti alternatif.



Duyung Karuna - Chuah Guat Eng

Sebuah cerpen yang menceritakan tentang seorang ibu yang sedang nazak, menyesal kerana menganggap anak lelakinya yang bernama Cal sebagai seorang pembawa sial. Ia lebih kepada konflik keluarga yang akhirnya mengundangkan penyesalan kerana gara-gara isu homoseksualiti, Cal dikatakan membunuh diri. Kisah ini panjang dan perlahan temponya.



Indra Dan Fadil - Paul AgustaCerpen yang dialih bahasa dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ini mengisahkan permainan Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita - Hafidz Baharom

Tiada Sesalan - Azwan Ismail

Kisah ini merupakan kisah transformasi dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa di mana watak 'dia' menceritakan keadaan yang tidak asing dialami oleh gay yang meningkat dewasa sepertinya. Karya ini turut disuntikkan dengan unsur erotika.



Wanita Dua Wajah - Bissme S.

Cerpen ini mengenai watak Rebecca yang terpaksa melakukan sesuatu yang kejam demi cintanya kepada Jennifer yang berlatar belakangkan sebuah keluarga yang kuat beragama. Jennifer berada dalam dilema di mana dia perlu memilih sama ada menjadi seorang yang patuh kepada agama atau pun menjadi seorang homoseksual. 



Honey - Bernice Chauly

Kisah yang menggunakan konsep monolog di mana Honey merupakan seorang transeksual yang bercerita mengenai keluarganya, pekerjaannya dan pengalamannya berhadapan dengan pihak berkuasa. Cara penceritaan yang sangat menarik dan bertempo pantas serta mudah difahami. Honey turut menekankan tentang ketidak adilan yang dialaminya sebagai seorang transeksual yang ingin menjadi wanita cantik.

Sepetang Di Kafe Oedipus - Mohd Ikhwan
Cerpen yang menggunakan format dialog dalam penceritaan ini merupakan sembang-sembang di antara tiga rakan di mana mereka mengaitkan peranan agama dan budaya dalam isu seksualiti dengan politik. Boleh tahan menarik perbincangan dalam cerpen ini di mana penulis menekankan tentang peranan ahli agama dalam membantu golongan pemerintah menggunakan isu moral dalam menumpaskan musuh-musuh politik.

Syi - Mohd Syahar Azizan
Cerpen ini adalah mengenai Reza yang berkawan rapat dengan Syifa; cuba menggoda Irene si penjual belon lalu mendapatkan no telefonnya. Walang bagi Reza, kerana Irene meminati Syifa dan taktik awal Reza hanya merupakan batu loncatan untuk Irene merapati Syifa. 

Vagabundando, Vagabundando - Fernando Rosa Ribeiro
Karya ini merupakan buah tangan penulis Indonesia yang menggarapkannya dengan bahasa Indonesia yang bercampur dengan bahasa Portugis Brazil tetapi telah diterjemahkan gaya bahasa Indonesia kepada gaya bahasa Melayu sambil dikekalkan sebahagian ayat bahasa Inggeris dan Portugis Brazil. Ia kisah perspektif kehidupan kelainan seksualnya di mana dia suka merantau dan menceritakan pengalamannya ketika merantau.



Yang Sebenarnya - Adibah Yahya

Cerpen ini mengisarkan sepasang kekasih iaitu Saleh dan Ayu tetapi Salleh mempunyai kekasih gelap yang lain yang bernama Hassan. Ayu meninggal dunia akibat kemalangan ketika Salleh dan Hassan..... jeng jeng jeng. 



Sembang Ratu II - Nizam Zakaria

Seperti Sembang Ratu yang pertama, ia merupakan monolog seorang gay Melayu yang mengkritik peristiwa sekeliling dan kedengaran lawak ketika membacanya kerana aku membayangkan seorang nyah tengah bercerita dengan aku.

Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka? - Farish A. Noor
Esei ini merupakan sebuah kajian penulis tentang  kompleksiti masyarakat silam dengan karya zaman dahulu dengan mengkaji Hikayat Panji Semirang Asmarantaka di mana teks klasik ini menunjukkan kesamaran seksual dan keinginan bersama di antara watak Panji dan Raden Inul. 

Asmara Dua Vampir - Diana Dirani
Fiksyen ini mengisarkan tentang vampire homoseksual yang bernama Tijani yang tinggal bersebelahan dengan Mazin seorang penulis homoseksual yang mempunyai teman senggama bernama Irwan sedang berkhayal dalam fantasinya sambil mencuri dengar perbualan jirannya.



15 comments:

  1. buku ini bagus untuk bacaan .. KDL ada satu copy ... tak rugi memiliki nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lh.. x sabar nk baca.. nasib baik putera skrg ni kat Malaysia.. senang sikit nk oder..

      Delete
  2. nk jgak bli,,,tpi tulah,,kne bli on9 je,,nk nye bru umur 16 tggal ngan family susah siket,,barang smpai dorang yg amikkan,,kn kantoi susah plok,,ahak~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu i rajin.. adalah buat satu entri utk cerpen yg i rasa best kat dlm blog ni..

      Delete
  3. buku bagus. tetapi stigma masih lagi tebal. mmmmm.. barangkali masih lagi tabu yang tebal di M'sia tentang homo, walalupun romantika picisan berbaur erotika.

    ReplyDelete
  4. Dah baca. Kalo kat mph dorang letak kat bahagian sosiologi. A must-have reading material.

    ReplyDelete
  5. mcm best pinjam boleh..??

    ReplyDelete
  6. beli online mcm lagi mahal je. betul ke ade jual kat MPH ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tahu lh ada lg ke x.. sbb buku ni dh lama.. senang beli online je.

      Delete
  7. hye.... sori ganggu... i'm doing some research for this kind topic... jadi i harap i boleh dptkan 1 copy jugak... kindly email me if you can help me for my research... husnahamdan1987@yahoo.com i dulukan millions thanks for your kindness...

    p/s :: yup i'm a girl.. dan i terbuka dalam hal sebegini.... no discrimination pls... (^_^)

    ReplyDelete