kali pertama aku berjumpa dengan PLU versi perempuan sewaktu aku still study kat pj.. time tu aku sedang dalam perjalanan dari stesen LRT Hang Tuah nak pergi ke Bukit Bintang.. then time tu lah aku ternampak satu pasangan sedang berpelukan di khalayak ramai di stesen LRT Hang Tuah.. kedua-duanya adalah perempuan.. seorang lagaknya seperti lelaki (pengkid) tanpa segan silu memeluk seorang perempuan yang agak manis rupanya.. kedua-dua mereka duduk manakala di sekeliling mereka penuh dengan orang ramai sedang melintas.. aku hanya memandang mereka.. nampaknya mereka langsung tidak menghiraukan akan kelibat orang ramai yang sudah pasti memerhatikan apa yang mereka sedang lakukan.. mereka nampak kelihatan mesra sekali.. nampak bahagia.. aku hanya memandang mereka dengan perasaan ingin tahu.. itu lah kali pertama aku berjumpa dengan PLU versi perempuan.. kalau tak silap terjadi pada tahun 2011 kot.. but since then, aku tak pernah lagi berjumpa dengan golongan seperti ini.. itu lah yang pertama dan still tak jumpa yang kedua..
sejujurnya, aku tak pernah nak hiraukan tentang isu pengkid or lesbian sebelum ni.. biarpun sebenarnya hal ni sama je dengan isu gay or maknyah, tapi aku jarang terdedah dengan hal yang berkaitan dengan PLU versi perempuan.. sebab bagi aku, dalam kes LGBT, usually orang akan lebih fokus pada golongan gay dan maknyah.. mungkin disebabkan golongan gay dan maknyah lebih suka mendedahkan diri dan dari ke hari semakin berani dan menjadi-jadi, so mereka lebih menjadi highlight dalam isu ini..
kenapa aku tiba-tiba cerita tentang PLU perempuan? sebab baru-baru ni semakin banyak PLU perempuan yang add fb aku.. dan dari profile mereka, aku terjumpa pula page golongan seperti ini lalu berjumpa pula blog mereka.. aku pula tak menyangka golongan seperti ini ada add fb aku yang turut membawa maksud mereka ada baca my blog lah..
dari satu blog, ada satu artikel yang cukup menarik perhatian aku.. tajuknya 'Pengkid dan Konek'..
"Sometimes aku berharap aku ada konek - bukan sebab nak main tapi more towards the right as a husband and a dad. Aku nak ada konek so that I will be called a man, instead of pengkid who can't never has a right of a husband. Aku nak ada konek so that aku boleh kahwin dengan perempuan yang aku sayang dan ada anak untuk sambung zuriat."
bagi aku ayat ni ada maksud yang mendalam.. ayat yang bagi aku sangat jujur dari hati.. cukup jelas menunjukkan apa yang penulis rasakan..
ini lah yang aku katakan sebagai 'tahap penderitaan naluri'.. sedar ataupun tidak, bagi golongan gay (bukan maknyah) patut bersyukur akan satu perkara yang kita hanya diuji dengan satu ujian iaitu, ujian mencintai golongan yang orang katakan haram buat kita.. but, bagi golongan seperti pengkid or maknyah ni pula kena menghadapi dua ujian.. pertama sama juga lah ujian mengenai 'cinta' namun kedua adalah ujian 'penerimaan terhadap diri sendiri'.. senang cakap masalah identiti.. perempuan tapi tak rasa diri perempuan.. lelaki tapi tak rasa diri lelaki.. tak seperti golongan gay (macam aku lah).. still rasa diri lelaki but nak juga mencintai lelaki.. tak ada ujian yang 'kedua' tu..
Their Blogs..
#sebenarnya aku tertanya-tanya akan satu perkara.. kalau kes mereka ni sama ke macam yang lelaki? maksud aku usually lah bagi PLU lelaki mereka prefer hubungan antara lelaki yang straight act dengan lelaki straight act yang lain.. maksudnya macam 'maskulin dengan maskulin' lah berbanding 'maskulin dengan yang agak feminim'.. so, adakah kalau kes perempuan ni dia orang lebih prefer macam 'feminim dengan feminim' berbanding yang 'feminim dengan yang agak maskulin'??
it depends pada orang jugak..ade yg feminin suka dengan feminin jugak..what we called femme but di Malaysia, rasenye ramai feminin yg suka pada yang bersifat maskulin (pengkid)...maybe kebanyakkan lesbian suka bila partner diorg lebih nampak 'lelaki' tp pada masa yg same partner dia tu hakikatnya perempuan..kan selalu dengar org kate 'hanya perempuan yg paham hati perempuan' tp bila dimata biarlah nampak lelaki..(apa aku mengarut ni..hahaha..lebih kurang gitulah)..just pendapat aje..
ReplyDeleteada lh i terjumpa word 'femme' tu.. tp x tahu maksud lah.. ayat mcm butch klu x silap n byk lg.. just x tahu maksud lh..
Deletebanyak sebenarnye istilah..femme,butch,dyke,andro..try la google.. : )
ReplyDeleteklu istilah lelaki mcm top, bottom, flexi..
Deletetapi kalau perempuan senang, PLU pompuan still boleh kahwin.
ReplyDeletenak kawin macam mana??
ReplyDelete