yang uniknya tentang budaya kat Sabah dan Sarawak ni adalah mengenai intergrasi kaum yang sangat kuat.. bukannye nak mengata, tapi ada orang Borneo selalu cakap, "kami dah lama pun mengamalkan semangat 1 Malaysia, before wujud slogan tu lagi.." bukannye nak kata kat Borneo ni lagi bagus ke apa, tapi isu-isu perkauman ni macam tak pernah kedengaran pun kat Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.. macam takde lah.. seriously..
sebab apa? sebab kat Borneo ni memang sangat-sangat lah berbeza dengan kat Semenanjung.. aku nak listkan kaum-kaum majoriti di Sabah dan Sarawak
Sabah
1. actually majoriti orang Sabah adalah keturunan Kadazan-Dusun (orang2 macam Stacy, Marsha or Adira AF tu lah) yang mewakili sebanyak 17.8% dari jumlah penduduk Sabah
2. kemudian adalah keturunan Bajau (14%)
3. then Cina (9.11%)
4. baru lepas tu adalah orang Melayu (cuma 5.71%)
(pendatang asing pula 27.81%.. punya lah banyak!!)
ni baru empat, actually ada 32 jenis keturunan kat Sabah..
Sarawak
1. majoriti adalah orang Iban sebanyak 29%
2. kemudian adalah Cina (24%)
3. then baru lah Melayu (23%)
4. lepas tu Bidayuh (8%)
berdasarkan dari Wikipedia, jumlah etnik kat Sarawak adalah dalam 40 jenis..
kalau kita tengok dari jumlah peratusan etnik tu, memang kata takde satu kaum yang begitu dominan sangat di Borneo berbanding kat Semenanjung yang dikuasai oleh orang Melayu..
sebab tu kalau orang yang tinggal kat Borneo ni, interaksi antara kaum tu macam perkara normal je.. takde lah melayu dengan melayu je.. cina dengan cina.. macam tu lah.. SEBAB.. kalau korang ni jenis JUST nak geng dengan kaum sendiri je, misalnya melayu lah, macam tak boleh lah kalau tinggal kat Borneo.. honestly lah.. kalau korang orang Borneo memang kawan-kawan kita ni dari pelbagai kaum.. bukan just melayu dengan melayu je sebab kat dalam kelas tu ada banyak sangat kaum-kaum lain..
kenapa aku tiba-tiba nak citer tentang hal ni??
takde lah.. sebab aku just teringat tentang hari Sabtu lepas aku keluar dengan kawan-kawan perempuan (kali pertama keluar dengan perempuan).. dah tu, aku seorang je yang melayu.. yang lain pula kaum kedayan.. kami semua memang rapat lah sebab kawan aku ketika menengah rendah.. dan lagi yang buat benda ni unik adalah bahasa pertuturan kami semua.. maksud aku time tu aku bercakap dengan mereka dengan bahasa melayu (dialek brunei), tapi mereka pula cakap dengan aku dengan bahasa kedayan.. so, maknanya dialog tu dalam dua bahasa lah.. aku dengan bahasa melayu (dialek brunei), mereka bahasa kedayan.. aku faham dengan bahasa mereka.. takde masalah pun.. sebab tu lah aku rasakan benda ni unik sebab masing-masing boleh faham antara satu-sama lain.. macam seorang cakap tamil dan seorang ni pula cakap mandarin.. tapi kedua-duanya faham.. yang india faham bahasa mandarin, yang cina faham bahasa tamil..
so, in my case, aku yang melayu, faham bahasa kedayan, my friends yang kedayan tu faham bahasa melayu dialek brunei aku.. memang jelas kemesraan antara kaum dalam kes ni, tak begitu? sebab tu lah orang kat Borneo ni unik.. kalau bab perpaduan kaum ni, jujur aku cakap orang Semenanjung tak leh nak lawan.. bukan sebab aku orang Borneo aku cakap macam tu, tapi realiti nya memang macam tu lah kan?? hehe.. sebab kat Borneo ni kaum dah banyak jenis tapi takde pula timbul pergaduhan antara kaum lagi..
in short, culture dan cara hidup antara Malay Peninsular dengan Borneo ni sangat-sangat lah berbeza..
I'm proud to be a Borneoan! Sebab byk sgt etnik, actually we don't care you bangsa apa or whatever, as long as we can be together, that's how i see my relationship with my friends.
ReplyDeletetu pasal kat Borneo kurang sikit rasis nye..
Deleteantara etnik2 kt sabah or borneo tue, kalo sekali tgk boleh ke kite tau etnik ape? based on warne kulit? raut muka, pattern rambut atau ape2 pun?
ReplyDeleteSori.aku tak pernah ke sana. kalau dapat peluang tgk cara hidup kt sana pun syok jugak kan? hehehe
kdg2 boleh.. mostly dgn cara mereka brckp lh.. sbb klu etnik lain ckp melayu pun usually akan ada lh accent yg brbeza.. then lps tu boleh detect lh.. but klu rupa tu kdg2 boleh konfius gak.. sbb kat Borneo x semestinya yg bertudung n islam tu melayu.. kaum lain byk je yg islam.. mcm Menteri Besar Sarawak, Taib Mahmud tu bukan melayu pun.. actually dia melanau.. kena tanya lh pd org tu..
DeleteStill tak boleh lawan KELANTAN soal 1 Malaysia dimana semua kaum Non Melayu macam orang2 cina,siam,india,kemboja fasih berbahasa Melayu Kelantan.
ReplyDeleteDekat Borneo ada macam tu?tak ada kan?orang2 non pribumi still tak tahu berbahasa penduduk asli.
Dan lagipun,dekat mana2 pun di wilayah Malaysia..lebih lagi di semenanjung..tidak lah seperti yg ko gambarkan..terlalu mengeJUDGE tanpa fakta yg kukuh..disebabkan atmosfera politik yg gila..terus ko cop orang semenanjung rasis..kepala hotak ko.
Kenapa mesti menjadikan perkataan biadap sbagai tunggak perbualan..sengal mulut ker..
Deletehahaha ofcoz lah kat sabah semua kaum ckap melayu sabah bah bah bah bah ..
DeleteSelain itu msyarakat Borneo juga tidak mengamalkan dan membudayakan perkataan yg kesat mahupun kotor..itulah juga merupakan kelebihan yang terdapat di Borneo.
ReplyDeletesbb tu saya kehidupan di Borneo