Thursday 24 January 2013

Pernikahan Sulit (review)








beberapa hari lepas, ada orang yang beri aku satu link tentang cerita yang bertajuk 'Pernikahan Sulit'.. dia kata yang dia suka cerita ni.. actually lah kan, aku time tu bukannye dalam mood nak membaca novel, but entah macam mana aku tergerak nak baca cerita 'Pernikahan Sulit' ni..

cerita ni agak lama dan ditulis dalam sebuah blog.. ada 20 bahagian.. bermula pada April 2007 dan tamat pada Jun 2008.. for me, hanya sekadar ada 20 bahagian cerita, ianya bukan lah satu novel yang panjang.. boleh dihabiskan dalam tempoh satu jam je kot kalau nak baca semua.. sebab pada setiap bahagian cerita tu pun agak pendek juga..

okay, nak diringkaskan cerita, for me this story actually menyentuh tentang kehidupan PLU yang biseksual.. watak utama bernama Erhan.. Erhan ni bukan orang bandar tapi belajar di kolej swata di ibu kota.. kisah bermula sewaktu musim orintasi pelajar baru.. dan dari itu, orang yang pertama dia kenal adalah E'zham.. dan pada permulaan cerita juga watak Ana turut dikenalkan sebagai teman wanita E'zham.. kenapa aku mengatakan kisah ini menyentuh kehidupan PLU yang biseksual? sebab pada permulaan cerita ini juga lah kita dapat tahu yang E'zham biarpun memiliki Ana, namun turut jatuh hati buat pandangan pertama kali melihat Erhan.. begitu juga lah dengan Erhan yang walaupun tidak dinyatakan secara langsung, namun kita tahu dia turut terpikat pada E'zham.. but pada masa yang sama juga ditunjukkan bagaimana Erhan turut mempunyai nasfu terhadap perempuan ketika Ana cuba menggodanya..

sesuai dengan tajuk cerita, actually cerita ini berkenaan tentang hubungan sulit Erhan terhadap E'zham dan juga Ana.. tanpa diketahui oleh kekasihnya Ana, E'zham turut mengadakan hubungan sulit bersama teman serumahnya Erhan.. for me lah, walaupun E'zham pernah mengatakan yang dia sayangkan Ana, but perasaan sayang E'zham tu mungkin lebih kepada Erhan.. namun, tanpa E'zham ketahui, dalam masa yang sama sebenarnya Erhan dan Ana turut memiliki hubungan sulit.. hal ini bermula disebabkan Ana sendiri yang mula menggoda Erhan.. bahkan, mereka berdua pernah melakukan seks bersama.. in short, Erhan ni ada hubungan sulit pada kedua-duanya iaitu kepada E'zham dan juga Ana.. namun E'zham tak tahu akan hubungan Ana dan Erhan, begitu juga Ana tidak tahu yang E'zham turut bermanja dengan Erhan.. 

for me, biarpun cerita ini agak ringkas dan pendek, namun ianya ditulis dengan gaya bahasa yang cukup menarik.. aku suka dengan gaya penulisan cerita ini yang menunjukkan si penulis ini seperti seorang penulis novel professional.. but tidak dinafikan yang jalan cerita yang agak pendek membuatkan kita seakan tidak puas hati..







to read this story..
http://siumaruzair.blogspot.com/2007/04/pernikahan-sulit-part-1.html



3 comments:

  1. Ditulis oleh Umar Uzair? Penyanyi itu? Mmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. dia lh tu.. tak payah nk terkejut.. hehe

      Delete
  2. xbole bukak pown blog tu

    ReplyDelete