Friday 18 October 2013

Seni ataupun Lucah??

i think ada orang kurang faham atau fikir lain bila aku bercakap mengenai 'art' dalam post sebelum ni.. dalam preview citer Unspeakable Love, aku ada sentuh tentang satu perkara mengenai art yang mungkin bagi sesetengah orang tidak begitu setuju mengenai pendapat aku ataupun salah tafsir dengan apa yang aku maksudkan..

ayat yang mungkin agak provokatif..



"di kaca mata seniman, 'nudity' itu adalah seni.. tiada pakaian yang paling indah melainkan tubuh manusia itu sendiri.."



mungkin orang anggap bila aku sebut mengenai 'nudity' yang terfikir dalam otak adalah sesuatu yang lucah.. then, mungkin ada yang mempersoalkan kenapa pula aku nak sokong 'nudity' ni sebagai sesuatu yang seni? adakah aku ni jenis yang tidak bermoral sampai anggap ia adalah arts?

okay, aku nak cakap satu perkara, semua benda adalah berlainan.. agama ataupun moral adalah sesuatu yang lain, arts pula satu benda yang lain.. bila kita bercakap mengenai arts, seni ni tak mengenal apa itu moral yang baik ataupun moral yang buruk.. sebab itu aku kata arts itu adalah sesuatu yang berlainan dari pandangan agama ataupun moral.. sebab seni itu adalah 'buta'.. ia tidak kira sama ada sesuatu itu bertentangan dengan moral ataupun tak.. namun seni juga boleh dipandukan pada moral atau pandangan agama mengenai bagaimana ia harus dilaksanakan..

maka, bila bercakap tentang 'nudity', kalau ikut mengenai pandangan agama kita ia adalah sesuatu yang tak sepatutnya ditunjukkan pada umum.. dan tak dapat dinafikan bagi banyak seniman menganggap tubuh manusia adalah sesuatu yang artistik.. ia adalah fitrah manusia suka pada tubuh manusia.. seperti mana seorang lelaki (normal) suka pada tubuh seorang wanita.. dan begitu juga dengan yang sebaliknya.. bagi kes yang homo pula, faham-faham lah macam mana.. hehehe.. actually, ini juga pendapat aku yang menggangap 'tiada pakaian yang paling indah sekali melainkan tubuh manusia itu sendiri..' okay, yang ni memang datang dari mulut aku sendiri.. memang itu apa yang aku fikirkan.. so, nak tahu apa penjelasan aku?

apabila seorang lelaki berpakaian serba mahal, baju punya lah harga berjuta-juta, jenama bukan calang-calang lagi ni, then dibandingkan dengan seorang lelaki yang shirtless, body bukan main seksi lagi, masuk taste kita lah, menggoda, antara dua ni yang mana akan lebih menarik perhatian kita? i think lah, majoriti manusia matanya lebih tertarik pada individu yang shirtless itu.. sebab apa? body manusia itu ada faktor penarik yang sangat kuat, aura yang menggoda, di mata kita anggap ia adalah sesuatu yang 'indah' biarpun dibandingkan dengan baju yang mahal tu kan.. sebab itu aku kata 'body manusia itu sendiri adalah pakaian yang paling indah'..

keindahan itu adalah seni, namun sesuatu yang buruk juga adalah seni.. sebab itu aku kata 'seni itu buta'.. tak semestinya ia harus sesuatu yang cantik, then baru kita kata ia adalah seni..

berbalik pada kes 'nudity' ini.. sekali lagi nak dikatakan, seni itu buta.. ia boleh jadi sesuatu yang lucah kerana seni itu adalah sesuatu bebas namun boleh dilandaskan dasar nilai moral.. ada orang guna seni untuk cari provokasi, ada yang guna seni untuk cari pendamaian.. namun dari sudut pandangan aku, dan apa yang aku maksudkan dengan my own term 'nudity' itu.. aku tunjuk gambar-gambar ni..









ini lah yang aku maksudkan dengan my own term tentang 'nudity'.. bukan lah sesuatu yang keterlaluan.. bukan lah untuk menimbulkan nafsu dan keghairahan, sesuatu yang lucah.. sebab aku dah kata kan, seni itu boleh dipandukan pada moral manusia.. ia adalah tentang tubuh manusia.. bagaimana seorang seniman itu amat suka dengan tubuh manusia.. mereka tahu bertapa tubuh manusia itu adalah sesuatu yang indah dan artistik.. setiap perinci kulit yang membalut tubuh, setiap perinci otot yang membina bentuk di mata seniman ia adalah sesuatu yang sangat indah.. disebakan itu banyak seniman yang suka dengan subjek seperti ini.. namun semua terpulang pada seniman itu bagaiman pembawaan mereka sama ada ia mengikut moral di mata masyarakat ataupun tidak.. namun tidak semestinya jika bertentangan dengan apa yang kita rasakan tidak betul, lalu kita menafikan ia adalah sesuatu yang bukan seni.. sebab sekali lagi aku kata seni itu buta.. ia boleh jadi sesuatu yang provokasi, menghina namun boleh juga sesuatu yang membawa ketentangan..

by the way, kenapa aku suddenly banyak bercakap mengenai arts semua? kalau anda baca preview cerita Unspeakable Love, seolah-olah theme seterusnya banyak menceritakan mengenai arts.. tapi kenapa? actually benda ni disebabkan pengaruh juga lah.. yang tahu dan mengikuti blog ni tahu lah yang aku ada lah ambil kelas art untuk my minor subjects.. then bila ambil subject ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi aku juga lah.. di sini aku nak sentuh tentang sesuatu.. ia adalah mengenai homosexuality and arts..

bila aku ambil kelas arts, kita orang diperkenalkan dengan dengan pelbagai hasil kerja para seniman.. dan salah seorang seniman itu adalah seorang yang lesbian.. nak diringkaskan cerita, hasil kerja perempuan ni mostly adalah bertemakan about her feeling, expression mengenai suara hati seorang lesbian seperti dia.. maksudnya hasil kerja perempuan ni selalu discuss about apa yang dia telah lalui sebagai individu songsang.. so, ia adalah expression melalui arts.. menyampaikan suara hati melalui arts.. then aku tertarik mengenai hal ini.. menyampaikan suara hati seorang lesbian melalui hasil seni nya.. honestly, aku pun macam almost nak buat benda yang sama untuk my own assignment dengan tema yang sama.. namun aku tak rasa yang aku ni jenis yang open untuk mengatakan seksualiti secara terbuka.. so, in short ideanya ditafsirkan dalam bentuk tulisan citer Unspeakable Love.. kiranya, macam tu lah ceritanya..






4 comments:

  1. Aku memang setuju sekali dengan pandangan Putera. Badan manusia memang sesuatu yang unik. Setiap lekuk membawa makna yang tersendiri. Ni pandangan dari saya sebagai seorang pelukis lah. Seperti yang Putera kata, kalau mengikuti kelas lukisan macam ni, memang sedikit sebanyak tanpa kita sedar corak hidup kita akan berubah. Tetapi, melukis memang sesuatu yang best!

    ReplyDelete
  2. Kalau camtu, aku nak lukislah. Then nak pamerkan di khayalak ramai sebab lukisan aku buruk.
    Seni itu lucah,buruk dan indah. Nak tahu fasal seniman Lesbian tu bole? Ceritalah fasal dia. :D

    ReplyDelete
  3. menarik r term pasal 'seni itu buta'. seni itu boleh jd bertentangan dengan agama dan moral. same r dgn cinta. cinta pun buta. dan bagi aku, setiap yg buta memerlukan agama sebagai matanya. Tersentuh gler ngan artikel ni. Psl tubuh badan manusia tu seni. Putera phm2 la plu cmne ble tngk yg shirtless dgn yg pakai baju 'emas'. hahaha. Ble teringt tu sume keindahan ciptaan Allah, trase r nk tundukkn pndgn. Menangis sorg2 rase bersyukur dgn peluang nk dpt pahala dgn mudah sbg plu.

    ReplyDelete
  4. awak pelajar fine art ke, jarang jumpa orang yg tulis blog minat lukisan amron omar. Agreed with your point and well said

    ReplyDelete