Wednesday 12 February 2014

Melayu-Brunei



kali ni aku nak tulis tentang orang Melayu Brunei.. kenapa je tiba-tiba nak tulis hal ni?? sebab waktu aku nak fly dari Kota Kinabalu, Sabah nak gi KLIA, dari atas kapal terbang tu, nampak lah ada banyak kampung yang didirikan di atas air di sekitar KK dari atas.. banyak giler kot.. bila teringat pasal kamung atas air or selalu dipanggil kampung air ni, memang agak sinonim dengan masyarakat melayu Brunei yang suka buat rumah atas air..

okay, siapa mereka yang dipanggil melayu Brunei?? orang melayu Brunei ni macam orang Siam lah.. kenapa? kalau kita cakap orang Siam, tak semestinya mereka orang Thailand, tapi kat Malaysia pun ada gak.. so, sama gak lah dengan melayu Brunei orang kadang-kadang just dipanggil orang Brunei, mereka tak semestinya orang warganegara Brunei je, tapi turut refer masyarakat melayu di sekitarnya seperti di Sarawak, Sabah dan Labuan.. 

macam aku lah.. aku pun orang melayu Brunei gak.. tapi aku orang Sarawak, Malaysia.. bukan orang warganegara Brunei pun.. even waktu RTM datang kat kampung aku, orang-orang kampung suka sebut "kami ni orang (melayu) brunei.." entah.. tak tahu kenapa orang suka nak tambah perkataan 'brunei' tu.. even kat Sabah pun selalu juga orang cakap macam ni "Kau bangsa apa?" "aku orang Brunei.." tak pun orang cakap macam ni lah "aku orang melayu brunei.." ingat lagi waktu aku pergi muzium di Sabah pun, orang kat muzium tu ada tunjuk sambil cakap, "ini lah contoh pakaian baju pengantin orang (melayu) brunei.." macam nak tekan kan yang perlu nya disebut perkataan Brunei tu gak.. walaupun actually nationality bukan warganegara Brunei pun.. seolah-olah macam satu bangsa lain pula.. macam kat Kalimantan, Indonesia.. ada kaum Banjar.. tapi actually orang Banjar ni pun satu kelompok melayu gak.. kadang-kadang di sebut orang melayu banjar.. tapi kerap disebut sebagai kaum Banjar sahaja.. walaupun actually Banjar tu sebahagian dari melayu.. sama lah orang melayu Brunei.. hanya disebut sebagai kaum Brunei.. tapi actually kaum Brunei tu pun sama masuk dalam golongan Melayu gak.. 








so, tak kira lah melayu brunei yang tinggal di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan pun, bagi aku ada persamaan yang membuatkan mereka ni unik berbanding melayu lain.. selain dari bahasa pertuturan yang berbeza, iaitu dialek Melayu Brunei (yang aku pun cakap guna bahasa ni.. Melayu Sarawak aku tak pandai sangat, walaupun aku orang Sarawak) orang melayu brunei ni yang aku perasan lah, mereka suka tinggal atas air.. banyak perkampungan mereka didirikan atas air.. even kampung aku pun lebih kurang macam tu.. 

misalnya cuba tengok kat gambar ni semua.. ini antara perkampungan atas air di Brunei, Sarawak, Sabah dan Labuan yang menjadi tempat tinggal khususnya orang melayu Brunei itu sendiri...











so, adalah orang ramai akan rasa amaze bila tengok keadaan macam ni sebab pertama kali tengok kampung macam ni.. tapi bagi aku lah, benda ni dah jadi common untuk aku.. permandang macam ni tak asing bagi aku.. and sangat jarang dilihat ada di Semenanjung (aku rasa takde kot).. aku pun dah biasa pergi tempat-tempat macam.. so, aku sesaje nak share culture orang (melayu) brunei ni.. sebab aku sendiri pun orang (melayu) brunei gak (tapi warganegara Malaysia).. 























and satu benda lagi yang bagi aku sinonim dengan masyarakat (melayu) brunei ni, tak kira lah orang brunei yang di Brunei, Sarawak, Sabah or Labuan ke, ialah makanan tradisi mereka yang dipanggil sebagai 'ambuyat'.. kiranya ambuyat ni adalah makanan 'signature' orang brunei lah.. apa benda tu sebenarnya? ambuyat ni sebenarnya adalah dari tepung sagu yang dituang dengan air panas, digaul kemudiannya menjadi seakan satu gam yang melekit.. memang melekit kalau terkena kat jari pun jadi rimas.. so, kita orang makan dengan penyepit yang dipanggil 'candas'.. lebih kurang macam chopstick tapi candas ni hanya satu kayu yang dilengkukkan.. tak macam chopstick guna dua batang yang terpisah.. ambuyat ni adalah makanan pengganti nasi.. maksudnya, kalau takde nasi, makan dengan ambuyat.. or ada yang cakap, kalau makan ambuyat, jangan pula makan nasi.. and then disertakan juga dengan 'cecah' yang ada perlbagai jenis.. ada yang masam, pedas, manis dan sebagainya.. then ambuyat yang 'digulung' dengan candas tadi pun dicecahkan pada cecah yang ada.. lalu ditelan terus (bukan gigit/kunyah) bila nak makan..  kalau dah makan ambuyat ni, kita orang makan tak guna sudu atau tangan lagi.. kita orang makan guna candas iaitu (penyepit).. so, kalau nak ambil sayur semua pun guna candas (penyepit).. ikan pun makan dengan candas.. usually makanan yang dihidangkan bersama ambuyat adalah makanan yang senang kita nak makan guna penyepit candas tu.. bukan seperti ayam, misalnya.. sebab susah nak kepit.. kalau nak bayang macam mana keadaannya, bayang macam mana orang cina makan guna chopstick.. 



















tiba-tiba aku post pasal budaya pula kali ni.. hahaha.. ye lah.. lain tempat, lain budaya.. so, aku pun nak share juga budaya orang aku sendiri...



populasi kaum (melayu) brunei..




15 comments:

  1. memandangkan kau dah cakap pasal benda ni, aku nak tanya kau sesuatu..apa beza melayu brunei dengan kedayan? aku dpt tahu yang melayu brunei itu adalah kedayan dan kedayan itu adalah melayu brunei...betul ke? ...mohon penjelasan...hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedayan bukan melayu.. memang brbeza dgn melayu brunei.. dr segi bahasa semua x sama.. contohnya kedayan takde huruf 'R'.. mungkin ada sstgh perkataan tu hampir sama misalnya nyamuk org brunei kata 'rangit'.. tp kedayan kata 'angit' (tanpa R).. klu rumah, org brunei pun sebut rumah, tp kedayan 'umah' (tanpa R).. contoh nya lg ayat "ke mari ko.." tp kedayan kata "ke ma-i ko.. (tanpa R)"..

      sesetgh ayat mungkin hampir sma.. tp ada jg x sama.. misalnya

      "anak si Dollah atu kamu, sombong hantap.." (kedayan)
      "anak si Dollah atu kamu, sombong banar eh.." (brunei)

      susah nk explain.. senang kata x sama pun.. klu dlm IC, org brunei ni akan tulis 'melayu'.. klu kedayan tulis 'lain2 bumiputera'..

      Delete
    2. usually org brunei tinggal kat kuala sungai, tepi2 laut, perkampungan nelayan..

      org kedayan pula usually lebih ke dlm sikit (bukan pedalaman..) jd petani, byk kebun buah..

      Delete
    3. Kebetulan saya berbangsa Kedayan. Ramai orang confused ... maybe sebab asal mereka sama iaitu dari Kesultanan Brunei. Malah berlaku kahwin campur termasuk para kerabat diraja pada masa lampau contoh : semasa sepanyol serang Brunei, Sultan Saiful Rijal melarikan diri dan dilindungi pemimpin Kedayan, Orang Kaya Harimau Padang Taring dan sultan berkahwin dengan Dayang Arfah (anak OKHP Taring) melahirkan Orang Kaya Besar Kassim yang kemudiannya melahirkan antara individu Kedayan terkenal dalam sejarah Perang 12 tahun diantara Sultan Muhyiddin dan Sultan Abdul Mubin iaitu Orang Kaya Besar Imas. Malah anak saudara OKB Kassim, Sultan Tengah sultan Sarawak pertama dan terakhir membawa ramai orang Kedayan ke Sarawak bersama baginda selepas ditabalkan ... hehe sori masuk sejarah sikit ... tapi jika diteliti Kedayan dan Melayu Brunei jauh berbeza.

      Delete
  2. pernah tengok dalam tv1 ker majalah 3 (tak ingat) tentang ambuyat nihh..
    teringin gak nak merasa..

    ReplyDelete
  3. haha... kmpung air.. kmpung air... haha.. trsngt la popular di kk.. hnya orng sbah je tauu... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung air di kk tu nama deretan kedai la dkt Centre Point. Mesti shafiq ni pilak yg jual rokok di kampung air..hahaha

      Delete
  4. Just drop by nak say thanks to tuan blog sebab list my blog on your reading list. Most of my visitors are coming from this blog. thanks ye :)

    ReplyDelete
  5. Salam...aku baru jumpa blog ni seminggu lepas..jenuh jugak nak baca semua post...apa pun salam kenal

    ReplyDelete
  6. Saya owg phg.tp best r cerita pasal budaya owg negeri lain.patut owg dr borneo pasarkan ambuyat kat pasar2 malam kat kl.sayang awk putera.

    ReplyDelete
  7. Btul tu sbb sya pon bangsa brunei sabah.. Tp..berkenaan prkampungan air d kk..lebih specific dkat dgn sutera harbour tu..bkn prkampungan melayu brunei..tuu..org2 PTI (bapa sya ckp lah..sbb bapa sya polis) peace!=)

    ReplyDelete
  8. saya sedang buat assement tentang budaya masyarakat Melayu Brunei di Sabah tetapi bahan rujukan agak kurang. So pemilik blog boleh tak cerita sedikit tentang budaya masyarakat Melayu Brunei ni???

    ReplyDelete
  9. Majoriti Melayu Brunei di Sabah seperti Sipitang kota klias, daerah Membakut(Kg Pimping,Kg Brunei kg Binsulok dan Sg Damit) ,Daerah Kuala Penyu Daerah Papar (bongawan,kimanis, kg benoni kg Takis kg Buang Sayang Kg Laut, kg sungai padang) tidak tinggal d kampung air kecuali d kg Weston, sebahagiannya d kg menumbok, kudat,kg Tg Aru sandakan

    ReplyDelete
  10. Proud to be Bruneian. :)

    ReplyDelete
  11. Paling lawak bila ada Melayu Sabah yang cuba mengaku Brunei, padahal sepatah perkataan pun tak reti.

    ReplyDelete