Wednesday 9 May 2012

Sex or Love?







setiap orang mempunyai perwatakan yang berbeza. begitu juga lah dengan PLU yang mana tidak mungkin mereka adalah serupa. yang pasti persamaan di antara golongan PLU adalah mempunyai perasaan untuk menyukai lelaki lain.

beberapa hari lepas, aku ada melawat blog PLU lain.. blog tu lebih kurang seperti diari kehidupan beliau tetang kehidupan yang dilaluinya.. dia bercerita bagaimana dia mula terjerumus ke dalam dunia PLU apabila melakukan seks buat pertama kali ketika berada di tingkatan 2.. still muda.. tapi aku tahu banyak golongan PLU di luar sana yang pernah melakukan seks sejenis pada usia yang sebegitu muda.. sama ada di atas kehendak diri sendiri ataupun kerana 'dipaksa'..

the blogger ada berkata yang dia begitu suka tengok alat kelamin orang lain.. dan lagi dia ada berkata, tidak akan ada golongan PLU yang tidak teruja bila melihat alat kelamin lelaki... (kalau ada orang siarkan aset mereka di blog, ramai lah orang akan jadi horny, puji..) 

tapi...

hati aku berkata, "ye ke? apasal aku tidak begitu teruja bila tengok 'benda' tu?"

honestly, aku rasa aku tidak seperti PLU lain.. tipu lah kalau aku kata yang aku tidak suka tengok, tapi apa yang aku maksudkan ia bukan lah sesuatu yang membuatkan aku begitu teruja or teransang bila tengok 'benda' tu.. jujur aku mengaku yang aku pun ada tengok 'BF' gak.. tapi aku tidak tengok sangat pada 'bahagian' tu.. imaginasi aku agak lain lah.. haha

tapi, perkara ini lah yang membuatkan kita tertanya-tanya sama ada benar cinta PLU itu berlandaskan perasaan suka or seks semata-mata.. aku pernah membaca cerita tentang kisah seorang PLU yang suka dengan lelaki hensem ni, (haha.. kantoi layan cerita .... gak.. XD) mula-mula dia suka memuji lelaki pujaannya itu.. suka tengok body dan rupa.. dan dia cuba perangkap lelaki itu melakukan seks bersama dia.. then, bila semua sudah tiada benang di badan, lelaki tu mula sedar yang alat kelamin lelaki pujaanya tidaklah seperti yang diharapkannya.. "rugi lah perempuan yang kahwin dengan ko nanti.. harap muka je hensem tapi ... kecik!!"

persoalannya, atas dasar mana kah perasaan 'cinta' dalam kisah ni? mula-mula suka sebab tengok pada paras rupa.. selalu teringat, terbayang-bayang paras rupa insan yang 'dicintai'.. kata ini lah yang dinamakan 'cinta'.. but then bila tengok alat kelamin tidak seberapa, perasaan 'cinta' itu terus lenyap.. 

aku ada satu pertanyaan... sejauh mana anggapan ini benar, "hampir kesemua golongan PLU pernah beronani, dan kerap melakukannya tapi bagi golongan yang straight sebahagian sahaja yang melakukan mastubasi/seks (ada yang tidak pernah langsung) sebelum berkahwin.." 

bila kita baca ayat di atas, ia macam menjelaskan yang golongan PLU mempunyai 'keinginan seks' yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki normal.. bagi aku, mungkin ada kebenaranya.. seks begitu sinonim dengan golongan PLU..

malah ketika nak cari partner, antara soalan pertama golongan PLU utarakan adalah 'are u top or bottom?'

pernah gak ada orang ajak aku jadi couple dia tapi dia berkata lagi, "but i'm a top.."

aku tanya, "apa jadi kalau aku pun top gak.. so, adakah ko akan terima aku jadi couple? XD"

(haha.. honestly, aku pun bingung sama ada aku ni top or bottom sebab aku tak pernah buat benda tu semua.. suci murni lagi.. haha)






until now, aku ada menyimpan perasaan suka pada seorang lelaki ni.. tapi aku tidak pernah berfikir tentang berapa besar .....nya. tidak pernah ada imaginasi seks dengan dia. (kadang-kadang, ada PLU bila dia suka dengan orang tu, dia ada berimaginasi melakukan seks dengan orang itu).. apa yang aku harapkan adalah pada saat ini aku selalu bersama dengannya.. aku dapat berbual dengan dengannya.. memandang matanya.. sebab kami telah terpisah jauh... aku telah terbang ke Australia.

kalau aku suka dengan seseorang yang aku kenali, biarpun sehebat mana body lelaki itu, menghairahkan, tapi aku tidak pernah berimaginasi seks tentang dia kerana rasa hormat aku.. for me, bila aku melakukan macam tu, ia seperti telah melakukan satu khianat..

18 comments:

  1. Kebetulan aku update blog aku, sama pulak dengan masa ko update blog ko.. haha!!!
    Mana nak datangnya cinta kalau pandangan pertama melihat 'si dia' dengan pandangan nafsu, pandangan seks. Kalau kita tak tertarik dengan 'si dia', mana mungkin kita boleh suka dengan si dia. Lagipun tak payah nak fikir sangat cinta dengan lelaki ni sebab tak ke mana-mana pun nanti (ramai yg marah kat aku keluar statement ni.. hak..hak..hak..).
    Sebenarnya orientasi seks (naluri seksual suka siapa) dan cara kita menjaga perasaan seksual (jaga hati) itu dua benda berbeza. Onani sebenarnya tidak kira siapa. Mungkin kita menganggap golongan kita paling banyak melakukan onani sebab kita sudah 'terperangkap' dengan naluri songsang ini lantas kita jerebak dan terkunci dalam 'stor ketagihan'. Inilah penyakit yang paling besar melanda kita.
    Putera... ko tak payah nak identify ko top ke bottom. Nanti buat pening kepala je. Aku rasa kita dah terlalu memikirkan sangat kot kecelaruan identiti kita sampai kita seolah-olah mengikut 'jalan' hidup naluri songsang. Payah nye nak ubah mind setting kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xnk ada boyfriend.. cukuplah org yg ku sukai itu rapat dgn aku tanpa declare dia adalah milik (bf) aku... XD

      Delete
    2. Yup.. agree with Red Angry Bird

      Delete
  2. hua3...jelez dengan putera dengan hakimi.. -..-"
    suci murni je korang.. hahaha...
    tapi betul,cinta plu x kan kemana punya (padahal aku pon terjebak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak 'bercinta' bukan bermakna suci murni sesuci minyak sri murni...hah..hak..hak.
      Bercinta dan berkasih sayang tu tak salah, tapi kena ada had dia (tambah-tambah pulak sama jantina).
      Kita nak berubah secara mendadak mungkin sukar, beransur-ansur, sedikit demi sedikit. Ingat prinsip keabadian tenaga (masa form 5), tenaga tidak boleh dimusnahkan, tapi boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Begitu juga cinta, tidak boleh dimusnahkan, tapi mesti dikawal dan diubah levelnya. Sudah ramai yang tertewas dengan 'seks' atas nama sebuah 'cinta'. Kalau kita dah buat salah, tak pe, boleh kembali semula ke landasan yang betul. Kita tak ada kuasa menghukum orang, tapi memberi jalan alternatif untuk selesaikan masalah.

      Delete
    2. aku ni xlah 'sesuci' mana pun.. haha.. senang ckp still x trlibat sgt dgn dunia plu...

      kdg2 kita boleh ckp dimulut yg kita xnk seks, tp skali bila tgh brcinta, prkara itu mungkin trjd secara suka rela..

      Delete
    3. hakimi sentiasa mengeluarkan 'nice word'.. hahak.. konsep keabadian tenaga..contoh yang bagus!.. :)

      putera.. setuju.. ;) kadang2 keliru juga sebenarnya betul cinta ke nak seks je.. Aigoo...

      Delete
  3. aku pun kadang2 keliru dengan mainan nafsu, hati dan perasaan..kerana persekitaran yang tidak menerima insan seperti aku, akusering menyalahkan takdir..kecelaruan yang aku miliki bukan setakat identiti malah segala-galanya aku bercelaru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg aku, klu trbayangkn seseorang, then ko ada rasa yg 'anu' trangkat, then perasaan itu mungkin atas dasar nafsu semata2.. haha...

      Delete
  4. aku suka kat dia bukan sebab sex semata2 tapi keperibadian, keprihatinan dan kebaikan dia sebagai kawan...perasaan aku yg bukan2 pada dia telah merosakkan hubungan persahabatan kami..slowly aku cuba menjauhkan diri dari dia, keluar dari lingkungan kehidupan dia...biarkan dia tertanya2 apa salah dia bila aku bercakap dengan dia pun tak pandang direct ke arahnya...semua yg aku lakukan ni demi menghilangkan perasaan yg satu tu walaupun aku sendiri tak tahu samada boleh atau tidak...

    ReplyDelete
  5. yup..kalau i tau dia gay...mungkin i tak jadi macam ni...dan kebiasaanya macam ni lah....fall in love with the wrong person hujung2 diri sendiri yg merana..tapi alhamdulillah sekarang dah ok..god know best for me i guess...

    ReplyDelete
  6. u ada baca post sebelum ni 'gay as a best friend'? lebih kurang mcm tu lh kot...

    ReplyDelete
  7. ye...sangat terkesan dengan cerita tu...

    ReplyDelete
  8. aku?
    memula suke sebab dia comey.
    kedua sebab aku sunyi.
    ketiga sebab kami serasi.
    keempat sebab, aku bahagia dengan dia.

    skrg 2 tahun setengah dengan dia,
    dan yang pasti,
    sex cuma berlaku kurang 10 kali utk tahun 2012.
    sex bukan prioriti.

    lalala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kata klu hubungan plu lebih 2 tahun, kira sgt ok sgt2.. jrg hubungan plu boleh brtahan lama.. tp klu difikirkn semula, sampai bila nk ada hubungan mcm ni? bukannya boleh kahwin and ada family.. di satu sudut lain pula, kita pun nak gak rasa dicintai.. entah lah.. hidup ini agak sukar..

      Delete
  9. Laalalalalalla
    Hurm...boleh yo buek gilo
    Mik anak angkak smo2,tp tuo nanti cmno kesudah eah?

    ReplyDelete
  10. salam putra i suka bca blog u cz kbykn story yg u citer byk gk la yg relate dgn i...btw gudjob!

    ReplyDelete