Wednesday, 21 August 2013

About Blog Malaysian PLU Story

ada yang tertanya-tanya mana pergi nya post yang lama??

jawapan aku ada dalam satu komen sebelum ni.. 






maksudnya apa?? 

maksudnya kadang-kadang aku rasa yang aku ni dah macam expose banyak benda je about myself dalam blog ni.. benda yang rahsia dah tak jadi rahsia dah.. walaupun sebenarnya aku rasa macam nak share juga banyak benda dalam blog ni, but pada masa yang sama aku tahu lah, ada drawback juga buat benda macam ni.. honestly, kalau ada seorang je yang kenal aku di luar sana jumpa blog ni, I think tentu dah boleh teka aku ni siapa.. ye lah, blog ni memang tak discreet sangat.. aku tak kata yang aku ni famous ke tak, but sekarang ni boleh lah dikatakan my blog pun dah ada pembacanya yang tersendiri..

merujuk kepada perbualan di atas.. memang dulu waktu aku buat blog ni memang siap ada tunjuk gambar lagi.. full face okay.. time tu aku takde lah nak risau sangat.. blog tak popular lagi.. tak banyak yang kenal dengan my blog ni.. but bila blog ni macam dah naik, so dalam masa yang sama akan lagi terdedah lah kan.. this blog dah macam satu diari lah sebenarnya.. sejak aku umur tingkatan 1 dulu-dulu memang aku rajin juga lah tulis diari ni.. sampai lah aku form 5 pun ada diari gak.. so, sekarang ni dah macam blog ni diari versi digital.. but yang lain nya diari yang dikongsi secara terbuka pada orang yang baca blog ni.. but you know what, aku kadang-kadang macam suka gak nak share kisah aku sendiri sebab in real life aku agak 'tertutup' nak bincang tentang hal-hal seperti yang ada dalam blog ni.. lebih-lebih lagi tentang soal hati dan perasaan, lagi lah aku tak biasa nak bincangan (dari mulut lah).. lagi pun pada siapa pula aku nak bercerita pula kan? hahaha..

rasanya banyak yang dah tahu blog ni ada jadi private untuk satu minggu sebelum hari raya.. ada yang tanya aku kenapa aku private kan blog? aku balas, sesaje je.. tapi mesti lah ada sebab tertentu kenapa aku tiba-tiba nak private kan.. alasan yang sebenarnya aku terfikir macam nak 'tamatkan' riwayat blog ni... eh?? hahaha.. entah lah.. sebab tiba-tiba je aku rasa macam dah cukup aku terlibat dalam dunia blogging ni.. maybe sebab aku nak focus more on my study lah kot.. honestly aku cakap lah, this new semester aku macam jadi rajin sikit.. hahaha.. rajin sikit je.. sebab ada blog ni kadang-kadang ada banyak gangguan sebenarnya.. sebab aku tak habis-habis nak cek blog aku lah, even kat dalam kelas semua, tak boleh miss sehari.. memang akan kena fikir tentang blog.. nak tulis apa lah.. nak sambung cerita Unspeakable Love lagi.. aku suka je buat.. but ada ketika tu akan ada perasaan yang kita dah macam dah letih dah buat benda semua ni.. idea pun macam dah kering dah.. nak tulis apa pun tak tahu.. then page view time tu drop juga lah, maybe sebab aku tak buat apa-apa post yang menarik kot.. lagi pun blog aku dah capai angka lebih sejuta page views, tu buat aku fikir dah cukup lah kot aku dalam dunia blog ni.. dah puas hati dah dah dengan angka tu.. kononnya nak stop tulis blog lah ye.. hahaha.. but aku tahu juga lah yang aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam.. nanti-nanti akan sambung juga tulis blog.. then aku private je my blog, tak delete terus, just in case aku fikir nak tulis balik.. but kenyataannya aku memang tulis balik pun.. hahaha.. 

but then, tak sangka pula bila aku tiba-tiba je nak privatekan blog ramai yang cuba nak contact aku nak baca my blog lagi.. penuh juga lah kat FB orang mesej kata minta diinvite masuk dalam blog.. adeh! rasa bersalah pula ni hah.. ada pula aku terbaca mesej orang lain di blog orang lain kata nak tahu cara nak masuk aku semula.. aku terperasan lah pula mesej-mesej ni.. tiba-tiba rasa terharu lah pula orang sampai mesej kat tempat lain semata-mata nak tahu cara nak masuk my blog balik.. ni yang buat aku rasa serba salah ni.. terharu jap..










kalau korang seorang blogger bila baca orang komen macam jadi rasa terharu lah kan.. sebab ia menunjukkan yang orang hargai apa yang kita pernah tulis.. but honestly time tu aku memang macam tak nak tutup terus blog ni.. secara senyap-senyap pula tu kan.. hahaha.. reasonnya?? sebab ada ketika tu aku rasa macam enough lah aku dalam dunia ni.. aku pernah ada cakap kat seseorang lah yang juga ada tulis blog.. aku kata macam ni..

"kalau kau rasa nak berubah, better ko tutup je blog (PLU).. bukan sebab aku tak suka blog ko.. suka je.. but you know what, dalam masa kita tulis blog ni kan, berdasarkan pengalaman aku lah, ia macam akan jadi satu pendorong ko untuk terus selesa dalam dunia ni.. contohnya bila orang banyak dengar suara hati kita, then kita akan start rasa mula dihargai.. lalu mula suka lah.. then disebabkan tu ia membuatkan kita jadi lebih selesa dengan hal-hal macam ni.. lama-lama jadi terbiasa.. aku kalau dulu-dulu tak tulis blog rasanya dah jadi lain kot,, takde lah open sangat macam ni.."

susah nak explain... but tulis blog memang ada kesan baik buruk nya juga... kalau lah anda try nak jadi blogger yang aktif..

but seperti aku cakap lah.. hangat-hangat tahi ayam je ni hah.. tulis balik juga lah kan.. hahaha.. lagi pun tak manis juga lah aku stop my novel series tanpa ada sebarang penutupnya.. tu pun dah lama giler tak update.. but seperti yang aku cakap lah, aku nak buat tapisan dalam blog aku.. nak tapis entri-entri terdahulu yang bagi aku not really important.. aku tutup sesetengah entri ni macam yang pernah aku buat tahun lepas.. tutup banyak post lama then tinggalkan post yang aku rasa nak bagi orang lain baca.. kiranya nak highlight post-post tertentu lah.. macam sekarang ni, post mostly tentang novel Unspeakable Love je sebab aku nak bagi orang baca cerita tu.. tu jadi my main focus, sebab nak jadi bacaan utama kan.. kalau banyak post sangat orang lain tak tak tahu lah nak baca yang mana satu dulu.. so senang cakap, ni salah satu cara aku berblogging lah.. cara bila aku nak orang baca post ni, then aku tutup post lain biar orang nampak post yang aku nak tunjuk tu je.. so, orang akan baca post tu sebab dia tak nampak post lain.. pandai tak aku?? hehehe..





8 comments:

  1. dulu dan sekarang tak sama.. ape pun perbuatan kita hari ini yang akan memberikan kesan kepada kita di masa akan datang.. sharing tu boleh, tapi simpan sikit privasi untuk diri kita sendiri :D

    ReplyDelete
  2. betul tu...sokong wings angel... kt akaun fb aku aku x letak pic real aku pun..sbb tu adalah privecy aku...biaq la pe nk org kate...yg pntng diri aku as a PLU biarlah diri ini dan org2 yg aku percaye je yg tau...

    tadi mase aku duk baca post2 kat grup plu fb..aku ternmpk pic seseorg yg aku kenal..sekali tgk,,mmg sah mmber sekolah menengah aku dulu...giler terkejut aku..=.=''

    ReplyDelete
  3. Pic no 2 tu aku. Hehe peminat tegar novel ko putra.. so andai kata nk delete habiskn dulu ya novel tu or nk pvt jgan tetiba je.. resah tau (hairel s)

    ReplyDelete
  4. Hye. bagus la. kalau ko dah perasan..aku rase aku antara pembaca blog ko yang terawal. Waktu tu aku rase blog ko agak neutral, takde kelucahan sangat dan clear. Bagi aku juge blog ni awal2 dulu antara blog yang aku rase nampak bijak skit dan ade POV dia.

    Lepas dan sarat2 dengar cerpen..aku mule dah malas nak baca...melalut ape ntah lagi..aku skip banyak tp stil follow kalau2 ade isu yang kupas yang lain dari yang lain sudut pandangannya.

    Jadi, harap-harap lepas ni blog ni masih macam dulu la..unless nak ramai2 visitor lagi..haha.btwm thanks..aku tetap folo blog ni lagi. no worries!

    ReplyDelete
  5. Mmng terhru if org hrgi penulisn kiter..Bngge sekejep..keh2..

    ReplyDelete
  6. u are right...tp sbgi penulis kita yg dah ada pembaca sendiri kena buat keputusan yg terbaik utk semua :)

    ReplyDelete
  7. I'm a fan of ur unspeakable love & posts. Sgt neutral & readable by many. Bnyk bkongsi perasaan & dilema org mcm kita against what's inside us & religion, society etc. Do keep writing & tlglh jgn privatekn. Rse gelap jap dunia sbb aku check ur blogs everyday.(1st time komen)

    ReplyDelete