Friday, 2 September 2011

-Kawan-




cuba bayangkan hakikat ini...

apabila mereka tidak mengetahui siapakah diri kita yang sebenarnya, mereka akan melayan kita dengan layanan yang begitu mesra. adakalanya mereka akan berkata "kamulah kawan aku yang paling baik sekali!!" "sudikah kau menjadi kawanku selamanya?" n bla bla bla...

diri ini mungkin pernah menjadi seorang penasihat yang paling laku apabila dilanda pelbagai masalah. setiap hari diri tidak pernah berpisah dengan kawan-kawan yang lain. mereka begitu senang mengatakan "i love you, my friend..." tidak dinafikan semua yang dituturkan adalah sesuatu yang ikhlas yang lahir hati.. kawan adalah anugerah yang tidak ternilai.. hidup ini akan membosankan tanpa kehadiran mereka.. mereka memerlukan diri kita, seperti mana kita memerlukan diri mereka.. semuanya adalah indah, namun hanya apabila tidak mengetahui hakikat ke'abnormal'an perasaan ini..

apakah yang akan terjadi apabila mereka mengetahui siapakah diriku yang sebenar? masih samakah layanan mereka terhadap diriku tanpa ada perasaan prejudis sedikit pun? inilah hakikat bahawa kemungkinan semuanya tidak akan sama seperti dulu.. rahsia ini perlu dijaga biarpun kita tahu diri ini adalah kawan yang baik bagi mereka. hakikatnya juga mereka tahu diri ini tidaklah sehina mana.. diri ini masih sama di saat mereka tidak mengetahui rahsia terbesar aku.. dan diri ini tetap akan sama di saat mereka sudah mengetahui hakikat ini.. hanya yang berbeza mereka akan mengetahui yang dalaman diriku adalah abnormal.. namun, mengapakah mereka berkemungkinan akan meninggalkan diriku??

lebih baik semuanya menjadi rahsia selama-lamaya...


4 comments:

  1. Assalammualaikum saudara,Ia baik ia menjadi rahsia selama-lamanya jika tidak kita akan kesunyian buat selama-lamanya tanpa sebuah hubungan yang bernama "Persahabatan"....Harap saudara dapat menyimpan rahsia "Abnormal" ni dengan hati yang tabah....

    ReplyDelete
  2. thanks for everything.. inilah adalah antara kesukaran yang perlu di hadapi.. namun, kita tahu akan hakikat ia adalah satu realiti..

    ReplyDelete
  3. Ya betul tu,jadi cuba tabahkan diri seboleh mungkin,kerana sekali kawan baik awak tahu mengenai "rahsia gelapmu" dirimu selama-lamanya akan tinggal di dalam kegelapan,jadi lebih baik kita jadi "seniman teragung" di dalam pentas realiti kehidupan ini,sebagai seorang insan yang lemah di bumi ALLAH S.W.T ini diriku sentiasa mendoakan kebahagian mu wahai putera92....

    ReplyDelete
  4. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami semua.
    Kadang2 bila pikir balik betul gay ni minoriti?

    Ak rase ramai je yang gay,bisex cuma x mengaku je.

    mungkin alim ulama pun gay? hehe gurau ja

    ReplyDelete