Saturday 31 August 2013

Kenapa Islam Guna Simbol Bulan Sabit??







pernah tertanya-tanya tak kenapa Islam guna simbol bulan sabit dalam agama mereka?? apa maksud simbol bulan sabit ni bagi agama Islam?? apa kaitannya dengan agama kita sehingga dijadikan simbol utama agama? maybe ada antara korang semua dah tahu hal ni.. but i think lah, majoriti still tak tahu punya.. katakan lah ada orang dari agama lain tanya korang,

"kenapa Islam guna simbol bulan sabit?"

korang akan jawab apa??







dalam setiap agama, memang akan ada satu simbol bagi jadi identiti agama tersebut.. seperti gambar di atas, kristian kita dah tahu apa simbolnya tanda salib.. sekali tengok kita pun dah faham kenapa simbol salib.. agama buddha pula adalah simbol seakan roda.. dalam roda tu ada lapan tiang tanda '8 Kebenaran Mulia' dalam agama buddha.. kalau yahudi pula simbol 'Star of David'.. tapi yang jadi soalannya sekarang ni kenapa pula Islam guna simbol bulan sabit dan bintang?? apa maksud di sebaliknya??

for me, benda ni sangat penting juga untuk diketahui oleh orang Islam itu sendiri.. kalau yang baca blog ni rasanya tahu kot dulu aku macam suka nak kaji or belajar tentang semua agama.. nak diringkaskan cerita lah, aku sendiri juga mempelajari, membaca dan mendengar kenapa seseorang itu murtad or lari dari agama Islam.. seperti kebiasaannya, aku ni jenis yang neutral.. aku dengar/baca pendapat mereka kenapa mereka kata Islam ni tak benar tanpa ada rasa prejudis pun dalam hati aku.. senang cakap, aku pun baca lah alasan-alasan yang diberikan..

aku sebenarnya malas nak sentuh tentang hal agama sangat sebab aku nak blog aku ni nampak neutral sebab aku percaya tak semua reader blog ni agama Islam pun kan.. senang cakap, kalau kita kebiasaanya terdedah or membaca hasil bukti dan pandangan dari orang Islam sendiri mengenai agama orang lain (why Islam is the right religion macam tu lah), but aku pula baca kedua-duanya.. (why agama tu is the right religion pula).. what is wrong about Islam semua berdasarkan pandangan dan kajian mereka..

okay, that's enough lah.. just nak focus pada pertanyaa di atas.. kenapa orang Islam guna simbol bulan sabit dan bintang??

orang Islam patut tahu hal ni.. sebab takut-takut ada orang yang kata macam ni..

"agama kuno (paganisme) orang Arab sebelum datangnya Islam menggunakan simbol bulan sabit dan bintang dalam agama mereka.. tuhan yang orang Islam sembah tu adalah 'false God' yang dipanggil sebagai 'the moon God'.. dan agama Islam sekarang ni adalah kesinambungan ajaran agama kuno paganisme Arab.. buktinya, penggunaan simbol bulan sabit dan bintang.."

sangat kebetulan juga kan, kenapa Islam guna simbol bulan sabit dan bintang?? adakah ia mempunyai kaitan dengan agama lama orang arab??

lalu, mari kita mula mempelajari tentang sejarah penggunaan simbol bulan sabit dan bintang dalam Islam..

dalam sejarah buku teks Malaysia, sejarah Islam tu dibahagikan kepada beberapa peringkat.

1. Zaman Rasulullah
2. Zaman 4 Khalifah
3. Zaman Kerajaan Umaiyah
4. Zaman Kerajaan Abbasiyah
5. Zaman Kerajaan Turki Utmaniah

but, tahu kah anda, simbol dan pengunaan bulan sabit dan bintang bagi mewakili agama Islam tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah sehingga lah zaman Kerajaan Abbasiyah? senang kata, orang Islam pada zaman ni langsung tidak pernah mengunakan simbol bulan sabit ini.. malah, bendera yang digunakan oleh zaman Rasulullah hanya lah bendera kosong tanpa ada corak or simbol.. bendera kosong berwarna hitam ataupun hijau.. namun, apabila munculnya kerajaan Turki Utmaniyah, baru lah wujud penggunaan simbol bulan sabit dan bintang.. penggunaan simbol bulan sabit dan bintang dalam agama Islam adalah berdasarkan pada bendera kerajaan Turki Uthmaniyah ini.. apa kaitannya dengan Islam?? actually, langsung tidak ada apa-apa kaitan dan makna pun simbol bulan sabit dalam agama Islam.. 


then, kenapa pula guna simbol bulan sabit?

sebenarnya benda ni dah jadi satu simbolik.. kita tahu apabila kerajaan Turki itu semakin meluas, maka di setiap tempat yang telah dikuasai oleh mereka akan dikibarkan bendera kerajaaan mereka (bendera bulan sabit dan bintang).. orang Turki ini sudah sinonim sebagai seorang muslim, maka orang Eropah dulu bila ternampak bendera bulan sabit ini, dengan serta merta mereka akan kata "ini adalah kawasan orang Muslim.." tengok bendera bulan sabit je, terus mereka fikir 'Islam'.. lama kelamaan pengunaan simbol bulan sabit ini semakin tersebar dengan adanya pengaruh kuat dari kerajaan Turki Uthmaniyah ini.. maka, di setiap penjuru tanah jajahan Uthmaniyah akan terkibarlah bendera bulan sabit ini sekali gus menandakan ia di bawah kekuasaan orang Islam.. maka, dari saat ini lah bermulanya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang sebagai simbol agama Islam..




peta lama menunjukkan tanah jajahan Turki Uthmaniyah ditandakan dengan bendera bulan sabit sekali gus mewakili islam itu sendiri


namun, jika ditanya apakah makna simbol bulan sabit ini dan kaitannya dengan agama Islam? jawapannya ; actually langsung tiada membawa makna apa-apa, ianya hanya lah sekadar simbol yang asalnya dari bendera kerajaan Turki Uthmaniyah, lama-kelamaan sudah menjadi simbolik untuk mewakili islam..'


anda sudah faham sekarang??



gara-gara bendera ini lah mempengaruhi kenapa Islam guna simbol bulan sabit


8 comments:

  1. Bila lah ya nk sambung part 31... dh letih Menunggu :(

    ReplyDelete
  2. yup... kerajaan othmaniyah ni satu kerajaan yg besaq dulu. kalau ada baca novel faisal tehrani... 1515, ada sebut pasal pengaruh kerajaan ni dlm kesultanan melaka. so no wndr la kalo simbolik kerajaan tu digunapakai bg negara islam laen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Psl novel faisal tehrani, penah baca x "ketupat cinta" ? confuse lah benda tu fakta or just fiction :(

      Delete
  3. dan..kalau x silap aku, empayar uthmaniayah hanya mengguna pakai simbol tu selepas mereka berjaya menawan istanbul dari empayar byzantine. dan...simbol tu pun sebenarnya simbol yg telah diguna pakai oleh empayar byzantine untuk kota istanbul atau nama asalnya constantinople...sebelum kota itu jatuh ke tangan uthmaniyah.

    ReplyDelete
  4. Ok some knowledge. Sejarah Mengajar Erti Hakikat Kini..

    ReplyDelete
  5. tak pernah terfikir pun sebelum ni..biasa lihat simbol perkataan Allah dalam tulisan jawi sebagai lambang Islam...

    ReplyDelete
  6. tak pernah terfikir pun sebelum ni..biasa lihat simbol perkataan Allah dalam tulisan jawi sebagai lambang Islam...

    ReplyDelete
  7. Entah itu simbol apapun .. entah simbol berbentuk apapun ... tuhan bagi agama masing masing terletak di hati ... tuhan hadir di hati ... Tuhan mengajarkan kebaikan mutlak untuk umat nya tapi kadang Umatnya lah yang menghadirkan berbagai macam keburukkan dengan membawa tuhan ...

    hemat saya, Mari saling menjaga ... semua agama mengajarkan keselarasan ... mengajarkan saling menjaga ... Jika ingin tau "SIAPA" yang "BENAR" dan "SIAPA" yang "SALAH" meninggallah terlebih dahulu ... semua agama berucapa "KEBENARAN hakiki akan kita ketahui saat kita MENINGGAL" ...

    ReplyDelete